Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui...
 
 Sedikit maklumat berkaitan Kaabah;
 
 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
 
 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
 
 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem  imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan  penyakit.
 
 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang  berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat  gema atau ruang dan masa serentak.
 
 5. Apa yang diniatkan di  hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan  frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali  tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus  asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
 
 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
 
 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di  dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang  ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
 
 8.  Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam  dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika  bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa  bumbung masih terasa sejuk.
 
 9. Kaabah bukan sekadar bangunan  hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ  pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling  dirahmati.
 
 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara  automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang  belakang dan menghasilkan sel darah.
 
 11. Pergerakan  mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula  jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak  mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
 
 12.  Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam.  Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna  peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan  menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa  bertenaga, sihat dan panjang umur.
 
 13. Manakala bilangan tujuh  itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu  membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh  kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad  jumlahnya.
 
 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup  kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk  menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab  itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai  manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan  digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
 
 15. Selepas  selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk  melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di  sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari  segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima  oleh tubuh.
 
 
 Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

 
No comments:
Post a Comment