Maka jenis manusia seperti inilah yang menyebabkan ramai orang tidak bersalah dihumban ke kandang singa oleh Maharaja Konstantinopel yang gila.
Namun pada sesetengah puak ia mengkagumkan; disanjung dan dijilat hebat. Sama macam Mat Said yang runtuhkan Mesjid Bujal, tetapi masih ramai yang menyokong beliau - jadi Menteri Besar pun. Deris Jusoh pun apa ubahnya, RM200juta wang ehsan yang awal dibawa lari ke Amerika - kemudian dia pun riuh nak melanjutkan pelajaran - ikut perangai Daim ketika Umno diharamkan; sebagai alasan. Pun karier politiknya masih bernafas panjang. Itu baru di Terengganu.
Keadaan yang sama berlaku di laman TKO (Tranungkite Online) - pun milik orang Terengganu.
Itu sebab sejak mula, teman agak berwaspada, skeptikal dengan orang-orang yang langsung tidak dikenali rupa wajahnya di laman maya itu; bijak berbicara seolah-olah dewa. Ada yang konon baik macam pari-pari - memprojekkan diri. Namun yang agak bernasib baik pecacai dan mereka yang terang-terangan mempersenda kerja Allah jua - di mana susuk hodoh ini dibela. Kebalikan pula ada yang sampai membuka thread beria-ia meminta ikanlepu dibanned aje daripada TKO - sebiji mewakili watak 'crook' kampung; dengan perangai hasad-dengki dan bodoh sombong!
Puncanya, sebab ikanlepu berkeras terhadap susuk hodoh berkenaan.
Umpama bertandang ke sebuah kampung - kita takkan menegur atau mudah tersenyum simpul dengan semua orang. Sebab di kampung itu mungkin ada yang baik budi bahasa; ada yang kaya laksana; ada yang sombong meninggi diri; ada pula yang perasan sendiri; ada yang kuat menceceh kerana mencari perhatian; hodohnya kalau ada jenis yang bermuka-muka; adu-domba, kaki lawak bodoh; penjarah, mat gian, bohsia dan bohjan pun sama.
Ada pula dari jenis yang suka sekali menggores kudis yang terluka; sambil tersengih gembira - cam takde apa-apa. Inilah jenis manusia yang paling tidak guna; jenis yang sedia menusuk keris di pinggang temannya sendiri - jika perlu demi untuk kepentingan diri! Agak menghairankan, orang yang seperti ini tetap popular kerana tetap ada pengikut bebalnya. Ada yang sanggup tabik spring lagi dengan pujian tinggi melangit. Namun kita amat memahami... al-maklum Ariel Sharon yang zalim dan tidak berhati perut itupun ada ramai pengikutnya di seluruh dunia.
Kaki melabel pun ada juga. Kemudian mendabik dada konon bertanggungjawab untuk menegur mana yang tidak kena! Konon. Jangan harus disebut apa pun tentang pencapaian - pasal anugerah, penulisan novel atau penerimaan pengunjung lain terhadap thread popular ikanlepu - maka segera dituduh riak, angkuh dan mencebik apabila dihormati dan disukai ramai! Maka semut-semut merah yang tidak senang hati selayak polis dunia Amerika itupun mengomel sendiri. Dengan komen lucu dan mentah persepsinya. Ya la... perangai 0.001% daripada 29,684 orang yang berdaftar dengan Tranungkite Online - sebuah laman maya Pemuda PAS Dungun!
Ada pula yang sampai bertanya tentang kereta teman. SLK? Depa ingat ikanlepu jalan kaki, je kot!
Sekadar gambar hiasan... nanti dituduh riak!
Jadi dalam berposting di laman tersebut, ikanlepu mengambil kira itu semua. Ada jenis yang mungkin tidak kena dengan selera dan cara pendekatan kita. Maka jenis itu cuba dihindari dalam setiap posting dan komen. Ada jenis 'gigit' orang seumpama polong. Ada kaki terjah dan tidak kurang pula yang agak biadab @ kurang ajar! Jika ikanlepu tidak masuk ke thread tertentu, faham-faham saje la. Sama ada ia 'not up-to my expectation' atau cuma sebuah thread bodo syok sendiri. Tidak kurang pula thread yang boleh mendatangkan mudarat dan kerosakan. Itupun hak pilihan. Jadi belajarlah untuk menghormati hak dan pilihan orang.
Dan memang benar seperti apa yang dibimbangkan maka itulah yang berlaku semalam; lanjutan daripada rentetan ketidak-puasan rasa; dengki dan iri hati. Perasaan dan jiwa yang membengkak di dalam. Lebih parah dari jenis manusia yang secara wewenang mencampuri kerja Tuhan! Seolah-olah semut merah itu ketua darjah yang tiada undang-undang dan peraturan. Maka semut-semut merah yang lain pun mula menghina dengan pelbagai tohmah dan istilah berkait dengan perkataan 'orang tua'. Motifnya just nak tunjukkan betapa tidak bergunanya orang tua!
Alhamdulillah. Apa pun moga-moga Allah sudi melepaskan semut-semut merah berkenaan daripada period dan tempoh tuanya nanti. Biar semut itu sentiasa muda dan apabila mahu mati pun masih dalam status muda! Agar semut-semut merah itu tidak menempuh kehinaan waktu tuanya.
Ya Allah, kau Yang Maha Mendengar... pulangkanlah segala kehinaan itu - buat mereka.
Tapi takpe la... sekurang-kurangnya mungkin ada yang telah faham '... that we mean business'! Ikanlepu mahu mereka serlahkan wajah hodohnya itu di mana-mana lokasi - kerana ada yang biadab berada di tahap menjijikkan. IKanlepu tidak pernah mengusik sesiapa pun sejak mula - asalkan jangan biadab dan mempermainkan hak dan kerja Tuhan. Jadi, jangan sampai terkeluar kata-kata cerca dan makian. Cerca dan maki-makian itu natijah mencomotkan maruah manusia. Sebagai orang Islam, maruah itu wajib dipertahankan; hatta jika mati kerananya, seseorang itu adalah syahid di sisi Allah swt kerana mempertahankan harga dirinya.
Jadi, keluarlah dari persembunyian identiti kamu untuk menebus maruah yang tercalar itu. Usah menyorok bagaikan si burung unta, seolah-olah tiada apa-apa - yang hanya akan meletakkan seseorang itu di lembah kehinaan dek maruah yang tergalang. Tentu ada yang tidak berani, kerana tangan hanya bisa mencincang, tetapi menikus untuk menghadapi kenyataan sebagai anak jantan.
Apa pun di luar sana masih ada ramai yang menerima coretan pada thread yang ada nilainya tersendiri. Kalau ada semut merah yang terus menceceh pun biarkan - moga dia bahagia dengan cecehan tiada nilainya itu (pun tak le setinggi mana hits pada mana-mana thread yang dibuka. Sekejapan sahaja thread sampah itu menemui ajal - dilocked dek Pak Moderator atau makcik MOD yang senget cap refereenya!). Namun kita dan semut merah itu tetap akan ada hari perhitungannya nanti; berhadapan dengan Rabbul-Jalil, jika niat dan sikapnya bersalahan dengan syariat.
Agak hati ini terubat sedikit apabila padang permainan itu masih luas; ada banyak pilihannya. Blog ini yang semakin diminati ramai - dah lebih 8,000 hits bagi jenis blog bukan politik walaupun baru berusia beberapa bulan. Ia sebuah blog yang tidak berlebih-lebih dengan kisah serta hal peribadi dan syok sendiri. Facebook pun sering tidak menjemukan. Novel-novel tebal ada 4 buah lagi yang belum di'polish' dan... tak tau pula bila nak diterbitkan; dengan belanja sendiri.
Jika diizinkan Allah swt, ikanlepu akan terlibat dengan satu program besar negara 'A Solo Drive Effort For Humanitarian And Global Peace Message' di mana Sdra Faizal Shamshudin, seorang pelumba terkenal, tokoh dan juara rali 2005 serta pelaku aksi 'stunt' dalam banyak acara termasuk filem bakal memulakan penjelajahannya. Dia akan memandu kereta secara berseorangan ke GAZA melalui China dan London. Pintu masuknya adalah di Rafah, Mesir - bermakna dia akan melintasi Selat Gibraltar menuju ke Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir.
Kemudian perjalanan akan diteruskan ke Afrika Selatan sebaik mengerjakan umrah di Mekah. Dia akan ke Australia dan pulang ke Malaysia melalui Singapura menjelang hari merdeka - 10 bulan dari sekarang. Dia akan menjelajah ke 54 buah negara bersempena dengan 54 tahun merdeka. Inilah lorong ketentuan Allah swt sejak di azali yang tidak kita ketahui. Maka ini yang dimaksudkan dengan padang permainan bagi ikanlepu yang agak luas; bukan setakat berlegar di lubang-lubang sarang semut merah itu sahaja.
Inilah rempah-ratus kehidupan. Yeah... dulu pun masa di surat khabar dan semasa buat surat khabar serta majalah pun dugaannya jauh lebih besar lagi. Namun kalau di surat khabar, jenis-jenis manusia seperti semut merah inilah sasaran pasarannya; buat duit melalui orang bodo dan setengah tiang. Cuma tak le schrewed seperti yang ada ni - dengan ruang latar yang berlainan. Standardnya jauh terasing... dalam kolong yang tersendiri. Namun yang ini - di saat ini, agak mual dan meloyakan.
Segala-galanya dek gara-gara semut merah yang tiada hati budi.
Nota: Semut merah ini adalah sejenis semut yang gigitnya gatal @ semut gatei....
No comments:
Post a Comment