Tuduhan itu menunjukkan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab Melayu untuk tujuan berkenaan - mengambil tanah rizab Melayu untuk pembinaan sebuah gereja! Tajuknya benar-benar jengkel dan boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia.
Adakah tuduhan ini berasas?
Perlu diingat ketika mula digazetkan tanah rizab Melayu selepas penjajahan British berapakah jumlahnya? Sekarang berapa tinggal bakinya lagi - di mana hampir separuh daripada telah hilang dikerjakan dek Umno?
Sedangkan merekalah pemerintah dan dalang selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti!
Elok diperhatikan senario ini berdasarkan fakta.
1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur
1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala Lumpur
Tuduhan yang mengatakan tanah tersebut berada dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;
Peta 1 - Selatan Kuala Lumpur
Lihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta selatan Kuala Lumpur.
Peta 2 - Peta dari laman web CCC sendiri
Dengan dua peta di atas, bolehlah kita membuat perbandingan yang menunjukkan kedudukan sebenar gereja terbesar asia adalah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta itu di dalam Wilayah Persekutuan? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL dan melibatkan Menteri Wilayah?
2. Tanah rizab Melayu
Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rizab Melayu, maka kemarahan rakyat terhadap Umno/BN sepatutnya akan lebih memuncak lagi.
Tanah tapak pembinaan gereja tersebut terletak di bawah zon antarabangsa. Salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia itu ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil sama ada asalnya tanah rizab Melayu yang biasanya hilang tidak berganti angkara kerja UMNO sejak lama?
3. Kelulusan pembinaan
Adakah ia melibatkan kelulusan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Selangor? Lihat kenyataan di bawah yang dipetik dari sumber berkenaan;
"The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.
Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans were approved, we also received
approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt."
Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Jelasnya, siapakah yang meluluskan gereja terbesar Asia ini kalau bukan Umno/BN dengan cukai setem dikurangkan separuh, kemudian dikecualikan daripada cukai pula bagi kos pembiayaannya. Parti mana dan siapakah yang menang besar dalam PRU 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di Asia ini?
Jika dilihat progress pembinaannya, ia melibatkan kelulusan oleh pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal tingginya. Tarikh mula pembinaannya ialah 15 Febuari 2008, iaitu ketika penamaan calon PRU dibuat, iaitu hampir sebulan sebelum kebangkitan rakyat dalam tsunami 8 Mac 2008!
Contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008
Upacara tanda 'terima kasih' pada 15 Februari 2008
Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar Asia ini sebelum menawan negeri Selangor? Namun jangan kita lupa bahawa kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil itu bukan berada di dalam negeri Selangor!
Cukuplah setakat 3 fakta lengkap demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak ini untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi sambil mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung dengan sebaik-baiknya.
Seperkara lagi, jika benarlah gereja terbesar Asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV1, 2 dan 3 suku akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga ke saat PRU13 nanti. Namun ia senyap-sunyi daripada mendapat liputan media kawalan Umno/kerajaan.
Adakah 'mereka' yang sebenarnya mencuri tanah rizab Melayu untuk bikin gereja? Sila fikir-fikirkan.
ihsan: EDYES @ edyesdotcom (dengan sedikit suntingan)
Pada hari Easter baru ni (Mac 2013) gereja tersebut
siap digunakan - muat 3,000 hadirin
Hebat, kan jasa Umno ni!
No comments:
Post a Comment