i. Menerangkan kepada manusia siapa Tuhan yang sebenarnya, iaitu Allah Yang Tunggal, dan tidak ada lagi Tuhan selain daripada Allah Yang Tunggal itu.
ii. Menerangkan kepada manusia bahawa sesusah hidup yang amat terbatas waktunya di atas dunia ini, manusia akan dihidupkan kembali untuk menempuh kehidupan yang kedua kalinya, iaitu kehidupan yang kekal dan abadi. Di sana masing-masing akan menerima pembalasan daripada apa sahaja perbuatan yang pernah mereka lakukan selama hidup di dunia.
Perbuatan baik akan mendapat balasan baik, dan perbuatan jelik akan dibalas dengan kejelikan yang berupa azab siksa nan pedih.
Sebenarnya, ada banyak kepercayaan yang diajarkan oleh agama Islam, tetapi apa yang paling penting adalah enam asas kepercayaan yang dinamakan rukun iman. Ia melibatkan kepercayaan dengan Allah, dengan malaikat, dengan Rasul-rasul, dengan kitab-kitab Allah, dengan hari akhirat, dan dengan qadha' dan qadar.
Pengabdian disebabkan oleh keyakinan dan kepercayaan itu
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berlaku baik terhadap tetangganya. Dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati akan tetamunya. Dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau diam." - hadis Nabi saw.
Banyak dan sering kali disebut dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis di mana Allah dan Rasul-Nya berulang kali menegaskan untuk difahami dan diyakini oleh kita manusia seluruhnya bahawa kehidupan akhirat itu adalah penghidupan yang amat penting; ia jauh lebih penting daripada kehidupan dunia yang ada sekarang.
Kehidupan tersebut bukan sahaja penting, tetapi ia lebih besar, lebih lama (kekal) dan satu kehidupan yang lebih baik, lebih moden dan lebih indah bagi orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment