Rempuhan air tanpa halangan
1. Tarikh yang berlaku ialah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah atau 6/4/1432.
2. Jadi dengan tahun 1432 itu dipecahkan 14 32.
a) Juz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke-4 dari surah Al-Hijir menyatakan;
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
b) Rahsia seterusnya yang menunjukkan malapetaka ini bakal berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan wilayah Seedai pada kedudukan geografi bagi (Jepun: Latitiud 36, Longtitud 138), jadi dalam 1432 itu, 14 sudah diketahui juz al-Quran. Maka yang dipecahkan 14 32, jadi dipecahkan lagi 3 2, jadi rahsia nombor itu sekarang adalah 3. Kemudian diambil pula lokasi latititud dan longitud. 3+6+1+3+8 = 21. Jadi 2+1 = 3 seterusnya terbukti (proved *) apa yang dimaksudkan dengan no 3 itu adalah negara Jepun.
Wilayah Seedai berada pada kedudukan geografi Latitiud 38'15 dan Longtitud 140'53 maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30, jadi 3+0 = 3 seterusnya terbukti (*proved) wilayah yang Allah swt maksudkan dengan angka 3 adalah wilayah Seedai di Jepun.
c) Rahsia seterusnya dengan tarikh 6 msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun. Jadi 1+4+4+6 =15. Jadi 1+5 = 6 seterusnya terbukti (*proved) 6 membawa maksud masa yang bakal berlaku.
d) Dan yang seterusnya 1432 apabila dipecahkan 14 32, kini diambil pula angka 14 dan dipecahkan 1 4 , maka angka satu boleh dikelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya dalam Islam, Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu (1) memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun, al-Quran tetap relevan bagi sepanjang zaman.
7. Adalah dipercayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia al-Quran akan segala yang diungkapkan di dalamnya.
by: Marzida D'legend
No comments:
Post a Comment