Monday, 17 June 2013

Al-Fatehah & Zikir Nafas: Qudsi

Allah berfirman dalam hadis Qudsi;

"Wahai Bani Adam! Aku telah menurunkan kepadamu tujuh ayat.. Tiga di antaranya untuk-Ku.. Tiga lagi untukmu, manakala satu untuk kita bersama.

Adapun yang tiga (3) untuk-Ku ialah;
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ.. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang satu (1) untuk kita bersama ialah;
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Dari pihak-mu melakukan ibadah, sementara dari pihak-Ku memberikan pertolongan.

Adapun yang khusus untukmu (3) ialah;
..اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ.. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ ..غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(HQR Thabaraani)


Allah berfirman dalam hadis Qudsi;

Allah telah memberi wahyu kepada Musa a.s, Nabi Bani Israel bahawa; "Barangsiapa bertemu dengan Aku, padahal dia engkar kepada Ahmad, nescaya Aku masukkan dirinya ke dalam neraka"

Musa a.s berkata; "Siapakah Ahmad itu wahai Tuhan-ku?"
 

Allah berfirman; "Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandangan-Ku daripadanya. Telah Ku-tuliskan namanya bersama nama-Ku di 'Arasy sebelum Aku ciptakan tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya syurga itu terlarang bagi semua makhluk-Ku, sebelum dia dan ummatnya terlebih dahulu memasukinya"

Musa a.s berkata; "Siapakah ummatnya itu?"
 

Firman-Nya; "Mereka yang banyak memuji ALLAH. Mereka memuji Allah sambil (nafas) naik sambil (nafas) turun dan pada setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwudhu' membersihkan anggota badan. Mereka berpuasa di siang hari bersepi diri dan berzikir sepanjang malam. Aku terima amal yang dikerjakan dengan ikhlas meskipun hanya sedikit. Akan Ku-masukkan mereka ke dalam syurga kerana kesaksian-nya; "tiada Tuhan yang sebenarnya di ibadah selain Allah"

Musa berkata; "Jadikanlah saya Nabi ummat itu?"
 

Allah berfirman; "Nabi ummat itu dari mereka sendiri"

Musa berkata lagi; "Masukkanlah aku ke dalam golongan ummat Nabi itu?"
 

Allah menerangkan; "Engkau lahir mendahului Nabi dan ummat itu, sedang dia lahir kemudian. Aku berjanji kepadamu untuk mengumpulkan engkau bersamanya di Daarul-Jannah."

(HQR Abu Na'im)

Hadis Nabi s.a.w;
"Aku (Muhammad) adalah Ahmad tanpa (huruf) mim (Ahad)"


p/s; "Mereka yang banyak memuji ALLAH ialah mereka yang memuji Allah sambil (nafas) naik.. sambil (nafas) turun.. dan pada setiap keadaan" - Ayat ini merujuk kepada "ZIKIR Nafas" yang membawa kepada pemiliknya kepada "Solaatu Daim", iaitu tenggelam dalam lautan Zaatullah.. Zikrullah..

No comments:

Post a Comment