Dalam mengikut jejak baginda ini, ada yang cuba mendapatkan kekuatan ruhaniah dengan pergi bertapa. Demikian juga jika berhajat untuk menemukan sesuatu keinginan yang sudah tentu di luar izin Nabi saw adalah tidak diizinkan. Ada yang jadi gila dan isim di sepanjang hidupnya. Namun kita digalakkan untuk melakukan solat malam yang panjang - minimum sepertiga malam; normal setengah malam dan maksimum dua pertiga malam. Ia boleh dilakukan sendiri atau bersama anggota keluarga - di mesjid ataupun di rumah.
Cuma perlu diingat, Allah swt takkan memberi seperti apa yang telah diberikan kepada baginda Rasulullah saw di Gua Hira'. Namun apa yang dapat ditarik daripada peristiwa itu ialah sifat tekun sendirian menyembah dan memuji Allah, terutama di tempat-tempat suci, di tengah malam, dalam rumah sendirian dsb.
Apa yang diperoleh Nabi saw di sepanjang baginda bertahannuth di Gua Hira';
i) Melatih jasmani banyak berjalan di atas bumi dan selalu menggerakkan tubuh;
ii) Melatih akal dan fikiran untuk memikirkan apa yang menjadi rahsia alam ini;
iii) Melatih akal dan fikiran untuk memikirkan apa yang dalam batas maksimum, sehingga baginda melupakan segala yang lain?;
iv) Melenyapkan erti takut keseluruhannya daripada perasaan dan pemikiran;
v) Menimbulkan ingatan dan cinta yang bulat kepada Allah swt.
Inilah fakta yang oleh kaum sufi dijadikan unsur paling penting bagi peribadatan mereka; iaitu menyediakan waktu-waktu untuk bulat menghadapi Allah swt dengan cara yang telah ditentukan syariat Islam.
No comments:
Post a Comment