Tuesday, 18 June 2013
TKO: Haqiqat yang Cuba Dinafikan
Tindakan orang tua ini bersolat di tengah kota London juga mungkin dipertikaikan juga! Bid'ah sebab nak menunjuk-nunjuk.
Sebenarnya khazanah Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani, 'SIRRUR ASRAR' ni telah ditepekkan dalam bab haqiqat di laman TKO (TranungkiteOnline). Namun tak siapa pun yang mahu ambil i'tibar sedikit pun selain daripada melalak macam 4 orang buta dengan gajah - menilai gajah ikut persepsi buta masing-masing!
Sebaliknya, sesiapa yang berminat dengan jurusan haqiqat dan ma'rifat langsung dicaci-cerca dan diberikan gelaran yang menghinakan. Peliknya, pengurusan TKO seakan bersetuju dengannya. Kamu jerit la... tiada tindakan apa-apa? Dan terbaru... baru teman perasan sudah banyak unsur 'Wahhabi' yang meresap ke dalam laman TKO. Malah di dalam PAS juga ramai - sambil yang ditempelak adalah syiah!
Cuba lihat respons si forumer bijigetah - dia yang menuduh kumpulan yang cenderung kepada bab haqiqat n ma'rifat sebagai 'melihat Allah swt dengan mata lendir mereka'; adalah ungkapannya sendiri kemudian dijadikan tuduhan yang diiyakan oleh ramai penyokong gila dalam laman berkenaan.
Lama dulu Syeikh Abdul Qodir telah merakamkan sifat-sifat haiwan ini seperti yang ada pada manusia; Bersifat ular – berbohong, mengata-ngata, membuat tuduhan palsu dan menyakitkan orang lain dengan perkataannya. Kala jengking – kritik yang tidak sihat, mempersendakan orang dan tidak menerima mereka. Tebuan – bahasa kesat yang menyakitkan hati orang.
Menariknya ada pula yang menyokong beliau agar terus brutal dalam membuat sanggahan. Pelik sungguh manusia di akhir zaman ini; cenderung kepada yang batil sambil menafikan kebenaran. Penat SQAJ meninggalkan khazanah 'Sirrur Asrar', tetapi tiada satu pun memberi munafaat kepada puak-puak jahat mulut ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment