i) Ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala - bukan mencari kemasyhuran, bukan bertujuan untuk mematikan hujjah orang lain.
ii) Jika kita mengeluarkan dalil, pastikan ia dari sumber yang sahih; Al-Qur'an, Hadis Nabi dan huraian ulama mu'tabarah berkenaan dalil-dalil tersebut. Jangan sesekali membuat tafsiran sendiri.
iii) Mengetahui methodolgi istimbat hukum - cara bagaimana sesuatu hukum dikeluarkan oleh ulama (Ini untuk mereka yang sering bertanyakan/ mempersoalkan dalil).
iv) Mengawal perasaan supaya tidak terbawa-bawa dengan ammarah atau terhasut dengan bisikan syaitan.
v) Tidak membincangkan secara berlibihan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pokok persoalan.
vi) Jika kita tidak pasti tentang sesuatu sebaiknya bertanya daripada memberikan kenyataan.
vii) Jauhi daripada mencaci, maki hamun dsb.
InsyaAllah jika kita dapat mematuhi adab-adab ini, maka perbincangan akan menjadi ibadah dan sangat bermanfaat untuk kehidupan. Sebaliknya suatu perbincangan akan dianggap pertandingan/perdebatan yang sia-sia sekiranya di dalamnya terkandung unsur-unsur ria', berhujjah tanpa ilmu, bertujuan saling menjatuhkan.
Iman itu harganya adalah kelazatan dlm berinteraksi dengan Allah...
Iman itu harganya pada kelazatannya dalam berinteraksi dengan Allah s.w.t. melalui kehidupan. Bagaimana generasi sahabat r.a. khususnya, tidak pernah kenal erti susah dalam menghadapi rintangan kehidupan mereka? Ramai orang kata, kekuatan mereka adalah pada kefahaman mereka tentang dakwah Islam. Ada orang juga kata, kekuatan mereka pada ilmu dan amal mereka. Benar, tetapi bukan sekadar itu sahaja. Kunci utama kekuatan mereka adalah pada penghayatan mereka terhadap aqidah.
Kuncinya adalah pada kelazatan tauhid yang mereka kecapi saban hari.Kelazatan iman mereka membawa kepada mengenal makna hidup yang lebih besar. Ia adalah cahaya yang terbit dari kerohanian yang bersih dan suci daripada maksiat dan kelalaian. Ia lahir daripada jiwa yang sentiasa menginsafi diri dan memperbanyakkan taubat bukan sekadar kerana rasa diri berdosa, tetapi kerana takut berasa diri itu tidak berdosa yang mana itu juga sifat 'ujub yang tercela.
استغفر الله العظيم من كل زور نطقت به
استغفر الله العظيم من كل حق أضعته
استغفر الله العظيم من كل باطل اتبعته
استغفر الله العظيم من كل وقت أهدرته
استغفر الله العظيم من كل ضمير قتلته
استغفر الله العظيم من كل سر أفشيته
Aku meminta ampun dari Allah s.w.t. yang Maha Agung terhadap ucapan burukku
Aku meminta ampun dari Allah s.w.t. yang Maha Agung terhadap setiap kebenaran yang telah ku sia-siakan
Aku meminta ampun dari Allah s.w.t. yang Maha Agung terhadap setiap kebatilan yang telah ku ikuti
Aku meminta ampun dari Allah s.w.t. yang Maha Agung terhadap setiap waktu yang telah ku sia-siakan
Aku meminta ampun dari Allah s.w.t. yang Maha Agung terhadap setiap perasaan yang telah ku sakiti
Aku meminta ampun dari Allah s.w.t. yang Maha Agung terhadap setiap rahsia yang telah ku bongkarkan
Persoalan:
Ada pihak yang mengatakan ilmu tasawwuf itu wajib 'aini bagi setiap mukallaf, tetapi mengapa kebanyakan orang Islam termasuk sesetengah ustaz dari kelulusan syari'ah pun mengatakan tasawwuf hanyalah sebagai menuntut 'kelebihan' atau 'fadhail' amal, bukan kewajipan? Ada pula golongan lain yang menganggapnya bid'ah dan sesat kerana tidak terdapat di dalam Al-Qur'an dan hadis Nabi saw.
Jawapan:
Sebelum menjawab soalan di atas secara detail sila perhatikan dahulu fakta berikut;
Kenyataan 1: Al-Qur'an mempunyai ayat-ayat yang banyak dan hadis Nabi berjumlah ratusan ribu bahkan mungkin sampai satu juta hadis.
Kenyataan 2: Al-Qur'an adalah kalamullah yang tinggi, mengandungi makna-makna zahir dan makna tersurat yang sangat halus dan tersembunyi. Demikian juga hadis Nabi adalah perkhabaran, perintah, larangan... dan apabila diamnya Nabi - semua itu pada hakikatnya adalah dari Allah jua, kerana ia merupakan wahyu Allah ke dalam hati baginda. Ini bermakna hadis-hadis Nabi juga mengandungi makna-makna dan hikmah yang tersembunyi.
Kenyataan 3: Di zaman Nabi, ketika para sahabat bersama Nabi, segala kemusykilan dan permasalahan yang timbul di kalangan umat Islam dijawab oleh baginda sendiri. Ini berkait dengan hikmah Ilahi yang telah menurunkan Al-Qur'an secara beransur-ansur, iaitu tidak dengan sekaligus.
Kenyataan 4: Setelah Nabi wafat, di kurun pertama Hijrah, timbul perselisihan pendapat di kalangan umat Islam darihal hukum-hukum Islam. Sebahagian besar daripadanya adalah kerana tidak memahami dasar-dasar agama, kemudian kerana tiada kemampuan dalam memahami Al-Qur'an dan hadis Nabi disebabkan oleh ketinggian falsafahnya.
Perbezaan pendapat ini meruncing pada suatu ketika sehingga menyebabkan penyewengan dalam bab usul dan aqidah. Perbezaan ini telah melahirkan orang-orang Islam yang menyeleweng dari sudut; Aqidah; Ilmu kebatinan; Amalan atau ibadah.
Kenyataan 5: Apabila menyedari akan hakikat penyelewengan ini, di samping menyedari tiada kemampuan bagi umat untuk memahami agama dengan meneliti sendiri kalamullah dan hadis Nabi, maka para ulama' tabi'in (yang mewarisi ilmu Nabi dari para sahabat baginda) mula menyusun ilmu-ilmu dari Al-Qur'an dan hadis Nabi menurut bab-bab tertentu dan tersendiri dengan mengambil faham daripada para sahabat.
Dari sini lahirlah ulama-ulama mujtahidin dalam pelbagai bidang ilmu - ilmu fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir, disiplin ilmu hadis, ilmu qira'at, ilmu tajwid, ilmu nahwu-saraf dan lain-lain lagi. Seluruh ilmu ini diijtihad dan disusun oleh para ulama berdasarkan ilmu yang mereka terima daripada para sahabat Nabi.
Dari kesemua kenyataan di atas anda akan melihat bahawa;
i) Fiqh, usuluddin dan tasawwuf adalah ijtihad ulama pewaris Nabi berdasarkan Al-Qur'an dan hadis Nabi. Ia bukan rekaan atau ciptaan akal mereka sendiri.
ii) Istilah-istilah fiqh, usuluddin, tasawwuf dll tidak wujud pada zaman Nabi. Ia hanya muncul dalam bentuk amali yang bersumberkan Al-Qur'an dan hadis Nabi.
iii) Kebanyakan orang Islam tidak memahami Al-Qur'an dan hadis Nabi, bahkan tidak mengetahui sejumlah besar Ayat Qur'an dan hadis. Maka memadai dengan merujuk kepada kitab-kitab ulama mu'tabarah untuk mengetahui darihal hukum-hukum dalam kehidupan ini.
iv) Adalah tidak mungkin bagi orang-orang jahil dalam ilmu Islam akan menerbitkan hukum sendiri dengan hanya membaca Al-Qur'an dan hadis Nabi. Jika mereka mencuba juga, maka tiada syak lagi mereka merosakkan diri sendiri kerana amaran Nabi yang melarang mentafsirkan Al-Qur'an dengan corak pemikiran sendiri.
Maka mematuhi saranan ulama mu'tabarah adalah jalan paling selamat untuk amalkan Islam bagi orang awam. Jadi, daripada kenyataan di atas, kita memahami tasawwuf sebagai salah satu ilmu yang wajib dituntut dan diamalkan oleh umat Islam lelaki dan wanita, sebagaimana perkataan ulama mu'tabarah.
Namun kenapa ramai yang tidak tahu?
Di sini perbahasan jadi menarik yang berpunca daripada;
* Kejahilan umat Islam sendiri - tidak berusaha memahami Islam yang sebenar. Kebanyakannya sudah berasa cukup dengan menjadi Islam baka, Islam kerana ibu-bapanya Islam. Maka lahirlah orang Islam sendiri yang menjadi penentang agama Allah. Jadilah sebahagian mereka itu dari kalangan fasiq dan kufur!
* Rencana jahat yahudi, nasrani, orientalis barat. Mereka mengetahui bahawa sumber kekuatan umat Islam adalah dalam kekuatan batin mereka. Kekuatan batin mereka itu datang hasil didikan tasawwuf yang aslinya bersumberkan Al-Qur'an dan hadis Nabi.
Di antara rencana kejahatan mereka adalah memberi gambaran palsu bahawa tasawwuf itu kononnya bukan dari Islam. Jika diamalkan tasawwuf orang Islam akan menjadi mundur, kononnya tasawwuf dan sufi itu adalah dari ajaran Hindu dan berbagai propaganda kejahatan lagi.
Paling tidak mereka mendakyahkan tasawwuf adalah untuk golongan tertentu sahaja. Sama seperti tuk sami dan paderi.
Apa yang lebih menarik apabila ada sebahagian daripada orang Islam sendiri yang menjadi ejen iblis untuk membuat tuduhan jahat itu. Maka apakah kejahatan yang lebih buruk daripada kejahatan tersebut?
Maka secara umum perhatikanlah dari mana sumber pengambilan ilmu kita!
Nota: Dipetik daripada garapan sdra rafie1357 dan kaunselor.
No comments:
Post a Comment