AL-FATEHAH
Pak Sako: di antara pejuang Melayu yang disisihkan - pernah jadi ADO,
tapi kebendaan bukanlah impian perjuangannya (sudah lebih 15thn pemergiannya)
** Di atas robohan kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka
Untuk menebus hak-hak pusaka
Negara, bangsa, budaya pustaka....
Buat renungan...
Ketahuilah bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijaksana, kerana keadilan dan kebijaksanaan Allah yang mencipta dan mengaturkan alam ini, maka yakinlah bahawa setiap penganiayaan, pembunuhan, fitnah dan segala kejahatan yang pernah dilakukan terhadap orang lain dalam kehidupan di dunia sekarang ini akan diperiksa dan diadili, pasti akan dipertanggungjawabkan oleh setiap pelakunya, pasti akan dibalasi dengan balasan yang setimpal. Dan untuk pembalasan yang setimpal itulah maka Allah Yang Maha Adil dan Maha Bijaksana itu akan menghidupkan setiap manausia untuk diperhitungkan segala yang pernah dilakukannya semasa hidup di dunia ini... maka oleh itu insaflah!
Alangkah ruginya manusia, apabila dalam kehidupan yang kecil di dunia ini hidup dengan senang, bahagia dan bergembira-ria, tetapi dalam kehidupan akhirat yang kekal dan abadi, hidup jadi susah dan sengsara, terbakar hangus dalam neraka buat selama-lamanya.
'Dan tidaklah kehidupan di dunia ini hanya sebagai permainan belaka, sedangkan kehidupan di akhirat itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang taqwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkan?'
'Dan Kami akan mencubai kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan buah-buahan, dan gembiralah orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila mendapat kesusahan mereka berkata, 'Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya kami kembali.'
'Dan orang-orang yang apabila melakukan kejahatan atau aniaya terhadap diri mereka maka mereka ingat akan Allah, lalu mereka minta ampun bagi dosa-dosa mereka dan bukanlah tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Allah? Dan mereka tidak terus-menerus melakukan dosa itu.'
Kenapa mesti takut mati? Kerana...
1. Kurang atau tidak adanya pengetahuan seseorang itu tentang mati, keadaan mati dan keadaan sesudah mati adalah gelap bagi kita, sehingga mati itu bererti menempuh suatu tempat yang tak dikenal lagi gelap-gelita. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahuinya.
2. Adalah kerana dosa dan kesalahan yang sudah bertimbun-timbun dilakukan kerana berasa enak dan gembira melakukan dosa dan kesalahan itu sehingga berasa takut untuk berpisah dengan dosa dan kesalahan itu, takut tidak dapat merasa enak melakukan dosa dan kesalahan lagi, takut dia diazab dan disiksa daripada dosa dan kesalahan masa lampaunya.
Ya Allah... izinkanlah kami buat menikmati rahmat dalam meniti hidup yang sekelumit ini; mendapat keredhaan-Mu apabila mati menemui-Mu nanti. Amiin.
No comments:
Post a Comment