Sebelumnya, dua kali saya cuma dihadapkan dengan latihan mengajar. Oleh sebab kolej latihan itu di Johor Baru maka tempat latihan mengajar yang pertama tentulah berlegar di sekitar bandar itu juga. Ada empat orang guru pelatih dalam kumpulan itu dan kami kena mengajar di Sekolah Menengah Gelang Patah; tidak jauh dari tempat berlakunya tragedi kapal terbang meletup ketika di udara.
Tragedi itu telah mengorbankan Menteri Pertanian, Ali Hj Ahmad. Puncanya, tidak jelas. Mengikut teori kononnya ada perampasan kapal terbang yang sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang. Adalah dipercayai, ADC menteri berkenaan berlagak 'smart' dan cuba menewaskan si perampas tersebut. Dalam pergelutan itu tembakan dilepaskan menembusi bumbung/dinding kapal terbang. Kesannya, tekanan dalam kapal terbang itu tidak dapat diimbangi dan ia pun mula melayah dan meletup.
Berbulan jugalah penduduk tempatan tidak lalu makan apabila daging yang bersepai itu tersangkut di merata pohon dalam hutan paya yang berdekatan. Semakin ia kering dimamah cuaca, semakin baunya membuak busuk dan meroyak. Lebih membuatnya bertambah kohong lagi apabila secara tiba-tiba hujan turun dan melembabkan daging-daging busuk yang sedang mengering itu. Sedih ada, simpati pun sama terhadap makcik-makcik yang telah sedia tidak lalu makan; bertambah tidak berselera lagi apabila bau yang tidak diundang itu menusuk ke rongga hidung.
Jadi, kami pelatih dihantar dengan van maktab warna biru. Sejak itu lagi warna politik ini sudah diterapkan di pelbagai agensi - seawal 1971 lagi di bawah kerajaan kapal layar! Megah tidak terkira apabila van menghantar kami ke sekolah yang boleh dikira agak di pendalaman. Itu pun tidak lama, apabila mata nakal itu turut mengusik anak saudara kepada Menteri Penerangan - Dato' Mohamed Rahmat; Noraini Mohammad di Tingkatan Empat.
Lama juga kami berutusan surat selepas itu - sehingga dia tamat persekolahan, mengikuti latihan perguruan dan kemudiannya menjadi guru di Sekolah Menengah Pekan Nenas, Pontian. Entah kenapa kami terputus hubungan pun saya tidak pasti? Mungkin sebab dia bertemu jodoh, agaknya.
Latihan mengajar kali yang kedua, setahun kemudian ialah di Sekolah Menengah Masai. Kali itu, bas maktab yang panjang pula yang menghantar kami - 6 orang. Bas takde pendingin hawa itu adalah biasa pada waktu itu. Lebih sejam perjalanannya.
Kebanyakan murid memang suka dengan guru pelatih sebab kami membuat cukup persediaan. Ada alat-alat bantuan mengajarnya. Jika mengajar tentang rumput, siaplah pelbagai jenis pokok rumput kami cabut bawa masuk ke dalam kelas. Jadi, kelas kami sentiasa ceria, penuh dengan psikologi dan motivasi. Jika hendak dibandingkan dengan guru-guru yang sedia mengajar, sah 10 kali kami lebih baik!
Kebanyakan murid memang suka dengan guru pelatih sebab kami membuat cukup persediaan. Ada alat-alat bantuan mengajarnya. Jika mengajar tentang rumput, siaplah pelbagai jenis pokok rumput kami cabut bawa masuk ke dalam kelas. Jadi, kelas kami sentiasa ceria, penuh dengan psikologi dan motivasi. Jika hendak dibandingkan dengan guru-guru yang sedia mengajar, sah 10 kali kami lebih baik!
Dan sebagai manusia yang punya naluri, maka ada di antara cikgu-cikgu pelatih itu yang digilai anak murid. Cuma di Masai itu, standard saya telah agak meningkat. Dah takde masa nak main cintan dengan anak murid - pelik anak-anak murid di Masai tu takde pula yang lawa-lawa! Sorry orang Masai ye....
Ada satu cikgu pompuan tu pandai. Teman-teman guru di sekolah memanggilnya Tin. Dia datang mencari kami di maktab; mula-mula pada hari minggu dibawanya kami berempat (dua orang lagi guru pelatih pompuan - takde le dia berkenan!) pergi jalan-jalan. Dibelanjanya kami makan, yeah di tempat-tempat jamu selera yang menarik. Kemudian dia bawa kami ke Woodlands lalu dibelinya epal, lai dan buah laici rebus air garam.
Masuk kali yang keempat, kawan-kawan yang bertiga sudah tidak diajaknya lagi. Tinggal saya seorang yang dibawanya pergi jalan-jalan; ke Woodlands juga. Dan pastinya dia membawa saya pergi menonton wayang. Masa itu kesemua cerita wayangnya 18sx. Tayangan wayang kisah berkait dengan cinta juga - yang saya pun sudah tidak ingat lagi tajuknya. Dan kali pertama dalam seumur hidup saya duduk dekat-dekat, rapat-rapat dengan pompuan! Aduiii....
Nak dikatakan suka, hati di dalam usah cakap le... punya berdebar-debar, sampaikan saya tidak tahu apa cerita yang dimainkan. Pandai cikgu itu bermanja dan mengajar si anak muda ini... macam orang berpengalaman saja dia.
Dan sejak itu saya sudah semakin kerap diajaknya keluar malam. Hero kampung ini pun macam betul bendul juga... ikut apa saja. Masa itu, saya sudah tidak makan di maktab lagi - tak sedap. Cikgu Tin bawa saya makan di tempat-tempat yang boleh dikira best juga - di merata medan selera sepanjang pantai Lido. Selesai makan dia bawa saya mengambil angin nun di kawasan yang agak terpencil dan gelap masih di pantai Lido, tetapi sudah agak jauh menghala ke Tasik Utara. Kami duduk dalam kereta sambil makan kacang dan menikmati keindahan pemandangan di pulau seberang tambak - Singapura.
Yeah... pada zaman itu mana ada cikgu pompuan yang pakai tudung kepala? Bajunya pun dari jenis jarang berbelah di dada. Kalau ada butang pun satu butang atasnya ditanggalkan dan biasanya Cikgu Tin berseluar jean. Bodynya menarik, tinggi lampai bermata agak sepet cuma kulit agak sedikit kehitaman - hitam yang menawan! Black is beauty.
Dalam perbualan kami dia sering menimbulkan masalah dirinya. Pada setiap bulan dia mengalami sakit di ari-ari. Dan menurut kata doktor, sakit itu akan pulih sepenuhnya apabila melahirkan. Saya tidak faham apakah maksudnya dan tanda-tanya itu terus bermain hingga ke hari ini? Sakit apa ya? Kedua, apakah tujuan dia membayangkan hal yang sama pada saya? Mohon simpati atau... pada dasarnya, saya lihat dia memang sudah jatuh hati. Gelongnya pun sudah lain macam!
Yeah... sekali lagi memang hero bodo! Atau memang rahmat Tuhan yang mahu menghindarkan saya daripada terjebak ke dalam sesuatu insiden atau konflik yang tidak baik. Jadi, segalanya terus berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa yang serius di antara kami. Cuma saya terhutang budi kerana dia banyak mengajar saya tentang cara-cara bagaimana untuk berlagak gentleman dan diplomasi dengan wanita.
Just for you....
Hasilnya, walaupun saya seorang yang boleh dikira pendiam, tetapi sudah pandai untuk menjadi seorang 'good listener', caring, concern pada setiap perubahan pada teman wanita dan sympathetic. Senang cakap... I can be a good lover at anytime tanpa perlu pegang-pegang sana-sini atau membebel dengan tidak menentu. (Ewah... ulat bulu dah mula nak naik daun! Weh oiiii...).
Tup... tup apabila cuti tiba, Cikgu Tin ada kursus perguruan di Malay College, Kuala Kangsar - tempat Anwar Ibrahim dan Halim Saad belajar. Dia ajak saya naik kereta dengannya balik ke Ipoh. Ah, sudah... rosak la program. Sedangkan makwe saya yang belajar kat Universiti Malaya itu juga sedang bercuti di kampungnya, Segamat dan err... camne yeak?
Bersambung....
No comments:
Post a Comment