Kita juga perlu ingat bagaimana Allah s.w.t. mengizinkan manusia menganuti apa sahaja kepercayaan. Itulah sifat kemurahan Allah s.w.t. Namun terdapat catatan dalam al-Quran yang dengan tegas menyebutkan bahawa; Agama yang diredai Allah s.w.t. hanyalah Islam!
Gejala murtad begitu menjadi-jadi di kalangan teman-teman kita dan bangsa sendiri. Ia berpunca daripada susur-galur kefahaman agama suci ini yang tidak ada dalam diri; kesan daripada kejayaan dogma sekularisme Turki yang dibawa ke mari oleh Onn Jaafar. Kehidupan mereka yang rutin dan biasa; makan, tidur, berusaha untuk jaya, berkeluarga dan sekadar menunggu masa untuk mati, kemudiannya. Akhirnya, bangsa kita jadi begitu mudah menyanggah Allah s.w.t. ketika berada dalam kejahilan. Mereka menolak Tuhan yang hakiki lalu menerima konsep tuhan yang berbilang-bilang. Nauzubillah.
Persoalan ini pernah ditimbulkan oleh seorang doktor falsafah dalam bidang Sains Bioteknologi dari Amerika, Fidelma O’Leary dalam program 'Inside Mecca' terbitan National Geographic. Beliau bertanya, “Kalau benar Jesus itu tuhan kenapa dia mesti menyembah tuhan pula?” Akhirnya beliau memeluk Islam dan pergi menunaikan fardu haji di Mekah bersama-sama dengan dua juta umat yang lain. Di sana dia melihat sendiri keajaiban satu-satunya tempat ibadat di dunia yang tidak pernah pun ditutup kepada orang ramai.
Gejala murtad semakin menjalar dalam masyarakat Melayu sekarang. Asalnya mereka itu menjadi pelarian... pelarian jati diri dengan melupakan asal-usul. Mereka ingin jadi Melayu Baru. Jadi mereka berusaha agar segala-galanya mesti berbentuk baru, termasuk kepercayaan juga. Sedangkan pada hakikatnya bukan zat Allah s.w.t. itu yang tidak betul... tetapi diri mereka yang serba kekurangan! Kejahilan telah menjerumuskan mereka ke jurang tipu-daya syaitan dan pengaruh kebendaan. Mereka sendiri yang tidak faham akan hakikat kehidupan sebenar lalu mencipta kepalsuan.
Jadi, dengan sebab itu saya suka mengajak kita semua agar menelusuri jalan tarikat dan tasauf. Pembinaan jiwa insan mesti dimulakan dari dalam. Di mana ruh iman di dalam itu mahu atau tidak kemudiannya akan memancar keluar lalu menjiwai seluruh tindakan dan perlakuan. Jadi, iman bukan sekadar ditepek-tepek macam kita menempek gambar di blog ini. Bukan.
No comments:
Post a Comment