musrights Rekrut
Joined: Sep 12, 2008 Posts: 61 | Posted: Wed Apr 24, 2013 6:48 pm Post subject: | |
| Sebagai satu ibarat;
Di dalam laut ada segolongan makhluk ALLAH yg bernama molekul air.. mereka berbicara berkenaan ‘LAUT’.. ada yg telah tahu & tak kurang ramai yg tidak tahu.. namun ramai juga yg ingin ambil tahu..
Bertanya dikalangan mereka; “Adakah kita boleh melihat LAUT?”.. “Bagaimana rupa Laut itu” .. “Di mana duduknya LAUT?” |
|
Osama mati, tapi rohnya tidak!
| | |
| | Menjawab dikalangan mereka yg tahu;
“Adakah Laut itu di atas?” . mereka menjawab; “Ya” “Adakah Laut itu di bawah?”. Mereka menjawab; “Ya” “Adakah Laut itu di hadapan?”. Mereka menjawab; “Ya” “Adakah Laut itu di belakang?". Mereka menjawab; “Ya” “Adakah Laut itu di kiri?”. Mereka menjawab; “Ya” “Adakah Laut itu di kanan?”. Mereka menjawab; “Ya” “Adakah Laut ada di mana2?”. Mereka menjawab; “Ya” “Jika begitu, Laut itu berbilang2?”. Mereka menjawab; “Tidak.. Laut itu hanya satu & meliputi semua termasuk kita” “Adakah kita boleh melihat Laut?”. Mereka menjawab; “Ya” “Bagaimana rupa Laut? Di mana duduknya Laut itu?”. Mereka menjawab; “Ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Laut” “Berapa dekat kami dgn Laut?”. Mereka menjawab; “lebih dekat dari urat ikatan 2hydrogen kamu dengan oksigen kamu (H₂O)”
Begitulah kesedaran molekul2 air Laut berkenaan dgn Laut.. ada yg dapat mengenal Laut dgn ilmu yakin (haQQul yaQin & ‘ainul yaQin) dan tidak kurang juga yg tidak dapat langsung menyedari akan Laut itu..
Kisah atas tadi hanya sebagai ibarat.. ibarat itu memberikan kefahaman yg hampir.. Namun ALLAH tidak menyerupai dgn sesuatu jua pun.
Utk merasai kesedaran ke-wujud-an ALLAH, elok rasanya kita kembali undurkan sejarah diri kebelakang..
*sebelum kita telah berusia ini.. kita, adalah kanak2.. kita adalah bayi.. sejak itu dunia kita adalah dunia yg sedang kita lihat ini.. Alam Dunia *sebelum kita lahir ke dunia.. kita adalah janin.. dunia kita adalah adalah di Rahim ibu kita.. Alam Rahim *sebelum kita di dunia Rahim.. kita adalah seekor sperma drp jutaan sperma yg bersama kita.. dunia kita adalah di antara tulang sulbi Ayah kita..
Kisah di atas tadi, sebenarnya kita bercerita tentang jasad kita yg hidup.. semasa kita menjadi sperma, bentuk tubuh kita seperti itulah; “sperma”.. ada kepala berekor pula.. semasa kita hidup di alam Rahim Ibu.. tubuh sperma membesar berubah sedikit demi sedikit menjadi janin & mula berupa baby.. dan semasa kita dilahirkan ke dunia, bentuk jasad membesar dan berubah dari masa ke semasa.. hinggalah jasad menjadi tua dan mati..
Bercerita tentang jasad, tidaklah lengkap jasad itu hidup sekiranya tidak bercerita tentang Roh..
Benar.. tiadalah pengetahuan tentang Roh itu melainkan sedikit.. Ramai yg pertikai berkenaan cerita Roh, seolah2 cerita berkenaan Roh itu tiada langsung.. ada segolongan pula tidak membenarkan bercerita tentang Roh..
Benar.. pengetahuan tentang Roh amat sedikit.. namun yg “melainkan sedikit” itulah sebenarnya cukup memadai utk kita mengenali ALLAH Tuhan sekalian alam.. dengan bimbingan-Nya jua..
Diri kita yg sebagai Sperma dikandung Ayah itu dilengkapi Roh.. sebab itu Sperma bisa hidup. Diri kita yg sebagai Janin dikandung Ibu itu dilengkapi dgn Roh.. sebab itu Janin bisa hidup. Diri kita yg sebagai diri kita yg lahir ke dunia ini dilengkapi dgn Roh.. sebab itu kita masih hidup.
Roh membesar sptmana Jasad, Roh meliputi setiap zarah Jasad.. tetapi Jasad akan menjadi tua, sedangkan Roh tidak akan menjadi tua..
Apakala Roh kita meninggalkan dunia.. jasad kita sudah pastilah akan mati.. maka ke mana pula Roh kita akan pergi? Sudah tentulah akan kembali ke Rahmatullah..
Ini bermakna; “Jasad kita ini sememangnya benda mati, hanya apabila Roh kita meliputi jasad, maka hiduplah jasad kita.. dan Roh kita adalah sesuatu yg tidak mati”
Jadi persoalan yg amat besar di sini; “Siapakah diri kita yg sebenarnya?”.. “Adakah Jasad?”.. “Adakah Roh yg berjasad halus?”
Sudah barang tentu jawapannya adalah hakikat diri kita ini “Roh yg berjasad halus”
Apabila kita telah yakin bahawa diri kita “Roh yg berjasad halus” dan kita melihat diri kita ini adalah “Roh yg berjasad halus”.. bermakna kita juga meyakini bahawa kita ini hidup kekal abadi..
Di sinilah permulaan perjalanan kerohanian kita. Kita menuju jalan kembali menjadi diri kita yg sebenar dgn keyakinan yg amat kukuh..
Namun, bagi sesiapa yg tidak meyakini bahawa diri mereka itu adalah “Roh yg berjasad halus” yg hidupnya kekal abadi.. tidaklah dapat mengharungi perjalanan kerohanian.
Kata ALLAH; “Roh itu rahsia-Ku” Kata ALLAH; “tiada pengetahuan tentang Roh, melainkan sedikit”
Dgn keyakinan dan kesedaran bahawa diri kita ini adalah “Roh yg berjasad halus” dan kita ini adalah rahsia bagi ALLAH (Roh itu rahsia-Ku).. mudah2n dgn mengabdi kepada ALLAH dengan SOLAT.. dgn amalan2 mulia lebih2 lagi bimbingan mereka yg mursyid, perjalan kerohanian akan bertambah baik
Se-akan2; “ Roh itu diibarat spt molekul air (H₂O) dlm kisah Laut.. sayugia diingatkan Laut itu ada sempadan diri, iaitu sempadan dirinya adalah pantai.. tetapi ALLAH itu tiada sempadan diri.. ke-Esaan-Nya meliputi segala sesuatu.. |
|
Komen: Ada pula yang bengong pi andaikan laut tu sbg Tuhan; kendian beria-ia dia menafikan kebenaran akan tamsilan tersebut - konon Nabi saw tak pernah ajarkan cara begitu. Daripada bantahannya sejak lama... orang seperti ini termasuk di kalangan manusia jahat. | |
|
| |
No comments:
Post a Comment