Tidak berlengah-lengah dalam menunaikan solat
Setiap murid harus rajin berusaha untuk memeperkukuh, memelihara dan menurut ajakan dan dorongan kebatinan, iaitu kata hati. Caranya ialah dengan memperbanyakkan usaha mengingati Allah swt, merenung dan meneliti segala kekuasaan-Nya serta sentiasa berdampingan dengan para wali Allah.
Cara memeliharanya pula ialah dengan menjauhkan diri daripada bercampur-gaul dengan orang-orang yang terlindung dari pandangan Allah. Dan jangan pula meletakkan diri di belakang segala was-wasa dan tipu-daya syaitan. Berlumba-lumbalah untuk kembali ke jalan Allah; dengan berlaku benar dalam menghadapi segala perintah-Nya; tidak bermalas-malas dan bertangguh-tangguh serta melambat-lambatkan segala urusan berkait dengannya.
Setiap kali tiba waktunya, hendaklah segera ditunaikan. Ia adalah keutamaan. Apabila terbuka sahaja pintu untuk kebajikan, hendaklah segera memasukinya. Apabila tiba seruan bakti, hendaklah tidak bertangguh-tangguh daripada melaksanakannya. Jangan sekali-kali diungkap perkataan 'nanti la esok atau lusa' sebab ia adalah bisikan dan hasutan daripada syaitan.
Maka segala amal baik itu perlu dikerjakan serta-merta, tanpa bertangguh atau mencari alasan untuk keuzuran; dengan alasan ketiadaan masa lapang atau masih belum tiba masa untuk beramal dsb.
Abur-Rabi' rahimahullah berkata, "Tujukanlah dirimu ke jalan Allah dalam keadaan tempang dan cacat anggota, dan jangan sekali-kali menunggu waktu sihat sahaja, kerana menunggu waktu sihat itu adalah amat merugikan."
Berkata Ibnu Atha' di dalam kitabnya al-Hikam; "Menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan itu sehingga ada peluang adalah menandakan kebodohan jiwa seseorang."
No comments:
Post a Comment