Saturday, 31 July 2010

Tranungkite: Thread Paling Popular

'Coretan Hidup: DAGANG di Rantauan'


Mata pena itu lebih tajam drp mata sebilah pedang.
Maka dengan sebab itu ada orang yang tidak senang!


Ia bukan sebuah thread politik, tetapi bicaranya santai tentang sebuah perjalanan hidup yang tidak sempat dimuktamadkan di Tranungkite Online (TKO). Kisah di mahkamah masih tergantung... bila nak cerainya?

ikanlepu wrote:

Pherghh... bru siap copy kesemua core posting saya dlm thread ini. Sejak pukul 3.00ptg tadi.

Ia adalah hasil karya - harta intelek saya dalam seni sastera. Besar nilainya pada mereka yang memahami dan yang mengenal erti sebuah usaha buah fikir - untuk tinggalan generasi masa depan; yang akan digarap menjadi sebuah hasil karya berharga. Sedih dan sayu juga hati ni setiap kali saya terpandangkan thread yang telah bersimbolkan 'mangga' itu.

Kepada sekelian forumer dan pembaca sekelian saya hargai penglibatan sdra/i dlm thread ni sejak ia mula dilancarkan pada Februari lalu. Kini ia telah mencecah 308 muka surat dengan 4606 posting serta 150,150 hits pada jam 7.25ptg.

Sebagai orang seni saya cukup mengerti akan bahasa isyarat; body language pihak MOD. Saya takde nak komen apa-apa, sekadar terima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Maaf mana yang terkasar dan tersilap.

Wassalam.

Sila kunjungi http://ikanlepu.blogspot.com untuk yang lebih padat & bermunafaat.


Moderator - tokJongos wrote;

Time kasih yeop kerana miker memahami.

Anewei thread ni masih ada lagi di sini dan teman minta pada MOD2 utk tidak unsticky-kan sehingga satu ketika nanti apabila pembuka thread atau forumer selesai membuat segala apa yg patut.

Teman mengucapkan syabas pada yeop IL kerana setahu teman thread nilah thread yg paling byk hits nya... tahniah!

tokJongos: Dgn ini teman tutup thread ni... jika ada sebarang masalah sila pm teman.


** Perkembangan Terbaru 4 Ogos '10:  Walaupun thread ini telah ditutup pada hari Ahad lalu, hingga kini ia masih dikunjungi secara galak. Hitsnya telah mencecah 152,225, iaitu bertambah sebanyak 2,015 hits.

** Perkembangan Terbaru 5 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 427 lagi kepada 152,652 hits.

** Perkembangan Terbaru 6 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 412 lagi kepada 153, 064 hits.

** Perkembangan Terbaru 7 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 346 lagi kepada 153,410 hits.

** Perkembangan Terbaru 8 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 144 lagi kepada 153,554 hits.

** Perkembangan Terbaru 9 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 281 lagi kepada 153,845 hits.

** Perkembangan Terbaru 10 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 507 lagi kepada 154,352 hits.

** Perkembangan Terbaru 11 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 512 lagi kepada 154,864 hits.

** Perkembangan Terbaru 13 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 294 lagi kepada 155,158 hits.

** Perkembangan Terbaru 14 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 323 lagi kepada 155,481 hits.

** Perkembangan Terbaru 15 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 204 lagi kepada 155,685 hits.

** Perkembangan Terbaru 16 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 174 lagi kepada 155,859 hits.

** Perkembangan Terbaru 17 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 227 lagi kepada 156,086 hits.

** Perkembangan Terbaru 18 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 446 lagi kepada 156,532 hits.

** Perkembangan Terbaru 19 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 700 lagi kepada 157,232 hits.

** Perkembangan Terbaru 20 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 445 lagi kepada 157,677 hits.

** Perkembangan Terbaru 21 Ogos '10:  Hits terus bertambah sebanyak 437 lagi kepada 158,114 hits.

** Perkembangan Terbaru 22 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 188 lagi kepada 158,302 hits.

** Perkembangan Terbaru 28 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,124 lagi kepada 159,426 hits.

** Perkembangan Terbaru 30 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 620 lagi kepada 160,046 hits.

** Perkembangan Terbaru 31 Ogos '10: Hits terus bertambah sebanyak 349 lagi kepada 160,395 hits.

** Perkembangan Terbaru 2 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 402 lagi kepada 160,797  hits.

** Perkembangan Terbaru 5 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 183 lagi kepada 160,980 hits.

** Perkembangan Terbaru 10 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 364 lagi kepada 161,344 hits.

** Perkembangan Terbaru 14 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 528 lagi kepada 161,872 hits.

** Perkembangan Terbaru 20 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,175 lagi kepada 163,047 hits.

** Perkembangan Terbaru 23 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 694 lagi kepada 163,741 hits.

** Perkembangan Terbaru 26 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 780 lagi kepada 164,521 hits.

** Perkembangan Terbaru 29 Sept '10: Hits terus bertambah sebanyak 479 lagi kepada 165,000 hits.

** Perkembangan Terbaru 5 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,762 lagi kepada 166,762 hits.

** Perkembangan Terbaru 8 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 719 lagi kepada 167,481 hits.

** Perkembangan Terbaru 17 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,240 lagi kepada 168,721 hits.

** Perkembangan Terbaru 25 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 1,280 lagi kepada 170,001 hits.

** Perkembangan Terbaru 31 Okt '10: Hits terus bertambah sebanyak 559 lagi kepada 170,660 hits.
     # Masih ada pertambahan walaupun V11 dah dilancarkan #

** Perkembangan Terbaru 7 Nov '10: Hits terus bertambah sebanyak 760 lagi kepada 171,420 hits.

Baru Terbit: 'MENYUSURI DENAI DI HUTAN'

Ini adalah buku pertama saya yang menggunakan konsep misteri-sejarah dan kaitannya dengan agama. Makhluk ghaib memang terdapat dalam ceritera agama - dijelaskan dalam al-Quran dan diperingatkan dalam hadis baginda Rasulullah saw.

Cuma makhluk ini berada di sisi sebelah sana - di luar jangkauan akal manusia. Namun asal kejadiannya dijelaskan bersekali dengan kedurhakaan dan 'kewajipan' untuk mereka berusaha keras dan sungguh-sungguh dalam menyesatkan manusia yang berasal dari Adam a.s.

Kenapa? Berpunca apabila ia dilaknatkan Allah swt.

Kenapa begitu? Disebabkan kedurhakaan secara terang-terangan di hadapan Allah swt. Ia enggan tunduk kepada Adam a.s. apabila diperintahkan Allah.

Seiring dengannya ialah asal kejadian manusia yang hanya dari segumpal darah; yang kemudian ditiupkan ruh-Nya apabila janin berusia 120 hari ketika dalam perut si ibu.

Ada pertelagahan kepentingan di antara kedua-duanya; antara jin-iblis-setan dengan manusia beriman.

Kepengetahuan ini penting dalam mengelakkan diri kita semua daripada terjebak ke dalam jurang kesesatan; yang bakal dan boleh menjerumuskan kesemua anak-cucu Adam a.s. ke dalam neraka Allah.

Permulaannya bersahaja dengan cerita sejarah - sejarah perjuangan pahlawan di tanah air kita sejak peringkat awal dahulu.


Kulit Depan: Siri 'Selangkah ke Alam Jin'

Bab 1



Nama orang tua ini sinonim dengan ilmu jabat. Ia ilmu hulubalang yang telah lama wujud dalam masyarakat Melayu sejak zaman silam. Ia telah diwarisi turun menurun dari abad ke-17, selepas kebangkitan Islam di Asia Tenggara.


Kehandalan pahlawan Melayu seperti Tuk Gajah, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Tuk Janggut, Wali Sembilan di Indonesia; Sunan Gunung Jati, Sunan Kali Jaga, Sunan Bonang dan banyak lagi pejuang yang menentang penjajah dan menegakkan panji-panji Islam, seakan-akan ilmu kebatinan pahlawan dan para wali ini telah semakin senyap dan hilang lenyap.

... dan seterusnya.


Bab 2
Che Ngah Ibrahim dilantik menjadi Menteri Larut oleh Long Jaafar yang kembali menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah. Che Ngah Ibrahim yang memakai gelaran Orang Kaya Paduka Tuan adalah anak pembesar Paduka Setia, iaitu Orang Besar Enam Belas yang menjadi pengapit Panglima Bukit Gantang.


Dia meneruskan pentadbiran di sebuah bangunan besar dalam kota yang dibina di Matang dalam tahun 1854. Ia mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter yang bertempat kira-kira 8km dari bandar Taiping.

... dan seterusnya.

Satu drp buku untuk teman sekampung;
Dato' Mohd Razif Kadir, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia


Penulis : Elias Hj Idris ( Ikanlepu )
Pelukis : Zainal Buang Hussien - Kartunis Majalah Gila Gila/Pengasas
Kulit : Fazrul Arhan Razali ( Pelukis Creative Enterprise/Cover )

SELANGKAH KE ALAM JIN

Siri 1 : Menyusuri Denai Di Hutan

Untuk sementara waktu, buku tidak dijual dimana mana kedai buku. Hanya boleh dibeli secara e-comm @ online order @ jumpa saya bagi mereka yang berdekatan area Puchong @ Kuala Lumpur.

Sila hubungi 013 3318538 Pak Syed.

Buat sementara waktu, website e-comm sbistari.com belum siap, sesiapa yang nak beli boleh bank in ke akaun berikut :

Bank : Maybank
Nama : PERNIAGAAN SERI BISTARI
Akaun No : 564164110774


Bank : CIMB
Nama : Shahimi Bin Hassan
Akaun No : 12320000668201

Selepas bank in sila SMS - Reference No dan alamat penghantaran.
013 3318538 @ 012 6548427
atau boleh email maklumat pembayaran @ alamat ke
admin@sbistari.com

Harga senaskah RM9.00 + RM3.50 (Pos Express) = RM12.50

Setiap naskah buku ini dijual, RM1.00 akan disumbangkan @ di Infaq ke tabung Madrasah Insaniyyah. ( Bagi Siri 1 hingga 5 )
Ma'had Tahfiz Al-Ansori ( Bagi Siri 6 hingga 10 )
SKAJ ini akan di terbitkan sehingga 200 Siri, Insya-Allah

Monday, 26 July 2010

Kita Pencuri

Nota:  Saya rasa elok sekali kita berkongsi sama dengan hasrat murni di sebalik artikel ini. Ia teman copy dari TKO dan ditepekkan di sini untuk mereka yang sedang berusaha mencari jalan - menuju Kekasihnya.

Oleh: IkangDukang


"Bagi ahli ibadah mereka mampu berjaga malam untuk sesi solat tahajud, berzikir dan bermunajat. Melalui sesi tersebutlah mereka melakukan perjalanan rohani dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perjalanan rohani ialah perjalanan diri dalam mengenali kekerdilan diri di samping memuja dan memuji kebesaran al-Khaliq.

Melalui perjalanan diri inilah terbentuknya apa yang dinamakan cinta hakiki iaitu cinta kepada Allah. Kita akan dapat rasakan betapa kasih Allah dan kasih kita terjalin erat. Bukankah tidak sempurna iman seseorang melainkan cintanya kepada Allah dan Rasul mengatasi kasihnya terhadap yang lain? Persoalannya ialah bagaimanakah perasaan cinta ini bukan hanya sedap sebut di mulut bagi orang awam yang kebanyakannya bukan ahli ibadah ini?

Setiap orang mestilah berusaha mencapai tahap ahli ibadat yang khusyuk dan pasrah. Setiap orang mestilah berusaha melazimi situasi ‘khauf dan rojab’ yakni ‘takut dan harap’. Khusyuk, pasrah, takut dan harap adalah proses untuk merealisasikan cinta akan Allah yang hakiki.

Namun begitu, mari kita berkongsi pengalaman ini. Sebelum kita mencapai tahap ahli ibadah yang terpuji di atas, marilah kita menjadi orang awam yang sedang ‘mencari’. Syarat asasnya ialah kita jangan tinggal solat lima waktu disusuli wirid dan doa yang lazim dilakukan. Ini adalah amalan biasa bagi orang kebanyakan macam kita. Aktiviti yang tak sampai 15 minit ini memadai sebenarnya untuk mencapai rasa cinta kepada Allah. Tetapi tanyalah diri sendiri, siapa yang terbentuk cinta hakikinya dalam amalan 15 minit setiap solat fardhu ini? Jawapannya tahulah sendiri. Mengapa?

Rahsianya ialah kita sebenarnya menjadi ‘pencuri’ tanpa kita sedari, ya tanpa kita sedari. Masa 15 minit yang kita khususkan untuk kewajipan solat dan diikuti wirid serta doa selepasnya sebenarnya kita curi daripada Allah. Bukankah masa 15 minit itu untuk Allah tetapi mengapa kita ambil lagi masa yang memang pendek itu untuk melayarkan hati kita kepada urusan dunia yang pelbagai ragamnya. Ketika solat kita tak khusyuk. Ketika wirid kita tak khusyuk dan ketika berdoa pun kita tak khusyuk. Lain yang kita sebut di mulut, ke destinasi lain pula hati dan minda kita belayar. Bukan dekatkan diri kepada Allah. Sudah duduk dalam majlis Allah pun, batin kita sanggup lari darinya. Ya kita sanggup lari dan memang kita melarikan diri daripada berhadapan dengan Allah. Memang jahat kita. Kita lari dari Allah dalam majlisnya. Kita curi masa bersama Allah.

Maaf saudara-saudari para pembaca yang budiman sekalian. Maaf kalau perkongsian saya ini bertolak daripada riak dan takabbur yang berselindung dalam batin saya. Yang utamanya saya mohon ampun dari Tuhan saya. Sekali Allah temukan saya dengan pengalaman batin hanya melalui proses 15 minit itu. Antara sekali-sekala saya terlalai dan terlepas daripada khusyuk, saya dapat menjalankan batin saya kepada Tuhan yang saya kasihi. Saya rasa bersalah betul, hina betul, kerdil betul dan saya zahirkan cinta saya kepada Allah. Saya merasakan tali cinta saya, saya sambungkan dengan tali cinta Allah. Saya ingat makna-makna bacaan, saya rasa nampak kebesaran Tuhan. Saya baca dan wirid dengan suara yang lembut. Oh alangkah bagusnya kalau kita sentiasa dapat melalui proses itu dalam setiap solat 5 waktu.

Pengajarannya ialah kita jangan curi masa yang memang telah kita peruntukkan untuk bersama Kekasih. Jangan kita larikan hati dan minda dari majlis bersama Kekasih. Cukup baik bagi kita orang awam sekiranya 15 minit yang singkat itu jiwa kita kekal bersimpuh dalam majlis bersama Kekasih. Usahakanlah wahai sahabat sekalian.
Ada pihak yang mengatakan perbuatan ini bid'ah - biarkan si Luncai itu
terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan....


p/s  Jazakallahu-khair....

Saturday, 24 July 2010

Di Rantauan-11: Berpindah Tinggal di Kota Baru

Pada hujung minggu itu juga Azr'ei ajak saya berpindah ke rumah mereka di Ketereh dekat Kota Baru. Dengan ihsan Samad, saya ditumpangkan dengan kereta MG Sportsnya bawa sekali beg pakaian. Kebetulan mereka ada kelas tambahan di sekolah Jelawat. Jadi, pada tengahari itu, saya ikut sekali. Duduk pun mengiring sebab tempat duduk belakang kereta sports itu terlalu sempit.

Itulah saat yang paling melegakan hati saya. Dunia serasa lapang bercahaya tidak bertepi. Betapa tidak, dengan keluarnya saya dari Gunung bererti satu beban besar telah dapat dielakkan. Saya cukup fobia jika ditakdirkan berkahwin dengan pompuan Kelantan. Entah kenapa? Sedangkan rata-rata mereka manis belaka. Hati ini tidak dapat ditipu melihat kepada beberapa orang gadis Che' Siti Wan Kembang ketika di kolej tempohari. Rohani yang putih melepak - anak seorang tauke garam di Kota Baru. Nik Zanariah, yang kecil molek - cukup lawa apabila mengenakan baju kebaya pendek.

Err... Jamilah tu pun lawa juga.

"Kami duduk ramai di situ," jelas Azra'ei ketika dalam perjalanan. "Nanti ko kenal la Fatah... dia tu macam Rahmat Kartolo sikit."

"Err... yang macam pelakon Siam pun ada," Samad yang sejak mula diam bersuara sambil menoleh.

"Ko kata kat sape tu, Mad?" Azra'ei menyeringai sambil menoleh kepada saya di belakang. "Hassan yeak!"

"Ha... ha...," gelak Samad yang tidak pernah kering dengan seringainya sejak kali pertama saya temuinya di sekolah mereka sebelum itu. "Remos mesti kasi betul selalu...."

Saya cuma ikut sengih - tidak kenal lagi siapa Fatah dan Hassan? Puas benak ini melakarkan wajah mereke daripada watak yang digambarkan itu. Kalau Rahmat Kartolo memang mudah saya bayangkan; misai bertaring, tampan dan menarik gaya personalitinya. Lebih diingat lagi, dia di antara pelakon Indonesia yang paling macho dan digilai - tidak seperti Dicky Zulkarnaen yang heboh diperkatakan terlibat dalam kematian pelakon terkenal Hong Kong; Bruce Lee. Dia menjurus ilmu batin pada pelakon biadab Cina itu.

"Ada satu lagi geng kita... Rosidi, tapi dia datang jarang-jarang je," jelas Azra'ei. "Dia orang Kuala Kangsar."

Kalau dia datang jarang-jarang, di mana pula dia tinggal.

"Dia mengajar di Sekolah Menengah Sains - ada asrama," jelas Azra'ei yang berasal dari Kedah tanpa dipinta. "Haa... dia tu serius sikit."

"Kamu akan lebih selamat jika duduk dengan kitaorang," jelas Samad serius. "Kat sini kamu jangan main-main; silap aje nanti jadi oghe Kelate - mu pakai semutar deh... pakai kain batik. Mau kamu?"

"Minggu ari tu, err... pakcik tu datang ke sekolah; pelawa anak dia lagi," jelas Azra'ei. "Ari tu dia datang umah - berapa kali? Nasib ada Cikgu Awang Hamat - tolong selamatkan."

Kenapa ya? Saya mula melakar lamunan sendiri. Apa sangatlah yang kami ada? Guru lepasan maktab - gaji pun kecil, tetapi menjadi perhatian ibu-bapa sibuk nak menjodohkan anak gadis mereka dengan cikgu - orang luar. Mereka tidak berminat dengan orang tempatan - walaupun cikgu.

"Cikgu orang tempatan ni dah kira sah ada mata air depa sejak belum masuk kolej lagi," jelas Samad masih dengan seringainya. Seringai orang yang tiada masalah. Al-maklumlah dia anak seorang Pak Imam dari Batu Pahat. Jika tidak masakan dia boleh mampu pakai kereta MG Sports, sedangkan baru saja jadi cikgu tiga tahun? Cikgu di sekolah rendah pula.

"Kalau tidak pun depa tak percayakan kejujuran lelaki Kelantan - nombor satu sebab rajin ke Golok," sahut Azra'ei. "Pastu lelaki Kelantan ni pemalas sikit... rajin lepak di kedai kopi dengan membiarkan isteri depa cari nafkah."

Hang... kalau orang Kelantan dengar siap kena jadi kerabu! Macam la dia tu baik sangat!

Saya tidak banyak bersuara. Saya lebih suka mendengar sambil mencerap suasana baru yang akan dilalui tidak berapa lama selepas itu. Daripada gaya percakapan mereka, saya yakin cikgu-cikgu itu semua bukan sembarangan. Cikgu Rosidi itu adalah jurulatih terkemuka dalam sukan ragbi. Namanya top di Kota Baru. Cikgu Samad, ahli dalam sukan hoki dan sepak takraw. Azra'ei pula memang hebat dalam permainan badminton.

"Lagi satu kawan kita... Shuhaili, pun orang Telok Intan," tambah Azra'ei lagi. "Haa... dia ni mat smart. Baju mesti jenama 'Arrow'. Kering aje orangnya."

Saya mengangguk tanda bersetuju.

"Nanti... kamu berulang tak payah naik bas la. Berapa jam nak sampai?" kata Azra'ei dengan lagak serius. "Err... aku boleh kenalkan dengan satu cikgu tu - dia pun berulang dari KB ni ke Gunung. Dia ada Mini Cooper."

Ada juga gerai menjual daging lembu segar

Pandai Samad bawa kereta, diam tak diam - masuk simpang sana-sini meelepasi beberapa buah gerai minuman, tup... tup dia pun tiba di satu kawasan perumahan. Rumahnya jenis setingkat. Belok dua-tiga simpang kami pun sampai ke sebuah rumah. Samad terus letakkan keretanya di luar pagar. Dalam porch sudah ada sebuah kereta - Mini Cooper S milik Cikgu Hassan, fikir saya.

"Mai la...," Azrai mempelawa saya masuk. "Usah segan-segan.... ni semua orang yang senasib. Bujang belaka.

Kebetulan semua ahli rumah ada belaka - sudah siap bergaya untuk keluar pergi makan. Jam sudah pun menunjukkan hampir ke pukul 2.00 petang. Sulaiman, Fatah dan Shuhaili datang melihat kami, kemudian aku bersalam sebaik Azra'ei memperkenalkan aku kepada mereka.

"Kawan baru kita," jelasnya.

"Haa... duduk kat sini kena cekap dan cermat - jangan mudah terpedaya," Samad bersuara terus menghilangkan dirinya ke dalam.

"Yeah... good luck ti you," Fatah bersuara sambil membetulkan lipat bajunya yang dimasukkan ke dalam. Gaya Rahmat Kartolo; pun berbaju jenama 'Arrow' juga.

"Bawa masuk la beg tu... nak duduk kat mana-mana bilik pun takpe," jelas Azra'ei sambil menjeling kepada Shuhaili yang masih asyik di depan cermin muka. "Ko duduk aje la... puak-puak ni bukan reti tidur pun...."

Aiks... saya kehairanan; tak reti tidur? Depa dok buat apa pulak? Jenis apa pula mereka ni?

Saya ditinggalkan dalam dilemma. Sah ini akan ada satu pengalaman baru yang akan terukir.

Tuesday, 20 July 2010

Zahir dan Batin @ Syariat dan Hakikat

Sebelum ini telah disebutkan bahawa orang sufi adalah mereka yang berjalan pada jalan Allah. Mereka selama-lamanya mengingat dan menyebut nama Allah, dengan hatinya yang sentiasa tenggelam cinta kepada Allah.

Jalan utama untuk seseorang itu menempuh jalan ini pertamanya dia perlu beroleh kasyaf batin; di mana hatinya telah dapat melihat hal-hal yang tidak dapat dilihat oleh mata zahir (atau mata kasarnya). Ia adalah kehidupan bagi seorang sufi - malah itulah lambang kehidupan tasauf yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Malah inilah punca perdebatan dan perselisihan di antara ulama-ulama tasauf dengan ulama fiqh dan ulama ilmu kalam @ kaum fuqaha.

Kaum sufi percaya penuh bahawa pengetahuan manusia itu hanyalah jalan usaha batin selain daripada pancainderanya yang lima itu. Usaha batin ini sebenarnya menghubungkan manusia dengan alam rohani. Bahawa mujahadah (mempergunakan sehabis tenaga) melawan nafsu, mahabbah atau cinta penuh kepada Allah, fana dan tenggelam dalam mengingat dan menyebut Allah, melakukan ibadat yang tiada hentinya kepada Allah, semuanya itu mempersiapkan roh kita agar dapat merasakan keenakan ibadat dan bersiap-sedia dalam menerima sesuatu daripada Allah.

Kemudian, ia akan menghubungkan orangnya itu kepada pelbagai ilmu dan pengetahuan. Pengetahuan (makrifat) dalam kepercayaan orang-orang sufi adalah tersembunyi dalam roh manusia. Ia bersifat semulajadi telah pun sedia ada dalam roh manusia itu. Ia tidak datang kemudian.

Usaha mengalahkan kemahuan jasad dan mempertinggikan kedudukan roh dalam diri, semuanya bekerja mengoyak dan melenyapkan sekelian hijab yang mendinding pengetahuan dan pandangan halus manusia. Kemudian ia melenyapkan segala kegelapan yang terdapat di antara roh seseorang dengan Cahaya Yang Maha Tinggi.

Ada limpahan dan sorotan ilham daripada Allah swt

Apabila taat kepada Allah bererti mewajibkan seseorang itu mencintai Allah. Apabila mencintai Allah, ia disahabati oleh limpahan dan sorotan ilham daripada Allah kepada si pelakunya. Imam Ahmad bin Hanbal ada mengatakan; "Bukan ilmu dengan banyak belajar atau meriwayatkan, tetapi ilmu itu cahaya (nur) yang dijatuhkan Allah ke dalam hati mereka yang taat sehingga Allah turut mencintai mereka pula". Inilah yang dikatakan Allah dalam Surah an-Nisa': 1;

"Takutlah kamu akan Allah, Allah yang akan mengajari kamu."

Orang-orang sufi telah menetapkan bahawa ilham hati, kasyaf rohani merupakan tanda-tanda dasar yang mencakup keseluruhan kehidupan mereka. Mereka akan terus berenang dalam ilham dan kasyaf batin itu sebagai ilmu yang batin. Ilmu batin bererti mengetahui hal-hal yang tidak dapat dilihat secara zahir. Ilmu batin yang tinggi ini adalah di antara ilmu yang diperoleh Nabi Khaidir a.s yang tidak diketahui oleh Nabi Musa a.s.

Dalam pertemuan yang disebutkan dalam Surah al-Kahfi itu menceritakan bagaimana pada suatu hari Musa a.s dan pemuda pembantunya kembali mencari seekor ikan mereka yang tertinggal di Majma'al Bahraini (pertemuan dua buah laut). Di situ mereka telah bertemu dengan seorang hamba Kami (seperti firman-Nya) yang telah Kami berikan rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami beri ilmu banyak kepadanya.

Maka berkatalah Musa a.s kepadanya, "Bolehkah aku mengikuti engkau, supaya engkau ajarkan kepadaku ilmu yang betul seperti yang telah diajarkan kepada engkau?"

Hamba Kami itupun berkata kepadanya, "Sesungguhnya, engkau takkan kuasa sabar bersama-samaku. Bagaimanakah engkau akan sabar tentang sesuatu yang tiada engkau alami?"

Berkata Musa a.s, "Nanti engkau akan dapati aku insyaAllah, orang yang sabar dan aku tidak akan mendurhakai perintahmu."

"Baik la," kata orang tersebut. "Jika engkau mengikuti saya, maka janganlah ditanyai akan apa jua sehingga saya beritahukan kepada kamu."

Kemudian kedua-duanya lalu belayar dengan sebuah perahu. Tiba-tiba perahu itu lalu ditebuk lubang.

"Maka berkata Musa a.s; Adakah engkau korek perahu ini, supaya engkau mengaramkan penumpangnya? Sesungguhnya, engkau memperbuat suatu yang besar (berbahaya)."

Dia berkata: "Bukankah sudah kukatakan bahawa engkau takkan kuasa untuk sabar bersamaku."

Berkata Musa a.s, "Janganlah engkau menyiksaku, kerana kealpaanku dan janganlah engkau memberatiku dengan kesukaran."

Lalu keduanya berjalan. Sehingga, apabila keduanya menjumpai seorang anak muda lalu dibunuhnya. Maka berkata Musa a.s, "Mengapa engkau bunuh seorang anak yang suci tanpa berdosa? Sesungguhnya, engkau telah memperbuat sesuatu yang mungkar."

Dia berkata, "Bukankah telah kukatakan kepadamu bahawa engkau takkan kuasa sabar bersamaku?"

Jika engkau tanyai lagi aku sesudah ini, janganlah engkau ikuti aku, sesungguhnya telah cukuplah engkau menerima keuzuran daripadaku."

Kemudian kedua-duanya berjalan lagi, sampai kepada penduduk di suatu negeri lalu keduanya meminta makanan, tetapi penduduk di situ enggan memberikan makanan kepada mereka.

Lalu keduanya menemui dinding yang hampir roboh lalu diperbetulkan kembali.

Berkata Musa a.s, "Jika engkau kehendaki ambillah upah daripadanya."

Maka kata orang itu, "Inilah perpisahan antara aku dengan engkau. Nanti akan kuberitakan kepadamu takwil-takwil (keterangan) apa yang engkau tidak sanggup sabar atasnya."

Adapun sampan tadi kepunyaan beberapa morang miskin yang bekerja di laut. Aku merosakkannya sedikit kerana di belakang mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap sampan dengan kekerasan.

Adapun anak tadi, kedua orang tuanya orang yang percaya akan Allah. Kami takut nanti orang tuanya itu akan jadi derhaka dan kafir kerana anaknya.

Aku bermaksud biar Tuhan menukarkan anaknya itu dengan yang lebih baik daripadanya dan lebih suci serta lebih pengasih.

Adapun tembok yang hampir roboh itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di dalam negeri ini dan di bawah dinding itu ada perbendaharaan bagi keduanya, orang tua keduanya itu adalah orang yang soleh.

Lalu Tuhan menghendaki supaya keduanya sampai umur dewasa lalu keduanya mengeluarkan harta simpanan itu sebagai rahmat daripada Tuhannya.

Bukanlah yang kuperbuat itu dengan kehendakku (melainkan dengan wahyu Tuhan). Demikian takwilnya perkara yang tiada sanggup angkau sabar terhadapnya.

Surah al-Kahfi: 63-82.

Nabi Khaidir a.s. ini salah seorang yang mendapat ilmu batin daripada Allah swt. Ilmu yang diberikan Allah itu sudah merupakan satu tahap maksimum.

Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan dari Ummul-mu'minin Aisyah r.a. bahawa ibu Islam ini pernah berkata, "Pada suatu hari Saad bin Abi Waqas bertengkar dengan Abdullah bin Zum'ah mengenai seorang anak lelaki. Kata Saad, "Anak ini ya Rasulullah adalah anak saudara saya, anak 'Utbah bin Abu Waqas yang diserahkan kepada saya untuk memeliharanya. Lihatlah, bukankah dia serupa dengannya".

Lalu Rasulullah melihatnya, nyata sekali amat serupa dengan 'Utbah. Akan tetapi Nabi bersabda kepada Abdullah bin Zum'ah, "Anak ini untukmu, hai Abdullah bin Zum'ah, anak ini bagi engkau dan orang yang derhaka tidak dapat. Hai Saudah binti Zum'ah, berhijablah engkau terhadap anak ini (jangan lihat dia seperti lelaki lain)". Maka Saudah (isteri Nabi) tidak pernah melihat anak itu sekalipun juga."

Kata Al-Hafiz Al-Bulqaini dan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dengan hadis ini nyatalah bahawa menghukum itu harus berdasarkan kepada yang zahir - tidak dengan ilmu batin kerana Nabi saw telah memutuskan anak itu saudara Abdullah bin Zum'ah dengan kata Nabi, "Da saudara engkau hai Abdullah' disebabkan anak itu berada dalam peliharaan Abdullah."

Walaupun anak itu adalah anak saudara Abdullah bin Zum'ah dan bersaudara pula dengan isteri Nabi - Saudah binti Zum'ah, akan tetapi Nabi memerintahkan isterinya agart berhijab dengan anak itu. Ia menunjukkan bahawa anak itu bukan saudara kepada Saudah binti Zum'ah secara hukum.

Pada Nabi, ada ilmu batin yang mengetahui siapa sebenarnya anak itu? Bukti-bukti lahir mengatakan bahawa anak itu adalah anak Zum'ah, sedangkan pada bukti secara batin menunjukkan bahawa anak itu adalah anak 'Utbah. Oleh itu Nabi memenangkan orang yang mempunyai bukti zahir serta menjalankan hukum batin kepada isterinya supaya memandang anak itu seperti bukan saudaranya, tetapi sebagai lelaki lain yang tidak jadi mahramnya.

Dengan hukum tersebut, Rasulullah menjalankan dua hukum sekaligus; hukum zahir dan hukum batin. Jadi hadis tersebut menyatakan kepada kita tentang adanya hukum batin, iaitu ilmu bagi orang-orang yang sufi.

Bersambung.... contoh2 lain.

Monday, 19 July 2010

Dasar-dasar Tariqat Tasauf

Seorang ulama besar tasauf, Sahl at-Tasatturi berkata; Dasar-dasar tariqat kami ada 7:
-  Berpegang dengan kitab al-Quran;
-  Mengikut sunnah Nabi Muhammad saw;
-  Makan hasil yang halal;
-  Menahan diri daripada menyakiti orang;
-  Menjauhi sekelian maksiat;
-  Menetapkan diri dengan taubat; dan
-  Menunaikan sekelian hak.

Inilah dasar tasauf yang sebenar. Jika ada sesiapa yang menyeleweng walaupun sekelumit daripada dasar-dasar ini, bererti mereka telah jauh menyimpang daripada tasauf. Apabila menyimpang daripada tasauf bererti mereka telah meninggalkan iman.

Imam al-Ghazali telah menghuraikan tujuan ahli-ahli tasauf;

"Ketahuilah bahawa orang yang menempuh jalan Allah itu amat sedikit sekali. Tetapi kalangan yang mengaku demikian teramatlah banyak. Ada dua alamat penting yang dapat dilihat tentang bidang ini; Hendaklah sekelian perbuatan yang mendasari gerak-laku seseorang ahli sufi itu dapat ditimbang dengan timbangan syariat Islam. Ia mesti selaras dengan tempat letaknya yang sebenar - tempat duduknya yang berkait dengan syariat; dalam soal masuk-keluarnya, maju-mundurnya sebab jalan Allah itu tidak mungkin akan ditempuhi sepenuhnya sebelum seseorang itu benar-benar duduk dalam syariat Islam.

Ia bererti segala tatatertib syariat itu telah dilakukan. Semua ini tidak akan dapat dicapai oleh orang-orang yang tidak menetapi sejumlah solat sunat, selain daripada mengerjakan yang fardu. Apatah pula jika seseorang yang sering mensesiakan solat fardunya, langsung tidak akan sampai ke darjat sufi.

"Kalau tuan katakan; Apakah martabat salik (yang menjalani) jalan-jalan Allah itu boleh sampai kepada taraf dia melepaskan atau meninggalkan sebahagian daripada ibadat wajib, dan sampai ke taraf tidak berbahaya lagi baginya untuk mengerjakan sebahagian yang terlarang, sebagaimana yang dinaqalkan orang daripada sebahagian syeikh tasauf yang memandang enteng atau mudah dalam soal-soal ini.

Jawabnya; itulah dia 'ghurur' - inilah tipu-daya yang dimaksudkan itu. Ahli-ahli tahqiq telah mengatakan, "Kalau tuan melihat seorang manusia dapat berjalan di atas air, tetapi dia mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam - maka ketahuilah bahawa dia itu adalah syaitan." Maka pendapat ahli tahqiq itu adalah benar."

Pendapat ini adalah benar, di mana tiada satu pun bahagian dasar tasauf itu yang lemah dan dapat menjadi sasaran serangan kaum fuqaha.

Hubungan Tasauf dengan syariat teramat rapat dan kukuh

Bagi seorang ahli tasauf yang hakiki, mereka tetap mengikat tasauf dan syariat Islam dengan kukuh sekali. Kata Imam al-Ghazali seterusnya;

"Saya sedar dengan yakin sekali bahawa orang-orang sufi itu adalah orang yang khusus menjalani jalan-jalan Allah. Jalan yang ditempuh mereka adalah jalan yang sebenar - jalan yang asli. Dalam menjalaninya mereka tetap memelihara akhlak dengan sebaik-baiknya. Andainya berkumpul sekelian cerdik-pandai Islam bersama hukama' dan ulama yang benar-benar arif tentang syariat Islam lalu cuba mencari cacat-cela dalam akhlak orang-orang sufi ini - mereka tidak akan terdaya. Sebab, segala yang dilakukan oleh orang-orang sufi itu adalah benar belaka.

Mereka tawajjuh selain menerima misykat kenabian

Ia disebabkan segala gerak-geri orang-orang sufi itu sama ada lahir dan batinnya, harus mengambil sinar daripada misykat (lampu) kenabian. Malah kita semua talah tahu tidak ada cahaya lain yang melebihi dari cahaya misykat Nabi yang terang-benderang itu."

Seandainya masih ada orang yang ingin menghentam dasar-dasar tasauf, apakah ada ruang untuk menidakkan seseorang yang pekerjaannya setiap masa hanya mensucikan hatinya daripada yang lain daripada Allah. Kuncinya, dia mengharamkan hati seluruhnya cuma untuk mengingat Allah dan akhirnya fana habis akan Allah swt.

Awal perjalanan ini ialah dengan mukasyafat (beroleh kasyaf), iaitu dapat melihat yang tiada dapat dilihat dengan mata biasa - sampai mereka dapat melihat Allah dalam jaga, dapat melihat roh-roh para nabi, dapat mendengar suara-suara mereka itu sehingga dapat menanyakan pelbagai yang yang perlu, kemudian mereka naik terus daripada melihat rupa-rupa itu sehingga sampai ke darjat tidak mungkin dapat dituturkan dengan lidah ataupun dituliskan dengan kalam lagi."

Demikian penjelasan Imam al-Ghazali tentang dasar dan jalan-jalan yang ditempuh oleh mereka yang sebenarnya orang sufi. Ia merupakan hakikat tasauf yang sebenar - yang tidak mungkin akan dapat dihuraikan dengan berlebih lagi.

Oleh kerana hakikat tasauf ini begitu mulia, suci dan langsung berhubungan dengan Allah swt pada setiap saat, maka ulama tasauf yang sebenar tetap terpelihara dan tidak pernah kalah atau dapat dihancurkan dalam setiap pertempuran besar dan hebat. Sebab ia merupakan satu bentuk kehidupan yang kekal kuat sepanjang zaman.

Saturday, 17 July 2010

Tariqat: Memelihara Solat 5 Waktu & Zikir

Setiap orang yang memilih jalan tariqat, hendaklah mengambil berat dalam urusan sembahyang 5 waktu dengan menyempurnakan berdirinya, bacaannya, khusyu'nya, ruku'nya, sujudnya dan seterusnya terhadap kesemua rukun dan sunat-sunatnya.

Sempurnakan berdiri, bacaan, ruku' dan sujudnya

Tiada hati yang lalai, atau lena dalam awang-awangan

Malah sebelumnya lagi hendaklah diingat bersungguh-sungguh dalam hati bahawa kita akan berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maka jangan sekali-kali kita bermunajat kepada Raja kepada sekelian raja dan Pembesar kepada sekelian pembesar dengan hati yang lalai, lena dalam awang-awang, kealpaan dan was-was; menerawang dalam lapangan angan-angan dengan fikiran terarah kepada hal-hal keduniaan yang tidak memberi faedah. Kelak kita akan dimurkai oleh Allah swt dan dihalau dari pintu menuju kepada-Nya.

Baginda Rasulullah saw ada bersabda;
"Apabila seseorang hamba berdiri untuk menunaikan solatnya, maka Allah Taala akan memerhatikan gerak-gerinya. Apabila sang hamba menoleh ke belakang, Allah Taala akan berkata kepadanya; Hai anak Adam! Engkau telah menoleh kepada siapa yang lebih baik lagi bagi kamu daripada-Ku? Jika dia menoleh lagi, Allah Taala akan berkata sekali lagi seperti yang tersebut itu. Jika dia menoleh lagi buat kali yang ketiga, maka Allah Taala akan memalingkan perhatian-Nya daripada orang itu."

Kalau orang yang menoleh itu dengan wajahnya yang lahir sahaja, maka Allah Taala telah memalingkan perhatian daripadanya, apatah lagi jika sang hamba itu memalingkan hatinya di dalam sembahyang kepada urusan keduniaan dan keindahannya, maka tentulah lebih besar lagi Allah Taala tidak mungkin melihat kepada tubuh badan manusia. Dia tidak menilai akan perkara lahir, tetapi pada hati manusia dan batinnya.

Roh Ibadat

Perlu diingat, roh kepada semua ibadat dan maksudnya ialah dengan menghadirkan diri di hadrat Allah swt. Sesiapa yang mengerjakan ibadatnya kosong daripada kehadiran hati, jiwa dan perasaannya maka ibadat itu sesia dan tidak berguna. Ia seumpama hampas. Malah ia boleh diandaikan keadaan seperti itu seolah-olah menghadiahkan kepada seorang Maharaja dengan seorang khadam jahat dan perosak. Ataupun hadiahnya cuma berupa sebuah peti yang kosong.

Jadi, patut atau tidak jika orang-orang seperti ini mendapat siksa dan diberikan balasan terhdap hadiah main-mainnya itu? Pastinya memang patut.

Melazimkan Jumaat dan Jemaah

Perlu juga diingat, setiap orang yang melalui jalan ini tidak akan sama sekali meninggalkan sembahyang Jumaat dan mengabaikan sembahyang secara berjemaah. Tindakan mengabaikannya adalah adat dan kebiasaan bagi orang-orang yang cuai. Ia adalah tanda bagi seseorang yang bodoh dan jahil.

Seterusnya, kita hendaklah memelihara sekelian kerja yang sunat - rawatib, sebelum dan sesudah sembahyang fardu itu. Maka hendaklah ditunaikan juga sembahyang witir dan dhuha. Jangan lupa pula mengisikan masa senggang di antara sembahyang maghrib dan isya itu dengan ibadat.

Seterusnya, jangan diabaikan waktu selepas subuh hingga ke terbit matahari serta masa sesudah asar hingga ke terbenam matahari. Kedua-dua masa ini adalah masa yang mulia, di mana pelbagai kurnia akan dicurahkan oleh Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang menujukan permohonan.

Mengisi masa selepas subuh dengan ibadat, akan membawa rezeki untuk anggota zahir, iaitu makan-minum. Manakala mengisi masa selepas asar, khususnya akan membawa kepada rezeki untuk anggota batin - iaitu makanan rohani untuk hati. Perbuatan ini telah dicuba lakukan oleh mereka yang memiliki pandangan batin dari kalangan para arif yang berkedudukan tinggi di sisi Allah swt.

Dalam sebuah hadis ada diriwayatkan bahawa sesiapa yang terus duduk di tempat sembahyangnya dengan berzikir kepada Allah swt selepas sembahyang subuh, adalah lebih terjamin mendapat rezeki berbanding daripada orang yang pergi belayar di perantauan kerana mencari rezeki.

Peranan Zikir

Berzikir di setiap kesempatan, tanpa mengira waktu dan tempat

Perkara utama bagi mereka yang ingin menuju ke jalan Allah, sesudah mengerjakan segala perintah dan meninggalkan larangan, ialah dengan berzikir kepada Allah swt. Setiap orang yang memilih jalan ini perlu berzikir kepada Allah swt dengan lisan dan bersekali dengan hati pada setiap kesempatan yang munasabah, pada setiap waktu dan tempat.

Nota:  Perbuatan ini yang paling tidak disenangi oleh puak-puak Wahabi-salafi yang dicap sebagai bid'ah!

Zikir yang terkumpul di dalamnya segala maksud zikir dan tujuan-tujuannya yang lahir atau batin ialah sebutan Laa Ilaaha Illallaah (tiada yang nyata melainkan Allah). Zikir inilah yang wajib dilazimkan oleh orang-orang permulaan yang menuju ke jalan Allah, dan yang wajib kembali kepadanya oleh orang-orang yang yang telah pun sampai ke kemuncak ma'rifatullah.

Sesiapa yang ingin merasakan sesuatu rahsia dari rahsia-rahsia tariqat dan disingkap tabir baginya dengan sesuatu cahaya nur hakikat, maka hendaklah dia melazimkan diri dengan berzikir kepada Allah swt dengan hati yang hadir, penuh adab dan tertib, dengan tujuan yang benar serta tawajjuh (menghadapkan diri) dengan penuh khusyu' dan khudu'

Apabila kesemua sifat ini telah terkumpul pada diri seseorang itu di kala dia berzikir, maka mudahlah baginya untuk tersingkap al-Malakut al-A'la, iaitu kerajaan Allah Yang Maha Tinggi, dan rohnya akan mencapai ke kemuncak Haqaaiq al-'Alaam al-Asyfa (iaitu hakikat alam yang suci). Di mana mata hatinya akan melihat dengan jelas segala al-Jamaal al-Aqdas al-Asmaa (iaitu kecantikan suci yang maha tinggi).

Perlu diingat, tingkat-tingkat ini cuma dapat diperoleh melalui zikir. Bagi mereka yang anti dengan zikir, lahirlah mereka sebagai orang miskin papa-kedana di sisi Allah swt baik di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Malah ada yang boleh mencapai ke peringkat bebal dan sombong dengan Allah kerana enggan membesarkan-Nya layak bagi-Nya sebagai Khaliq, Pencipta.

Tuesday, 13 July 2010

Di Rantauan-10: Ooo... Keranamu, Jamilah!

"Excuse me... are you not happy to be posted here?" tegur Cikgu Hassan Yaakob, Guru Penolong Kanan sekolah apabila melihat saya mula mengasingkan diri.

Sejak peristiwa Jamilah itu heboh diperkatakan, saya berasakan ia seolah-olah satu 'insult' pada erti sebuah kejujuran. Ia bukan sahaja setakat soksek liar di belakang, tetapi telah menjadi isu; seolah-olah ada perlakuan sumbang antara seorang cikgu dengan anak muridnya. Betapa tidak, Guru Besar yang biasa bertindak profesional itupun memanggil saya mengadap sebelumnya. Tidak banyak yang diperkatakan beliau apabila saya jelaskan tindakan menghantar Jamilah balik hingga ke muka jalan.

"Err... itupun salah ke cikgu? Lain la kalau saya masuk hingga ke rumahnya dan bercengkerama di balik gelap," saya menjelaskan dalam keadaan menanyakan soalan.

"Takdok la... ogheng dok kecek sapai ke telinga ambo nih," katanya lagi. Dia terkebil-kebil kemudiannya.

"Hok aloh... utung demo ni gak," budak pejabat yang berbadan besar itupun sempat perli ketika saya keluar dari bilik Guru Besar.

Kerani wanita yang mendengarnya turut menjeling kemudian menyeringai tanda setuju. Yeah... betapa benak dan sontot persepsi masyarakat di kawasan sejauh pedalaman itu (Nota: Gunung tu dikira pedalaman ke? Sape tau?). Tetapi pelik juga, mereka tidak pula ambil peduli pada seorang cikgu India yang mengajar di SMK Bachok - yang bertindak mengangkut anak murid pompuan hampir setiap minggu ke bandar Kota Baru! Kami cikgu-cikgu dari luar semuanya tahu; sakit hati juga sebab ia melibatkan seorang bangsa asing, walaupun dia seorang cikgu!

Cikgu Hassan masih merenung saya yang duduk agak terasing dari sudut bilik guru itu. Di antara kesemua guru di sekolah itu, Cikgu Hassan ini boleh dikatakan agak liberal persepsinya. Dia pernah menjadi guru terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Maka dengan kelulusan itu melayakkan dia jadi Guru Penolong Kanan yang dikira berwibawa. Dia jauh berbeza daripada guru-guru lain yang masih gemar bergosip macam orang kampung bila berada di bilik guru.

Hasil daripada pertemuan itu kemudian kedengaran ada ura-ura Guru Besar untuk membuka sebuah bilik guru lain, bersebelahan dengan bilik simpanan buku-buku teks skim bantuan kementerian. Sayalah orang yang paling gembira... dan pastinya sayalah orang yang pertama akan pindah ke sana. Saya tidak pasti kenapa, ekoran daripada tanggapan buruk masyarakat sekolah, kemudian menjalar ke luar - di kalangan orang kampung hingga menjadi perbualan di kedai-kedai Cabang Empat, Gunung.

Tukang beca pun turut menjadi medium penyebar berita.

Aduiii... ia membuatkan saya teringat pada Watee yang tidak diketahui di mana? Adakah dia sedang sibuk dengan pelajarannya atau sedang berada di luar negara kerana pertunjukan kebudayaannya? Dengan gadis yang hati saya tersisip rasa indah dan asyik itu tidak pernah menimbulkan apa jua kemelut. Malah dengan Cikgu Atin... biarpun kami selalu 'date' di serata Pantai Lido, Johor Baru - tiada apa gosip yang melanda.

"Err... nothing! Takde apa, cikgu!" jawab saya dengan lagak biasa. Jauh berbeza.

Hati di dalam mula menggerutu. Aii... cikgu ni dah mula nak bantai saya ke?

"Mu... toksoh dok ghoyat lagu tu lar; kawe tau demo... kawe ado berlanar saing cam mu tuh," dia seakan tidak puas hati dengan jawapan bermuslihat tu. "Mu keno pehem... ni kapung. Every single thing you do... people will focus on you - alone!"

Cikgu Hassan duduk di pinggir meja. Dalam hati saya, bukan nak dengar sangat maksud ungkapan beliau. Saya tertarik dengan bahasa Inggerisnya itu - ada yang broken, satu hal! Pastu kelakarnya, dia punya pronounciation tu... sebiji telor Kelantan-Inggerisnya. Namun pada orang-orang di sana, ia dikira sebagai taraf ada 'standard' punya kaki. Cikgu Zizah dan suaminya Ghazi yang baru keluar 'u' itupun tak betah kecek dalam bahasa berkenaan.

Kesemua guru perempuan diam; tiba-tiba segala gosip rancak mereka terhenti; mungkin kerana isu menarik yang akan diperkatakan - oleh Guru Penolong Kanan. Saya sedar, ada juga kalangan cikgu lain yang tidak senang dengan gelagat saya - ya la, stail orang dari pantai barat dengan gaya tersendiri (tak macam stail kampung pedalaman, macam cikgu-cikgu tu semua). Kemudian, saya aktif dengan kegiatan sukan.

Seterusnya, saya mula menjadi perhatian murid-murid kerana sifat terbuka dan mudah memahami perasaan dan masalah mereka. Tentunya populariti itu kerana gosip sesama murid pula... yang kononnya cikgu muda ini adalah 'hok kawe' belaka, cam Jamilah tu.

Ia bisa menjemput rasa cemburu dan iri hati juga. Ia menjadi lebih parah apabila cuka dan perasanya ditambah dengan timbulnya peristiwa si Jamilah. Gosip bertambah meliar menular... terutama di kalangan cikgu pompuan yang suka mengular. Kelas saya, 3C langsung mereka tidak pernah masuk mengajar!

"Apa yang saya buat pun, cikgu? Tak boleh ke nak berbakti sikit?" emosi saya mula agak terusik. Saya menjangkakan dia juga seakan bersama dengan mereka yang jadi tukang sampai-menyampai.

"I knew you very-very well, Lias. I was young at your age before," rungut bahasa Inggeris-Kelantannya menagih perhatian.

"Apa masalahnya, cikgu?"

"Nothing!" katanya pula lalu bangun dari pinggir meja itu.

Sejak itu saya mula mengerti betapa Cikgu Hassan begitu prihatin. Dia bukan menentang saya, tetapi bersimpati dengan apa yang telah dilalui oleh seorang guru muda dari luar. Kemudian baru saya tahu bahawa dia... walaupun telah berumur; kira-kira 38tahun, tetapi isterinya masih muda - 24 tahun sahaja. Kisah kahwin lambat juga.

"Abih tu... gapo tindakan demo?" dia mengadap ingin tahu selanjutnya perancangan saya.

Saya menggeleng sambil bibir berdecit. "Saya pindah...."

"Err... demo nok gi mano? As a new teacher, they won't allow you to go anywhere!"

"Ooo... bukan gitu! Saya cuma nak pindah tempat tinggal; dah tak boleh tinggal di kampung camni."

"Demo nok gi pindah mano?" Cikgu Hassan kehairanan.

"Saya takkan tinggal di kampung ni lagi...."

Kesian juga dengan Jamilah... yang teruk dilanda cemuhan dari kalangan teman-temannya, murid sekolah. Ia dapat dilihat, apabila saya masuk ke kelasnya dia mula tidak ambil perhatian pada pelajaran yang saya ajarkan. Dia masih 'dreaming', tetapi ke sektor dunia lain. Ah,  biarkan sebab masalah saya semakin memberat.

Petang itu... sejak mula saya memang tahu Cikgu Azra'ei mengajar di sebelah petang, maka saya mengambil keputusan naik bas menuju ke pekan Jelawat. Yeah... waktu rihat saya sampai ke sana ketika dia masih sedang mengajar.

"Hang tunggu sat... dah nak sampai waktu rihat, aku tengah mengajar ni," katanya sebaik diberitahu oleh kerani sekolahnya akan kedatangan saya mencari. "Dahsyat hang ni no...."

Aiiiks... Cikgu Azra'ei pun tahu juga kisah saya - sempat bergosip juga.

"Heh... heh.... aku faham," jelasnya sambil menjeling penuh makna. "Anak murid pun lawa, kan!"

Saya tidak membalas. Apa yang penting biar dia dapat menolong kali itu... buat menghindari fitnah dan gosip yang bukan-bukan.

"Definitely... you will have to face the problem," masih tergiang-giang peringatan dari Cikgu Hassan. "Kota Baru is 25 miles away from here. Quite a distance, you know! Bila waktunya demo nok sapai sekolahnyo?

Yeah... sementara Azra'ei menamatkan pengajarannya sebelum waktu rihat, saya berjalan sekitar taman sekolah yang cantik berhias dengan pokok bunga yang berwarna-warni itu. Dalam hati terus mengharap... dapatlah kiranya Azra'ei menolong saya dalam keadaan tertekan itu. Nun di penjuru sana saya ternampakkan sebuah kereta MG sports tidak berbumbung. Ada canvas yang berlipat. Huhh... ada cikgu yang pakai kereta MG sports! Hebat.

Tidak lama kemudian, Azra'ei menggamit saya dari jauh.

"Err... ni Samad, kawan serumah aku di sana," Azra'ei perkenalkan aku kepada seorang cikgu muda yang tidak lekang dengan senyumannya.

Dia sedang duduk. Kami bersalaman sambil diiringi senyum yang meleret.

"Kat Kelantan ni memang lagu tu... bila berkait dengan pompuan je, depa dah tak ingat lain... ke situ aje la," rungut Cikgu Samad. "Err... buat sungguh-sungguh, takpe la pulak!"

Saya tidak mengerti.

Saya akan temui kemeriahan ini di Bandar Kota Baru


"Err... macam mana kamu nak ikut? Kereta tu boleh naik dua orang saja," jelas Cikgu Azra'ei sambil menoleh kepada temannya yang berasal dari Pontian itu. Anak tuk imam. "Camne nak bawa barang lagi?"

Aiiks... kereta MG sports itu milik Cikgu Samad. Huuu... bersemangat saya jadinya.

"Takpe la... hujung minggu ni la pindah, tapi kat sana pun ramai juga. Duduk sebilik dengan Hassan pun boleh," jelas Cikgu Samad sambil menoleh kepada Azra'ei di sebelah. Mereka berbincang.

"Tak kisah. Janji semua orang luar saja kat rumah tu... senang kita nak mengelak dengan benda-benda macam ni," keluh Cikgu Azra'ei. Takpe la... kamu pun ada Shuhaili dan Hassan. Fatah duduk sebilik sorang dia."

Saya hanya mendengar nama-nama yang disebutkan. Itulah kawan baru mungkin sekiranya saya berpindah untuk tinggal di bandar Kota Baru. Masalahnya, saya kena berulang setiap hari - dengan tambang kereta sewa 80 sen satu perjalanan. Bas pun ada, 60 sen tambang, tetapi sejam satu baru jalan. Dari pekan Kota Baru ia mengambil masa satu jam tiga puluh minit untuk sampai.... sebab, orang kampung akan bawa segala khazanah mak nenek naik bas sama; termasuk sepanjang-panjang batang tebu dan ubi kayu siap seperdu, tanpa guni. Pisang pun ada.

Saya sudah nekad. Gosip tentang Jamilah akan semakin saya jauhkan. Lupakan kemudiannya.

Sunday, 11 July 2010

Mengenal Diri: Beza Kalbu, Ruh, Nafsu & Akal

Kempat-empatnya tetap berbeza dari segi perkataan, bentuk dan sebutan. Namun pada hakikatnya, ia satu pada tujuan dan maksud. Ia disebabkan kalbu mempunyai 2 maksud dan pengertian;

i)  Ia adalah kalbu kasar, yang terdiri daripada seketul daging sebesar gumpal tangan yang terletak di sebelah kiri dada manusia. Keadaannya berongga (ada yang dipanggil hati, tetapi sebenarnya jantung!) menjadi tempat mengisi dan mengepam darah yang akan menjalar ke seluruh anggota dan urat-nadi manusia. Ia dapat dilihat, dijamah atau dikerat-belah dengan pisau. Namun ia akan busuk berulat, busuk dan akan hancur selepas mati.

Hati ini sama pada semua jenis haiwan yang tidak berakal dan tiada nilai sedikit pun di sisi Allah swt.

ii)  Kalbu pada maknanya yang kedua ialah hati batin atau hati seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar; tidak dapat dijamah oleh tangan dan tidak dapat dikerat-potong dengan apa alat jua pun. Namun ia dapat dirasai oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya, iaitu satu kejadian yang latifah-rabbaniah (hati seni kejadian Tuhan yang ruhani).


Kedudukan otak

Hati ini bekerja rapat dengan kerja-kerja hati kasar tadi; yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana otak doktor dari jenis manusia. Ia datang dari kejadian alam ghaib, sedangkan hati kasar pula daripada alam benda. Ia dapat diumpamakan hati batin itu seperti raja pemerintah dan hati kasar itu rumah naungan tempatnya bertakhta; sementara kaki-tangan dan anggota lain bagaikan rakyat jelata.

Rakyat-jelata ini akan patuh pada perintah raja. Perlu diingat yang hati ini tidak akan busuk, relai dari nyawa yang mana ia yang akan ditemui di alam akhirat nanti. Dialah yang akan merasai bahagia atau celaka ketika di dunia taupun di akhirat.

Maka dengan hati latifah-rabbaniah inilah hati kasar (jantung) itu dapat hidup dan berdenyut. Ia mempunyai sifat ta'akul dan juga sifat ma'ani sejak ia dijadikan dari alam arwah - sebelum bercantum dengan alam kasar. Para ahli falsafah dan tasauf bersependapat bahawa hati jenis ghaib ini bukan dari jenis benda, jirim atau ardh. Sedangkan ia atau zatnya dapat berdiri sendiri dan terkaya di antara tubuh badan kasar.

Hati inlah yang membentuk hakikat kejadian manusia yang bertanggungjawab kepada Tuhan dunia-akhirat.
Fungsi Otak Manusia: Ganti Peranan Kalbu, Roh dan Akal

Ruh pun mempunyai 2 pengertian juga;

i)  Ruh tabii adalah wap atau gas yang keluar dari dalam hati kasar (jantung) yang berisi darah hitam. Wap dan gas ini berjalan lancar ke seluruh bahagian urat-nadi dalam anggota tubuh badan manusia. Bandingannya samalah dengan cahaya lampu dalam sebuah rumah - yang dapat menyampaikan sinaran cahayanya ke serata ceruk. Ruh seperti inilah yang dinamakan nyawa yang sama dengan nyawa yang ada pada haiwan yang tidak berakal itu.

ii)  Ruh pada hakikat yang sebenar adalah kejadian dari alam keanehan Tuhan yang dibahasakan kepada latifah-rabbaniah, iaitu serupa dengan maksud (ii) pengertian kalbu tadi. Oleh itu ruh dan kalbu adalah sama pada hakikat dalam erti yang satu, iaitu kejadian Tuhan yang seni. Malah ia berbadan halus dan seni.

Maksud ruh yang ini langsung tidak dapat dimengertikan oleh otak manusia tentang dari jenis apakah ia dijadikan? "Dan mereka lagi akan bertanya kepada engkau wahai Muhammad, berkenaan dengan ruh hendaklah engkau menjawab kepada mereka bahawa ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku."

Nafsu pun mempunyai 2 pengertian juga;

i)  Ia meliputi segala tabiat; marah, nafsu berahi dan syahwat termasuk sifat-sifat keji yang lain seperti hasad-dengki, dendam kesumat, tamak haloba, ria, 'ujub dsb. Sifat ini sama sahaja dengan yang terdapat pada kejadian binatang dan manusia. Sifat ini tidak ada pada malaikat sebagaimana sabda Baginda saw;

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau."

ii)  Ia sama dengan huraian berkait dengan latifah-rabbaniah pada ruh dan kalbu tadi. Oleh itu kalimah nafsu, kalbu dan ruh bolehlah dipakai kepada satu hakikat latifah yang sama pada kejadian manusia. Ia amat berbeza dengan makhluk lain seperti binatang.

Namun pada ghalibnya, nafsu ini disabitkan dengan nafsu jahat; yang apabila dibasuh, dicuci dan digosok dengan sabun pencuci berupa zikir kepada Allah dan diberus pula dengan berus tembaga mujahadah dan ikhlas kepada Allah dengan dipandu oleh seorang guru yang ahli, maka sedikit demi sedikit terkikislah sifat-sifat karut kejahatan nafsu itu tadi. Kemudian ia pun menunggu ketibaan warid atau nur daripada Allah swt dan kemudian berpeluang mengecap dzauk.

Dzauk atau syuhud yang kita namakan sebagai hakikat dan makrifat, pada waktu itu nafsu-nafsu jahat tadi akan bertukar mendapat gelaran baru, iaitu nafsu mutma-innah; nafsu yang tenang dan teguh daripada godaan syaitan. Dan dengan itu ia bererti telah masuk ke dalam darjah permulaan wali kecil wilayah sughra.

Namun sebelum sampai ke maqam nafsu mutma-innah, maka nafsu tadi tidak dapat tidak mesti menempuh jalan 3 peringkat;

a)  Peringkat amma-rah, iaitu nafsu yang seentiasa suka dan pecah liur kepada kejahatan. Nafsu ini adalah sejahat-jahat dan sehina nafsu daripada peringkat yang lain.
b)  Peringkat lawwa-mah, iaitu nafsu yang kerap mengkritik diri sendiri apabila dia terjatuh ke lembah angkara dosa, dengan cepat-cepat menyesal, bertaubat dan memohon ampun daripada Allah swt.

c)  Peringkat mulhamah, iaitu nafsu yang telah bersih daripada segala kekotoran hati peringkat pertama dan kedua tadi. Oleh itu ia sudah biasa mendapat ilham yang berguna dan luar biasa.

Akal pun mempunyai 2 pengertian juga;

i) Akal dengan tabiatnya dapat memikir dan mengetahui segala hakikat sesuatu.

ii)  Akal yang alim dengan ilmunya. Ilmunya adalah sebagai sifat bagi akal tersebut. Pengertian ini sama dengan pengertian latifah-rabbaniah disebabkan tidak mungkin apa yang dimaksudkan dengan akal itu berlainan daripada pengertian bagi kalbu dan ruh.

"Seawal-awal benda yang dijadikan Allah Taala ialah akal, kemudian berkata Allah kepada akal; "Berhadap olehmu. Maka berhadap ia, kemudian berkata Allah kepadanya; Pergi olehmu, maka jauhlah ia."
Hati yang segumpal itu....

Adalah jelas bahawa hakikat kalbu, ruh, nafsu dan akal itu hanya berlainan dari segi sebutan, tetapi hakikatnya tetap satu iaitu latifah-rabbaniah yang dibahasakan kepada ruhani. Apa yang berbeza cuma bentuk dan sebutan; apabila ia kekal dalam zulmah syahwat nafsu dan maksiat, maka pada ketika itu ia dinamakan nafsu. Apabila ia terasa gerun dan takut hendak melakukan maksiat dengan sebab terfikir ia adalah perbuatan yang dibenci Allah dan masyarakat, maka pada waktu itu ia dinamakan akal.

Apabila ia tenang berada di bawah cahaya taat, tetapi perasaannya sentiasa berbolak-balik dalam hal perkara tadbir kehidupan dunia, maka pada ketika itu ia dinamakan kalbu. Dan apabila ia tenang dan tetap jelira dengan Allah serta dibukakan mata ruhnya basirah dan disyuhudkan nur aslinya maka pada ketika itu ia dinamakan ruh.

Di sana pula terdapat 'sirr', iaitu apabila nafsu sudah bersih daripada tarikan jahat hingga terjadi ia sebagai rahsia atau 'sirr' semata-mata. Namun ini semua tidak lari daripada satu hakikat jua, iaitu hakikat latifah-rabbaniah, namanya. Ia merupakan satu daripada rahsia yang datang dari alam ghaib Allah swt. Firman Allah swt;

"Katakanlah wahai Muhammad, ruh itu satu daripada urusan rahsia alam Tuhan yang ghaib."

Thursday, 8 July 2010

Mengenal Diri: Dari Mana ke Mana?

Sabda Rasulullah saw;

"Sesungguhnya di dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, apabila baik ia nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, iaitu kalbu (hati!)."  Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari keterangan tersebut jelaslah bahawa kemuncak perbicaraan dalam asal-usul manusia adalah hati (kalbu). Hati di dalam itu bak raja pemerintah yang sangat ditaati oleh sekelian rakyat - anggota tubuh badan. Jadi anggota lahir seperti kaki, tangan, mata, hidung, mulut, telinga, perut, faraj, zakar dsb bagaikan rakyat jelata. Apabila raja (hati) itu memerintah tangan supaya menampar, maka menamparlah si tangan itu ke sasarannya. Jika diperintahkan kaki itu untuk menyepak, maka menyepaklah si kaki itu; demikian seterusnya.

Hati itu dinamakan 'hakikat keakuan' - aku itu dan aku ini. Aku pergi, aku mencari, rumah aku, besarnya perniagaan aku, pandainya aku, hebatnya aku, aku menteri... dan aku yang pelbagai ibarat burung terkukur - kur... kur... kur.... Aku itulah yang sebenarnya 'hakikat insan' kerana ia ganti nama bagi roh atau kalbu seumpama tuk selampit, dalang wayang kulit yang menggerakkan tubuh kasar; iaitu belulang kering itu menjadikan sebuah cerita.

Apabila bercerai ia dari tubuh kasar itu, tinggallah tubuh itu sebatang kara (dalam mengenali sifat 20, iaitulah 'hayyat'), bak tunggul kayu yang menanti masa untuk reput! Kaki-tangan dan anggota badan itu akan reput membusuk - satu sen pun tiada guna!

'Dia' yang amat mengerti itu ada pada mana-mana jasad manusia;
termasuk Fidelma O'Leary, Prof Bio-technology US ini

Sedangkan hati (kalbu dan roh) itu tinggal untuk menerima hukuman pembalasan sama ada baik atau jahat di negeri akhirat; sebab dialah raja pembesar yang memerintah satu alam tubuh ketika hidup di atas muka dunia dahulu. Dialah yang menakluki makhluk anggota tubuh menjadi hambanya; dia yang menundukkan benda-benda jamadat, nabatat, dan hayawanat taat di bawah perintahnya. Maka kerana dialah punca hikmat jadinya alam ini - dan tanpanya tidakkan terjadi makhluk dan syurga-neraka.

Dia datang dari alam ghaib, iaitu alam al-amr dan selepas itu dia juga akan kembali ke alam yang ghaib juga. Ia wujud sebelum alam kasar atau alam syahadah (kenyataan - nyata) itu wujud. Ia ditumpangkan ke alam dunia tempat persinggahan sementara ini kerana bertujuan untuk dikenakan ujian. Ia datang dari alam kejadian Tuhan yang aneh (ruhaniah) yang tidak menerima binasa dan fana selama-lamanya.

Dialah yang akan menanggung segala rasa bahagia atau celaka di akhirat. Dia jugalah yang menerima suka-duka dunia-akhirat. Sedangkan sebelumnya dia telah pun mengenali Tuhan di alam arwah - sebelum benda atau apa jua dijadikan. Dia yang mengetahui segala hakikat dengan tanggapan ilmunya. Dia yang sudah hidup, melihat, mendengar, bercakap dan seterusnya bersifat dengan sifat-sifat ma'ani sebelum ia bercantum dengan tubuh kasar yang bermula dengan kejadian janin pada usia 120 hari itu - apabila dia, iatu roh ditiupkan.

'Dia' roh yang ditiupkan kepada janin ini apabila berusia 120 hari

Dia inilah yang dinamakan fitrah Allah (tabiat semulajadi penerimaan agama dan makrifat pada Allah) yang sudah mengenali dan mengetahui agamanya dengan tidak perlu belajar atau mentelaah kitab di alam arwah; yakni dia sudah mengenali segala-galanya sebelum dia dihantar atau dicantumkan dengan alam kasar (syahadah) ini. Malah dia yang pernah mengaku dan menyaksikan di alam arwah bahawa Tuhan Yang Esa itu adalah Allah sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran; "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, bahkan!"

Malah kerana dialah juga maka diutuskan para nabi dan rasul-rasul ke alam dunia untuk mengawasi dan mengingatkan kembali mengenai perkara agama yang sudah manusia kenali sewaktu di alam arwah dahulu. Tujuannya, agar manusia tidak mengotorkan fitrah-Nya, malah sebaliknya terpelihara agar sentiasa bersih dari awal hingga ke akhir.

"Dialah fitrah yang Allah jadikan sesuai pada manusia, tidak dapat diubah-ubah lagi pada kejadian Allah, itulah agama Allah yang benar."

Bagi orang-orang yang tidak menerima dan tidak mempercayai akan Allah swt seperti yang disampaikan oleh nabi dan rasul-rasul di dunia ini maka itulah tanda yang mereka telah mengotorkan fitrah bersih mereka yang asli dan sudah terpesong daripada konsep kebersihannya. Mereka mendambakan dan berhak untuk mendapat gelaran 'kufur' di sisi Allah dan sewajarnyalah mereka itu kekal di dalam neraka - na'uzubillahi-minzaalik.

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku semata-mata."  - az-Zariaat: 56

Jadi, daripada penjelasan ringkas itu dapatlah kita mengertikan dan faham tentang;

-  siapakah kita?

-  dari mana kita datang?

-  di mana kita sekarang?

-  dan ke manakah arah tujuan kita?

Bersambung...

Wednesday, 7 July 2010

Nafsu yang Tidak Pernah Cukup

Kereta untuk teman pergi kerja; Audi R8 je.



Kereta untuk pergi jalan-jalan; warna aluminium tu - Arab gila.



Kereta untuk jumpa kengkawan; mesti kena berlagak; Aston Martin




Kereta untuk teman pergi ke pasar; Audi RS4 je




Kereta untuk ronda-ronda di KL; jadi romeo sikit




Kereta untuk teman balik kampung; Audi R8




Kereta untk teman pergi ke mesjid; Lamborghini Raventon



Haa... yang ini untuk teman pergi memancing; dengan Cikgu Atin: Fiat 500


"Setiap hari umur kamu berkurangan, tetapi kamu masih bergembira. Kamu masih mencari akan sesuatu yang boleh membawa kepada kedurhakaan; kamu tidak pernah berasa cukup dengan yang sedikit, tetapi tidak pula berasa puas dengan yang banyak".

Jawapan Allah Pada Surah Al-Fatehah

Surah al- Fatehah memang mempunyai banyak rahsianya, maka dengan sebab itu ia menjadi syarat yang wajib dalam tiap-tiap solat kita. Solat yang tidak disertakan dengan bacaan al-Fatehah, tidak sah hukumnya.

Di dalam hadis Qudsi yang berkait dengan peristiwa mikraj itu, Allah swt memperkatakan tentang solat yang merupakan satu bentuk perhubungan di antara hamba dan Tuhannya. Apakah tugas hamba di dalam solatnya, dan apa pula balasan Tuhan terhadap hamba yang solat itu? Maka sebab itu kata Tuhan, 'Dia telah membahagikan solat itu kepada dua bahagian; antara-Nya dengan hamba-Nya'.

Sang hamba wajib mensyukuri akan Tuhannya, sebab Dia yang telah menciptakannya, kemudian diberi-Nya pelbagai nikmat dan rezeki sehingga hamba itu hidup dalam keadaan senang dan gembira.

Nikmat kebendaan dan kesenangan yang bersifat sementara

Apakah seseorang hamba itu patut melupakan Tuhannya sesudah itu? Bukankah sang hamba wajib mensyukuri-Nya? Dari sebab itu maka diwajibkan kita mensyukuri Allah pada setiap masa, dan agar tidak terlalai atau terlupa untuk mensyukuri-Nya, maka dicipta-Nya surah al-Fatehah yang menganduungi ayat-ayat kesyukuran itu. Maka lalu diwajibkan-Nya surah itu dibaca dalam setiap kali solat. Tujuannya, agar kita tidak pernah tertinggal atau terleka daripada mensyukuri-Nya. Lantaran solat itu adalah satu kewajipan utama dalam kehidupan seseorang mukmin.

Dalam pada itu sang hamba juga turut wajib memuji Tuhannya disebabkan Tuhan yang disembahnya itu adalah Tuhan yang bersifat ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahiim (Maha Penyayang). Cuba kita lihat dan kenang kembali akan nikmat dan kurnia yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita - yang tidak terhitung banyaknya. Mana yang kita minta, sedangkan yang tidak kita minta pun diberikan-Nya juga.

Apakah bentuk nikmat berkenaan? Ia adalah nikmat iman, nikmat kehidupan dan nikmat sekelian anggota serta nikmat bagi sekelian sifat yang ada pada kita; qudrat, irodat, ilmu, hayaat, sama', basyar, dan qalam. Jika satu sahaja daripada nikmat berkenaan itu ditarik-Nya kembali, seseorang itu sudah sedia menjadi cacat! Contohnya, ditarik kembali nikmat basyar - dia akan buta dan meraba!

Sang hamba wajib mengakui kerajaan Tuhan pada hari kiamat, di mana setiap makhluk akan diadili oleh Dia Yang Maha Adil. Tiada satu usaha atau perbuatan kita di atas dunia ini yang tidak dihitung atau diambil kira - mana yang baik dibalas dengan kebaikan, dan mana yang jahat dibalas dengan kejelikan.

Maka sang hamba itu wajib menyembah akan Tuhannya dan memohon pertolongan daripada-Nya terhadap segala urusan dunia mahupun urusan akhiratnya. Segala yang terjadi, melainkan Tuhanlah yang telah mentakdirkannya. Jadi jangan lupa untuk selalu memohon bantuan daripada Allah swt, serta jangan pula lupa untuk menunaikan perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya.

Sang hamba juga wajib meminta pimpinan dan hidayat daripada Allah swt, serta memohon jalan yang lurus (shirothal-mustaqiim) yang akan membimbing seseorang itu menuju jalan ke syurga. Di samping itu berdoalah agar Tuhan menjauhkannya daripada jalan sesat dan jalan yang dimurkai-Nya.

Sentiasa bermohon akan kasih-Nya

Sebagai balasan, maka Allah swt menjawab segala yang diucapkan oleh hamba-Nya itu. Apabila sang hamba mengucapkan syukur, maka Allah swt mengatakan; hamba-Ku mensyukuri-Ku. Dan apabila sang hamba itu mengucapkan kata-kata pujian, Allah swt mengatakan; Hamba-Ku memuji-Ku, dan seterusnya.

Kemudian Allah swt berjanji akan memberikan apa sahaja yang dipinta dan dikehendaki oleh sang hamba sebagai balasan di atas ketaatan dan kepatuhannya. Itu sebab jika seseorang itu benar-benar menghayati bacaan/solatnya, dia akan terpelihara daripada segala bentuk kebejatan/kecelakaan yang dipohonkan dek iblis. Dan sesuai dengan janji Allah itu - segalanya akan terhindar dengan rahmat-Nya jua. Maka selamatlah.

Pada dasarnya, hadis ini membawa mesej yang amat penting kepada sekelian kaum muslimin tentang rahsia surah al-Fatehah, terutama dari segi pengajarannya. Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memelihara pengajaran surah al-Fatehah dan mengamalkannya.