Amat bermakna untuk kita renungkan di mana topik ini masih tidak ramai yang tahu; malah pihak media pun langsung tidak memberikan publisiti yang sepatutnya. Elok juga diamati benar-benar akan apa yang terselindung di sebalik rahsia besar negara ini.
Ape itu IPP?
Janakuasa Sultan Abdul Aziz Shah, Kapar
Janakuasa Jimah di Negeri Sembilan
Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung
(TNB Janamanjung Sdn Bhd)
Syesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung
Perlu diingat, TNB cuma perlukan 25% tenaga lebihan bagi tujuan 'back-up' sebagai 'reserve margin', tetapi oleh sebab dasar tamak IPP, mereka terus bekalkan tenaga yang 'terpaksa beli' oleh TNB yang terikat dengan perjanjian berkenaan; di mana jumlah reserve margin berkenaan berjumlah 47% (bukan 25% seperti yang diperlukan!). Cakap tidak guna, bak kata orang.
Ini bermaknan TNB punya lebihan 22% (47% - 25% = 22%) yang langsung tidak diperlukan sama sekali. Namun TNB 'terpaksa' juga beli dan membayar lebihan berkenaan kepada pengeluar tenaga persendirian itu (IPP). Cuba lihat berapakah kos bagi lebihan 22% tenaga berkenaan? Seringgit, dua ringgit atau RM100!
TNB perlu membayar sebanyak RM500juta kepada IPP untuk tempoh 8 bulan akan datang bagi tenaga yang tidak disalurkan kepada pengguna (iaitu kita sebagai rakyat). Sebelumnya, TNB sudah memang terpaksa membayar RM1bilion setahun kepada pengeluar tenaga persendirian itu, kini perlu dibayar RM500juta lagi bagi tenaga yang kita tidak gunakan itu.
Jadi bagaimanakah TNB tidak terpaksa menaikkan tarif (bil elektrik kita) apabila mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan pihak pengeluar tenaga persendirian, selain daripada kes kecurian kabel tembaga dan tekanan bagi pembayaran RM500juta lebihan tenaga tersebut. Maka mangsa sebenarnya di belakang sana adalah rakyat!
Nota: Sewaktu TNB keluarkan tenaga sebelumnya dengan harga 11 per unit, tetapi apabila muncul pengeluar tenaga persendirian ini tenaga yang dijualkan ialah pada harga antara 38 sen hingga 47 sen per 1000KwJ.
Inilah keadaan yang dihadapkan kepada kita semua tanpa dapat dielak, di mana pengeluar tenaga persendrian itu adalah kalangan kroni pak-pak menteri belaka. Dan TNB terpaksa hadapi keadaan ini secara berterusan dengan cabaran penuh liku. Dan menterinya pula berkata kerajaan 'tiada kuasa' dalam hal berkenaan. Bahkan bentuk draf perjanjian pun tidak boleh didedahkan. Tentu pelik, kan!
Dan lebih memeritkan rakyat ada 'subsidi' lagi bagi bahanapi dan bahan bakar yang dibekal dan digunakan oleh pengeluar tenaga persendirian ini. Jumlahnya, seperti yang diwar-warkan ada kira-kira RM21bilion setahun, kononnya (sebelumnya, cuma RM19bilion). Punya la manja....
Nota: Sama kesnya dengan IWK yang diwujudkan kerajaan dengan pemberian RM320juta semata-mata untuk mengutip tunggakan bil kumbahan - sekitar RM2bilion! Nak buat kerja pun kerajaan kena siapkan biayanya - penulis.
Dasar perompak zaman moden. Siapa yang kena rompak kalau bukan kita, rakyat di negara yang bertuah ini. Cuma satu saja nasihat... jangan sekali-kali bekerja dengan mana-mana pengeluar tenaga persendirian berkenaan. IPP memang jahat.
by: Antiaktivis Pas (dengan beberapa suntingan - penulis).
No comments:
Post a Comment