Di bawah pengaruh Maharaja Johor, Bendahara telah bersetuju untuk menerima wakil Konsul British dalam tahun 1887. Dia telah bersetuju, "... merundingkan sebarang perjanjian dengan sebarang negeri asing ataupun membuat pemberian kepada sesiapa selain daripada rakyat Inggeris." Sebagai balasan pihak Inggeris telah mengiktiraf baginda sebagai sultan, bukan Bendahara lagi.
Inggeris masih tidak berpuas hati, sedangkan mereka mahu letakkan seorang Residen di Pahang. Peluang hanya timbul pada 1888 apabila seorang Cina rakyat Inggeris terbunuh di Pekan. Kemudian ada beberapa kejadian di mana mahkamah didapati tidak melakukan keadilan. Dengan alasan berkenaan, Sir Cecil Clementi Smith yang menggantikan Sir Frederick Weld telah melawat Pekan dan memberi kata dua, "... bahawa sultan hendaklah menerima nasihat daripada pegawai Residen British." Sultan juga dikehendaki membayar gantirugi.
Pada Oktober 1888, J.P Rodger telah dilantik menjadi Residen British yang pertama di Pahang.
Keadaan ini tidak disenangi oleh sultan, apabila Inggeris secara mudah meluaskan pengaruh mereka di sana. Pada masa yang sama residen pula tidak begitu memerlukan kerjasama sultan dan orang-orang besa ryang mentadbir negeri.
Sultan telah melantik putera sulungnya, Tunku Mahmud menjadi pemangku raja apabila baginda berangkat ke Pulau Tawar di Hulu Pahang. Residen Inggeris terpaksa menurut ke sana apabila baginda langsung tidak kembali ke ibu negerinya sepanjang tahun 1890. Ada beberapa perkara yang perlu didapatkan perhatian baginda.
Pada penghujung tahun 1891, Pahang menghadapi masala kewangan, sedangkan para pembesar telah menuntut elauns yang lebih banyak. Sedangkan kekayaan Pahang yang didogmakan itu hanyalah dongeng sahaja. Kesannya, satu kekacauan berlaku di daerah Semantan lalu menjadi pemberontakan penuh kemudiannya. Ketua pemberontak itu adalah Orang Kaya Pahlawan Semantan.
Tuksu: seorang tua yang penuh misteri;
meninggal dunia 1985 di Temerlok, Perak
Daripada cerita-cerita yang disampaikan didapati seiring dengan peristiwa perjuangan di Pahang ini. Dia turut menceritakan pembabitannya dalam perang Selangor di mana dia menyebelahi Raja Mahadi, apabila Sultan Abdul Samad menerima kemasukan Inggeris di Selangor kesan hasutan menantu baginda Tengku Kudin, dari Kedah.
Apabila ditanya kenapa dia tak berikan namanya yang sebenar? Jawabnya, "Tuksu ni orang jahat... nanti malu anak-cucu," sambil melepaskan pandangan yang redup. Satu-satu wajah kami direnungnya penuh dengan seribu persoalan dalam benaknya. Dia berasakan seolah-olah negara ini belum merdeka sepenuhnya, dengan kebimbangan yang bersarang. Dia rasa yang Inggeris itu masih sedang mencarinya lagi.
Dia seorang Orang Besar Berempat Negeri Pahang. Itulah Abdul Rahman atau Bahaman. Pangkatnya, yang asalnya cuma seorang pegawai di istana sultan naik mendadak kerana terlibat dalam peperangan di negeri Pahang dan Selangor. Dia termasyhur kerana tenaga, kegagahannya dalam peperangan di samping sifat-sifat kepimpinannya. Oleh kerana jasanya itu sultan berikan dia gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan. Namun apabila Inggeris campurtangan, dia cuma diberikan elauns $70, tidak sama dengan Orang Besar Berempat, $100.
Struktur elauns; setahun
Sultan Ahmad $24,000
Tengku Mahamud $ 6,000
Tengku Ali $ 2,400
Raja Muda $ 2,400
Bendahara $1,800
Temenggong $ 11,200
Shahbandar $1,200
To'Raja $1,200Shahbandar $1,200
Tok Gajah $1,200
Orang Kaya Chenor $1,200
Orang Kaya Temerloh $1,200Orang Kaya Haji Lipis $840
Orang Kaya Semantan $840
Beberapa aduan telah diterima yang mengatakan bahawa Orang Kaya ini telah bertindak mengutip cukai secara haram ke atas barangan dagang di Sungai Semantan. Namun para pedagang tidak berani bersuara. Sebelum itupun perselisihan pernah berlaku juga antara beliau dengan sultan. Hasilnya, beliau telah diberikan amaran.
Adakah ini Dato' Bahaman yang sebenar?
Apabila hal tersebut dimaklumkan, sultan telah mengutuskan Dato' Maharaja Perba Jelai pergi ke Semantan untuk memujuk beliau datang ke Pulau Tawar. Dia enggan lalu menghilangkan diri masuk ke hutan terus ke Kelantan. "Dia mempunyai pengetahuan yang istimewa mengenai hal-hal dalam hutan hasil pengembaraannya di seluruh Pahang dan Selangor. Dia begitu arif dengan bahasa, adat-istiadat dan cerita-cerita orang asli dalam daerah tersebut."
Tidak berapa lama kemudian dia kembali ke Semantan lalu memungut cukai seperti biasa dilakukan. Dia telah menuntut pampasan dan gantirugi setiap tahun $6,000 kerana kerugian yang bakal ditanggungnya kesan kehadiran Inggeris itu. Jika tidak, dia akan menetang segala perintah.
Apabila Majlis Mesyuarat Negeri mengadakan persidangan, sultan telah bertindak menarik balik gelaran dan pangkatnya. Sebagai tindak-balas Dato' Bahaman mula mengancam pasukan polis yang kecil bilangannya itu di Lubuk Terua. Maka kekuatan tambahan dibuat menjadi 25 orang, di mana sarjannya diberi kuasa boleh menangkap Dato' Bahaman jika dia membuat kacau.
Kedatangan pasukan tambahan polis itu diiringi oleh Pemangku Pemungut Hasil Semantan dan merinyu Lombong. Ketika dalam perjalanan itu, 3 orang pengikut Dato' Bahaman telah ditangkap kerana mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran. Sedangkan pada waktu itu mereka sedang memancing. Pemungut Hasil itu mahu membicarakan mereka di Lubuk Terua, seolah-olah mahu menujukkan kuasa kerajaan, sedangkan sepatutnya perbicaraan itu diadakan di Temerloh sebagai ibu pejabat daerah.
Kesannya, Dato' Bahaman telah melancarkan serangan menyebabkan 3 orang pasukan bantuan cedera dan pasukan itu terpaksa berundur ke Temerloh. Dia turut menawan balai polis Lubok Terua serta gudang-gudang Syarikat Lombong Bentong dan Raub pada 21 Disember 1891.
Residen Rodgers yang pada waktu itu berada di Selangor segera kembali ke Pahang dengan pasukan polis. Dia turut diiringi Hugh Clifford di Raub. Mereka cuba menguatkan pasukan polis di sempadan daerah Semantan. Dalam pada itu usaha meredakan pemberontakan diserahkan kepada budi bicara sultan.
Maka sultan pun mendapatkan 200 pucuk senapang, 10,000 butir peluru bagi tujuan untuk menghadapi bekas Orang Kaya itu. Baginda, disertai oleh puteranya Tengku Ali bersama Orang-orang Besar baginda serta 1,000 orang Melayu masuk ke hutan di kawasan pemberontakan itu. Benteng dan segala kubu musuh dimusnahkan, tetapi Dato' Bahaman yang dijangka ada bersama dengan puak-puak orang asli di sebelah dalam negeri itu tidak ditemui.
Hasilnya, sultan mengeluarkan pengisytiharan tentang pengampunan penuh kepada mereka yang terlibat dalam pemberontakan. Syaratnya, mereka harus kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh sebulan. Maka Tengku Ali telah bertindak mentadbirkan daerah yang huru-hara itu.
Pada 9 Mac, 1892 Dato' Bahaman kembali dengan sebuah angkatan lalu menyerang dan menawan Lubok Terua. Namun ia tidak lama apabila terpaksa menghadapi pasukan Tengku Ali. Maka tawaran $2,000 dikeluarkan buat sesiapa yang berjaya menangkap Dato' Bahaman.
Kekacauan seterusnya bergolak di kawasan Penjom. Orang-orang kampung enggan membantu pihak berkuasa Inggeris dalam pembinaan sebatang jalan raya di situ. Arahan hendaklah datang daripada sultan atau Orang Kaya Lipis, bukan dari Inggeris. Pada masa yang sama Dato' Perba Jelai (Tok Raja) turut berminat kawasan Penjom itu kerana hasil emasnya. Dia mendakwa bahawa tanah yang diberikan sultan kepada Syarikat Lombong Penjom itu dibuat secara haram kerana ia terletak dalam kawasan beliau. Jika ia tidka dilayan, dia juga akan menyebelahi pihak pemberontak.
Ancaman seterusnya datang daripada Orang Besar yang lain, Tok Gajah - seorang anggota penasihat sultan yang menjadi Orang Kaya Jajahan Pulau Tawar; yang turut menguasai kawasan Budu. Pemberontakan pun berlaku, tetapi sultan bertindak mempertahankan Chenor manakala Panglima Muda Jempol melanggar daerah Pekan. Tok Gajah akan menyerang kawasan Tembeling sementara anaknya, Mat Kilau dari Budu dengan Tok Raja akan menyerang pasukan Clifford yang kecil itu di Kuala Lipis.
Adakah benar Mat Kilau?
Tuksu...
"Mat Kilau ni kecik-kecik orangnya," jelas Tuksu perlahan.
"Kalau dalam hutan dia la yang paling lincah. Larinya menyelinap macam kilat. Tau-tau saja dah hilang.
"Adui aih... hang ni lari macam kilat no Mat!" tegur Tuksu menceritakan bermulanya nama Mat Kilau.
"Err... lama-lama ia bertukar dari kilat jadi kilau - pasei menyelinap tu la kot!" jelas Tuksu serius.
"Dia yang paling suka kacau askar sepoi yang meronda di jalan...
bila dia rajin pi sergah nanti depa tu akan hambat dia - masuk utan.
Huhh... apa lagi kami semua dah sedia dok tunggu. Sembelih saja la sorang-sorang."
Ia dilakukan apabila orang Inggeris, Harris dan Steward yang bekerja dengan Syarikat Penjelajah dan Kemajuan Pahang telah dibunuh atas perintah Panglima Muda Jempol yang berikrar, "... akan menghalau keluar orang Eropah dari negeri itu." Panlima Muda Jempol terus ke Pekan dan menawannya. Hasilnya, Rogers yang berada di Pulau Tawar segera bertolak ke Pekan dengan dibantu oleh kedatangan 2 buah kapal tentera laut dari Singapura. Maka bersama dengan Pemangku Raja mereka berusaha untuk menangkap Panglima Muda Jempol.
Pada masa yang sama, sultan telah diingatkan bahawa baginda akan bertanggungjawab jika tidak berusaha menamatkan kekacauan itu. Oleh itu pada 6 Mei sultan bersama Tok Gajah dan orang-orang mereka telah menyerang Dato' Bahaman di mana anaknya terbunuh, tetapi bekas Orang Kaya itu tidak ditemui. Kesannya, Tok Gajah enggan menyertai usaha memburu pemberontak.
Lt. Kolonel Walker tiba di Raub bersama satu pasukan polis. Dia bersama dengan Hugh Clifford telah bertolak ke Budu. Namun apabila Mat Kilau enggan berunding, Budu dibakar tetapi Mat Kilau berjaya melepaskan diri lalu bergabung dengan pihak Dato' Bahaman di Cheka.
Pada bulan Ogos, sultan dikehendaki pindah semula ke Pekan apabila terdengar khabar angin bahawa baginda secara sulit ada membantu pejuang berkenaan. Tok Gajah juga turut menyertai golongan pejuang kerana mengikut anaknya, Mat Kilau dan Dato' Bahaman.
Pada pertengahan September, para pejuang itu telah melairkan diri ke Kelantan. Gabenor dan Maharaja Johor telah menemui sultan di Pekan di mana mereka berura-ura untuk memberikan pengampunan kepada pihak pejuang kecuali Dato' Bahaman dan Tok Gajah. Mereka berdua hanya dikehendaki menyerah diri di mana mereka tidak akan dibunuh; satu perbicaraan yang adil akan dilakukan!
Tok Raja Perba Jelai telah diserahkan tugas menjadi orang perantaraan. Ketika perundingan sedang berjalan - dengan pengaruh Engku Sayid Paloh, Terengganu - seorang alim yang banyak ilmu kebatinan dan tasasuf telah merobah keadaan. Dia telah menghubungi para pejuang pada Mei 1894 untuk membantu melalui ilmu-ilmu yang boleh membawa kejayaan hidup dunia-akhirat.
Tukku Paloh... ilmu kebatinan ditimba daripada beliau;
termasuk pengajian tentang mengenali Zat Wajib-al Wujud Allah swt.
Pada 12 Jun, para pejuang itu telah menyeberangi sempadan kedua-dua negeri lalu melanggar balai polis Kuala Tembeling. Hanya seorang anggota polis, Ram Singh yang berjaya menyelamatkan diri dengan 30 liang luka naik sampan menyampaikan berita ke Pulau Tawar. Sekali lagi Lt. Kolonel Walker dan Hugh Clifford bertolak ke sana dan dalam bulan Ogos, para pejuang telah lari melepaskan diri.
Nota:
Ram Singh ini ialah ayah kepada Karpal Singh, peguam dan Pengerusi DAP sekarang.
Kononnya, pada bulan November 1895, bekas Orang Kaya Dato Bahaman beserta 6 orang pengikutnya telah dipindahkan ke Bangkok apabila Inggeris meminta jasa baik pemerintah Siam untuk menangkap mereka. Sementara Tok Gajah dan Mat Kilau meninggal dunia di Terengganu. Ia menurut sejarah yang ditulis oleh pihak Inggeris.
Sebenarnya, pahlawan-pahlawan itu lari bertemu dengan Engku Sayid Paloh di Terengganu di samping mendalami ilmu agama. Mereka itu tinggal dalam penyamaran dan selepas menemui Tuk Janggut di Kelantan, Dato' Bahaman membawa dirinya ke Gerik. Kemudian dia bersembunyi di Batu Kurau, kemudian ke Port Weld secara menyamar melihat kekayaan hasil bijih timah di Larut.
Dia memulakan hidup barunya di sana dan mula mengembangkan ilmu jabat; cantuman ilmu mempertahankan diri beserta dengan ilmu kebatinan rangkuman ilmu tasauf dengan meletakkan diri dalam 'kota' Tuhan di atas kalimah Zat Wajib-al Wujud Allah swt melalui Lailahaillallah.
Peringatan:
Disesuaikan daripada "Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959" (DBP) oleh Joginder Singh Jessy
Versi Cerita Anak Pahang: DATO' BAHAMAN
Semasa di Hulu Sat @ Machang, Long Mansur (cucunda Baginda Long Gaffar ) banyak menghabiskan masa dengan kegemarannya, iaitu menjinakkan gajah yang diambil di Hulu Lebir (Hulu Kelantan). Pada satu masa, ketika baginda berada di sana, datang rombongan Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya bagi meminta perlindungan di Kelantan setelah melarikan diri dari buruan Inggeris di Pahang. Pemberontakan
Semasa kejadian tersebut, pemerintahan Kota Bharu bertukar kepada Sultan Mansor.
Dato’ Bahaman dikatakan merupakan keluarga Sultan Mansor dan beliau membahasakan Sultan Mansor sebagai “Abang” dalam percakapannya. Berita kedatangan Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Sultan Mansor, lalu beliau datang berjumpa Baginda Long Mansor di Machang bagi memintanya supaya menjaga dan melindungi Dato’ Bahaman dan keluarganya. Baginda Long Mansor pada masa itu tidak terfikir akibat daripada tindakannya itu kepada kesinambungan pemerintahan keturunan Long Ghafar di Kelantan. Tindakan Sultan Mansor tersebut adalah helah beliau bagi mengelakkan dirinya daripada tuduhan melindungi Dato’ Bahaman yang pada masa itu menjadi buruan Inggeris.
Inikah Mat Kilau?
Beberapa kali saya cuba menarik perhatian Tuksu tentang lelaki ini yang tersiar gambarnya di merata-rata surat khabar tentang kemunculan pahlawan Melayu Mat Kilau. Namun Tuksu tak endahkan.
"Mat Kilau tu ada tanda itam di belakangnya," sahut Tuksu perlahan.
"Abih tu yang ni sape?" saya bertanya.
"Ermm... tak tau la," jawab Tuksu sambil melarikan pandangannya. "Kena ada orang yang pi tengok... hala ke pinggang dia."
Pada Disember, 1969 pihak umno begitu beria-ia mencari ikon kepahlawan Melayu kesan daripada peristiwa Mei, 13 - sekadar mengabui kesilapan mereka dalam mencetuskan peristiwa berkenaan apabila gagal membentuk kerajaan di Selangor dan Perak berikut pilihanraya sebelumnya. Jika benar mereka mencari ikon pahlawan negara, kenapa kemunculan Tuk Guru Peramu (kononnya Dato' Bahaman) itu disenyapkan? Demikian halnya dengan seorang lagi lelaki yang didogmakan sebagai Dato' Bahaman!
Selain daripada cerita kisah lama, anak murid tua Tuksu masih ada - dan terus mengamalkan ilmu jabat yang diturunkan oleh orang tua itu; di samping penjelasan tentang ilmu tasauf dan hakikat ketuhanan serta konsep mengenal diri. Ada 7 jenis jabat kesemuanya - jabat kebal dalam; jabat kebal besi tua; jabat kebal besi melintang; jabat kebal besi berhujung; jabat apung penimbul dan dua lagi jenis jabat yang sudah tidak diamalkan..
Kata Sultan Mansor, “Pak Do tolong ambil orang kita di Hulu Lebir dan bawa balik ke rumah serta peliharalah”. Long Mansor tidak membantah, lalu tinggallah Dato’ Bahaman bersama keluarga dan pengikutnya di Machang di bawah jagaan Long Mansor. Menurut satu riwayat, beliau tinggal di sana selama 2 tahun. Menurut catatan di dalam buku Sejarah Darul Iman (m.s 240) Dato’ Bahaman serta pengikutnya seramai 12 orang telah membuat kediaman di Sungai Ampul, iaitu cawangan daripada Sungai Lebir di Hulu Kelantan pada akhir tahun 1892.
Berita Dato’ Bahaman mendapat perlindungan di Kelantan akhirnya telah diketahui oleh Inggeris, lalu wakil kerajaan Inggeris datang ke Kelantan dan berjumpa Sultan Mansor di Kota Bharu meminta supaya menyerahkan “penderhaka” tersebut. Kata Sultan Mansor, “Kita tidak boleh buat apa-apa kerana kita di bawah takluk Bangkok. Kalau nak selesai dengan mudah minta sendiri pergi ke Bangkok minta kebenaran Raja Siam untuk tangkap keluarga Dato’ Bahaman”. Mereka kemudiannya pergi ke Bangkok bagi meminta keizinan. Raja Siam bersetuju mengeluarkan perintahnya, “Kalau tak dapat Dato’ Bahaman, orang yang beri perlindungan kepada beliau, siapa saja akan menjadi ganti”. Maka terkenalah Baginda Long Mansor dengan tipu muslihat Sultan Mansor.
Orang-orang Inggeris itu kemudiannya kembali semula ke Kelantan bersama-sama dengan askar Siam. Berita kedatangan askar-askar Siam untuk mengambil Dato’ Bahaman itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu baginda pergi berjumpa dengan Tengku Chik Tua Machang meminta nasihat. Beliau menasihati Baginda Long Mansor dengan katanya, “Kita tak boleh lawan Siam, sebab anak kita duduk di Kota Bharu (iaitu Tengku Salleh, anak Long Mansor yang berkahwin dengan anak sultan yang bernama Tengku Tengah atau Tengku Kembang, anak Long Sulong atau Sultan Ahmad)”. Tambahnya lagi, “Jangan lawan Siam sebab seluruh keluarga kita akan dibunuh oleh Siam”.
Selepas itu Baginda Long Mansor balik dan memanggil Dato’ Bahaman mengadap, lalu diceritakan keadaan yang sebenarnya. Kata Dato’ Bahaman, “Kita hanya patuh kepada keturunan raja Melayu yang asal, kita tidak kira siapa yang memerintah, mati pun kita redha, berkhidmat kepada raja Melayu”. Baginda Long Mansor amat bersimpati akan nasib Dato’ Bahaman, lalu memintanya berundur daripada Machang. Terdapat dua cara berundur yang digunakan, iaitu;
1. Keluarga Dato’Bahaman berundur ke Kuala Berang,Terengganu.
2. Dato’ Bahaman pula, seorang diri pergi ke Menora (Narathiwat).
Pada masa Dato’ Bahaman mengadap Baginda Long Mansor itulah, askar-askar Siam telah mengepung keluarga serta pengikut Dato’ Bahaman di rumah Tengku Deraman di Kampung Kok Kiok di Bukit Bakau, Machang. Berita kepungan itu diketahui oleh Baginda Long Mansor, lalu katanya, “Dato’, keluarga Dato’ telah dikepung oleh askar-askar Siam pada masa maghrib”. Dato’ Bahaman kemudiannya terus pergi untuk menyelamatkan keluarganya yang sedang dikepung. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang.
Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepung. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepung itu terpukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman meminta seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Brang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara. Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’ Bahaman, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawa ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak pernah menyerah diri kepada Siam. Apa yang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.
Pada pagi keesokannya, askar-askar Siam itu menangkap Baginda Long Mansor dan dibawa ke Kota Bharu. Di sana tiga orang lagi ditangkap iaitu;
1. Pak Nik Ya (penghantar bunga mas).
2. Dato’ Lela Perkasa Lundang.
3. TuanTabal.
Keempat-empat orang ini dibawa ke Bangkok sebagai tahanan selama tiga tahun. Apabila genap tiga tahun, ketiga-tiga orang ini dihantar pulang ke Kota Bharu, tetapi Baginda Long Mansor dikatakan telah meninggal dunia semasa di dalam tahanan kerana penyakit “orang baik” (barah) dan dikebumikan di Bangkok (ditanam di dalam selut). Sebenarnya Baginda Long Mansor mati dibunuh dan hal ini diceritakan oleh Tok Kancil, iaitu pengawal peribadinya yang bersama-sama baginda semasa dalam tahanan di Bangkok. Menurut ceritanya, kepala baginda disimpan dalam muzium di Bangkok sehingga ke hari ini, bersama-sama dengan kepala Tuan Lebih iaitu Raja Reman.
Tuksu...
Bukan seorang yang mudah menyerah, terutama kepada pihak yang tidak dikenalinya; usahkan musuh.
Selepas menghilangkan diri dari Pahang, lama dia berkampung di Terengganu bersama dengan Tukku Paloh dan Abdul Rahman Limbong. Dia mendalami ilmu agamanya di sana sehingga dia bisa menghuraikan tentang sifat Zat Wajib-al Wujud Allah, hakikat kejadian, hakikat ketuhanan, mengenal diri dsb.
Melalui ilmu yang dipelajari dia menjelaskan tentang erti kebal dalam istilahnya yang sebenar - iaitu menafikan khianat iblis laknatullah yang sentiasa mencari ruang untuk membinasakan anak-cucu Adam a.s. Apabila dapat menafikan kehendak iblis, orang memanggilnya 'kebal', sedangkan pada hakikatnya - itulah Rahim Allah swt akan hambaNya yang lebih rapat denganNya (sesuai dengan maksud surah Al-Hijr: 39 atau Shaad: 82).
Tuksu mengajarkan ilmu yang dapat meletakkan kita sebagai manusia berjiwa merdeka - tanpa rasa takut kepada sesiapa pun; takut yang hanya mutlak kepada Allah swt. Sekiranya masih takut kepada pisau atau pistol, senapang atau peluru meriam bermakna aqidah seseorang itu masih 'tergantung'. Kita masih syirik akan Dia. Maka dalam ilmu jabatnya itu terungkai segala-galanya akan hakikat 'kebal' yang dimaksudkan.
Tuksu juga bukan seorang yang boleh duduk diam. Dia asyik berkelana menjadi 'messenger'. Laluannya adalah dari Bentong mudik naik ke Kuala Brang, Gua Musang sebelum melintas ke Gerik turun ke Pondok Tanjung/Batu Kurau terus ke Port Weld dan melalui laut dia ke Klang, kemudian mudik semula melalui Sungai Klang ke Gombak, Ketari dan seterusnya. Sebelumnya, dia turut berada di satu kawasan baru yang sedang pesat membangun hasil penemuan bijih; iaitu Larut. Dia turut memainkan peranan dalam pembinaan landasan keretapi pertama - Taiping ke Port Weld, 1882.
KOMEN
Berdasarkan catatan ini jelas bahawa Dato' Bahaman tidak mati dibunuh oleh Siam (atas arahan British). Beliau dikatakan muncul semula "lewat" kemunculan Mat Kilau....walau bagaimanapun kumunculan Dato' Bahaman (Tuk Guru Peramu) tidak diiktiraf oleh kerajaan, khususnya kerajaan Pahang dipercayai atas sebab-sebab berkaitan dengan "tahta" Kesultanan Pahang.... Lagipun "Tuk Guru Peramu" sendiri pun enggan mengaku bahawa beliaulah Dato' Bahaman...jadi kisahnya kemudiannya terus lenyap begitu sahaja.
Tuk Guru Peramu yang sedang terlantar sakit. Benarkan dia Dato' Bahaman yang menyamar sebagai Tuk Guru Peramu? Tiada siapa pun yang benar-benar serius merongkai rasia di sebalik kemunculannya itu.
"Masa tu tukang buat jalan ni orang India. Depa juga yang buat landasan keretapi tu," sahut Tuksu mengingatkan kisah silamnya. "Depa tu kuat bising... bersembang; makan sirih, sat-sat ceritt... sat-sat ceritt... depa dok sembuq ayaq sirih."
"Nak buleh lima batang besi (landasan) tu depa pasang, huhh... siap la sekerat ari."
"Err... apa tuk buat?" saya bertanya penuh minat.
"Tuk elak depa semua, maih sini aku buat... cakap dalam bahasa Melayu je (bukan depa faham pun, katanya). Pelapik tu kayu... depa dah siap atur atas ban batu. Jadi, tuk angkat sorang-sorang letak rel atas kayu tu. Depa cuma pasang pengepitnya saja. Baru cepat skit."
"Abih tu takkan takde kepala?" saya bertanya hairan.
"Ada... Hindu juga. Dia tak berani kata apa... sebab tuk tolong bagi senang keje depa," sahut orang tua itu. "Cuma bila dengaq je omputih mai, tuk cepat-cepat laghi masuk utan. Senyap."
Tuk Gajah, merupakan individu yang pada mulanya menentang Orang Kaya Haji (mati dibunuh 1889) kerana tidak menyokong Inggeris, tetapi kemudian Tuk Gajah pula menjadi penentang yang hebat bersama Dato' Bahaman apabila kuasa dan kegiatan ekonominya tergugat. Dalam catatan Abdul Talib bin Hj Ahmad berdasarkan cerita turun temurun seperti berikut;
Sa-telah selesai bermeshuarat orang besar itu pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Qur’an yang telah di-bacha mereka di-tepi sungai Silan.
Maka sembah Dato’Gajah, Dato’ Raja Jelai dan Dato’ Bahaman “Jangan-lah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya” Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji. Peristiwa ini menunjukkan semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.
** Kisah Tuksu... leraikan Cina lombong - tocang berebut air; terlibat dlm perang saudara S'ngor; membunuh 6 org Jepun di Gerik; dan lari tinggal di laut Port Weld apabila Jepun memburunya. Di sana kerjanya merampas beras yg dibawa tongkang ke S'pore untuk dinaikkan ke darat - bg org Melayu makan.
Terakhir kejenya ke laut - terkena petikan udang pd mata; bengkak 4 bln. Pi hospital, doktor pun hairan sbb darahnya tidak dapat menerima darah baru - darahnya yg terlalu tua!
Konsep ajaran agama & jabat.
Tanda2 murid tua yg akan mati.