"Sama ada diucapkan atau terpendam di dasar hati, semuanya laku di sisi Allah. Aqidah boleh rosak dengan berkata. Aqidah juga boleh rosak apabila hati berkata-kata. Rosak aqidah bermakna terkeluar dari Islam. Orang yang terkeluar dari Islam bermakna tempatnya di neraka. Kekal abadi. Mungkin jenazah dimandi, dikafan dan ditanam di kubur Islam. Tetapi itu bukan halangan untuk Allah mencampakkannya ke neraka.
Apabila anda berkata, “biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat”. Apa ertinya di sudut aqidah? Tanyalah Fathul Bari . Tanyalah Mashitah Ibrahim apabila anda berkata, “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad”. Tanyalah ulama dalam UMNO dan para mufti apa erti Islam apabila anda berkata, “ Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram?” Apa maksud anda? Anda protes kepada siapa?
“Biarlah Nabi tak mengaku umat, asalkan Najib mengaku rakyat.” Kata-kata ini didengar oleh Ustaz Abdul Rahman daripada mulut orang kampung. Siapa yang mengucapkannya? “Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad” adalah dipetik dari facebook kepunyaan seorang gadis Melayu. Manakala, “Ini haram. Itu haram. Mana yang tak haram” adalah pengalaman penulis LanH ketika mengedarkan risalah tentang aurat kepada penyokong-penyokong UMNO pada hari penamaan calon.
Demikianlah kata-kata yang menjadi manifestasi aqidah. Itu tiga contoh ucapan ngeri yang diyakini datang daripada penyokong fahaman kebangsaan. Aqidah rosak bukan hanya melalui kata-kata lisan dan tulisan. Anda simpan dan pendam dalam lubuk hati pun, Allah tetap ambilkira. Dan banyak mana umat Islam di Malaysia yang rosak aqidah kerana ucapan dan i’tikad seperti itu?
Apakah UMNO mahu mempertahankannya? Apakah UMNO mahu kemukakan pelbagai alasan. Silakan, tapi bukan kepada kami. Pertahankan dan berilah alasan kepada Allah kerana aqidah adalah simpulan hati antara anda dengan Allah. Masanya akan tiba jua untuk anda berhadapan dengan Allah? Iaitu hari yang jika anda benar anda akan selamat dan jika anda terpesong, anda tiada jalan pulang.
Marilah bersama dengan perjuangan Islam untuk menyelamatkan akidah kita dan umat keseluruhan.
No comments:
Post a Comment