Contohnya, ahli tasauf menilai hukum dengan zauq (perasaan halus), mereka mengetahui akan sesuatu itu dengan mata hati bukan dengan mata zahir. Mereka menjadikan sifat taqwa dan taat akan Allah itu sebagai satu syarat mutlak untuk mendapatkan ilmu Rabbani. Sedangkan kaum fuqaha berkeras atas landasan ilmu-ilmu mereka yang zahir. Mereka jelas tidak mahu menerima takwil. Mereka hanya berpegang dengan nas-nas secara harfiah - sama seperti kebiasaaan di kalangan ulama-ulama sepanjang zaman.
Ahli sufi adalah seorang yang faqih dan memahami ilmu fiqh dan ilmu kalam
Contohnya, syeikh-ul Islam Abu Zakaria Al-Ansari, seorang ulama faqih yang besar dalam bidang ini berkata; "Apabila orang faqih itu tidak mempunyai ilmu mengenai hal-ehwal kaum sufi dan istilah-istilah mereka maka dialah seorang faqih yang kering."
Dengan huraiannya sebagai sorang syeikh-ul yang amat faqih itu jelas menunjukkan bahawa hubungan di antara ahli-ahli tasauf dan fiqh teramat erat sekali. Malah hingga ada yang mengatakan; "Sesiapa yang melakukan tasauf sebelum dia mengerti syariat Islam dengan benar, maka dia menjadi zindiq; dan sesiapa pula yang mempelajari syariat Islam tanpa melakukan tasauf maka dia bakal menjadi fasiq."
Hikmat ini merupakan timbangan yang teramat halus. Orang sufi, apabila tidak mempunyai pengertian (tidak faham apa-apa) yang cukup kuat dan mendalam dalam bidang fiqh, dia tidak akan sampai ke mertabat memperoleh kasyaf hati dan tidak akan beroleh hidayah - dengan mengetahui mana yang benar dan mana yang batil dan palsu?
Ia akan membawa kepada kepada suatu lapangan sombong besar. Demikian halnya dengan seseorang yang faqih, sedang ilmunya tidak digilap oleh ilmu yang benar dan imannya yang benar tidak dilembutkan oleh taqwa yang sungguh-sungguh, kemudian dilatih dan dihalusi oleh sifat-sifat wara'; dan percayalah dia akan dirundung dengan pelbagai bentuk dan corak hawa-nafsu.
Dan roh keikhlasannya pun beterbangan.
No comments:
Post a Comment