Sebab ramai yg sedia mendedah aurat dan tidak ramai yang mahu mencegah atau menghukum mereka.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):
"Dua sifat daripada ahli Neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut dengan berhias), mereka tidak akan masuk Jannah (Syurga) dan tidak akan mendapat baunya. Dan sesungguhnya baunya (Jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)." - Hadis riwayat Imam Muslim
Firman Allah bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” - al-Ahzab: 59
Sebab ramai yg suka bergaul bebas dan ramai yang membiarkannya.
Firman Allah : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” - an-Nur : 26
“Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah saw bersabda,
"Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kacuali jika bersama dengan mahrom sang wanita tersebut."Lalu berdirilah seseorang dan berkata, "Wahai Rasulullah, isteriku keluar untuk berhaji, dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad pada perang ini dan itu," maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, "Kembalilah!, dan berhajilah bersama isterimu.’” - Hadis riwayat Al-Bukhari no. 5233 dan Muslim 2/975
Nabi bersabda:
"Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." - Hadis riwayat at-Thabrani
Klu yang ni takpe... sebaya dengan atuk kita.
Sebab ramai yang mengaku benci zina, tetapi dalam masa yang sama suka berzina mata dalam TV.
Allah berfirman (maksud):
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." - an-Nur: 30-31
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti hawa nafsu pada perut kamu dan kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan” - Hadis shohih riwayat Ahmad
Nabi juga bersabda kepada Saidina Ali:
"Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." - hadis riwayat Abu Daud
Sabda saw:
"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." – Hadis riwayat Ibn Majah.
No comments:
Post a Comment