Syarat taubat ialah dengan menyesali diri atas segala dosa dengan sesalan yang bersungguh-sungguh. Kemudian mesti berazam untuk tidak mengulanginya lagi selagi hayat dikandung badan. Jika masih melakukan dosa tersebut atau masih berangan-angan untuknya maka ia bukan dikira taubat!
Setiap orang yang ingin kembali ke jalan Allah mesti sentiasa menginsafi yang dirinya sentiasa cuai dan lalai dalam melaksanakan hak-hak Allah yang wajib ke atas dirinya. Dengan cara itu baru hatinya lebur dan sesal yang tidak sudah-sudah di atas kecuaian dan kesilapan yang pernah dilakukan. Maka pada waktu itu baru Allah swt akan bersama dengannya.
"Aku akan sentiasa bersama orang yang berpatah hatinya kerana Aku." - hadis Qudsi.
Seseorang itu mesti memelihara dirinya daripada dosa-dosa kecil, apatah pula yang besar! Dia harus menjauhinya seakan-akan menjauhi musibah yang cukup menyakitkan. Sebab, dosa dan maksiat itu akan membuatkan hati itu mati. Sedangkan hati, pada seseorang mukmin terlalu mulia dan amat berharga daripada tubuh badannya sendiri.
Lantaran modal utama bagi seseorang adalah memelihara hati, sedangkan badannya pada bila-bila masa sahaja boleh binasa oleh bencana dan apabila direnggut oleh maut. Pemergiannya itu pula sekadar meninggalkan segala pancaroba dan malapetaka kehidupan.
Sedangkan hatinya, jika binasa maka akan turut sama binasalah kehidupan akhiratnya. Hasilnya, seseorang itu tidak akan terselamat lagi daripada kemurkaan Allah swt. Dan jangan pula lupa yang siksaan-Nya bakal menyusul.
Bahagian dalam Ka'abah
No comments:
Post a Comment