Monday, 30 May 2011

Rahsia Kejadian Insan (Adam-Hawa)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adan a.s adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt jauh terkemudian daripada kejadian sekelian alam semesta; puluhan ribu tahun selepas kejadian malaikat dan jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan!

Pun begitu, makhluk yang dijadikan oleh Allah swt jauh terkemudian itu mengungguli sekalian makhluk lain sehingga sekalian makhluk lain itu ditundukkan oleh Allah swt kepadanya.

Malaikat tidak mengetahui 'rahsia' kejadian Adam a.s sehingga mereka membantah; "Apakah Engkau akan menjadikan orang yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi?" (tafsiran ulama; ialah kerana mereka ingin tahu bukan sebagai tanda keingkaran).

Iblis juga tidak mengetahui 'rahsia' Adam a.s sehingga dia turut serta dalam bantahan terhadap Allah swt, tetapi menjadi kafir apabila dilaknatkan oleh Allah! Iblis enggan sujud (hormat) kepada Adam a.s. Keengkaran iblis itu adalah kerana dua perkara: sifat takabbur yang berasakan bahawa dirinya terlebih baik daripada Adam a.s. Kedua, kerana kedengkiannya terhadap Adam a.s. Kedua-dua sifat ini telah diabadikan sebagai sifat tercela yang mencabar sifat 'ketuhanan' sehingga Allah tidak memandang kepada orang yang memiliknya!

Dari sudut lain,

Adam a.s dijadikan sendirian, dikatakan oleh Allah, "Aku menjadikannya dari tanganKu sendiri". Sedangkan Siti Hawa dijadikan oleh Allah swt daripada Adam a.s kemudiannya. (daripada tulang rusuk baginda) Mengapa demikian? Sedangkan Allah Maha Berkuasa menjadikan keduanya serentak, di mana rahsianya?

Adam a.s dijadikan dengan tubuh badan yang gagah, kuat, kasar dan tegap sedangkan Siti Hawa dijadikan dalam bentuk lembut, kurang kekuatannya. Manusia mungkin berfikir; Apa salahnya Siti Hawa pun dijadikan kuat dan gagah seperti Adam a.s? Jika dijadikan sama kuat tentu mudah untuk menguruskan bumi ini? Namun ia berlawanan dengan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui. Apa Rahsianya?

Adam a.s memiliki beberapa 'rahsia' yang tidak dimiliki dan tidak juga di ketahui oleh makhluk-makhluk lain, termasuk sekelian malaikat yang sentiasa beribadah kepada Allah swt. Apa 'rahsia' yang menyebabkan Adam a.s menjadi lebih mulia daripada makhluk Allah yang lain?

Pertanyaan terakhir : Siapakah sebenarnya ADAM a.s ini?

No comments:

Post a Comment