Saturday 22 June 2013

Blackout 505: Padang Merbuk

Kita boleh lihat sendiri sikap segelintir manusia yang tidak faham pokok persoalan tentang penganjuran himpunan ini. Ada yang berasakan bahawa himpunan seumpama ini sekadar membuang masa dan menyusahkan rakyat seluruhnya. Konon rakyat sudah muak dengan siri himpunan yang dilihat tidak akan berkesudahan.


  Opposition’s rally becomes protracted with participants setting up tents at Padang Merbok

KUALA LUMPUR, June 22 — The opposition’s rally in protest to the results of the 13th general election here today became protracted as some of the participants decided to set up tents in Padang Merbok and refused to leave.


This situation contravened the organisers’ pledge to hold a series of peaceful gatherings, which was supposed to end in the city today, as the opposition Members of Parliament had agreed to take their oath of office on
Monday.
Solidarity Anak Muda Malaysia (SAMM) chief coordinator Badrul Hisham Shahrin said 10 non-governmental organisations (NGOs) had set up 60 tents in Padang Merbok here after the Blackout 505 rally in protest of the Election Commission’s (EC) procedures in handling the 13th polls.
He said the protestors, comprising 245 members of the NGOs and politicians, Batu MP Tian Chua, who is also PKR vice-president, vowed to stay in their tents until their demands were met.
Among the NGOs are SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Asalkan Bukan Umno (ABU), Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit), Ambang 13, Parti Sosialis Malaysia (PSM), AMUK and Pembebasan Bangsa dan Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA).
PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in his speech at the rally said the opposition would continue holding the rally until their demands were met by the Election Commission (EC).
He said the three demands were for the EC top leadership to step down, for by-elections to be held in the constituencies where the opposition had lost and to stop the redelineation of election boundaries.

Ini adalah di antara pandangan negatif tersebut seperti yang terdapat di satu laman maya (TKO - Tranungkiteonline), seakan tidak nampak persoalan sebenar kenapa himpunan itu perlu diadakan terus-menerus; sebagai tekanan terhadap sang penguasa yang bersikap ambil mudah n 'pekak badak'.

indraputra80
Rekrut
Rekrut


Joined: Mar 13, 2008
Posts: 16
PostPosted: Sat Jun 22, 2013 10:18 pm    Post subject: Reply with quote

Ramai yang sudah Letih dgn Perhimpunan...

Datang dgn duit sendiri transport sendiri

Masa terbuang banyak.....

Hasil nya tidak berapa JELAS.....

Di tambah pulak melihat telatah pemimpin Baik PAS mau pun PKR...

Mereka banyak menimbulkan kecelaruan dalam beberapa isu penting yg.melibatkan Pentadbiran Negeri Misal nya PKR Selangor.,PAS dgn Ahli yang keliru...antara Politik dan Agama... di mana kita lihat ada Ahli PAS yg.tidak mengundi semata mata kerana ia dari PKRPSM...walhal telah di putuskan siapa saja calon PR harus di terima tanpa berbelah bagi tujuan utk menumbangkan BN...

Jika mereka berpeggang pada Amanah sebagai satu tuntutan Agama tidak berlaku sedemikian..yg akhir nya KITA (PR) sepatutnya sudah Menang pada PRU13.

Kerana itu usaha utk menunjukan kekuatan dgn perhimpunan,tidak ada rahmat Allah dan ia menjadi bahan lawak yang tidak akan membawa apa apa kejayaan.

 Ini lagi pendapat yang menunjukkan mereka tidak faham keadaan sebenarnya...siapa kata rakyat sudah 'letih' dengan perhimpunan? Jika tidak didesak dan dinyatakan ketidak-setujuan itu mereka akan terus ambil mudah dan akan menipu lagi pada masa-masa akan datang.

Kita perlu ingat, dengan meletakkan kerajaan yang tiada wibawa negara akan tergalang daripada menuju kejayaan seterusnya. Hutang negara meningkat secara drastik (drp RM238bilion waktu Najib naik jadi PM kepada RM547bilion - dalam tempoh 4 tahun pentadbirannya!). Siapa yang akan tanggung beban hutang dan faedah drp hutang berkenaan?



mr_zaxx
Veteran TKO
Veteran TKO


Joined: Jul 02, 2008
Posts: 877
Location: ..pain, hate and anger ..will only make me STRONGER!!
PostPosted: Sun Jun 23, 2013 1:47 am    Post subject: Apa Lagi Perhimpuanan Selepas Blackout 505 Padang Merbuk..? Reply with quote

Maaf..

aku rasa ramai yang tak setuju dengan aku.. takpe.. aku terima je kalau ianya kritikan yg membina..

Bagi aku lah.. PR kena berenti la kejap dari buat perhimpuanan2 ini TERLALU KERAP.. aku mmg dah agak perhimpunan ini akan kurang sikit hangatnya berbanding dengan sebelumnya..

Bayangkan.. selepas 505.. ada 2 perhimpunan besar di lembah kelang nie.
1. Kelana Jaya..
2. Padang AmCORP mall
3. Terbaru.. Padang MERBOK..

semua ini dlam masa 2 BULAN!

Bagi aku la.. sepatutnya PR hari tu cukup saja dengan perhimpunan di Kelana Jaya yang dianggarkan kira2 200k datang dan menyebabkan satu bandar sunway dan kelana jaya lumpuh sistem jalanraya selama 5 jam kerana kebanjiran perserta2 yg datang.. ghairah dan penuh bersemangat..!

Namun dari kelana Jaya pula mencetus pada perhimpunan batu kawan.. serta negeri2 lain yang aku rasa takde apa2 indikator dan motif jelas ..selain dr menyatakan hasrat dan rasa tak puas hati atas sistem pilihanraya yg dianggap kurang adil..

puas roadshow semua ngeri.. bersambung pulak di padang amcorp mall.. belum cakap lagi perhimpunan2 kecil dan kawasan2 di luar sub urban lain2.. Semua kehadiran ini menuntut komitmen, mood, ilthizam serta wang ringgit bagi menjayakannya..

Aku bimbang momentum serta rasa gelojak peserta2 ini pada masa hadapan akan makin berkurangan.. PR seharusnya menumpukan isu ketidak adilan ini dgn menterjemahkan ia dalam bentuk TINDAKAN.. samada mahkamah.. atau apa juga tetapi tidak terus menerus berhimpun dan berucap membakar semangat..

Ketahuilah oleh anda semua tatkala anda semua sibuk berpusu2 di Padang Merbuk petang tadi.. media massa memberikan penumpuan pada DS Najib atas kejayaan nya mengurangkan kadar penganguran kepada 3.1%.. ini lebih menggembirakan hati para pengundi2 atas pagar, orang2 kebanyakan.. ahli2 masyarakat desa, orang2 neuteral, para usahawan, bakal lepasan universiti dan lain2..

Cukuplah dengan 505 padang merbuk ini.. Selepas ini adalah masa utk terjemahan dalam bentuk kerja dan tindakan..usahlah ghairah lagi memancing mood rakyat utk turun berdemo dan berhimpun terlalu kerap.. Ingatlah sekalipun 200k yg turun berhimpun.. 10 juta di luar sana juga yang akan menentukan pemerintah..

Berhati2lah.. rakyat menilai tindak tanduk dan hasil kerja pakatan rakyat..

Selangor dan Penang dilihat sangat berjaya pada PRU yang lalu kerana mereka dapat menterjemahkan hasil kerja mereka melalui peningkatan dnaa rezab simpanan, ketelusan perbelanjaan, hebahan atas kerja2 yg dilakukan, kejayaan menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan lain2 lagi..

Cukuplah.. Ini adalah masa buat kerja.. Anda dipilih oleh rakyat.. Jalankan tanggung jawab anda utk beruara atas marhaen yg anda wakili ...samada dewan negeri atau dewan negara.. Jaga hak dan hal mereka semua kerana mereka adalah tanggung jawab anda.. bukan alat politik anda semata2..

Api semangat yang marak dan menyala dalam setiap penyokong PR harus disuburkan dengan pendekatan yg pelbagai dan bukan sahaja dengan perhimpunan seperti ini.. Jika tidak kita akn berterusan menggigit jari pada pRU akan datang dan BN terus berkuasa dgn senyum simpul mereka..

Ini adalah era politik bijak.. Bijak mengambil peluang serta bijak membaca mood, trend dan reaksi marhaen..

Ini bukan cerita buat 'catering' jika tersilap hidang sekadar minta maaf dan potong harga; ini berkait dengan masa depan negara dan sekelian rakyat jelata. Lebih parah ia ada hubung-kait dengan kepentingan anak-cucu di masa akan datang. Apa... masih mau didiamkan sahaja pabila ratusan ribu pendatang mendapat IC dalam projek IC segera 'kerajaan rasuah' yang ada - langsung melenggang santai pergi mengundi?
 

Masih siuman ke atau sudah separuh gila?

Namun agak malang mereka tidak pula berasa 'letih' atau ambil hirau dengan apa yang berlaku ini; penahanan Naib Presiden PAS atas tuduhan di bawah Akta Hasutan. Ia berpunca apabila Sdra Husam menyatakan bahawa jika ada peserta himpunan yang mati (dibelasah!) adalah dikira syahid! Pagi ini Naib Presiden PAS itu dibawa ke Mahkamah di Kota Baru untuk mendapatkan perintah tahanan reman!

Tanpa siapa pun yang bersimpati dengan penipuan pilihanraya yang dilaluinya di parlimen Putrajaya! Sebab apa, konon rakyat sudah 'letih'!




Naib Presiden PAS, Husam Musa Ditahan Polis untuk Siasatan di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan polis Sabtu untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.

Husam di dalam laman twitternya memberitahu beliau ditahan di Desa Pandan, Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.

Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.


Meanwhile, several members of the public slammed the organisers for holding the rally.
Raja Nur Aina Raja Hussin Shah, 30, said the rally was indeed an immature and unprofessional move.

“This rally has only caused problems to the public as we were the ones who suffered traffic congestions. I personally got stuck in bad traffic in Jalan Tuanku Abdul Rahman,” said the woman when met at Medan Mara here.
A student of International Islamic University of Malaysia, Khairun Nizam Hosen, 22, said the rally should not have been organised as it could only affect public order.
“It will tarnish the country’s image and show that the people are keen on protesting and expressing their feelings through illegal channels.
“This will inadvertently influence the students and the young generation,” he said.
Roslan Rusli, 29, on the other hand, said the protestors should use the right channel to express their dissatisfaction, instead of inculcating street demonstration culture among the people.
“Our country is known for being peaceful despite having a multi-racial society. Let’s not destroy the reputation,” he added.- BERNAMA - (nampak sangat agensi berita k'jaan yang berat sebelah; yang tidak melihatnya dari sudut perlembagaan).

Soalnya, adakah paparan gambar di atas menunjukkan rakyat 'letih' dan tertekan oleh masalah yang timbul daripada himpunan berkenaan? 

Itulah corak pemikiran di kalangan orang Melayu di negara ini, khususnya yang mudah menyerah tanpa berusaha sekuat tenaga. Melayu yang berkecenderungan memilih sang penipu untuk membela nasib mereka. Lebih teruk lagi jika ada yang meminta kita semua redho terhadap penipuan dan maksiat dalam pru itu - sesuatu yang haram dalam Islam; membiarkan rakyat dan kita semua terus ditipu dan ditipu untuk kesekian kalinya. 

Jadi desakan perlu diteruskan walau apa sekalipun bahawa pilihanraya mesti dibersihkan dengan 'mengyahkan' seluruh anggota penting SPR, terutama Pengerusi, Timbalan Pengerusi (yang menjadi jurucakap Umno!) serta 5 anggota panel yang menjadi tunggul kayu itu. Kawasan pilihanraya yang dipertikaikan itu perlu diadakan semula pilihanraya oleh sebuah suruhanjaya yang baru - di bawah seliaan parlimen.

Kini sudah kedengaran suara berupa 'umno' dalam PR yang dilanda sindrom 'penat' a.k.a 'letih' sehingga ada pemimpin PR yang sudah seakan teragak-agak menentang kemungkaran sang penguasa minoriti yang masih angkuh dan menekan rakyat itu. Redho ini pun termasuk juga - redho akan penipuan!
 

Kepada sesiapa yang berasa 'letih' atau 'penat' sila duduk diam - seluk tangan ke dalam kain serta goyang apa yang patut! Jadilah kamu seumpama Pak Pandir, ("Andih oii... orang lain pun mati juga anaknya... aye jumpa kat jalan tadi!").

No comments:

Post a Comment