Wednesday, 29 September 2010

Doa dan Ikhtiar tidak Boleh Mengubah Takdir

Oleh: rafie1357


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Muqaddimah

Masalah taqdir, doa dan usaha ikhtiar sudah menjadi bahan perbincangan berkurun lamanya sehingga banyak golongan yang menjadi sesat. Bahkan ada golongan yang terkeluar dari aqidah Ahlus-Sunnah, terutama disebabkan pegangan mereka pada qadha, qadar dan usaha ikhtiar.

Pada zaman ini pun perbicaraan ini masih belum berakhir. Kekeliruan umat Islam di zaman ini tetap berterusan.

Puncanya, ada banyak pihak yang memuatkan pelbagai artikel dengan menyatakan bahawa doa boleh mengubah taqdir atau usaha ikhtiar boleh mengubah qadha dan qadar Allah dan sebagainya tanpa penjelasan yang sempurna. Kesannya, orang-orang yang membaca tentu akan faham sememangnya 'doa mempunyai kuasa untuk mengubah taqdir' atau 'seseorang itu boleh mengubah nasib sendiri menurut kemahuannya".

Mereka sering utarakan contoh-contoh seperti berikut :

Seorang yang ditaqdirkan miskin lalu berusaha siang malam sehingga berjaya dan menjadi kaya raya.
Contoh lain ialah seseorang yang ditaqdirkan umurnya 40 tahun lalu dia pun membuat pelbagai kebajikan dan doa panjang umur sehingga umurnya dipanjangkan.

Mengikut dakwaan inilah di antara contoh-contoh bagaimana doa mampu mengubah taqdir seseorang. Namun perlu diingat, bahawa kesemua fahaman ini sangat besar bahayanya kepada aqidah dan tauhid seseorang yang berpegang kepada aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah.

Sila ikuti penjelasan berikut dengan teliti. Ia bukan bertujuan untuk menafikan kelebihan doa dan kewajipan berdoa kepada Allah swt. Ia juga tidak bertujuan untuk melemahkan seseorang daripada terus berdoa. Pun begitu diharap hujjah-hujjah berikut akan dapat membetulkan i'tiqad pegangan hati ketika kita berdoa dan selepas berhasil doa dan usaha ikhtiar yang dilakukan.

Penjelasannya;

i) Kita sudah membicarakan bahawa taqdir atau qadha dan qadar adalah segala ketentuan Allah ke atas makhluknya pada azali. Sila rujuk http://kerjayahalal.blogspot.com/2010/09/salah-memahami-taqdir-dan-usaha-ikhtiar_02.html

Ketentuan atau ketetapan ini adalah menurut ukuran kehendakNya yang mutlak mengikut ketetapanNya pada azali. Tiada makhluk bersekutu dalam ketetapan ini. Bukan juga sebab sesuatu yang akan dijadikanNya pada zaman kemudiannya, tetapi semata-mata adalah dengan kemahuanNya. Lantaran Allah Ta'ala itu bersifat dengan sifat Maha Berkehendak!

Mencari tumpuan untuk mula berdoa

ii) Ahlus-Sunnah wal-Jamaah berpegang bahawa manusia diberikan usaha ikhtiar, tetapi usaha ikhtiarnya itu tidak akan memberi bekas. Hanya Allah swt yang menentukan segala sesuatu mengikut kemahuanNya. Doa merupakan salah satu daripada usaha ikhtiar manusia. Oleh yang demikian bukanlah doa itu yang memberi bekas, tetapi Allah yang menentukan apa-apa jua mengikut kemahuanNya!

iii) Doa, usaha ikhtiar atau apa sahaja yang datang daripada manusia TIDAK berkuasa untuk mengubah taqdir. Dalam perkataan lain bukan Allah Ta'ala yang mengikut kehendak permintaan atau usaha hambaNya. Jika tidak maka jadilah Allah itu bersifat lemah kerana Dia boleh digagahi; Maha Suci Allah daripada digagahi oleh sesuatu. Sebaliknya, Dialah yang Maha Gagah dan berkuasa di atas segala sesuatu.

iv) Ketika Allah berkehendak menjadikan sesuatu kebaikan pada seseorang atau menolak keburukan daripadanya, maka Allah Ta'ala mendatangkan atau mengilhamkan pelbagai asbab seperti doa dan usaha ke atas seseorang yang sememangnya sudah ada di dalam ketetapan Allah pada azaliNya.

Ini bermakna sudah termaktub dalam ketetapan azali bahawa orang itu akan berdoa atau berusaha kepada apa yang ditentukan oleh Allah sesuai pada taqdir azali. Bukanlah bermakna bahawa ketentuan itu berubah disebabkan oleh permintaan atau harapan dan usaha manusia; tidak sama sekali.

v) Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Maha Mengetahui, yakni mengetahui zahir dan batin, mengetahui segala sesuatu dari awal hingga akhir kesudahan alam maya ini. Bagaimana mungkin Allah Ta'ala tidak mengetahui bahawa hambaNya akan memohon kepadaNya dan bagaimana mungkin Allah tidak mengetahui bahawa Dia akan memberikan sesuatu kepada hambaNya bersesuaian dengan permintaan (doa) hambaNya itu?

Jika kita bersetuju bahawa Allah Maha Mengetahui akan hal ini, maka bukanlah doa hamba itu yang mengubah taqdir Ilahi. Sebaliknya permintaan hambaNya dan kabulnya permintaan tersebut dan pemberian Allah kepada hamba tersebut bersesuaian dengan taqdir sejak di azali.

vi) Jika kita bertanya bagaimana dengan firman Allah yang berbunyi; 'Allah tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya'.

Maksud ayat ini menjelaskan bahawa Allah Ta'ala telah menentukan pada azaliNya bahawa seseorang atau suatu kaum itu akan berubah kepada kebaikan berserta asbab-asbab yang terlihat pada pandangan mata. Maka akan terlihatlah seolah-olah mereka yang mengubah nasib mereka dengan usaha mereka sendiri. Pada hakikatnya 'perbuatan mereka berubah' itu telah pun ditetapkan terlebih dahulu pada azali oleh Allah Ta'ala.

vii) Jika kita bertanya lagi bagaimana dengan hadis Nabi saw yang berbunyi; 'Tidak ada sesuatu yang dapat menolak qadha kecuali doa'.

Pengertian hadis ini ialah apabila Allah menerima dan maqbulkan permintaan seseorang, bukanlah maqbulnya doa tersebut disebabkan oleh doa orang berkenaan dan bukan juga bererti Allah telah mengubah taqdirNya yang azali. Perubahan taqdir itupun telah ditentukan oleh Allah ke atas hamba tersebut. Hanya sanya terlihat pada zahir pandangan bahawa Allah mengubah nasib/ketentuan/qadha yang ada pada seseorang itu disebabkan oleh doanya. Pada hakikatnya itu semua adalah taqdir sejak di azali.

viii) Kita boleh melihat beberapa contoh dalam kehidupan manusia hari ini.

Contoh 1:
Menurut hadis Nabi saw yang sahih, jodoh seseorang telah ditetapkan sejak azali lagi. Jika si Hassan yang lahir di Malaysia ditaqdirkan berkahwin dengan pasangannya yang lahir di Rusia maka akan berlaku jalan-jalan untuk mereka bertemu dan berkahwin. Walaupun mungkin sekali Hassan ingin berkahwin dengan wanita Hindustan yang cantik lalu berdoa siang malam untuk mendapatkan cita-citanya, tetapi jodohnya tetap ada di Rusia. Maka akan berlaku berbagai jalan seperti sama ada dia secara tiba-tiba dia berhijrah ke Rusia atau jalan-jalan lain sehingga mereka bertemu jodoh.

Contoh 2:
Umur setiap seorang manusia yang lahir telah tertulis pada azali. Jika hamba Allah yang bernama Zulkarnain ditaqdirkan menemui ajalnya pada usia 50 tahun di sebuah mesjid pada tanggal 1 Januari 2011, jam 00:00. Dia pasti akan menemui ajalnya tepat pada waktunya - tidak terdahulu sesaat dan terkemudian sesaat walau mungkin sekali dia seorang alim yang banyak kebajikan dan amal ibadatnya. Walaupun dia sering berdoa agar panjang umurnya.

Maksud hadis Nabi tentang panjang umur dengan melakukan kebajikan bermaksud bahawa 'Allah Ta'ala mentaqdirkan seseorang beramal kebajikan yang banyak sehingga dia menemui ajalnya menurut ketetapan Allah pada azali juga'. Ia bukan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umum bahawa orang itu berjaya panjangkan umurnya dengan doa dan kebajikan. Fahaman ini amat berlawanan dengan sifat Allah Yang Maha Suci yang bersifat dengan sifat Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak.

ix) Sebagai iktibar dan renungan, jika benar pun doa seseorang itu berkuasa mengubah taqdirnya, memanjangkan umur dengan kebajikan, maka orang yang paling layak mendapat kelebihan tersebut adalah Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم kerana baginda adalah orang yang paling makbul doanya dan paling banyak kebajikan di atas muka bumi ini. Namun umur baginda hanya setakat 63 tahun!

Berikut ini ada beberapa keterangan ayat-ayat Allah, hadis Nabi dan kata-kata ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang terkemuka.

Berdoa sebagai tanda mengharap;
pemberian terpulang kepadaNya sesuai dengan ketetapan di azali

Keterangan 1:


Firman Allah Ta’ala : إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً

Maksudnya: 'Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' -  At-Talaq 65: 3

Keterangan ke-2:

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

Maksudnya: 'Allah Ta'ala telah menulis taqdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan arasyNya berada di atas air'. -  sahih Muslim

Keterangan ke-3:

Firman Allah Ta'ala:  وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِّن دُونِهِ مِن وَال

Maksudnya: '...apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya'. -  Ar-Ra'd 13:11

Keterangan ke-4:

Tiada makhluk berkongi kuasa dalam apa jua yang Allah Ta'ala jadikan - dalam apa saja yang Dia perbuat kerana kalimatNya ketika menjadikan sesuatu adalah seperti kalamNya yang Agung.

Firman Allah Ta'ala:  بَدِيعُ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُون

Maksudnya: 'Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia'. -  Al-Baqarah 2:117

Keterangan ke-5:

Dari Imran bin Husain radhiyallahu’anhu, dia berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم . ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni syurga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw menjawab: 'Ya'. Kemudian baginda ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang itu harus beramal? Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi taqdirnya. -  sahih Muslim

Keterangan ke-6:

Berkata Shaikh Ibnu Atho'Illah di dalam kitab Hikam: 'Maha Besar hukum azali itu, Dia tidak bersandar pada berbagai sebab'.

Syarahnya: Sesuatu yang ditetapkan pada zaman azali tidaklah memerlukan berbagai sebab. Contohnya seperti sebuah permohonan anda, permohonan anda bukan sebagai sebab adanya pemberian Allah Ta'ala.

Keterangan ke-7:

Berkata Shaikh Ibnu Atha'Illah di dalam kitab Hikamnya: 'Bagaimana mungkin terjadi permohonan anda yang terwujud pada waktu berikutnya adalah menjadi sebab adanya pemberian Allah yang terwujud lebih dahulu?'
Syarahnya: Bagaimana mungkin pemintaan daripada doa anda menjadi sebab Allah menentukan sesuatu pada anda padahal ketentuan Allah telah pun ditetapkan olehNya sejak di azali lagi?

Keterangan ke-8:

Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

'Apabila Allah mengabulkan apa yang diminta hambaNya, dan mengabulkan permintaannya, maka IradahNya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan kehendak Tuhan pada waktunya. Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuanNya pada waktu yang ditentukanNya, untuk menyampaikan taqdir itu pada waktunya. Seperti yang diakatakan Ahlul Ilmi mengenai Firman Allah: Setiap waktu Dia di dalam kesibukan " -  QS 55: 29, iaitu mengiringi taqdir sampai pada waktunya'.

Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya. Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelikan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.
Apa yang diriwayatkan dalam hadis Nabi, 'Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa.' - (riwayat at-Tirmizi) adalah dikatakan daripada apa yang dimaksud oleh hadis ini; 'Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada taqdir azali) dapat menolak qadha.'

[Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah dalam taqdir azali, bukanlah disebabkan oleh doa seseorang itu - pent]

Begitu juga seseorang tidak akan masuk syurga di akhirat nanti dengan amalnya, tetapi dengan rahmat Allah. Namun Allah memberikan darjat kepada hambaNya di syurga berdasarkan amal perbuatan mereka.

Itu semua kerana Allah Ta'ala tidak ditunut hak oleh siapa pun, tiada yang dapat mengharuskanNya menunaikan janjiNya. Namun Dia yang melakukan apa yang dikehendakiNya, menyiksa, mengampuni, memberikan nikmat, menyayangi sesiapa pun dikehendakiNya. Tidak ada yang berhak meminta Allah bertanggungjawab ke atas apa jua yang diperbuatNya, tetapi manusia itu diminta dan disoal akan pertangungjawabannya. Dia memberi rezeki tanpa batas dengan rahmatNya dan menolak sesiapa pun yang dikehendakiNya.

[Tiada sesiapa pun yang layak menyoal perbuatan Allah ini - pent]

Bagaimana tidak demikian, sementara makhluk, langit dan bumi dari arasy yang tinggi hingga ke tanah yang rendah Dia yang memiliki dan menciptakanNya. Tidak ada pemilik dan pencipta lain kecuali Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.

(Setakat ini maka tamat petikan daripada syarahan Imam Jailani radhiallahu anh).


Rumusan Penting:

a) Doa adalah lambang pengabdian diri dan perhambaan manusia di hadapan Allah. Doa adalah senjata mu'min! . Doa adalah ibadah. Maka jadikanlah doa sebagaimana perintah Allah dan ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.

b) Allah Ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya supaya berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai jalan keselamatan dunia akhirat. Maka berusaha sungguh-sungguh atas jalan kebenaran serta menyerahkan diri kepada Allah adalah tuntutan ke atas setiap muslim.

c) Segala perbincangan di atas bertujuan untuk memberikan kefahaman yang benar berkenaan dengan adab dan i'tiqad seseorang ketika berdoa dan sesudah berhasil doanya. Dia perlu membetulkan i'tiqad serta menginsafi ketika berdoa dan sesudah berdoa; samada maqbul doanya atau ditolak doanya atau ditangguhkan doanya semua itu adalah di dalam genggaman Allah Ta'ala.

d) Jika telah maqbul doanya bukan bererti doanya itu berkuasa untuk mengubah sesuatu taqdir pada dirinya samada memberi manfaat atau menolak mudarat. Sebaliknya semua itu semata-mata dengan kurnia Allah Yang Maha Pemurah yang telah pun tertulis di luh mahfuz.

e) Kita sama-sama perlu menginsafi bahawa perbicangan ini bukan bermaksud untuk melemahkan seseorang daripada berdoa. Sebaliknya seseorang itu semestinya lebih kuat lagi berdoa kerana Allah sedang memberikan kebaikan kepada dirinya untuk berdoa dan benar-benar mengharap bahawa Allah akan memaqbulkan doanya.

Semoga kita semua termasuk golongan yang selamat, Ahlus-Sunnah wal-Jamaah yang dijamin oleh Nabi sebagai golongan yang selamat.


Rujukan utama:
1. Fathur-Rabbani wa-Faidhur-Rahmaniy
2. Adab As-Suluk wa-at-Tawassul Ila Manzilal Muluk
3. Al-Hikam Ibnu Atho'illah
4. Ihya Ulumuddin
5. Tafsir Ibnu Kathir


Sumber: http://kerjayahalal.blogspot.com/2010/09/muqaddimah-masalah-taqdir-doa-usaha.html[/u]

Untuk parking:

Puak-puak Jabariah mempercayai bahawa Allahlah yang menentukan nasib seseorang dari segi qadak, qadar, rezeki, mati, syurga neraka dan segala ketentuan hidup manusia ibarat kayu yang mati. Dia umpama wayang kulit yang dimainkan oleh Tuhannya; kalau ditakdirkan dia masuk neraka maka jika berbuat baik macam manapun dia tetap akan masuk neraka.

Sementara puak Qadariah mempercayai bahawa Allah telah memberi usaha ikhtiar, perkakas, kudrat iradat, peralatan lisan dan sebagainya. Jadi manusialah yang akan menentukan nasib qadak dan qadar, syurga neraka disebabkan usaha berada di tangan manusia. Allah telah bagi kapak parang dll, jadi buatlah kerja dengan 100% tanpa gangguan Allah; seolah-olah Allah telah pencen!
 
Kedua-dua golongan ini terkeluar daripada Islam. Sedangkan ahli Sunnah wal-Jamaah duduk di celah-celah antara kedua-duanya .Kalau kita ditakdirkan lelaki lalu berdoa untuk jadi perempuan pun tidak dapat sebab Allah telah kerasi dgn takdir itu, tetapi kalau kita berdoa untuk panjang umur memang ada dalam doa. Maknanya Allah membenarkan manusia untuk panjang umur seperti ketetapan yang telah sedia ada di azaliNya.

Friday, 24 September 2010

Langit Dunia: Lapisan Atmosfera

Oleh: awanbiru (TKO)


Pada pandangan saya langit pertama hanyalah kawasan atmosfera bumi (lapisan2nya terangkum dalam langit pertama). Ini berdasarkan dari beberapa asas.

1) Dari banyak ayat al Quran yg menyatakan turunnya hujan dari langit. Di antaranya;

"Demi langit yang mengandungi hujan"  -  At-Thaariq: 11

"...dan awan yang mengandung hujan "  -  Adz-Dzariyat: 2

Ayat-ayat di atas menunjukkan awan seolah-olah berada dalam kawasan langit. Batasan langit pertama ini tidak dapat dipastikan, tetapi boleh didasarkan sedikit tafsiran ke atas ayat 11 surah At-Thaariq, pada perkataan "Raj-i" yang dimaksudkan 'kembali'. Kembali ini bukan saja merujuk kepada hujan, tetapi juga gelombang radio dan lain-lain isyarat komunikasi. Dan ini boleh difahami juga berkaitan dengan lapisan atmosfera yang melindungi bumi dari gelombang ultraviolet.

Jadi, langit pertama bermula dari troposfera (lapisan atas sedikit dari awan) hinggalah ke lapisan teratas atmosfera kita yang berfungsi melindungi bumi. Asas awan bukan termasuk dari langit pertama ialah;

"Peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung (dalam tafsiran ar-Rahman disebut-dikendalikan) di antara langit dengan bumi"  Al-Baqarah: 164

2) Hadith tentang turunnya Allah swt ke langit dunia.

Dalam hadith ini disebutkan bahawa Allah swt nuzul ke langit dunia. Kita hanya ingin merujuk kepada istilah 'langit dunia' bukan maksud hadith. Dunia seperti yang kita fahami ialah bumi yang kita duduki ini. Alasannya ialah dengan adanya penggunaan istilah seperti kehidupan dunia, kesenangan dunia dsb.

Jadi istilah langit dunia ini kelihatan logik jika langit yang dimaksudkan adalah kawasan sekitar bumi, iaitu kawasan atmosfera.

alexanderwathern menulis: Galaksi Bima Sakti pula berada dalam naungan Langit Pertama. Selain Galaksi Bima Sakti yang luas ini, dianggarkan oleh saintis ada 10,000,000,000 galaksi di bawah lingkungan Langit Pertama ini.

Jika kita mengatakan langit pertama adalah termasuk di dalamnya 10 billion galaksi, kelihatannya tidak logik sebabnya dunia yang dirujuk kepada istilah langit dunia hanyalah satu objek bersaiz zarah yang teramat halus (diameter GBS dikatakan 100,000 tahun cahaya).

Langit kedua kita tidak pasti, tetapi berdasarkan ayat;

"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan hiasan bintang-bintang"  -  As-Syafaat: 6

...dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi. Dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang"  -  Fussilat: 12

"Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) Dengan bintang-bintang"  -  Al Mulk: 5

Jadi di sini dapat diandaikan bahawa bintang-bintang yang kita dapat lihat itu semuanya berada dalam kawasan langit yang terdekat; samada 2 atau 3. Kita tidak menganggap bulan dan matahari berada dalam kumpulan langit yang seterusnya disebabkan;

...dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya"  -  Al A'raaf: 54


Dalam ayat ini matahari, bulan dan bintang adalah 3 objek yg berbeza, maka diandaikan bintang itu bukan termasuk bulan dan matahari, walau bagaimanapun andaian ini kelihatan bercanggah dengan ayat yang mengisahkan mimpi Nabi Yusuf mengenai matahari, bulan dan sebelas bintang yang termasuk bumi. Dan tidak logik dari sudut sains yang mana planet-planet dalam sistem solar yang bergerak kadang-kadang lebih dekat dengan bumi berbanding matahari.

7 lapis bumi, dulu kita rasa bukan merujuk kepada lapisan bumi, tetapi sekarang ni rasa 7 lapisan tu sememangnya merujuk kepada lapisan bumi. Alasan ini berdasarkan antaranya ayat-ayat berikut;

"Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi"  -  Al Baqarah: 11

"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan"  -  Al baqarah: 22

"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi"  -  Al Baqarah: 29

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"  -  Al Baqarah: 30) dan lain2 ayat

Semua istilah bumi merujuk kepada bumi kita, bukan bumi lain yg tidak kita kenali.

Begitu juga penggunaan istilah 'antara langit dan bumi'. Istilah ini merujuk kepada manusia di bawah langit pertama ini dan di atas muka bumi, bukan merujuk kepada mana-mana bumi yang tidak kita kenali. Kekuasaan Allah itu di langit dan dan apa yang ada di dalamnya (termasuk segala planet galaksi dll), bumi dan apa yang ada di dalamnya serta apa yang ada di antara langit dan bumi, iaitu tempat kehidupan manusia yang kita huni ini.

Selain daripada bumi, tidak ada alam lain yang mempunyai makhluk seperti manusia, alasannya ialah, Rasulullah saw itu diturunkan sebagai rahmat ke seluruh alam, bukan utk dunia kita sahaja. Namun Rasulullah saw tidak pernah kita ketahui berdakwah ke alam-alam lain selain daripada alam manusia dan jin, iaitu ke planet-planet lain atau ke galaksi lain yang ada di luar langit sana. Lantaran kita hanya tahu tentang satu saja perjalanan Rasulullah saw naik ke langit, iaitu Isra' dan Mi'raj.

alexanderwathern menulis:

Awan memang berada di langit. Bukan awan sahaja, kita semua sedang berada di langit. Bukan kita sahaja, semua makhluk berada di langit. Kita berada di bumi, sedangkan bumi itu pun berada di langit. Bumi itu sendiri pun terapung-apung di langit. Jika kita pergi ke planet Marikh dan memandang ke arah bumi, kita akan nampak jelas bahawa bumi sedang berada di langit. Ringkasnya, seluruh alam yang kita nampak ini sedang berada di langit.

Maka bukanlah satu kejanggalan jika dikatakan awan itu berada di langit ataupun hujan turun dari langit. Kapal terbang yang sedang terbang itu pun pada hakikatnya sedang berada di langit. Bahkan kupu-kupu yang terbang turut berada di langit. Lebih dalam lagi, segala tanah-tanih, manusia, haiwan, bangunan, cacing dsb sedang berada di bumi itu turut berada di langit. Semuanya terapung-apung di bawah lingkungan Langit Pertama.

Jadi, Langit Pertama berada di seluruh kita. Langit Pertama meliputi kita. Kita tidak boleh lari daripada Langit Pertama. Jantung, darah dan atom-atom diri kita sendiri pun sedang berada di Langit Pertama.

Awan memang berada di Langit Pertama. Hujan pun memang di Langit Pertama. Tapi itu bukanlah lapisan paling luar Langit Pertama.


Keajaipan di angkasa luas
Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yg menyebutkan tentang bumi dan langit dalam satu ayat. Kita ambil tafsir ni terus daripada website http://www.surah.my/, dan dibuat sedikit semakan menggunakan tafsiran pimpinan ar-Rahman dan al-Quran.

Al Quran menjelaskan:

1)  "Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan"  -  Al-Baqarah: 22

2)  "Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"  -  Al-Baqarah: 29

3)  "Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan"  -  Al Baqarah: 107

4)  "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya)"  -  Al-Baqarah: 117

Kesemua ayat ini menunjukkan dua benda yang berbeza; dalam ayat pertama, "Bumi sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya)..." menunjukkan dengan jelas perbezaan di antara langit dan bumi serta kedua-duanya adalah terpisah. Namun bumi ini dilingkungi oleh langit, di dalam lingkungan Langit Pertama, tetapi terpisah. Sebabnya di sini adalah ayat yang menyatakan awan itu terapung-apung di antara langit dan bumi.

"...dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"  -  Al-Anbia: 30

Kita semua tahu wap air yang naik membentuk awan akan berhenti pada ketinggian tertentu, begitu juga gelombang radio yg dipantulkan. Ini menepati ayat At-Thaariq:11 yang mana perkataan "Raj-i" yang dimaksudkan sebagai "kembali". Wap air yang naik dikembalikan ke bumi dalam bentuk hujan dll. Ini adalah salah satu fungsi langit. Begitu juga dengan ayat berikut;

"...dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan kami) yang ada padanya"  -  Al-Ambiya': 3

Perkataan bumbung atau atap bermaksud melindungi. Langit itu melindungi bumi, maka secara jelas memberikan gambaran peranan langit, sebagaimana peranan lapisan atmosfera yang melindungi bumi dari berbagai bahaya dari angkasa lepas.

Maka, perkataan atap itu menunjukkan peranan langit di batasan luar yang melindungi bumi, dan perkataan "Raj-i" membawa maksud peranan langit di batasan dalam mengembalikan apa yang dari bumi kembali ke bumi (hujan dll).

Secara umum kalau kita berada di Marikh memang kelihatan bumi itu berada di langit. Namun apakah Marikh itu layak disebut juga sebagai bumi? Sebenarnya dulu kita beranggapan bahawa langit dan bumi itu berada selang seli, bumi di antara langit, dan langit berada di antara bumi, selain langit ke-7. Tetapi pandangan tu berubah kerana berbagai alasan. Antaranya layakkah planet-planet selain daripada bumi dipanggil bumi?

Tanpa dalil-dalil dari al-Quran adalah jelas bahawa bumi ini dihamparkan oleh Allah swt untuk manusia. Segala apa yang dijadikan, disediakan untuk manusia. Jadi bumi ini bermaksud, manusia boleh hidup di atasnya hanya dengan bergantung kepada apa yang telah Allah swt sediakan di atasnya. Segala keperluan kita Allah swt telah sediakan. Tetapi bagaimana dengan Marikh?

Planet Marikh bukan satu tempat yang sesuai untuk kehidupan manusia. Jika manusia dapat pun hidup di atasnya dengan mendirikan koloni, manusia masih perlu mencipta keadaan yang sama seperti di atas bumi untuk membolehkannya terus hidup. Manusia perlu menghasilkan oksigen, perlukan air, perlukan makanan yang segalanya adalah sama dengan keadaan dibumi. Tanpa keperluan seperti di bumi, manusia tidak akan hidup di atas Marikh atau di atas planet manapun.

Jika dilihat dari ayat tentang langit sebagai bumbung, planet Marikh rasanya tiada bumbung yang melindunginya daripada bahaya dari angkasalepas, begitu juga bulan.

Jadi kita tidak boleh menganggap diri kita ni berada di langit, tetapi jika dilingkungi langit mungkin benar, tetapi bukan di dalam langit atau di langit (kita hidup di atas muka bumi bukan di langit). Sebab ini akan bercanggah dengan banyak ayat-ayat al-Quran. Banyak ayat al-Quran menyebutkan secara bersama - langit dan bumi - yang menunjukkan perbezaan, tetapi tidak ada disebut langit dan bintang-bintang, sebabnya bintang-bintang itu sememangnya berada di dalam langit (langit serta apa yang ada di dalamnya).

Keindahan di langit lepas

alexanderwathern menulis:

'Langit yang dekat' maksudnya masih dalam Langit Pertama. Segala bintang-bintang yang ada billion tahun cahaya jaraknya dari bumi itu sebenarnya masih berada dalam 'langit yang dekat'. Maksudnya, batasan paling luar bagi Langit Pertama ini masih jauh lagi berbanding bintang-bintang yang dekat itu.

Persoalan yg timbul ialah;

i) Di dalam al-Quran tidak ada disebutkan tentang bumi-bumi, maka bukankah logiknya ialah hanya ada satu bumi iaitu bumi kita ni.

ii) Jika langit Pertama itu meliputi 10 billion galaksi (atau lebih besar lagi), di manakah logiknya penggunaan istilah "langit dunia" jika dunia itu dimaksudkan sebagai bumi kita, sedangkan saiznya mungkin hanya sebesar 1 sel pada tubuh seorang manusia normal?

iii) Jika Langit Pertama itu adalah sebesar itu, langit yang dikatakan melindungi bumi tu sebenarnya melindungi dari apa (sedang maksud bumbung itu sepatutnya adalah perbatasan luar, dan melindungi itu sesuatu yang dari luar), masalahnya dari ancaman apa dan di perbatasan mana (jika langit adalah sebesar itu)?

Thursday, 23 September 2010

Memperaga Kecantikan Diri - Tabarruj

Oleh: biji_getah (TKO)

Tabarruj ialah menampakkan kecantikan wajah, baik pada bahagian wajah atau pada anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari Rahimatullahi Alaihi pernah berkata, “Tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan wajahnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat di samping menjaga kehormatan wanita dari suatu pencemaran maka dengan yang demikian, Allah melarang wanita yang telah berakal lagi baligh daripada make-up (tabarruj).

Sesuatu corak perhiasan pada anggota badan dan pakaian, dapat membawa kepada fitnah. Disebabkan itu Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini biasanya akan ditaati oleh wanita-wanita yang beriman kerna takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan daripada-Nya.

Pengertian perhiasan bukanlah terbatas pada alat-alat hias sahaja atau fesyen-fesyen pakaian semata-mata, malahan perhiasan paling istimewa adalah terletak pada tubuh setiap wanita. Sekiranya kecantikan wajah seperti ini dipertontonkan kepada lelaki, maka perbuatan ini juga disebut sebagai “TABARRUJ”.

Ada pula di kalangan wanita yang bertudung, di samping tudung diletakkan pula di atasnya untaian bunga dan hiasan yang menarik, manakala rambut di bahagian depan sengaja dibiarkan keluar . Ada juga fesyen rambut yang disanggul dan dihias pula seperti mahkota kemudian dilekatkan selendang supaya jelas bentuk keindahan mahkotanya.
Ini adalah di antara contoh peragaan (ayam togel) yang dilarang

... berbanding dengan yang ini;

Maka di sinilah letaknya keindahan Islam!

Idea dan usaha ini dilakukan supaya tampak tambah menarik pada setiap mata yang memandang dan konon supaya dianggap orang bahawa dia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan pelbagai fesyen pakaian menurut keadaan dan peredaran zaman.

Sebenarnya maksud dan usaha sedemikian adalah salah! Allah Subhanahu Wata’ala lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam pemikiran kita. Penampilan sebegitu bererti kita menipu diri sendiri. Akhirnya kita juga tergolong ke dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dalam firman Allah dalam ayat Al-Qur’an yang maksudnya ;

"Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”

Dari kandungan ayat itu, Allah juga melarang sebahagian golongan wanita yang mana tradisi mereka memakai gelang kaki, menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Seandainya baju yang dipakai menutupi aurat, tetapi oleh kerana lenggang badan berjalan, pakaian itu turut bergoyang hingga kadang-kadang ternampakkan bentuk badan di bahagian anggota, keadaan seperti ini boleh dimaafkan.

Firman Allah yang bermaksud;

“Hai isteri-isteri Nabi a.s kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Kerana itu janganlah kamu semua lunak dalam bicara hingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." -  al-Ahzab: 32

Dari ayat tersebut dapatlah difahami bahawa suara lemah-lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Rasulullah SAW bersabda;

“Seandainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”

Penggunaan wangi-wangian atau jenis bau-bauan bagi kaum wanita waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam apabila melarang perzinaan, maka segala sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu Salamah pernah menceritakan, katanya; Asma binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah SAW pada suatu hari dengan berpakaian tipis. Lalu Rasulullah menasihatinya dengan bersabda;

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid #baligh#, tidak harus baginya menampakkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan kepada wajah dan kedua tapak tangannya.

Alangkah bahagianya seorang wanita seandainya bersederhana apabila berada di luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumahnya sendiri. Sudah tentu dia tidak mendapat teguran, kerana tidak berlaku terlalu kemurahan untuk melayani selera orang ramai, tetapi sebaliknya suami di rumah yang senantiasa dilayani.

Jika masih ada teguran dari suami, itulah tandanya suami menyayangi isterinya. Kesimpulan daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa Allah membenarkan wanita membuka wajah dan dua tangan jika anggota-anggota tersebut tidak dimake-up. Seandainya anggota-anggota tersebut dihiasi, umpamanya wajah berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya, maka kawasan wajah seperti itu wajib dilindungi dengan penutup lain.

Begitu juga dua tapak tangan hingga pergelangan. Seandainya dihiasi pewarna kuku atau seumpamanya maka wajiblah ditutupi seperti bersarung tangan. Tujuan seruan ini adalah untuk menghindarkan diri daripada terjadinya suatu kemungkaran. Apabila seorang wanita tidak lagi bermake-up kecuali untuk pandangan suaminya maka dapat mengelakkan dirinya daripada kerlingan mata keranjang.

Penyingkapan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai suatu tipuan angin nafsu yang besar terhadap pihak lelaki. Penyingkapan tersebut dapat merangsang berahi setiap lelaki, khasnya bagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniyah. Perbuatan tersebut seolah-olah menyuakan makanan di hadapan mereka. Seandainya makanan yang enak dihidangkan di depan mata, siapakah gerangan yang tidak berselera?

Oleh itu Allah SWT tidak ketinggalan memerintahkan kaum lelaki seupaya memelihara penglihatan mereka daripada melihat hal-hal yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya.”  -  An-Nur ayat: 30

Demikian pula Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandangan mereka dengan firmanNya; “Hendaklah mereka menahan pandangannya….....”

Daripada analisa semua ini ialah jelas bahawa pandangan dapat membawa kepada perzinaan.

Rujukan : Al-Tabarruj #Make-Up Dalam Sorotan Islam) oleh Ni'mat Sidqi.
Diedit pada sebahagian ejaan asal, istilah Indonesia.
http://okgc.blogspot.com/2010/07/make-up-dalam-sorotan-islam-al-tabarruj.html

wallahu a'lam.

Wednesday, 22 September 2010

Di Manakah Syurga dan di Mana Neraka?

Bagian terakhir dari kehidupan akhirat adalah syurga dan neraka. Syurga adalah tempat yang digambarkan tersangat indah dan penuh dengan segala keperluan, yang disediakan bagi orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Sedangkan neraka adalah tempat yang digambarkan sangat mengerikan untuk orang-orang yang banyak berbuat dosa dan kejahatan.

Di manakah kedua-dua tempat itu berada? Sampai sejauh ini, kebanyakan kita tidak memperoleh kesimpulan yang cukup memadai untuk menggambarkan syurga. Padahal sebenarnya Al-Qur'an memberikan keterangan yang cukup banyak tentang kedua-duanya. Jika kita mencermatinya, Insya Allah kita bisa memperoleh gambaran yang cukup baik.


Yang pertama, syurga itu ternyata luasnya seluas langit dan bumi. Hal ini disebutkan Allah di dalam firmanNya;

“Dan bersegeralah kalian kepada ampunan Allah dan syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi, yang disediakan kepada orang-orang yang bertakwa.”  -  Ali Imran 3: 133

Berapakah luasnya langit dan bumi? Bagi menjawab pertanyaan ini, harus terlebih dahulu pertanyaan: langit yang mana, dan bumi yang mana? Apakah ada beberapa langit dan ternyata bahawa langit kita ada 7 buah, dan dengan demikian apakah ada maklumatnya di dalam Al-Qur'an? Ia ada dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya;

"Allah-lah yang menciptakan tujuh langit, dan seperti itu pula bumi.  - Ath-Talaaq 65: 12

Bagaimanakah kita mahu menjelaskan bahawa langit dan bumi itu ada tujuh? Hal ini memang tersangat abstrak, tetapi sebenarnya bisa dijelaskan dengan teori dimensi.

Akan tetapi secara ringkas dan global kita cuba uraikan. Berulangkali, Allah memang mengatakan bahwa Dia menciptakan langit alam semesta ini sebenarnya bukan hanya satu, melainkan tujuh. Langit yang pertama dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan serta benda-benda langit seperti bintang, planet, galaksi, supercluster dan sebagainya. Langit yang disebut sebagai langit dunia ini berdimensi 3.

Langit kedua dihuni oleh bangsa jin. Mereka memiliki dimensi 4. Alamnya sebenar berdampingan dengan kita, akan tetapi tidak bersentuhan kerana memang dimensinya berbeza. Perbandingannya bagaikan 'Dunia Bayangan' yang 2 dimensi dan hidup di permukaan tembok, dengan 'Dunia Manusia' yang berdimensi 3, hidup di dalam ruangan. Kedua dunia itu hidup berdampingan tetapi tidak bercampur-aduk.

Langit ketiga sampai keenam, berturut-turut adalah berdimensi 5, 6, 7 dan 8. Semua langit itu digunakan dalam masa penantian' oleh jiwa-jiwa manusia yang telah mati, selama di Alam Barzakh. Rasulullah, diceritakan pernah bertemu jiwa para Nabi ketika menjalani Mi'raj ke langit yang ketujuh.

Langit yang ke tujuh adalah langit tertinggi, yang berdimensi 9. Di langit inilah terdapat syurga dan neraka. Ketika berada di Sidratul Muntaha, di langit ketujuh Rasulullah pernah melihat syurga. Hal ini diceritakan di ayat berikut ini.

“Di Sidratul Muntaha.”
“Di dekatnya ada syurga tempat tinggal” -  An-Najm 53: 14 - 15

Langit ketujuh adalah langit yang 'terbesar' dan 'tertinggi' di antara ke tujuh langit itu. Sebab, menurut teori dimensi, langit yang lebih rendah dimensinya, termuat oleh langit yang lebih tinggi dimensinya. Bererti langit
ketujuh memuat langit keenam, memuat langit kelima, keempat ketiga, kedua dan yang pertama.

Bayangkan, ibarat sebuah kubus (dimensi 3) yang tersusun daripada lembaran-lembaran luasan (dimensi 2), dan tersusun oleh garis-garis (berdimensi 1), serta memuat titik-titik dalam jumlah tidak terhingga sebagai komponen penyusunnya.

Pendek kata, langit ketujuh memuat seluruh eksistensi yang ada di langit pertama sampai ketujuh. Maka, ketika syurga itu berada di langit ketujuh, sebenarnya syurga itu memang memiliki luas yang seluas luasnya: terbentang antara langit dan bumi. Bukan hanya langit dunia, melainkan langit akhirat, iaitu di langit yang ketujuh. Akan tetapi, semua itu bisa diperhatikan dari bumi yang kita diami ini. Kenapa demikian?

Bumi yang kita diami ini berada di dalam pertama, iaitu di langit dunia. Akan tetapi, disebabkan langit pertama menjadi komponen penyusun langit kedua, maka bumi ini juga berada di langit kedua. Jika sebuah garis tersusun dari titik-titik, dan sebuah luasan tersusun dari garis garis yang dijejer, maka titik-titik itu pun akan menjadi penyusun luasan.

Demikian pula, bumi sebagai komponen penyusun langit pertama, juga tetap eksis di langit kedua, di langit ketiga sampai langit yang ketujuh. Oleh sebab sudut pandang setiap langit adalah berbeza-beza, maka bumi yang sama dilihat dari langit pertama akan berbeza dibandingkan dengan dilihat dari langit kedua. Demikian pula akan berbeza jika dilihat dari langit ketiga sampai langit ketujuh.

Sehingga, kita bisa memahami apa yang dikatakan di ayat QS. 65 : 12 di atas, bahawa sebagaimana langit, bumi temyata juga ada 7 buah. Sebenarnya, bukan ada 7 buah bumi, melainkan bumi yang satu tersebut memiliki 7 wajah sesuai dengan sudut pandang langitnya.

Dari bumi yang satu itu juga kita sebenarnya bisa memerhatikan langit yang ketujuh. Untuk bisa merasakan syurga dan neraka, kita tidak perlu beranjak ke mana-mana. Cukup dari bumi saja!

Oleh kerana itu Allah mengatakan bahawa akhirat itu sebenarnya terjadi di bumi, seperti dikatakan Allah di QS. 7:25. Di bumi itulah kita hidup, di bumi itulah kita akan mati, dan di bumi itu pula kita dibangkitkan.

Jadi, pada kenyataannya, kita ini sudah berada di dalam akhirat (langit ketujuh) sejak hidup di dunia. Hanya disebabkan keterbatasan fizik dan indera kita saja, maka kita tidak menyedari bahawa kita telah berada di dalam alam akhirat sejak awal.

Alam akhirat bukanlah alam yang sekarang tidak ada, lantas nanti diadakan setelah terjadinya kiamat. Bukan begitu. Alam akhirat ini sekarang sudah pun sedia ada.

Bahkan, sejak alam semesta diciptakan, Allah sudah menciptakan akhirat, syurga dan neraka di langit yang ketujuh. Tetapi kita belum bisa merasakannya, kerana badan kita 'terikat' di dimensi 3. Sementara itu, akhirat berada di dimensi 9.

Buktinya, Rasulullah sudah pernah melihat syurga itu di langit ketujuh, saat Mi'raj. Dan ketika itu, sebenarnya Rasulullah tidak beranjak dari bumi. Beliau hanya mengalami perjalanan dimensional, dari dimensi 3 di langit pertama menuju dimensi 9 di langit ketujuh. Tetapi beliau masih tetap berada di bumi! Oleh sebab itu, syurga ini bisa ditampakkan atau tidak ditampakkan oleh Allah kepada kita, kerana ia memang sudah ada.

Persoalannya, ia tersembunyi dari pandangan kita disebabkan terbatasnya dimensi manusia. Jika batas-batas
dimensi itu disingkapkan oleh Allah, kita akan bisa 'melihatnya' atau bahkan merasakannya.

Nah, hal itu bakal terjadi kepada kita setelah terjadinya kiamat bumi. Alam semesta bergerak menciut kembali, sehingga hukum alamnya akan berbalik 180 derajat. Indera kita, termasuk 'mata hati', bakal bisa memerhati dan merasakan seluruh langit yang tujuh itu dari bumi. Kita lantas bisa 'melihat' syurga dan neraka, termasuk para malaikat yang hidup di langit ketujuh.

Dialah Allah yang menciptakan cinta, maka cintailah Allah di atas segalanya kerana Dia telah memberikan kita hati untuk mencinta dan cintailah apa yang Allah cinta terhadapnya.

Tuesday, 21 September 2010

Kes Khalwat & Zina, Pastu Buang Anak!

Oleh: Ideologi_Wali_2

Sebab ramai yg sedia mendedah aurat dan tidak ramai yang mahu mencegah atau menghukum mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli Neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut dengan berhias), mereka tidak akan masuk Jannah (Syurga) dan tidak akan mendapat baunya. Dan sesungguhnya baunya (Jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."   -  Hadis riwayat Imam Muslim

Firman Allah bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” -  al-Ahzab: 59

Sebab ramai yg suka bergaul bebas dan ramai yang membiarkannya.

Firman Allah : “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.”   -  an-Nur : 26

“Dari Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah saw bersabda,

"Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kacuali jika bersama dengan mahrom sang wanita tersebut."Lalu berdirilah seseorang dan berkata, "Wahai Rasulullah, isteriku keluar untuk berhaji, dan aku telah mendaftarkan diriku untuk berjihad pada perang ini dan itu," maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, "Kembalilah!, dan berhajilah bersama isterimu.’”  -  Hadis riwayat Al-Bukhari no. 5233 dan Muslim 2/975

Nabi bersabda:

"Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya."  -  Hadis riwayat at-Thabrani
Klu yang ni takpe... sebaya dengan atuk kita.

Sebab ramai yang mengaku benci zina, tetapi dalam masa yang sama suka berzina mata dalam TV.

Allah berfirman (maksud):

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya."   -  an-Nur: 30-31

“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti hawa nafsu pada perut kamu dan kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan” -  Hadis shohih riwayat Ahmad

Nabi juga bersabda kepada Saidina Ali:

"Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua."  -  hadis riwayat Abu Daud

Sabda saw:

"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." – Hadis riwayat Ibn Majah.

Monday, 20 September 2010

Hadis Nabi - parking.

Datuk Sosilawati & 3 lagi dah pergi tetapi kita macam mana ketika nak mati...adakah kita mendapat hidayah oleh Allah untuk mengucap kalimah lailahaillalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari:


Dari Abu Dzar R.A meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

"Tiada seorang hamba yang mengucapkan kalimah lailahaillallah kemudian dia mati dalam keadaan beriman kecuali dimasukkan ke dalam syurga. Aku bertanya: walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawap:walaupun dia berzina dan mencuri. Aku bertanya lagi:walaupun dia berzina dan mencuri? Baginda SAW menjawap:walaupun dia berzina dan mencuri. Aku mendesak sekali lagi:walaupun dia berzina dan mencuri?walaupun dia berzina dan mencuri."
('Ala Zakmi- Wahai Abu Zar dia pasti akan memasuki syurga).

Diambil dari kitab Muntakab Ahadith Bab Iman mukasurat 18 dan 19.

Sunday, 19 September 2010

Politik Tauhid Tasauf

Oleh: irwan_budiman


Menurut jalan sanad RSAW, amalan tareqat sufi di mana jalan politik adalah sebahagian daripadanya. Sedangkan sebelum lahirnya RSAW dmokrasi sudah pun wujud. Kajian yang dibuat oleh seorang sahabat tentang asal-usul demokrasi ni mendapati ia telah muncul 100 tahun selepas lahirnya Dajjal. di zaman abad sebelum masihi. Beliau (Dr. Syed Safwan Benyahya: Medan, Indonesia) mendapati Dajjal cuba menguasai dunia sejak di zaman Nabi Musa, Daud, Sulaiman sehingga ke Muhammad, namun gagal. Jika kita dapat simpulkan bahawa sistem demokrasi ini ada kaitan dengan Dajjal sejak ribuan tahun dahulu.

Selepas kelahiran RSAW hati fikir ummat manusia dibina dengan zikir lantaran hati fikir ummat manusia waktu itu telah rosak teruk. Maka dari situlah berkembangnya Islam tauhid tanpa syariat; beberapa tahun sebelum hijrah ke Yathrib.
Saban masa... hanya fikir zikir dan zikir - mengingat akan Dia satu-satunya.

RSAW berjaya membentuk ummat Islam tauhid tasauf berasaskan zikir yang bersanad. Sistem ini akhirnya menjalar ke setiap urat nadi kehidupan para sahabat. Seluruh hidup mereka segar dengan elemen tauhid tasauf. Makan minum dan gerak diam mereka diikat oleh tauhid tasauf. Adab tertib sentiasa dijaga walaupun ditindas dan diseksa oleh kelompok musyrikin Mekah.

Selepas mendiami Madinah, antara langkah politik RSAW ialah persaudarakan ummat; dengan memisahkan ummat dari kelompok Yahudi. Ummat Madinah dibangunkan seperti mana ummat di Mekah.

Hati fikir mereka dibersih dan dipancarkan nur iman melalui zikir yang bersanad. Kemudiannya itulah yang mencorakkan seluruh kehidupan ummat di Madinah. Politiknya adalah politik yang berteraskan zikir hati dan zikir fikir. Kesatuan ummat dijelmakan melalui solat berjemaah di mesjid. Tidak ada pecah-belah dan tidak ada unsur-unsur Islam demokrat (Islam sosial, Islam liberal atau Islam moderat dll) ketika itu. Mereka satu hati dan satu fikir.

Selepas kewafatan RSAWpara sahabat di kalangan khulafa' ar-rasyidin terus beramal dengan didikan RSAW itu. Mereka tidak sedikit pun mengambil amalan demokrasi. Kesannya, hati fikir mereka menjadikan diri mereka wali Allah - ulama' rabbani; kasyaf pandangan matahatinya. Bukan setakat khalifah semata-mata. Mereka memimpin ummat dengan panduan pancaran ilmu yang bersanadkan RSAW - Islam tauhid tasauf.
Inilah jalan yang diambil pengajaran dan diikuti oleh Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh. Kedua-dua tokoh ini mewarisi amalan sanad dari khulafa' ar-rasyidin dalam bentuk tareqat sufi.

Jadi kita tidak hairan jika Allah kurniakan kemenangan dan kemuliaan kepada ummat di zaman kedua-duanya lantaran mendukung amalan kehidupan RSAW sepenuhnya. Sedangkan manusia Islam demokrat sudah mula muncul di kalangan mereka ketika itu. Sejarah telah menyaksikan manusia yang mengambil amalan kehidupan/jalan kehidupan Islam demokrat hancur binasa.

Sejarah juga telah memaparkan keadaan selepas zaman Muhammad al-Fateh.

Ummat Islam tauhid tasauf mula dipasung oleh tentera salib didikan Dajjal. Seluruh negeri di bawah kekuasaan sistem Islam tauhid tasauf hancur lumat dan difaraidkan mengikut sesuka hati mereka. Lantas demokrasi yang muncul di abad sebelum masihi dimodenkan menjadi demokrasi order baru dan dibawa ke setiap negeri jajahan mereka. Tujuannya untuk memastikan Islam tauhid tasauf tidak akan bangkit lagi.

Percayalah musuh ISLAM hari ini tidak akan takut dengan ummat yang beramai-ramai mendirikan solat suboh berjemaah. Mereka tahu selagi ummat mendukung sistem mereka selagi itulah hati fikir ummat dapat dikawal selia dari jauh. Hati fikir ummat tidak akan menyatu selagi sistem demokrasi menjadi kerangka amalan kehidupan ummat. Ia disebabkan sistem demokrasi tidak akan menjadikan ummat sentiasa berzikir siang dan malam 24 jam satu hari satu malam...sebagaimana ummat di zaman RSAW, Salahuddin al-Ayubi dan Muhamad al-Fateh.

Masakan kesatuan hati fikir ummat di zaman kita hari ini di mana-mana mesjid gagal membina kesatuan ummat. Sedang mesjid adalah tempat berhimpunnya ummat ISLAM; dengan mengambil peduli akan segala urusan harian dunia dan akhirat.

Namun begitu mesjid hari ini sudah menjadi medan pepecahan dan nafsu-nafsi. Lantaran sistem yang dipraktik oleh ulama' dan umara' dalam keadaan serba membingungkan sekalian ummat.

Sistem demokrasi mendidik hati fikir ulama', umara' dan ummat berpakaian kebesaran; ke mana sahaja dilayan bagaikan tuan. Sedangkan Islam tauhid tasauf mendidik hati fikir ulama', umara' dan ummat dengan berpakaian faqir; ke mana sahaja minta dilayan bagaikan hamba.

Inilah suasana yang diidami oleh sekalian mukmin yang mengenal erti. Inilah suasana ummat di zaman RSAW, khulafa' ar-rasyidin, Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh. Dunia umpama syurga bagi orang kafir dan Islam yang mengambil sistem@jalan hidup orang kafir. Sedang dunia umpama penjara bagi orang mukmin yang mengambil jalan RSAW - dengan amalan Islam tauhid tasauf.

Thursday, 16 September 2010

Kaum Wahabbiyyah bukan Ahlussunnah

Sejarah Ringkas Muhammad ibn Abdil Wahhab dan Gerakan Wahhabiyyah


Oleh: Asy_syafiq (TKO)

Permulaan munculnya Muhammad ibn Abdil Wahhab ini ialah di wilayah timur sekitar tahun 1143 H. Gerakannya yang dikenal dengan nama Wahhabiyyah mulai tersebar di wilayah Nejd dan daerah-daerah sekitarnya. Muhammad ibn Abdil Wahhab meninggal pada tahun 1206 H. Dia banyak menyerukan berbagai ajaran yang dianggap sebagai berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah.

Ajaran tersebut banyak diambil atau tepatnya ia dihidupkan kembali dari faham-faham Ibn Taimiyah yang sebelumnya telah padam - di antaranya; mengharamkan tawassul dengan Rasulullah, mengharamkan perjalanan untuk ziarah ke makam Rasulullah atau makam lainnya dari para Nabi dan orang-orang soleh untuk tujuan berdoa di sana dengan harapan dikabulkan oleh Allah, mengkafirkan orang yang memanggil dengan “Ya Rasulallah…!”, atau “Ya Muhammad…!”, atau seumpama “Ya Abdul Qadir…! Tolonglah aku…!” kecuali, menurut mereka, bagi yang hidup dan yang ada di hadapan saja, mengatakan bahwa talak terhadap isteri tidak jatuh jika dibatalkan. Menurutnya talak semacam itu hanya digugurkan dengan membayar kaffarah saja, seperti orang yang bersumpah dengan nama Allah, namun ia menyalahinya.

Selain menghidupkan kembali faham-faham Ibn Timiyyah, Muhammad ibn Abdil Wahhab juga membuat fahaman baru di antaranya; mengharamkan mengenakan hirz (semacam azimat) walaupun di dalamnya hanya terkandung ayat-ayat al-Qur’an atau nama-nama Allah; mengharamkan bacaan keras dalam shalawat kepada Rasulullah setelah mengumandangkan azan. Kemudian para pengikutnya, yang kenal dengan kaum Wahhabiyyah, mengharamkan perayaan maulid nabi Muhammad. Hal ini berbeza dengan imam mereka; iaitu Ibn Taimiyah, yang telah membolehkannya.

Wahabi telah menguasai seluruh Tanah Arab - ada tolak-ansur agama & politik!

Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, mufti Mekah pada masanya di sekitar masa akhir kesultanan Utsmaniyyah, dalam kitab Târikh yang beliau tulis menyebutkan sebagai berikut:

“Pasal; fitnah kaum Wahhabiyyah. Dia -Muhammad ibn Abdil Wahhab- pada permulaannya adalah seorang penunut ilmu di wilayah Madinah. Ayahnya adalah salah seorang ahli ilmu, demikian pula saudaranya; Syekh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Ayahnya, iaitu Syekh Abdul Wahhab dan saudaranya Syekh Sulaiman serta banyak dari guru-gurunya mempunyai firasat bahwa Muhammad ibn Abdil Wahhab ini akan membawa kesesatan. Hal ini karena mereka melihat dari banyak perkataan dan prilaku serta penyelewengan-penyelewengan Muhammad ibn Abdil Wahhab itu sendiri dalam banyak permasalahan agama.

Mereka semua mengingatkan banyak orang untuk berwaspada dan menghindarinya. Di kemudian hari ternyata Allah menentukan apa yang telah menjadi firasat mereka pada diri Muhammad ibn Abdil Wahhab. Dia telah banyak membawa ajaran sesat hingga menyesatkan orang-orang yang bodoh. Ajaran-ajarannya banyak yang berseberangan dengan para ulama agama ini. Bahkan dengan ajarannya itu dia telah mengkafirkan orang-orang Islam sendiri. Dia mengatakan bahwa ziarah ke makam Rasulullah, tawassul dengannya, atau tawassul dengan para nabi lainnya atau para wali Allah dan orang-orang, serta menziarahi kubur mereka untuk tujuan mencari berkah adalah perbuatan syirik.

Menurutnya, memanggil nama Nabi ketika bertawassul adalah perbuatan syirik. Demikian pula memanggil nabi-nabi lainnya atau memanggil para wali Allah dan orang-orang soleh untuk tujuan tawassul dengan mereka adalah perbuatan syirik. Dia juga meyakini bahwa menyandarkan sesuatu kepada selain Allah, walaupun dengan cara majâzi (metapor) adalah pekerjaan syirik, seperti apabila seseorang berkata: “Ubat ini memberikan manfa’at kepadaku” atau “Wali Allah si fulan memberikan manfaat apabila bertawassul dengannya”.

Dalam menyebarkan ajarannya ini, Muhammad ibn Abdil Wahhab mengambil beberapa dalil yang sama sekali tidak menguatkannya. Dia banyak memoles ungkapan-ungkapan seruannya dengan kata-kata yang menggiurkan dan muslihat hingga banyak diikuti oleh orang-orang awam. Dalam hal ini Muhammad ibn Abdil Wahhab telah menulis beberapa risalah untuk mengelabui mata orang-orang awam sehingga banyak daripada orang-orang awam tersebut yang kemudian mengkafirkan orang-orang Islam dari para ahli tauhid (al-Futûhat al-Islâmiyyah, j. 2, h. 66).

Dalam kitab tersebut kemudian Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan menuliskan:

“Banyak sekali dari guru-guru Muhammad ibn Abdil Wahhab ketika di Madinah mengatakan bahwa dia akan menjadi orang yang sesat, dan akan banyak orang yang akan sesat karenanya. Mereka adalah orang-orang yang di hinakan oleh Allah dan dijauhkan dari rahmat-Nya. Dan kemudian apa yang dikhawatirkan oleh guru-gurunya tersebut menjadi kenyataan. Muhammad ibn Abdil Wahhab sendiri mengaku bahwa ajaran yang diserukannya itu adalah sebagai pemurnian tauhid dan untuk membebaskan diri daripada syirik.

Dalam keyakinannya bahwa sudah ada sekitar enam ratus tahun ke belakang dari masanya seluruh manusia ini telah jatuh dalam syirik dan kufur. Dia mengaku bahwa dirinya datang untuk memperbaharui agama mereka. Ayat-ayat al-Qur’an yang turun tentang orang-orang musyrik ia berlakukan bagi orang-orang Islam ahli tauhid. Seperti firman Allah: “Dan siapakah yang lebih sesat dari orang yang berdoa kepada selain Allah; ia meminta kepada yang tidak akan pernah mengabulkan baginya hingga hari kiamat, dan mereka yang dipinta itu lalai terhadap orang-orang yang memintanya” (QS. al-Ahqaf: 5), dan firman-Nya:

“Dan janganlah engkau berdoa kepada selain Allah terhadap apa yang tidak memberikan manfa’at bagimu dan yang tidak memberikan bahaya bagimu, jika bila engkau melakukan itu maka engkau termasuk orang-orang yang zhalim” (QS. Yunus: 106), juga firman-Nya:

”Dan mereka yang berdoa kepada selain Allah sama sekali tidak mengabulkan suatu apapun bagi mereka” (QS. al-Ra’ad: 1), serta berbagai ayat lainnya. Muhammad ibn Abdil Wahhab mengatakan bahawa siapa yang meminta pertolongan kepada Rasulullah atau para nabi lainnya, atau kepada para wali Allah dan orang-orang soleh, atau memanggil mereka, atau juga meminta syafa’at daripada mereka maka yang melakukan itu semua sama dengan orang-orang musyrik, dan menurutnya masuk dalam pengertian ayat-ayat di atas.

Dia juga mengatakan bahwa ziarah ke makam Rasulullah atau para nabi lainnya, atau para wali Allah dan orang-orang soleh untuk tujuan mencari berkah maka sama dengan orang-orang musyrik di atas. Dalam al-Qur’an Allah berfirman tentang perkataan orang-orang musyrik di saat mereka menyembah berhala: “Tidaklah kami menyembah mereka -berhala-berhala- kecuali untuk mendekatkan diri kepada Allah” (QS. al-Zumar: 3). Menurut Muhammad ibn Abdil Wahhab bahwa orang-orang yang melakukan tawassul sama saja dengan orang-orang musyrik para penyembah berhala yang mengatakan tidaklah kami menyembah berhala-berhala tersebut kecuali untuk mendekatkan diri kepada Allah” (al-Futûhat al-Islâmiyyah, j. 2, h. 67).

Pada halaman selanjutnya Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan menuliskan:

“Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Abdullah ibn Umar dari Rasulullah dalam menggambarkan sifat-sifat orang Khawarij bahwa mereka mengutip ayat-ayat yang turun tentang orang-orang kafir dan memberlakukannya bagi orang-orang mukmin. Dalam Hadits lain dari riwayat Abdullah ibn Umar pula bahawa Rasulullah telah bersabda: “Hal yang paling aku takutkan di antara perkara yang aku khawatirkan atas umatku adalah seseorang yang membuat-buat takwil al-Qur’an, ia meletakan -ayat-ayat al-Qur’an tersebut- bukan pada tempatnya”. Dua riwayat Hadits ini benar-benar telah terjadi pada kelompok Wahhabiyyah ini” (al-Futûhat al-Islâmiyyah, j. 2, h. 6.

Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan masih dalam buku tersebut menuliskan pula:

“Di antara yang telah menulis karya bantahan kepada Muhammad ibn Abdil Wahhab adalah salah seorang guru terkemukanya sendiri, yaitu Syekh Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi, penulis kitab Hâsyiah Syarh Ibn Hajar Alâ Matn Bâ Fadlal. Di antara tulisan dalam karyanya tersebut Syekh Sulaiman mengatakan: Wahai Ibn Abdil Wahhab, saya menasehatimu untuk menghentikan cacianmu terhadap orang-orag Islam” (al-Futûhat al-Islâmiyyah, j. 2, h. 69).

Masih dalam kitab yang sama Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan juga menuliskan:

“Mereka (kaum Wahhabiyyah) malarang membacakan shalawat atas Rasulullah setelah dikumandangkan azan di atas menara. Bahkan disebutkan ada seorang soleh yang tidak memiliki penglihatan, beliau seorang pengumandang azan. Suatu ketika setelah mengumandangkan azan ia membacakan shalawat atas Rasulullah, ini setelah adanya larangan dari kaum Wahhabiyyah. Orang soleh buta itu kemudian mereka bawa ke hadapan Muhammad ibn Abdil Wahhab, selanjutnya dia memerintahkan untuk dibunuh. Jika saya ungkapkan bagimu seluruh apa yang diperbuat oleh kaum Wahhabiyyah ini maka banyak jilid dan kertas diperlukan untuk itu, namun setidaknya sekedar inipun cukup” (al-Futûhat al-Islâmiyyah, j. 2, h. 77).

Di antara bukti kebenaran apa yang telah ditulis oleh Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan dalam pengkafiran kaum Wahhabiyyah terhadap orang yang membacakan shalawat atas Rasulullah setelah dikumandangkan azan adalah peristiwa yang terjadi di Damaskus Syria (Syam). Suatu ketika pengumandang azan masjid Jami’ al-Daqqaq membacakan shalawat atas Rasulullah setelah azan, sebagaimana kebiasaan di wilayah itu, ia berkata: “as-Shalât Wa as-Salâm ‘Alayka Ya Rasûlallâh…!”, dengan nada yang keras.

Tiba-tiba seorang Wahhabi yang sedang berada di pelataran masjid berteriak dengan keras: “Itu perbuatan haram, itu sama saja dengan orang yang mengawini ibunya sendiri…” Kemudian terjadi pertengkaran antara beberapa orang Wahhabi dengan orang-orang Ahlussunnah, hingga orang Wahhabi tersebut dipukul. Akhirnya perkara itu dibawa kepada mufti Damaskus pada waktu itu, iaitu Syekh Abu al-Yusr Abidin. Kemudian mufti Damaskus ini memanggil pimpinan kaum Wahhabiyyah, yaitu Nashiruddin al-Albani, dan membuat perjanjian dengannya untuk tidak menyebarkan ajaran Wahhabi. Syekh Abu al-Yusr mengancamnya bahwa jika ia terus mengajarkan ajaran Wahhabi maka ia akan diusir dari Syria.

Kemudian Syekh as-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan menuliskan:

“Muhammad ibn Abdil Wahhab, perintis berbagai gerakan bid’ah ini, sering menyampaikan khutbah juma’at di masjid ad-Dar’iyyah. Dalam seluruh khutbahnya dia selalu mengatakan bahawa siapapun yang bertawassul dengan Rasulullah maka dia telah menjadi kafir. Sementara itu saudaranya sendiri, iaitu Syekh Sulaiman ibn Abdil Wahhab adalah seorang ahli ilmu. Dalam berbagai kesempatan, saudaranya itu selalu mengingkari Muhammad ibn Abdil Wahhab dalam apa yang dia lakukan, ucapaan dan segala apa yang dia perintahkan.

Sedikitpun, Syekh Sulaiman ini tidak pernah mengikuti berbagai bid’ah yang diserukan olehnya. Suatu hari Syekh Sulaiman berkata kepadanya: “Wahai Muhammad Berapakah rukun Islam?” Muhammad ibn Abdil Wahhab menjawab: “Lima”. Syekh Sulaiman berkata: “Engkau telah menjadikannya enam, dengan menambahkan bahawa orang yang tidak mahu mengikutimu engkau anggap bukan seorang muslim”.

Suatu hari ada seseorang berkata kepada Muhammad ibn Abdil Wahhab: “Berapa banyak orang yang Allah merdekakan (dari neraka) di setiap malam Ramadhan? Dia menjawab: “Setiap malam Ramadhan Allah memerdekakan seratus ribu orang, dan di akhir malam Allah memerdekakan sejumlah orang yang dimerdekakan dalam sebulan penuh”. Tiba-tiba orang tersebut berkata: “Seluruh orang yang mengikutimu jumlah mereka tidak sampai sepersepuluh dari sepersepuluh jumlah yang telah engkau sebutkan, lantas siapakah orang-orang Islam yang dimerdekakan Allah tersebut? Padahal menurutmu orang-orang Islam itu hanyalah mereka yang mengikutimu”. Muhammad ibn Abdil Wahhab terdiam tidak memiliki jawaban.

Ketika perselisihan antara Muhammad ibn Abdil Wahhab dengan saudaranya; Syekh Sulaiman semakin memanas, saudaranya ini akhirnya khawatir terhadap dirinya sendiri. Karena bisa saja Muhammad ibn Abdil Wahhab sewaktu-waktu menyuruh seseorang untuk membunuhnya. Akhirnya dia berhijrah ke Madinah, kemudian menulis karya sebagai bantahan kepada Muhammad ibn Abdil Wahhab yang kemudian dia kirimkan kepadanya. Namun, Muhammad ibn Abdil Wahhab tetap tidak berganjak dalam pendirian sesatnya. Demikian pula banyak para ulama madzhab Hanbali yang telah menulis berbagai risalah bantahan terhadap Muhammad ibn Abdil Wahhab yang mereka kirimkan kepadanya. Namun tetap Muhammad ibn Abdil Wahhab tidak berubah sedikitpun.

Suatu ketika, salah seorang kepala suatu kabilah yang cukup memiliki kekuatan sehingga Muhammad ibn Abdil Wahhab tidak dapat menguasainya berkata kepadanya: ”Bagaimana sikapmu jika ada seorang yang engkau kenal sebagai orang yang jujur, amanah, dan memiliki ilmu agama berkata kepadamu bahawa di belakang suatu gunung terdapat banyak orang yang hendak menyerbu dan membunuhmu, lalu engkau kirimkan seribu pasukan berkuda untuk medaki gunung itu dan melihat orang-orang yang hendak membunuhmu tersebut, tapi ternyata mereka tidak mendapati satu orangpun di balik gunung tersebut, apakah engkau akan membenarkan perkataan yang seribu orang tersebut atau satu orang tadi yang engkau anggap jujur?”

Muhammad ibn Abdil Wahhab menjawab: ”Saya akan membenarkan yang seribu orang”. Kemudian kepada kabilah tersebut berkata: ”Sesungguhnya para ulama Islam, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal, dalam karya-karya mereka telah mendustakan ajaran yang engkau bawa. Mereka telah mengungkapkan bahawa ajaran yang engkau bawa itu adalah sesat, karena itu kami mengikuti para ulama yang banyak tersebut dalam menyesatkan kamu”. Saat itu Muhammad ibn Abdil Wahhab sama sekali tidak berkata-kata.

Terjadi pula peristiwa, suatu saat seseorang berkata kepada Muhammad ibn Abdil Wahhab: ”Ajaran agama yang engkau bawa ini apakah ia bersambung (hingga ke Rasulullah) atau terputus?” Muhammad ibn Abdil Wahhab menjawab: ”Seluruh guru-guruku, bahkan guru-guru mereka hingga enam ratus tahun lalu, semua mereka adalah orang-orang musyrik”. Orang tadi kemudian berkata: ”Jika demikian ajaran yang engkau bawa ini terputus! Lantas dari manakah engkau mendapatkannya?” Ia menjawab: ”Apa yang aku serukan ini adalah wahyu ilham seperti Nabi Khaidir”. Kemudian orang tersebut berkata: ”Jika demikian bererti tidak hanya kamu yang dapat wahyu ilham, setiap orang bisa mengaku bahwa dirinya telah mendapatkan wahyu ilham. Sesungguhnya melakukan tawassul itu adalah perkara yang telah disepakati di kalangan Ahlussunnah, bahkan dalam hal ini Ibn Taimiyah memiliki dua pendapat, ia sama sekali tidak mengatakan bahwa orang yang melakukan tawassul telah menjadi kafir” (ad-Durar as-Saniyyah Fî ar-Radd ‘Alâ al-Wahhâbiyyah, h. 42-43).

Yang dimaksud oleh Muhammad ibn Abdil Wahhab bahawa orang-orang terdahulu dalam keadaan syirik hingga enam ratus tahun ke belakang dari masanya ialah hingga ke tahun masa hidup Ibn Taimiyah, iaitu hingga sekitar abad tujuh dan delapan hijrah ke belakang. Menurut Muhammad ibn Abdil Wahhab dalam rentang masa antara hidup Ibn Taimiyah, iaitu di abad tujuh dan delapan hijrah dengan masa hidupnya sendiri iaitu pada abad dua belas hijriah, semua orang di dalam masa tersebut adalah orang-orang musyrik. Dia memandang dirinya sendiri sebagai orang yang datang untuk memperbaharui tauhid.

Dan dia menganggap bahawa hanya Ibn Taimiyah yang selaras dengan jalan dakwahnya. Menurutnya, Ibn Taimiyah di masanya adalah satu-satunya orang yang menyeru kepada Islam dan tauhid di mana saat itu Islam dan tauhid tersebut telah punah-ranah. Dia beranggapan hingga datang abad dua belas hijriah, hanya dirinya seorang sahaja yang melanjutkan dakwah Ibn Taimiyah. Dakwaan Muhammad ibn Abdil Wahhab ini sungguh dan tersangat aneh. Bagaimana dia dengan cukup berani mengkafirkan majoriti umat Islam Ahlussunnah yang jumlahnya ratusan juta, sementara dia beranggapan hanya pengikutnya sendiri sahaja yang benar-benar dalam Islam?

Padahal jumalah mereka di masanya hanya sekitar seratus ribu orang. Kemudian di Najd sendiri, yang merupakan pusat gerakannya di saat itu, majoriti penduduk wilayah tersebut di masa hidup Muhammad ibn Abdil Wahhab tidak mengikuti ajaran dan fahahamannya. Hanya sahaja memang pada saat itu banyak orang di wilayah tersebut yang takut terhadapnya, oleh kerana prilakunya yang kejam dan tanpa segan-silu membunuh orang-orang yang tidak mahu mengikuti ajakannya.

Prilaku jahat Muhammad ibn Abdil Wahhab ini sebagaimana diungkapkan oleh al-Amir ash-Shan’ani, penulis kitab Subul as-Salâm Syarh Bulûgh al-Marâm. Pada awalnya, ash-Shan’ani memuji-muji dakwah Muhammad ibn Abdil Wahhab, namun setelah dia mengetahui hakikat siapa Muhammad ibn Abdil Wahhab, dia kemudian berbalik mengingkarinya. Sebelum mengetahui siapa hakikat Muhammad ibn Abdil Wahhab, ash-Shan’ani memujinya dengan menuliskan beberapa sya’ir, yang pada awal bait sya’ir-sya’ir tersebut dia mengatakan:

سَلاَمٌ عَلَى نَجْدٍ وَمَنْ حَلّ فِي نَجْدِ وَإنْ كَانَ تَسْلِيْمِيْ عَلَى البُعْدِ لاَ يجْدِي

“Salam tercurah atas kota Najd dan atas orang-orang yang berada di dalamnya, walaupun salamku dari kejauhan tidak mencukupi”.

Bait-bait sya’ir tulisan ash-Shan’ani ini disebutkan dalam kumpulan sya’ir-sya’ir (Dîwân) karya ash-Shan’ani sendiri, dan telah diterbitkan. Secara keseluruhan, bait-bait syair tersebut juga dikutip oleh as-Syaukani dalam karyanya berjudul al-Badr at-Thâli’, juga dikutip oleh Shiddiq Hasan Khan dalam karyanya berjudul at-Tâj al-Mukallal, yang oleh karena itu Muhammad ibn Abdil Wahhab mendapat tempat di hati orang-orang yang tidak mengetahui hakikatnya.

Padahal al-Amir ash-Shan’ani setelah mengetahui bahwa prilaku Muhammad ibn Abdil Wahhab selalu membunuh orang-orang yang tidak sefaham dengannya, merampas harta-benda orang lain, mengkafirkan majoriti umat Islam. Maka dia kemudian berasa ralat dengan segala pujian terhadapnya yang telah ditulis dalam bait-bait syairnya yang terdahulu, yang lalu kemudian dia kembali mengingkarinya. Ash-Shan’ani kemudian membuat bait-bait sya’ir baru untuk mengingkari apa yang telah ditulisnya terdahulu, di antaranya sebagai berikut:

رَجَعْتُ عَن القَول الّذيْ قُلتُ فِي النّجدِي فقَدْ صحَّ لِي عنهُ خلاَفُ الّذِي عندِي

ظنَنْتُ بهِ خَيْرًا فَقُـلْتُ عَـسَى عَـسَى نَجِدْ نَاصِحًا يَهْدي العبَادَ وَيستهْدِي

لقَد خَـابَ فيْه الظنُّ لاَ خَاب نصـحُنا ومَـا كلّ ظَـنٍّ للحَقَائِق لِي يهدِي

وقَـدْ جـاءَنا من أرضِـه الشيخ مِرْبَدُ فحَقّق مِنْ أحـوَاله كلّ مَا يبـدِي

وقَـد جَـاءَ مِـن تأليــفِهِ برَسَـائل يُكَـفّر أهْلَ الأرْض فيْهَا عَلَى عَمدِ

ولـفق فِـي تَكْـفِيرِهمْ كل حُــجّةٍ تَرَاهـا كبَيتِ العنْكَبوتِ لدَى النّقدِ

“Aku ralat dengan ucapanku yang telah aku ucapkan tentang seorang yang berasal dari Najd, sekarang aku telah mengetahui kebenaran yang berbeda dengan sebelumnya”.

“Dahulu aku berbaik sangka baginya, dahulu aku berkata: Semoga kita mendapati dirinya sebagi seorang pemberi nasehat dan pemeberi petunjuk bagi orang banyak”


“Ternyata prasangka baik kita tentangnya adalah kehampaan belaka. Namun demikian bukan berarti nasihat kita juga merupakan kesia-siaan, kerana sesungguhnya setiap prasangka itu didasarkan kepada ketaidaktahuan akan hakikat sebenar”.

“Telah datang kepada kami “syeikh” ini dari tanah asalnya. Dan telah menjadi jelas bagi kami dengan sejelas-jelasnya tentang segala hakikat keadaannya dalam apa yang dia tampakkan”.


“Telah datang dalam beberapa tulisan risalah yang telah dia tuliskan, dengan sengaja di dalamnya dia mengkafirkan seluruh orang Islam penduduk bumi -selain pengikutnya sendiri!”.


“Seluruh dalil yang mereka jadikan landasan dalam mengkafirkan seluruh orang Islam penduduk bumi tersebut jika dibantah maka landasan mereka tersebut laksana sarang labah-labah yang tidak memiliki kekuatan”.

Selain bait-bait sya’ir di atas terdapat lanjutannya yang cukup panjang, dan ash-Shan’ani sendiri telah menuliskan penjelasan (syarh) bagi bait-bait syair tersebut. Itu semua ditulis oleh ash-Shan’ani hanya untuk membuka hekikat Muhammad ibn Abdil Wahhab sekaligus membantah pelbagai sikap ekstrim dan ajaran-ajarannya. Kitab karya al-Amir ash-Shan’ani ini beliau namakan dengan judul “Irsyâd Dzawî al-Albâb Ilâ Haqîqat Aqwâl Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhâb”.

Saudara kandung Muhammad ibn Abdil Wahhab yang telah kita sebutkan di atas, iaitu Syekh Sulaiman ibn Abdil Wahhab juga telah menuliskan karya bantahan terhadapnya. Beliau namakan karyanya tersebut dengan judul ash-Shawâ-iq al-Ilâhiyyah Fî al-Radd ‘Alâ al-Wahhâbiyyah, dan buku ini telah dicetak. Kemudian terdapat karya lainnya dari Syekh Suliman, yang juga merupakan bantahan kepada Muhammad ibn Abdil Wahhab dan para pengikutnya, berjudul “Fashl al-Khithâb Fî ar-Radd ‘Alâ Muhammad Ibn ‘Abd al-Wahhâb”.

Kemudian pula salah seorang mufti madzhab Hanbali di Mekah pada masanya, iaitu Syekh Muhammad ibn Abdullah an-Najdi al-Hanbali, wafat tahun 1295 hijrah, telah menulis sebuah karya berjudul “as-Suhub al-Wâbilah ‘Alâ Dlarâ-ih al-Hanâbilah”. Kitab ini berisi penyebutan biografi ringkas setiap tokoh terkemuka di kalangan madzhab Hanbali. Tidak sedikitpun nama Muhammad ibn Abdil Wahhab disebutkan dalam kitab tersebut sebagai orang yang berada di jajaran tokoh-tokoh madzhab Hanbali. Sebaliknya, nama Muhammad ibn Abdil Wahhab ditulis dengan sangat buruk, namanya disinggung dalam penyebutan nama ayahnya; iaitu Syekh Abdul Wahhab ibn Sulaiman. Dalam penulisan biografi ayahnya ini Syekh Muhammad ibn Abdullah an-Najdi mengatakan sebagai berikut:

“Dia (Abdul Wahhab ibn Sulaiman) adalah ayah kandung dari Muhammad yang ajaran sesatnya telah menyebar ke berbagai belahan bumi. Antara ayah dan anak ini memiliki perbedaan faham yang sangat jauh, dan Muhammad ini baru menampakan secara terang-terangan terhadap segala faham dan ajaran-ajarannya setelah kematian ayahnya. Aku telah diberitahukan langsung oleh beberapa orang dari sebagian ulama dari beberapa orag yang hidup semasa dengan Syekh Abdul Wahhab, bahwa ia sangat murka kepada anaknya; Muhammad. Kerana Muhammad ini tidak mau mempelajari ilmu fiqih (dan ilmu-ilmu agama lainnya) seperti orang-orang pendahulunya. Ayahnya ini juga mempunyai firasat bahawa pada diri Muhammad akan terjadi kesesatan yang sangat besar. Kepada banyak orang Syekh Abdul Wahhab selalu mengingatkan: "Kalian akan melihat dari Muhammad ini suatu kejahatan...”.

Dan ternyata memang Allah telah mentaqdirkan apa yang telah menjadi firasat Syekh Abdul Wahhab ini.

Demikian pula dengan saudara kandungnya, yaitu Syeikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab, ia sangat mengingkari sepak terajang Muhammad. Dia banyak membantah saudaranya itu dengan berbagai dalil dari ayat-ayat al-Qur’an dan Hadits kerana Muhammad tidak mahu menerima apapun kecuali hanya al-Qur’an dan Hadits saja. Muhammad sama sekali tidak menghiraukan apapun yang dinyatakan oleh para ulama, baik ulama terdahulu atau yang semasa dengannya. Yang dia terima hanya perkataan Ibn Taimiyah dan muridnya; Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. Apapun yang dinyatakan oleh dua orang ini, ia pandang laksana teks yang tidak dapat diganggu gugat. Kepada banyak orang dia selalu mempropagandakan pendapat-pendapat Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim, sekalipun terkadang dengan pemahaman yang sama sekali tidak pun dimaksud oleh keduanya. Syekh Sulaiman menamakan karya bantahan kepadanya dengan judul Fashl al-Khithâb Fî ar-Radd ‘Alâ Muhammad Ibn ’Abd al-Wahhâb.

Syeikh Sulaiman telah diselamatkan oleh Allah dari segala kejahatan dan marabahaya yang ditimbulkan oleh Muhammad, yang padahal hal tersebut sangat menghkhuatirkan siapa pun. Muhammad ini, apabila dia ditentang oleh seseorang dan dia tidak kuasa untuk membunuh orang tersebut dengan tangannya sendiri maka ia akan mengirimkan orangnya untuk membunuh orang itu di tempat tidurnya. Atau dia membunuhnya dengan cara membokongnya di tempat-tempat keramaian di malam hari, seperti di pasar. Ini kerana Muhammad memandang bahawa siapapun yang menentangnya maka orang tersebut telah menjadi kafir dan halal darahnya.

Disebutkan bahwa di suatu wilayah terdapat seorang gila yang memiliki kebiasaan membunuh sesiapa pun yang ada di hadapannya. Kemudian Muhammad memerintahkan orang-orangnya untuk memasukkan orang gila tersebut dengan pedang di tangannya ke masjid di saat Syeikh Sulaiman sedang bersendiri di sana. Ketika orang gila itu dimasukan, Syeikh Sulaiman hanya melihat kepadanya, dan tiba-tiba orang gila tersebut sangat ketakutan. Kemudian orang gila tersebut langsung melemparkankan pedangnya, sambil berkata: ”Wahai Sulaiman janganlah engkau takut, sesungguhnya engkau adalah termasuk orang-orang yang aman”. Orang gila itu mengulang-ulang kata-katanya tersebut. Tidak diragukan lagi bahwa hal ini jelas merupakan karamah (as-Suhub al-Wâbilah Ala Dlara-ih al-Hanbilah, h. 275).

Dalam tulisan Syeikh Muhammad ibn Abdullah an-Najdi di atas bahwa Syeikh Abdul Wahhab sangat murka sekali kepada anaknya; Muhammad, kerana tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, ini berertinya bahawa dia sama sekali bukan seorang ahli fiqih dan bukan seorang ahli Hadits. Adapun yang membuat dia sangat terkenal tidak lain adalah kerana ajarannya yang sangat ekstrim dan nyeleneh. Sementara para pengikutnya yang sangat mencintainya, hingga mereka menggelarinya dengan Syeikh al-Islâm atau Mujaddid, adalah klaim laksana panggang yang sangat jauh dari api. Para pengikutnya yang lalai dan terlena tersebut hendaklah mengetahui dan menyedari bahawa tidak ada seorang pun dari sejarawan terkemuka di abad dua belas hijrah yang mengungkap biografi Muhammad ibn Abdil Wahhab dengan menyebutkan bahawa dia adalah seorang ahli fiqih atau seorang ahli Hadits!

Syeikh Ibn Abidin al-Hanafi dalam karyanya; Hâsyiyah Radd al-Muhtâr ‘Alâ ad-Durr al-Mukhtâr menuliskan sebagai berikut:

“Penjelasan; Perihal para pengikut Muhammad ibn Abdil Wahhab sebagai kaum Khawarij di zaman kita ini. Pernyataan pengarang kitab (yang saya jelaskan ini) tentang kaum Khawarij: “Wa Yukaffirûn Ash-hâba Nabiyyina…”, bahawa mereka adalah kaum yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah, ertinya kaum Khawarij tersebut bukan hanya mengkafirkan para sahabat saja, tetapi kaum Khawarij adalah siapa pun mereka yang keluar dari pasukan Ali ibn Abi Thalib dan memberontak kepadanya. Kemudian dalam keyakinan kaum Khawajij tersebut bahawa yang memerangi Ali ibn Abi Thalib, iaitu Mu’awiyah dan pengikutnya, adalah juga orang-orang kafir.

Kelompok Khawarij ini seperti yang terjadi di zaman kita sekarang, iaitu para pengikut Muhammad ibn Abdil Wahhab yang telah memerangi dan menguasai al-Haramain; Mekkah dan Madinah. Mereka memakai kedok madzhab Hanbali. Mereka meyakini bahwa hanya diri mereka yang beragama Islam, sementara sesiapa pun yang menyalahi mereka adalah orang-orang musyrik. Lalu untuk menegakkan keyakinan itu mereka menghalalkan membunuh orang-orang Ahlussunnah. Oleh yang demikian maka banyak di antara ulama Ahlussunnah yang telah mereka bunuh. Hingga kemudian Allah menghancurkan kekuatan mereka dan membumihanguskan tempat tinggal mereka hingga mereka dikuasai oleh balatentara orang-orang Islam, uaitu pada tahun seribu dua ratus tiga puluh tiga hijrah (th 1233 H)” (Radd al-Muhtâr ‘Alâ ad-Durr al-Mukhtâr, j. 4, h. 262; Kitab tentang kaum pemberontak.).

Salah seorang ahli tafsir terkemuka; Syeykh Ahmad ash-Shawi al-Maliki dalam takliknya terhadap Tafsîr al-Jalâlain menuliskan sebagai berikut:

“Menurut satu pendapat bahawa ayat ini turun tentang kaum Khawarij, kerana mereka adalah kaum yang banyak merpsakkan takwil ayat-ayat al-Qur’an dan Hadits Rasulullah. Mereka menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta mereka. Dan kelompok semacam itu pada masa sekarang ini telah ada. Mereka itu adalah kelompok yang berada di negeri Hijaz; bernama kelompok Wahhabiyyah. Mereka mengira bahawa diri mereka adalah orang-orang yang benar dan terkemuka, padahal mereka adalah para pendusta. Mereka telah dikuasai oleh syaitan sehingga lalai daripada mengenal Allah. Mereka adalah golongan syaitan, dan sesungguhnya golongan syaitan adalah orang-orang yang merugi. Kita berdo’a kepada Allah, semoga Allah menghancurkan mereka” (Mir-ât an-Najdiyyah, h. 86).



LARANGAN JELAS OLEH WAHABBI
Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal mazhab (Talfiq).

Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias.

Melarang keras umat Islam berdoa dengan tawassul (perantaraan).

Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerjakan haji pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi masjid, bukan menziarahi maqam.

Menghancurkan tugu-tugu peringatan/monumen kerana ini semua menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil pun telah lama diruntuhkan.

Melarang membaca-baca qasidah yang memuji-muji Nabi seperti qasidah, berzanji, burdah, kenduri-kendara,tahlil dan sebagainya.

Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Melarang belajar tentang 'sifat dua puluh', 'Kifayatul Awam", "Sanusi', "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah wal-Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.

Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w

Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu fuqara, masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.

Azan tidak boleh berlagu.

Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai adalah dilarang sama sekali.

Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat sedangkan ia adalah sebahagian daripada surah berkenaan.

Amal-amal tariqat, umpamanya tariqat Naqsyabandi, tariqat Qadiri, tariqat Sazali, tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.

Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah juga dilarang dengan keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi.



Peringatan:
Satu simposium yang diadakan di Universiti al-Azhar Mesir, pada hari Sabtu, 19/6/2010, dengan tema:
الوهابية خطر على الإسلام‬  iaitu 'Kaum Wahabi sebagai Bahaya Besar Terhadap Islam'.

Ketetapan yang dicapai oleh Masyayikh al-Azhar Cairo, Mesir mengatakan bahawa: "Gerakan Wahabi adalah bahaya paling besar terhadap orang-orang Islam, mereka tidak lebih buruk dari kaum zionis kerana memiliki sifat dan pendekatan yang sama; ekstrim, keras, dan selalu mengkafirkan sesiapa jua yang tidak sependapat dengan mereka".

Nota: 
Ini penting sebagai menyatakan tentang apa sebenarnya Wahabi? Jika ayah dan saudaranya sendiri tidak bersetuju dengan cara dan sikapnya, apa erti ajaran tersebut? Ustaz muda yang kembali dari Arab Saudi menjadi penyebar ajaran ini di negara kita. Silapnya kerana ibu-bapa menyangka segala yang Islam di Arab Saudi itu adalah benar! Berhati-hatilah.