Beberapa waktu kemudian Sultan Abd Hamid dipindahkan pula ke istana tua Belarbe, Istanbul bukan sebagai raja yang kembali berkuasa, tetapi sebagai tahanan dalam istana hingga wafat pada 10 Februari 1918 dalam keadaan sepi dan kecewa. Negaranya, Turki telah bertukar pemerintahan dari Uthmaniah yang beribu negara di Istanbul kepada pemerintahan perwakilan yang membentuk parlimen di Ankara di mana Ataturk mengisytiharkan dirinya sebagai presiden Republik Turki.
Empayar Uthmaniah, Turki:
Biar jadi kecil wilayahnya asalkan jangan Islam!
Maka lenyaplah kuasa Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924. Sultan Abd Hamid II adalah pemerintah kerajaan Islam dari generasi yang ke-27. Ada satu catatan hariannya yang telah dibukukan tentang detik-detik akhir kejatuhannya dengan sangat pedih dan getir. Ia kisah bagaimana dia dibuang negeri ke Salonika bersama putera-puterinya, diasingkan di istana tua, dihina dan beberapa kali cubaan membunuhnya oleh agen tentera Ataturk.
Catatan hariannya itu, antara lain menyebutkan bahawa penggulingan Kerajaan Bani Uthmaniah adalah disebabkan;
* Konspirasi jahat dari negara kafir – Inggeris, Perancis, Itali, Prusia, Rusia dan lain-lain yang anti dengan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.
* Pecah belah yang ditaja oleh negara Barat melalui nasionalisme yang mengakibatkan negara Balkan seperti Serbia, Montenegro, Bosnia Herzegovena, Crosia, Kosovo, Bulgaria, Hungary, Rumania, Albania, termasuk Yunani, membebaskan diri dari ikatan Kerajaan Bani Uthmaniah. Begitu juga perbuatan negara Arab – Mesir, Hejaz, dan Nejd, Lebanon yang juga keluar dari naungan Bani Uthmaniah kerana dihasut oleh Inggeris.
* Tentangan dari organisasi massa seperti Gabungan Turki Muda, Persatuan dan Kemajuan, dan orgaisasi wanita yang menuntut kebebasan dan hak sama, yang didukung oleh negara asing, semuanya untuk menghancurkan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.
* Kekuatan Yahudi dan Freemason yang mahu mendirikan negara Yahudi di Al-Quds (Palestin).
Sultan Abd Hamid II,
raja Bani Uthmaniah terakhir
Dari catatan harian Sultan Abd Hamid II itu kita boleh mendapat pelajaran tentang sejarah yang amat berharga, terutamanya detik-detik akhir kehidupan seorang khalifah.
Semasa dalam tahanan di istana tua itu, Sultan Abd Hamid dan keluarganya dihina denga amat sangat oleh para pengawal tentera. Mereka tidak dibenarkan membaca akhbar atau mendengar radio. Mereka diberi makanan sekadarnya, dan tidak dibenarkan keluar istana. Bahkan ada berlaku satu peristiwa jahat para pegawai tentera yang menjaganya. Pada suatu malam Aidiladha, askar yang mengawal cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri sultan, Sydiyah.
Tentera pegawal itu menimbulkan perkhabaran bahawa mereka merancang akan meletakkan gas di bawah kamar puteri Sydiyah dan ketika istana itu terbakar, puteri sultan pasti akan lari mendapatkan askar yang berkawal untuk meminta perlindungan. Di situlah dirancangkan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sydiyah. Berikutannya, ia akan dihebahkan kepada akhbar di Istanbul untuk memalukan sultan dan keluarganya. Namun perancangan itu gagal.
Cubaan Membunuh
Catatan harian Sultan Abd Hamid itu menyebutkan peristiwa percubaan askar pengawal untuk membunuhnya di istana tua tempat dia dikurung. Ini berlaku, menurut pembantu khas Sultan, Ali Said Bek, ketika Sultan Abd Hamid pergi solat Jumaat di kota Istanbul. Selepas solat beliau menaiki kenderaan untuk pulang ke istana. Di tengah jalan beliau bertemu dengan Syeikhul Islam Jamaluddin Afandi dan berbincang panjang mengenai pelbagai masalah Turki.
Akhirnya Sultan terlambat pulang ke istana dan ini menyelamatkannya dari menjadi korban ledakan bom yang dirancangkan di istana untuk membunuhnya. Ledakan bom oleh orang Armenia itu sangat dahsyat. Bangunan tempat Sultan tinggal terbakar, banyak mangsa yang hangus dan bergelempangan.
Sedangkan Sultan Abd Hamid waktu itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke istana dan amat terkejut dengan peristiwa tersebut. Mayat yang bergelimpangan... kaum Armenia
Beliau menceritakan bahawa sama ada ketika dalam pembuangan di Salonika atau di istana tua di Istanbul, beliau dan keluarganya tidak dibenarkan keluar, malah ke perkarangan istana kecuali untuk bersolat Jumaat di luar istana. Makanan beliau dan putera puterinya dicatu, sementara mutu makanannya pun amat menyedihkan. Seterusnya, segala harta baginda dirampas oleh tentera Ataturk.
Hari-hari yang dilalui oleh Sultan Abd Hamid dalam buangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya sentiasa diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diletupkan. Dan amat malang, kata catatan Sultan Abd Hamid lagi, bahawa ada di kalangan pegawai kerajaan baru Turki yang khianat kepada negara, seperti Mahmud Syaukat Pasha dan beberapa orang lagi yang telah menjadi orang suruhan Yahudi dan Freemason serta British.
Pada suatu pagi selepas solat Subuh, baginda sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah waris terpenting selepas ketiadaannya nanti. Sultan memberitahu dengan nada sedih bahawa; “Kita akan memberikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka telah memaksa kita menyerahkannya.”
Puteranya itu menangis teresak-esak. Baginda bimbang dengan para tentera yang ganas itu. Beberapa hari berikutnya di lobi Deutche Bank, Istanbul berlaku upacara penyerahan secara paksa kesemua harta, termasuk wang Sultan Abd Hamid kepada pihak berkuasa tentera. Putera-puteri sultan tidak dibenarkan menyaksikan upacara tersebut. Putera kelima sultan, Abied cuba juga untuk melihat upacara penyerahan harta ayahandanya itu, tetapi dihalang oleh para pegawai tentera dan bank secara kasar.
Punca tidak benarkan Yahudi membeli tanah Arab
Sikap tegas Sultan Abd Hamid terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua pihak itu memusuhinya sejak lama. Baginda tidak membenarkan tanah orang Arab Palestin dijual kepada Yahudi. Menurut catatan seorang ahli sejarah Turki, Jamal Quthaiy bahawa setelah persidangan zionisme ke-3 di Zurich pada tahun 1896, wakil Yahudi, Immanuel Krusow telah mencadangkan kepada Sultan Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu Palestin di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah, Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak menyebabkan Yahudi tersangat marah. Ini menyebabkan wakil Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan pemerintahan Bani Uthmaniah.
Ada beberapa orang pegawai kerajaan Ataturk seperti Ali Mohsen Bek, yang menunjukkan simpati dan membantu Sultan Abd Hamid menulis memoirnya di istana. Tetapi setelah pihak atasan mengetahui hal itu lalu mereka dipenjarakan. Lebih malang lagi usaha sultan menulis memoirnya dianggap sebagai perbuatan jenayah oleh pihak tentera.
Ada sesetengah pemimpin negara Arab yang menganggap Sultan Abd Hamid II sebagai seorang diktator ketika memerintah Turki. Ini berakibat daripada hasutan Barat, khususnya British dan Yahudi. Namun bagi rakyat Palestin, Sultan Abd Hamid sangat besar jasanya kerana Khilafah Bani Uthmaniah Turki itulah yang melindungi kepentingan rakyat Palestin. Malah kebanyakan umat Islam hingga kini, masih mengenang jasa kerajaan Bani Uthmaniah dalam melindungi Islam.
* * *
“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Bani Uthmaniyah. Oleh itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu.”
Gerbang Damsyik - Palestin
Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan betapa beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin, tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul (100,000 daripada keseluruhan jumlah penduduknya - 140,000 orang!).
Di awal kurun ke-20, kerajaan Bani Uthmaniah ini mula menyusut sehingga digelarkan sebagai 'orang sakit' Eropah. Namun kemajuannya yang paling besar adalah dengan terbinanya Keretapi Hijaz bermula 1900-08 bagi membolehkan ribuan umat Islam negara itu selamat dan selesa pergi mengerjakan haji ke Mekah. Ia juga memberi keberkesanan pengawalan wilayah di barat dunia Arab di sebelah wilayah Palestin.
Landasan keretapi hingga ke Palestin
Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyah, banyak ulama yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka telah dibunuh, terutama ulama-ulama sufi dari pelbagai aliran tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah. Mereka ini telah dianggap sebagai kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkan Mustafa Kemal Ataturk daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture" yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki. Beliau telah menyatakan bahawa Republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut-paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismenya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.
Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai asas perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Bani Uthmaniyah dan juga bukti jelas bahawa beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir; beliau menegaskan bahawa agama adalah terpisah dengan urusan harian bahkan turut mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw telah pun berbuat demikian sebelumnya.
Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “Saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan. Biar mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”
Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar untuk menjadi perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar itu terus dilaksanakan sehingga ke hari ini sehinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan, tinggal di merata simpang jalan!
Tugu dibina di mana-mana sahaja
Memorial Mustafa Kemal Ataturk
Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid menjadi lengang dan kosong. Kebanyakan rakyat lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut, sedangkan azan yang dilaungkan oleh muazzin itu dianggap sebagai remeh dan ketinggalan. Si Firaun moden itu telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan solat Jumaat yang diterjemahkan di dalam bahasa Turki.
Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, ialah apabila Mustafa Kemal Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari-menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang itu, dia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber dan tumpuan kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”
Istana Yildiz
Adalah jelas sekali bahawa Mustafa Kemal Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu diluputkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki-baki nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Mustafa Kemal Ataturk jelas sama sekali tidak menampakkan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi oleh binaan-binaan masjidnya yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota republik!”
Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Mustafa Kemal Ataturk, terutama pihak barat. Manakala orang-orang di Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Mustafa Kemal Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”
Di antara mesjid yang dijadikan muzium seni
Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio-ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.
Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Mustafa Kemal Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Maha Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak perlu menunggu hari kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.
Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda;
“...Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”
Kejayaan awal Bani Uthmaniah, Turki
No comments:
Post a Comment