Nurul Izzah; YB Lembah Pantai
Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita; di antaranya...
* Siapakah yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus-putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?
* Siapakah yang bersubahat dengan penjajah British dalam menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1955?
* Siapakah yang dengan sengaja membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?
* Siapakah yang melemahkan kuasa dan martabat raja-raja pada 1983 dan dengan pindaan perlembagaan pada 1993?
* Siapakah yang memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu sudah tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?
* Siapakah yang menghasut agar semua harta raja-raja disiasat dan dirampas pada 1993?
* Siapakah yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?
* Siapakah yang menghancurkan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan digantikan dengan UMNO (Baru) pada tahun 1988?
* Siapakah yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti Melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?
* Siapakah yang bertindak memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk mengundi dalam pilihanraya negara?
* Siapakah yang melemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada sejumlah RM52 billion saham DEB semenjak 1970?
* Siapakah yang menyerahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura dan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei?
* Siapakah yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merobah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?
* Siapakah yang telah menenggelamkan Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang diwujudkan kesan Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?
* Siapakah yang memberikan lesen judi yang jelas bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain-lain lagi?
* Siapakah yang melemahkan penguasaan matematik dan sains anak-anak Melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun masa telah berlalu sekarang mahu mengubah balik kepada bahasa Melayu?
* Siapakah yang membebankan anak-anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebihi RM25 billion?
* Siapakah yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh negara?
* Siapakah yang menggalakkan harga barang naik berganda-ganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga secara berterusan?
* Siapakah yang membebankan rakyat dengan kadar bil elektrik yang tinggi berbanding dengan negara jiran yang bukan pun pengeluar minyak?
* Siapakah yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia di mana golongan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?
* Siapakah yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan automotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?
* Siapakah yang membebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan sudah mampu menampung pembinaannya tanpa dikenakan tol?
* Siapakah yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?
* Siapakah yang membenarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?
* Siapakah yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang kerugian besar?
* Siapakah yang membenarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang mewakili perajurit yang majoriti Melayu, tetapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?
* Siapakah yang untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?
* Siapakah yang untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water Konsortium diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?
* Siapakah yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?
* Siapa yang membeli alat-alat pertahanan negara seperti kapal selam Scorpene (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat kali ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen yang tinggi dan untung atas angin?
* Siapakah kekalkan 70% Melayu agar terus miskin dengan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah dari kalangan orang Melayu?
* Siapakah yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan orang Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?
* Siapakah yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?
* Siapakah yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros bagi tujuan membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?
* Siapakah yang menerima, tetapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku ada menerima pinjaman dari Bank Dunia?
* Siapakah yang membenarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?
* Siapakah yang hidup mewah sehingga mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen jenama mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji cuma bertaraf menteri?
* Siapakah yang selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?
* Siapakah yang gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan diri yang sempit?
Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, batu api dan pengkhianat agenda Melayu. Dan bangkitlah merobah kelemahan yang telah sekian lama berlarutan ini dengan kekuatan sebenar.
(Kali pertama disiar dalam Sinar Harian 27hb Disember 2011)
sumber: http://www.nurulizzah.com/site/2011/12/28/siapa-lemahkan-melayu/
Jawapannya... adalah UMNO! Dulu, kini & selamanya.
No comments:
Post a Comment