Mengapa Adam a.s yang dijadikan jauh terkemudian daripada sekelian makhluk Allah yang lain, tetapi menjadi makhluk yang tersangat istimewa? Apakah rahsia perintah Allah yang menyuruh sekalian malaikat 'sujud' (tanda hormat) kepada baginda?
Siapakah sebenarnya Adam a.s?
Rahsia Pertama: Hadirnya ruh Muhammad – di dalam sulbi Adam a.s!
Sebelum dijadikan Adam a.s, junjungan Muhammad saw adalah seorang nabi.
وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
"Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud"
قَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة : فِي الْمُصَلِّينَ . وَقَالَ اِبْن عَبَّاس : أَيْ فِي أَصْلَاب الْآبَاء , آدَم وَنُوح وَإِبْرَاهِيم حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا . وَقَالَ عِكْرِمَة : يَرَاك قَائِمًا وَرَاكِعًا وَسَاجِدًا ; وَقَالَهُ اِبْن عَبَّاس أَيْضًا - Asyuara: 219
Ibnu Abbas mentafsirkan;
Ruh Muhammad dalam sulbi bapa-bapa kamu (turun-temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim sehingga Allah keluarkan Baginda (Nabi Muhammad) sebagai Nabi (akhir zaman).
Dari tafsir Ibn Kathir dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan;
وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
وَقَوْله تَعَالَى " وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ قَتَادَة " الَّذِي يَرَاك حِين تَقُوم وَتَقَلُّبك فِي السَّاجِدِينَ " قَالَ فِي الصَّلَاة يَرَاك وَحْدكوَيَرَاك فِي الْجَمْع وَهَذَا قَوْل عِكْرِمَة وَعَطَاء الْخُرَاسَانِيّ وَالْحَسَن الْبَصْرِيّ وَقَالَ مُجَاهِد كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَيَرَى مِنْ خَلْفه كَمَا يَرَى مِنْ أَمَامه وَيَشْهَد لِهَذَا مَا صَحَّ فِي الْحَدِيث " سَوُّوا صُفُوفكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاء ظَهْرِي " وَرَوَىالْبَزَّار وَابْن أَبِي حَاتِم مِنْ طَرِيقَيْنِ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُ قَالَ فِي هَذِهِ الْآيَة يَعْنِي تَقَلُّبه مِنْ صُلْب نَبِيّ إِلَى صُلْب نَبِيّ حَتَّى أَخْرَجَهُ نَبِيًّا .
Firman Allah Ta'ala: "Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud". Kata Qatadah: "Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah.
Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah saw boleh melihat orang di belakang baginda sebagaimana baginda boleh melihat orang yang berada di hadapannya.
Dan baginda menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) Nabi.
Di tempat lain Ibnu Abbas mentafsirkan “”شَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُ” pada ayat 35, Surah An-Nur sebagai “Nur Muhammad” pada sulbi bapa-bapa kamu, seperti berikut;
{ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ٱلْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لاَّ شَرْقِيَّةٍ وَلاَ غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيۤءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَآءُ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلَيِمٌ }
Allah then mentioned the honour and blessings that He had bestowed upon the believers, saying: (Allah is the Light of the heavens and the earth) He is the guide of the dwellers of the heaves and earth. Guidance from Allah is of two types: clarification and making things known; it is also said that the verse means: Allah is the embellisher of the heavens by means of the stars and the embellisher of the earth by means of plants and water; it is also said that this means: Allah enlightens the hearts of the believers among the dwellers of the heavens and the earth. (The similitude of His light) the light of the believers; it is also said that this means: the light of Allah in the heart of the believer (is as a niche wherein is a lamp. The lamp is in a glass) made of gems. (The glass is as it were a shining star) one of the following five planets: Mercury, Jupiter, Venus, Mars and Saturn. All these planets are luminous. ((This lamp is) kindled from a blessed tree) from the oil of a blessed tree, (an olive neither of the East nor of the West) in an open space, not touched by the shade of the East nor by the shade of the West; it is also said that this means: in a location which is untouched by the sun when it rises and when it sets, (whose oil) the oil of the tree (would almost glow forth (of itself)) from behind its rind (though no fire touched it. Light upon light) the lamp emits light and the glass emits light and the oil emits light, (Allah guideth unto His light) Allah honours with knowledge; it is also said that this means: Allah honours with His religion (whom He will) whoever deserves it; it is also said that the verse means: the likeness of the light of Muhammad in the loins of his forefathers is like this, up to Allah's saying (… kindled from a blessed tree). He says: the light of Muhammad in Abraham was an upright religion (olive tree), and Abraham was neither Jew nor Christian (neither of the East nor of the West), the works of Abraham would almost glow forth in the loins of his forefathers like this (would almost glow forth (of itself)), up until Allah's saying (kindled from a blessed tree) He says: as if it is the light of Muhammad (pbuh) and if Abraham was not a prophet, he would still have this light (though no fire touched it); it is also said that the latter passage means: Had Allah not honoured Abraham, he would not have had this light; it is also said: if Allah had not honoured His believing servant with this light, he would not have had it.
[* تفسير Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs]
Keterangan dari Hadith;
“Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Baginda menjawab, “Sejak saat ketika Adam masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” - riwayat Tirmidzi
Baginda juga bersabda;
“Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Juga Baginda bersabda, “Aku telah ditetapkan di sisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah."
Imam Ahmad bin Hanbal berkata telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi, telah menceritakan kepada kami Manshur bin Sa'd dari Budail dari Abdullah bin Syaqiq dari Maysarah Al Fajr dia berkata; aku bertanya; "Wahai Rasulullah, bilakah engkau dicatat sebagai seorang Nabi?" Baginda bersabda: "Ketika Adam 'alaihis salam antara ruh dan jasad." - Imam Ahmad
Daripada penjelasan ayat-ayat di atas, fahamlah kita, Adam a.s menjadi sangat istimewa kerana menanggung awal-awal makhluk dan afdhalun makhluq, Nur Muhammad saw di dalam sulbinya.
Rahsia ke-2: Allah swt memperkuatkan Adam a.s dengan ruhNya (Ruhul-quddus)
Firman Allah Ta’ala;
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya RuhKu" - As-Shaad, 38 : 72
Berkata Ibnu Abbas r.a pada mentafsirkan ayat “Aku tiupkan padanya RuhKu,
“Allah Ta’ala memasukkan dalam diri Adam a.s akan RuhNya (Ruhul Quddus)”
Imam Jilani r.a membawakan gambaran “Ruh” istimewa ini di dalam kalam hikmah beliau;
Allah Ta’ala mula-mula mencipta atau menzahirkan Ruhul Quddus (Ruh Suci) dalam bentuk makhluk menerusi penzahiran paling sempurna dalam peringkat Alam Ketuhanan Zat Yang Maha Tinggi. Kemudian Allah Ta’ala menghendaki bahawa ruh itu turun ke alam fana’ ini diperingkat paling rendah, iaitu Alam Ajsam. (Alam jisim/kebendaan/alam dunia nyata- pent).
“Allah menghantarkan Ruh Suci itu ke dalam diri para Rasul, Nabi, Wali Allah dan kekasih-kekasihnya! Bersama Ruh Suci itu telah disediakan dalam dirinya benih-benih Keesaan (tauhid) supaya ia sentiasa mengenali Penciptanya yang Maha Esa!" - Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar
Imam Jilani r.a melanjutkan bicara berkenaan kedudukan Ruhul Quddus serta ruh-ruh yang lain:
“Allah mencipta badan untuk di masuki ruh dan menetap didalamnya. Masing-masing ruh pula ada nama masing-masing. Allah Ta’ala susun ruang-ruang didalam badan itu. Diletakkannya ruh manusia antara daging dan darah. Diletakkannya pula Ruhul Quddus (Ruh Suci) di tengah-tengah hati, dimana di sediakan oleh Allah suatu ruang yang seni dan halus untuk menyimpan rahsia di antara Allah dan hambaNya.” - Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar
Sesungguhnya Ruhul Quddus (Ruh Suci) adalah anugerah Allah Ta’ala kepada manusia-manusia pilihan Allah. Mereka adalah rasul, anbiya dan aulia Allah. Melaluinya mereka taqarrub (hampir) dengan Allah, musyahadahkan (melihat dengan Ruhul Quddus) wajahNya Yang Maha Agung. Tiada yang membatasi di antara mereka dengan Allah. Tiada juga malaikat muqarrabin.
Inilah keistimewaan Adam a.s; di mana tiada suatu pun makhluk Allah lain yang diberikan anugerah sedemikian rupa.
Rahsia ke-3: Adam a.s agungkan Allah swt dengan nama-nama Allah yang indah
Adam a.s mengagung serta mensucikan Allah dengan sekalian asma’ Allah Yang Maha Tinggi.– suatu hal yang tidak dapat dilakukan oleh malaikat lantaran malaikat tiada pengetahuan tentang itu. Sedangkan bagi Adam a.s ia suatu hal yang sangat mudah kerana sekalian Asma’ Allah itu telah dilengkapkan oleh Allah di dalam dadanya sebagai salah satu rahsia ketuhanan. .
Hal ini dijelaskan oleh Imam Al-Kabir Shaikh Muhyiddin Ibnu Arabi;
“Para malaikat tidak memperoleh kelengkapan Adam a.s, dan tidak memahami asma’ Ilahi kerana ia asing bagi mereka. Maka tiadalah mereka dapat mensucikan Allah serta mengagungkanNya dengan segala asma’ Ilahi." - Futuhatul Makkiyyah, Fusus Hikam
Bahkan malaikat juga tiada mengetahui benda-benda di dunia ketika Allah Ta’ala menyuruh mereka menyebut nama-nama tersebut.
Allah Ta’ala mengajarkan Adam a.s akan kesemua nama benda di dunia termasuk nama tumbuh-tumbuhan, haiwan serta sekalian jamadat serta kegunaannya. Adama a.s telah dapat menguasainya dengan baik, maka Allah Ta’ala berpaling kepada malaikat lalu memerintah supaya mereka (malaikat) menyebutkan nama benda-benda yang telah dijadikan.
Para malaikat tidak dapat menyebutnya, seperti Adam a.s yang telah menyebutnya satu persatu dengan jelas.
* Dari Tafsir Ibnu Abbas, تفسير Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs
________________________________________
{ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰئِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـٰؤُلاۤءِ إِن كُنْتُمْ صَٰدِقِينَ }
(And He taught Adam all the names), the names of all his progeny, or the names of all the beasts and other things, including: a cooking pot, a plate and saucer, (then showed them) to prove that they were wrong (to the angels) who were commanded to prostrate, (saying: Inform Me of the names of these) created beings and descendents, (if ye are truthful) in your first claim. - Al-Baqarah : 31
Sesungguhnya banyak perkara ghaib yang diketahui oleh para malaikat. Namun mereka tidak dapat menandingi pengetahuan Adam a.s yang dilengkapi dengan rahsia ma'rifat ketuhanan.
Rahsia ke-4: Adam a.s adalah cermin ketuhanan
Menghuraikan Hadis Nabi saw;
"Mukmin adalah laksana cermin bagi mukmin yang lain."
Imam Jilani r.a berkata;
"Mukmin yang pertama itu sebagai cermin, yang dimaksudkan daripadanya ialah hati yang suci bersih bagi mukmin itu sendiri. Maksud Mukmin kedua ialah Zat Allah Ta'ala yang dapat dikenali dalam cermin itu, iaitu satu kurnia utama yang hanya diberikan kepada kekasihNya sahaja. Bukankah salah satu namaNya yang indah ialah Al-Mukmin?"
Mesej yang cuba disampaikan oleh Imam Jilani adalah: Mukmin sejati sebagai cermin yang menangkap pancaran cahaya ketuhanan sehingga dapat memahami rahsiaNya dan menjadi sangat hampir dengan Allah.
Rahsia ke-5: Adam a.s (ruhnya) dapat melewati Sidrotul-muntaha hingga ke arasy
Adam a.s mengenal Allah dengan sebenar kenal dan ubudiyyah kepadaNya dengan ubudiyyah yang sempurna. Tiada batas, tanpa had, tanpa jarak hanya semata-mata melihat wajah Allah Ta'ala. Sedangkan malaikat tiada dapat melakukannya kerana mereka tertahan di Sidrotul-muntaha.
Keadaan ini dijelaskan dalam peristiwa isra’ mi’raj. Setibanya di Sidrotul-muntaha, berkata Jibril kepada Nabi saw: “Aku tak dapat lagi bersama engkau Ya Muhammad. Jika aku maju satu langkah sahaja nescaya aku akan terbakar hangus.” Sedangkan Nabi saw meneruskan perjalanan mi’raj baginda bersendirian tanpa sebarang halangan sehingga akhirnya tahiyyat di hadapan Rabbul Jalil di balai penghadapanNya di Arasy.
Ini memberikan gambaran yang sangat terang akan maqam rasul, nabi dan aulia Allah yang mengatasi sekalian malaikat termasuk malaikat muqarrobin sekalipun.
Catatan: Mi'raj dengan jasad dan ruh terkhusus bagi Nabi Muhammad saw sementara bagi rasul-rasul, nabi dan aulia Allah adalah mi'raj itu semata-mata perjalanan 'ruh'.
Rahsia ke-6: Adam a.s sebagai khalifah Allah
Ini merupakan 'mesej' paling penting daripada penciptaan Adam a.s. Bahkan ia juga 'mesej' bagi segala anbiya dan aulia Allah yang dizahirkan di atas muka bumi.
Sekalian keistimewaan yang Allah Ta'ala lengkapkan pada Adam a.s termasuk rahsia kejadian Siti Hawa adalah bagi penyempurnaan 'amanah' ini, yakni amanah 'khalifah' - menjadi wakil Allah dalam mengurus dan mentadbir bumi.
ihsan: sdra rafie1357 (TKO)
No comments:
Post a Comment