Manusia yang paling dibenci oleh Syiah sehingga mereka mengambil tindakan membunuh beliau pada hari nan mulia (dengan tujuan untuk menghina ahlus-sunnah)
Ini bukan fitnah kepada fahaman syiah tetapi adalah fakta. Nilaikan sendiri walaupun orang sunni pun ada yang sesat (macam pegangan pengikut Umno sekarang), orang syiah juga ada yang sesat. Jadi sila amati hakikat ini.
Pandangan Syiah Zaman Lampau
1) Manusia adalah anak pelacur selain daripada Syi’ah.
Mula Baqir al-Majlisi meriwayatkan Bihar al-Anwar jil. 24, m.s : 311. Riwayat ini juga dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah hadis bernombor 431. Kata Syi’ah, Imam al-Baqir berkata:
"Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu, kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita."
2) Sunnah/Nasibi adalah kafir, najis dan lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi.
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah jil.2, m.s : 306:
"Penjelasan tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara berikut: pertama, maksud an-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."
3) Harta Sunnah halal darahnya:
Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam Tahzib al-Ahkam, jil. 4, m.s : 122;
“Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta an-nasibi di mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.”
Siapakah keluarga Nabi yang ditermakan sebagai ahl al-bait?
Golongan Syiah telah menyempitkan makna keluarga Nabi (Ahli Bait) kepada Fatimah Az-Zahra, Ali r.a dan kedua anak mereka Hassan dan Hussein.
Ini adalah pentafsiran yang tidak menepati kehendak Al-Quran yang telah dijelaskan dalam surah Al-Ahzab ayat 28-33 bahawa istilah asal Ahlul-bait adalah khas untuk isteri-isteri nabi, dalam konteks ayat ini, isteri Nabi Muhammad s.a.w.
Satu lagi contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri Nabi ialah kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam. Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan. Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]
Syiah suka menggunakan apa yang dipanggil Hadis Kisa, iaitu hadis yang kononnya mengeluarkan isteri-isteri Nabi dari istilah Ahl al-Bait. Padahal hadis inilah yang menguatkan kedudukan isteri-isteri Nabi sebagai pemegang ‘title’ asal Ahl al-Bait. Hadis ini menyebut:
“Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata: Diturunkan ayat ini kepada Nabi saw: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah. Lalu Nabi SAW memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain. Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.” Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”
Huraiannya:
Syiah selalu menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa Ahl al-Bait ialah Fatimah, Ali dan kedua anak mereka. Dan berhujah bahawa Ummu Salamah seolah-olah ditolak dari golongan Ahl al-Bait dengan diisyaratkan oleh tindakan Nabi menolak beliau dari diselimuti kain.
Sedangkan hakikat sebenarnya ialah bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa ayat Al-Ahzab 28-33 itu khas ditujukan kepada isteri-isteri Baginda saw maka Baginda saw berharap Fatimah, Ali dan kedua anak mereka termasuk dalam golongan Ahl a-Bait. Sebab itu Nabi s.a.w sampai berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.” Lantas bertindak menyelimuti mereka. Apabila Ummu Salamah ingin turut serta, Nabi berkata: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan”, merujuk kepada Ummu Salamah sebagai isteri Nabi 'tetap pada kedudukan sebagai Ah al-Bait. Jika Nabi saw sudah tahu ayat ini ditujukan kepada Fatimah, Ali dan kedua anak mereka, tidak payahlah Nabi saw bersusah-payah mendoakan mereka lantas mengambil selimut menyelimuti mereka.
Kemungkinan, yang sebaliknya berlaku; Nabi mengumpulkan isteri-isteri baginda, mendoakan mereka lantas menyelimuti mereka.
Bayangkan, Nabi juga punya anak-anak yang lain seperti Ruqayyah, Zainab, Ummi Kalthum dan lain-lain tetapi yang menjadi Ahl al-Bait hanya Fatimah Az-Zahra? Pelik kan.
Pakdin Al-Kelanji: "Nak berkongsi sikit tentang syiah ni sebab mereka adalah puak majoriti dalam ofis saya di Bahrain ni. Dari director, segala chief, head dan senior engineer semua orang dia. Kami yang expats dari Malaysia, India, Pakistan, Mesir dan Filipina saja yang bukan Syiah.
Kalau mereka solat tetap ada bawa batu bulat dan selalu jamak zohor dan asar. Golongan yang lama berumur 50 tahun ke atas memang cukup anti dan bermusuh dengan puak sunni dan selalu suka menyakitkan hati dan menghina kita. Sebaliknya, golongan muda-muda tidak pula begitu. Ada kalanya golongan syiah memandang rendah terhadap golongan sunni dan lebih buruk dari orang kafir. Kenapakah mereka berperangai sedemikian walhal mereka mengaku sebagai ahl al-bait yakni keturunan rasulullah?"
Jawapannya: Malangnya di Malaysia kita sedang ditipu oleh sangka baik oleh sesetengah pihak terhadap syiah dan usaha taqrib dengan syiah oleh mereka yang tidak pernah bergelumang dengan kitab-kitab syiah dan tidak pernah mengetahui pandangan syiah terhadap Ahlus-sunnah. Semoga kita mereka sedarkan diri mereka dari jerut kaum Dajjal ini.
Kita jangan mudah diprovokasi oleh banyaknya kitab yang beredar di zaman sekarang ini, di mana tanda-tanda kitab palsu, iaitu isinya terdapat usaha memecah-belahkan umat Islam, menyebarkan fitnah dari golongan tertentu yang tidak sejalan dengan ideologinya, yang tidak mengutamakan kesatuan umat Islam yang kita cintai.
Perlu diingat adakah kemungkinan akan berlaku penyatuan di antara kita jika orang-orang syiah terus-menerus mengkafirkan para sahabat dan Aisyah r.a, isteri Rasulullah saw? Sudahlah puak-puak sunni sendiri ada yang menjadi boneka barat dan berfahaman yang bercanggah dengan Islam dan kini ditambah pula dengan fahaman syiah yang tidak mengikut syarak malah mengkafirkan sesama Islam?
Pandangan ramai tentang fahaman syiah?
Lihat apa yang dikatakan oleh imam syiah?
"Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahlus-Sunah. Apabila seorang Ahlus-sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan." [Lihat: Ayatullah al-Khomeini, Al-Hukumat Al-Islamiyah, m.s. 83]
"Adapun Nawasib (Ahlus-sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis." [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil.1, m.s : 118 ]
"Kumpulan-kumpulan Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah 12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda an-nasibi (mengikuti Ahlus-sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti nawasib yang lain. [ Lihat : Ayatullah al-Khomeini, Tahrir al-Wasilah jil.1, m.s : 119 ]
Nabi s.a.w bersabda:
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ.
Maksudnya: “Janganlah kamu hina para sahabatku, kerana jika kamu bersedekah emas sebanyak gunung Uhud sekalipun tidak akan sama pahalanya dengan sedekah sahabatku sebanyak secupak atau setengah dari itu” [al-Bukhari, Muslim].
Imam Ja’far sendiri mencintai Abu Bakar r.a dan Umar r.a:
Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, saya bertanya kepada Abu Ja`far dan puteranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.` Ucapan Imam Ja’far seperti ini dia ucapkan di hadapan bapanya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)
Perlu diingat, Khomeini dan pengikut syiah amat memusuhi para sahabat Nabi s.a.w terutama Abu Bakar r.a, Umar r.a , Usman r.a dan Muawiyah radiallahu’anhum. Ini jelas dalam kenyataannya:
بعد رحلة الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم لم يسمح المعاندون وبنو أمية لعنهم الله باستقرار الحكومة الإسلامية بولاية علي بن أبي طالب عليه السلام.لم يسمحوا بتحقق الحكومة التي كانت مرضية عند الله تعالى وعند الرّسول الأكرم صلّى الله عليه وآله وسلّم وفي النتيجة بَدَّلوا أساس الحكومة.
Maksudnya: “Selepas kewafatan Rasul yang mulia s.a.w para penentang (yakni sahabat) dan Bani Umaiah –semoga mereka dilaknat Allah - tidak membenarkan berdirinya kerajaan Islam di bawah pemerintahan Ali bin Abi Talib a.s. Mereka tidak membenarkan terlaksananya kerajaan yang diredai Allah dan Rasul yang mulia s.a.w dan natijahnya mereka mengubah asas kerajaan”. [al-Hukumah al-Islamiah, m.s 60].
Khomeini turut mencaci Muawiyah r.a dengan katanya:
وهكذا تكون حكومة العدل الإسلامية، فهي ليست كتلك الحكومات التي تسلب الشعب الأمن، وتجعل النّاس يرتجفون في بيوتهم خوفاً من مفاجآتها وأعمالها. كما كان الأمر في حكومة معاوية وأمثالها من الحكومات، حيث سلب النّاس الأمن
Maksudnya: “Dan demikianlah kerajaan Islam yang adil, maka ia tidak sama dengan kerajaan-kerajaan yang mencabut keamanan rakyat dan menjadikan mereka takut berada dalam rumah mereka sendiri daripada serangan pegawai-pegawai kerajaan seperti kerajaan Muawiyah dan yang seumpamanya daripada kerajaan-kerajaan yang menghilangkan keamanan rakyat”. [Ibid, m.s 111].
Aqidah ini merupakan aqidah seluruh penganut Syiah Imamiah sebagaimana tertera dalam kitab mereka:
إنَّ أبا بكر وعمر كانا كافرين , الذي يحبهما فهو كافر أيضاً
Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Bakar dan Umar adalah kafir, orang yang mencintai keduanya adalah kafir juga”. [al-Majlisi, Haqqul Yaqin, m.s 522].
Aqidah Syiah Imamiah ini adalah kufur kerana Allah s.w.t telah berfirman:
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [al-Taubah :100].
Dengan jelas dalam ayat ini Allah s.w.t meredhai sahabat, demikian juga dalam ayat-ayat lain yang banyak. Baginda Rasul s.a.w juga bersabda:
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِى ، فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ
Maksudnya: “Janganlah kamu mencela sahabat-sahabatku kerana sesungguhnya jika seorang daripada kamu menginfakkan emas sebesar Uhud sekalipun tidak akan sama kedudukannya dengan sedekah para sahabatku sebanyak satu cupak dan tidak juga setengah daripadanya”. [al-Bukhari & Muslim].
Begitu juga Sabda Nabi s.a.w:
أبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ ، وَعَلِيٌّ فِي الْجَنَّةِ ، وَطَلْحَةُ في الْجَنَّةِ ، وَالزُّبَيْرُ في الْجَنَّةِ ، وعَبْدُ الرَّحْمَانِ بْنُ عَوْفٍ في الْجَنَةِ ، وَسَعْدُ بْنُ أبي وَقَّاصٍ فِي الْجَنَّةِ ، وَسَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ بْنِ عَمْرٍ فِي الْجَنَّةِ ، وأبو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِيَ الْجَنَّةِ.
Maksudnya: “Abu Bakar dalam syurga, Umar dalam syurga, Usman dalam syurga, Ali dalam syurga, Talhah dalam syurga, al-Zubair dalam syurga, Abdul Rahman bin Auf dalam syurga, Saad bin Abi Waqqas dalam syurga, said bin Zaid dalam syurga, Abu Ubadidah al-Jarah dalam syurga”. [Ahmad, al-Tarmizi, al-Nasai dalam Kubra, dan Abu Daud dengan jalan daripada Said bin Zaid].
Sabda Nabi s.a.w kepada Muawiyah r.a:
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا , وَاهْدِ بِهِ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah dia (yakni Muawiyah) sebagai yang memberi pembimbing kepada kebenaran, diberi bimbingan ke arah kebenaran, dan jadikanlah dia sebagai penyebab hidayah”. [Ahmad & at-Tarmizi].
Ayat dan hadis-hadis ini menjadi bukti bahawa Syiah Imamiah dan Khomeini mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mengikuti jejak langkah para munafik dalam membenci sahabat-sahabat radiallahu’anhum.
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa" - Surah al-An"am ayat 153:
Sabda Rasulullah s.a.w:
Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka". (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala ada menyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam bab awal kitabnya itu.
Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amru radiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:
'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).
Mereka bertanya Baginda, 'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.
Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yang diriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan (firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan ('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al-jama'ah".
Sebuah lagi hadith diriwayatkan dalam Sahih Tirmidhi 15 dari riwayat 'Abdullah bin 'Amr radiya'Llahu 'anhu bahawa Baginda S.A.W. bersabda:
"Benar-benar akan berlaku ke atas umatku apa yang telah berlaku atas Bani Isra'il seperti selipar dengan selipar, sehinggajikalau ada di kalangan mereka seseorang yang mendatangi emaknya sendiri (bersetubuh dengannya) dengan terang-terangan, akan ada di kalangan ummatku seseorang yang melakukan demikian itu; dan sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (millah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (millah) semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (Siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Kata Baginda '(Mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku". Hadith gharib.