بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Persoalan yang sering jadi sasaran; adakah toriqat ahli sufi itu daripada Nabi صلى الله عليه وسلم , yakni wahyu Allah Ta'ala kepada Baginda?
Adakah ia amalan ulama-ulama ahlus-sunnah?
Apakah kaitan ahli sufi dengan ahlus-sunnah wal jamaah?
Siapakah ahli sufi yang sebenar?
Bagaimana cara membezakan ulama sufi sebenar dengan sufi palsu?
Apakah peranan ahli sufi ?
Apakah kitab-kitab rujukan tariqat, tasawwuf dan ahli Sufi?
Semua persoalan ini saya telah menjawab di dalam beberapa posting yang lalu.
Sama ada sebagai individu atau sebagai satu 'toiffah', saya sudah jelaskan berpuluh-puluh kali bahkan mungkin beratus kali, tetapi ada beberapa orang teman yang termasuk di kalangan orang-orang yang tersangat engkar akan hal-ehwal ahli sufi.
Untuk kesekian kalinya saya menulis, sebahagian besar hal ehwal sufi sudah saya bicarakan di dalam TKO ini. Sebagai ulangan sila rujuk di bawah.
'Toriqat Ahli Sufi Jalan Terbaik' (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26684)
Toriqat Sufi yang bersumberkan Nabi saw (http://sejuta-muslim.blogspot.com/2011/01/toriqat-sufiyyah-adalah-amalan.html)
Soal Jawab toriqat dan tasawwuf (http://sejuta-muslim.blogspot.com/search/label/A2%20-%20SOAL%20JAWAB%20TASAWWUF)
Ulama pewaris Nabi sebenar ( http://sejuta-muslim.blogspot.com/2011/01/siapakah-ulama-pewaris-nabi-shaikh.html)
Kewajipan amalkan tasawwuf (http://sejuta-muslim.blogspot.com/2010/10/kewajipan-amalkan-tasawwuf-dan-bahaya.html)
Golongan tersesat dari jalan keruhanian (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=29552&postdays=0&postorder=asc&start=0)
Mengenal wali Allah (http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=37935&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=)
Ini di antara topik-topik yang membicarakan toriqat dan tasawwuf. Berdasarkan sejarah TKO, tuan abuadil adalah di antara orang2 yang mengengkari jalan suci ini. Walau pun diberikan ta'rif, hujjah ulama termasuk nama-nama rujukan kitab, dia tidak pernah berpuas hati. Sebaliknya dia terus menerus sibuk menanyakan dalil dan bukti!
Saya tidak pasti sejauh manakah keikhlasan tuan abuadil dalam bertanyakan berbagai soalan secara berulangkali?
Apa yang terlihat adalah: dia dan teman-temannya adalah manusia yang hampir muflis. Jika dia tidak berubah seperti halnya Imam Ghazali atau seperti halnya Imam Izzuddin Abdus Salam, Atau Ibn Atho' Illah atau Ibn Tamiyyah sayogia diingatkan bahawa dia di dalam bahaya. Apa yang dibimbangkan ialah dia akan terus menerus memusuhi shaiikh sufi yang akhirnya membawa kerosakan kepada iman dan Islam dalam dirinya!
Semoga Allah berikan petunjukNya.
No comments:
Post a Comment