Tuesday, 22 February 2011

Asal Kejadian: Mencari Jalan Kembali - 1

Apa sebenarnya jalan kembali?

Dari mana datangnya ilmu kembali kepada Allah? Apa yang perlu dilakukan oleh ummat untuk kembali kepada Allah.? Siapa guru mereka? Siapa yang boleh dicontohi pada zaman ini? Bagaimana sifat mereka?

Namun langkah-langkah ini sering tergendala dan tersasar apabila adanya manusia-manusia engkar dan kufur akan ni'mat Allah yang telah memberikan 'pewaris' Nabi yang siddiq.

Banyak cerdik pandai agama pada hari ni. Ramai yang bijak laksanan memberi komen tentang sufi, dan alam kesufian - alhamdulillah.

Solat: biar di mana sahaja...

Pada tanggapan setengah pihak, sufi ini mesti orang yang pemalu, duduk-duduk di hutan tidak suka bercampur orang, memakai pakaian buruk. Di mana sesetengah yang lain pula menganggap si sufi itu orang yang lemah lembut selalu, tiada ketegasan, ikut saahaja apa kata orang lain. Tidak kurang pula yang menganggap si sufi ini mencari nafkah dengan menjadi peminta sedekah!

Keterlanjuran sikap dalam memberi pengertian dan tanggapan terhadap si sufi dilakukan sewenang-wenangnya oleh semua manusia walaupun mereka baru mendengar perkataan sufi. Mereka itu tidak mengenal erti sufi, tidak pernah bergaul dengan ahli sufi dan tidak pernah menghayati apa itu pengertian sufi pun.

Benarkah si sufi itu sentiasa lemah lembut, tidak tahu marah, tiada ketegasan, hanya pak turut, tidak mencegah kemungkaran?

Peribadi terunggul kesufian adalah baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Baginda adalah sumber inspirasi dan sumber cahaya bagi anak-anak ruhani baginda. Baginda adalah model dan contoh yang diikuti oleh kesemua ahli sufi.

Bagaimanakah sifat dan watak baginda?

Baginda Nabi adalah orang yang paling lemah lembut. Baginda adalah seorang yang sangat penyayang. Namun baginda juga insan yang paling tegas dan gagah ketika melaksanakan hukum-hukum Allah, ketika menghadap musuh-musuh Allah, ketika menghadap manusia-manusia yang engkar akan agama Allah. Tangan yang membuai adalah tangan yang sama memancung kepala musuh-musuh Allah!

Siapakah yang terlebih bijak, lebih hebat, atau terlebih sempurna dalam hal-hal ini, selain daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Seorang ahli sufi mengambil acuan yang sama seperti Nabi صلى الله عليه وسلم kerana mereka adalah 'pewaris' Nabi صلى الله عليه وسلم. Rujuk sini...
http://kerjayahalal.blogspot.com/search/label/A1-%20ULAMA%20PEWARIS%20NABI%20SEBENAR

Cuba perhatikan pula bagaimana Nabi mengajar ummat baginda cara mendidik anak; mulai dari bayi, kanak-kanak kecil sehingga dewasa. Semuanya berbeza, iaitu dengan pendekatan yang berlainan berdasarkan peringkat umur dan keadaan. Kanak-kanak yang masih kecil dibelai dan di manja. Apabila berumur 7 tahun anak itu mula diperintahkan solat. Jika sampai umur 10 tahun masih tidak solat, anak itu boleh dirotan. Adakah ini tanda kekerasan? Mengapa tidak dibelai terus kanak-kanak itu walaupun tidak solat?

Islam memerintahkan lelaki dan wanita yang berzina dipukul 100 kali dengan rotan. Jika sudah berkahwin hendaklah direjam sampai mati. Adakah hukuman itu dikira zalim? Adakah ia keras? Mengapa tidak dinasihatkan secara lemah-lembut sahaja kepada pasangan telanjur berkenaan?

Orang Islam yang murtad diperintahkan taubat dan diminta rujuk kembali kepada Islam. Jika enggan, dia dipancung. Adakah itu dikira sebagai zalim? Adakah ia keras? Mengapa tidak dibuat kaunseling sahaja bagi menasihatkan mereka atau dibiarkan terus dengan kebejatan berkenaan!

Sayyidina Abu Bakar رضي الله عه memerangi orang-orang Islam yang enggan membayar zakat. Adakah itu dikira sebagai keterlaluan? Adakah itu dikira sebagai zalim? Adakah ia keras? Mengapa tidak berlemah lembut sahaja atau dibiarkan sahaja golongan yang enggan berzakat itu?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan Empayar Parsi akan dirobek-robek seperti mana rajanya telah bertindak merobek-robek surat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan membunuh utusan baginda itu. Adakah Nabi mengambil sikar keras? Adakah Nabi tiada sifat halim?

Maka berkatalah orang-orang yang baru hendak berjinak dengan Islam; kita mesti berlemah lembut selalu. Jika kita keras bagaimana pandangan orang kafir nanti. Ahli-ahli sufi mestilah lemah lembut selalu, kata mereka. Ahli sufi tidak boleh mengutuk orang lain, tidak boleh mengkritik juga. Jika ada orang Islam yang menolak ulama 'pewaris' Nabi dan mempersendakan aulia Allah, pada pandangan mereka biarkan sahaja.

Adakah ini tindakan dan cara orang Islam? Sejauh mana benarnya tindakan ini? Adakah Nabi pernah mengajar kita supaya berlemah lembut dalam semua keadaan. ?

Pada akhir zaman ini terlalu banyak manusia menjadi penentang ulama-ulama pewaris Nabi yang siddiq. Mereka menyanggah sistem 'kerahiban' yang berleluasa di kalangan penganut Kristian, jika ulama pewaris itu dimuliakan! Mereka tertawa dan mempersendakan kata-kata aulia' Allah.

Di antaranya adalah golongan yang paling berbahaya dari kalangan wahabi-talafi-najdi dan yang sebangsa dengannya. Mereka tanpa segan silu mempersendakan ulama dan aulia Allah. Mereka sebarkan fahaman tajsim, membid'ahkan amalan-amalan sahih yang diterima daripada Nabi dan ulama-ulama yang benar!

Bagaimanakaha sikap kita sebagai orang beriman?

Apa tindakan kita?

Oleh: sdra rafie1357 TKO)

Sedikit penjelasan sdra getzer:

Ulama'-ulama' juga berperanan dalam menjaga ilmu agama dengan berijtihad terhadap memahami nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah. Ingatlah kisah para sahabat dalam hadith Bani Qurazhoh, di mana para sahabat juga memahami nas daripada Rasulullah s.a.w. secara berbeza, di waktu hidup Rasulullah s.a.w., namun Rasulullah s.a.w. tidak mencela salah seorang pun daripada mereka.

Sdra rafie1357 telah meletakkan nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah dan kefahaman para ulama' mengenainya. Ini bukan soal Al-Qur'an atau As-Sunnah. Ini soal ada pihak yang tidak tahu apa itu nas-nas, dan apa tu istinbath. Bahkan, majoriti nas-nas Islam itu bersifat zhonni yang mana para ulama' mengambil ijtihad mengenainya.

Ada orang yang sudah belajar tinggi-tinggi, tapi takkanlah tidak tahu apa itu nas, dan apa itu istinbath, apa itu istidlal, dan apa itu ijtihad? Kalau sesuatu masalah tiada dari Al-qur'an dan As-Sunnah, secara lafzi (yang majoriti nasnya bersifat zhonni), dan tiada juga dalam ijma' sahabat, lalu para ulama' beristidlal dengan nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah tentang ijtihad dan kefahaman mereka, siapa pula yang boleh menentukan, ijtihad dan kefahamannya bersesuaian dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah, sedangkan majoriti daripada nasnya bersifat zhonni?

Dalil Al-Qur'an dan As-Sunnah telah disertakan berdasarkan kefahaman para ulama' mengenainya, maka jelaslah dalam masalah ijtihad, tiada ijtihad boleh membatalkan ijtihad yang lain dalam masalah zhonniyah seperti ini, kecuali hanya golongan ta'sub sahaja yang syok sendiri, dengan menyangka, hanya mereka sahaja yang betul dalam memahami nas-nas zhonniyah....

No comments:

Post a Comment