Friday, 8 March 2013

Apa yang Allah swt Sembunyikan?

Enam perkara yang Allah swt sembunyikan



Ka'abah yang dilihat dari angkasa

Allah swt selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang; sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud,

'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail a.s berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah swt untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah swt maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang; setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih serta lemah dan akhirnya ia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebatang pohon dan dia sujud kepada Allah swt lalu ia berkata dalam sujudnya;

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'

Oleh itu marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah swt telah menyembunyikan enam perkara iaitu;

* Allah swt telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat;
* Allah swt telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat;
* Allah swt telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung dalam Al-Quran;
* Allah swt telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan;
* Allah swt telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu);
* Allah swt telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat dalam semua hari.

No comments:

Post a Comment