Tuesday, 13 December 2011

Gelagat Wahhabi -

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Wahai anak saudaraku TOK_BATIN sangatlah aku kasihan pada saudaraku sorang ni. Kalau diikutkan cakap anak saudaraku ini, bahawa sekelian ulama dulu yang hebat-hebat belaka semuanya tidak betul belaka. Habis tu siapakah yang betul?

'Akulah yang bernama TOK_BATIN... yang sentiasa saja betul'.

Apa nak buat dengan manusia yang tidak tau sedar diri dan nasib dek untung... berlagak seperti orang alim, kononnya mahu ambil dalil dari al-Qur'an dan hadis semata-mata.

Setahu saya masalahnya usahkan nak hafal al-Qur'an, bacanya pun merangkak-rangkak; usahkan nak hafal hadis-hadis Nabi saw yang berjumlah kira-kira 500,000 tu, sepuluh hadis pun belum tentu lagi.

Usahkan pandai dalam 15 lughah bahasa Arab, satu lughah pun mungkin tak tau; usahkan nak hafal sirah Nabawiyyah, membacanya pun belum tentu. Mana satu yang dinamakan surah mutasyabihah, malah yang mana pula surah muhkamat... habis kelam-kabut dibuatnya. Di mana ilmu nahwu, saraf, mantiq, bayan mungkin jauh sekali.

Soal taqwa... masyaAllah, hanya Tuhan sajalah yang tau!

Apabila saya minta kalian terbitkan sendiri rukun solat dari al-Qur'an, kamu lari lintang-pukang. Kononnya, orang-orang alim kami yang lain berselindung di balik jubah ulama. Sedangkan kalian memang muka tidak tau malu. Apabila mahu solat, mau puasa, mau membaca al-Qur'an, malah ketika mau jima' dengan isteri kamu pun kesemuanya perlu dirujuk kepada kitab ulama juga.

Apakah istilah yang sesuai untuk orang yang bersikap seperti ini?

Bawa mari ke sini mana satu hukum tajwid yang TOK_BATIN terbitkan sendiri dari al-Qur'an dan hadis; bawa ke mari yang mana satu senarai rukun haji yang TOK_BATIN ambil dari al-Qur'an? Sebaliknya, apasal mesti dirujuk kepada kitab haji yang dikarang oleh para ulama?

Setakat ini belum ada seorang pun anggota Wahhabi yang menyahut seruan saya di atas sama ada geng Wahhabi dari Perlis ataupun dari mana-mana golongan Wahhabi yang lain. Mereka hanya berpusing-pusing  seperti orang mamai tidak keruan saja layaknya.

Janganlah sekelian mencari nahas dengan memusuhi ahli sufi - di mana kamu sekelian hanya menempah 'maut' dengan perbuatan sedemikian.

Wallahu a'lam... dari sdra rafie1357.

Seterusnya...

Wahai saudara-saudaraku baik dari umno mahupun ahli PAS; dari kalangan saudara-saudaraku ahli tariqat... bersabarlah kamu sekelian di atas fitnah-fitnah jahat ini.

Dapatkah kita bayangkan kalau sekiranya mereka ini yang berjalan konon-kononnya atas nama Islam; yang membawa konon-kononnya mesej Islam - yang mendukung cita-cita menegakkan agama Islam di mana mereka ini ada banyak dalam PAS. Mereka ini dari kalangan puak-puak Wahhabiyun yang pada suatu hari nanti bakal menjatuhkan hukuman pancung ke atas guru-guru tariqat; mereka yang bergerak dan menjalankan hukum Islam untuk mengerat kepala pendukung-pendukung kerohanian.

Puak-puak ini yang kononnya cuma mengikut al-Quran dan sunnah, tetapi diri mereka sendiri sebenarnya tidak pun kenal siapa Allah, siapakah Rasulullah disebabkan mereka tidak menjalani amalan kerohanian seperti mana yang dilalui oleh para salafussoleh. Mereka ini hanya berhukumkan al-kitab, tetapi jiwa mereka kosong.

Sebenarnya, inilah kaum Yahudi di dalam Islam yang menggantikan Yahudi sebenarnya. Ia dapat dimengertikan bahawa Yahudi tidak akan mampu menentang golongan tariqat dan pendukung-pendukung kerohanian disebabkan mereka itu tersangat dekat dengan Allah swt. Malah mereka akan sentiasa diberi pertolongan oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Jadi, tiada helah lain yang dapat dilakukan maka puak-puak Yahudi selain daripada terpaksa mengyahudikan mereka ini, dari kalangan Wahhabiyun untuk bergerak dalam parti-parti Islam. Ia dibuat dengan harapan pada suatu hari nanti hukum Islam yang terlaksana akan membunuh umat Islam sendiri dari kalangan mereka yang berjalan dan bergiat di bidang kerohanian.

Sebenarnya, manusia yang berjalan dengan kerohanianlah merupakan golongan yang paling ditakuti oleh puak Yahudi sebenar. Maka mereka bertindak merekrutkan Yahudi ciptaan dalam Islam seperti kaum Wahhabi untuk menghancurkan sekelian kaum sufi. Maka bersedialah wahai sekelian 'kekasih' Allah untuk menghadapi mereka ini dengan jalan sabar dan mengharapkan pertolongan dari Allah swt.

Memang benar dalam PAS pun ada bermacam-macam rupa golongan yang sudah masuk meresap sambil membuat kacau-bilau termasuk di dalamnya yang tidak terkecuali ialah golongan Wahhabi. Ia ditambah pula dengan geng-geng yang berfahaman sosialis. Nampaknya akan semakin jauhlah jemaah Islam daripada mencapai cita-cita Islam yang murni.

Namun biar apa pun Yahudi dan konco-konconya tidak akan mampu menghalang toiffah warisan Nabi saw yang sentiasa hidup hingga akhir zaman sebab... ia berada dalam jaminan Nabi صلى الله عليه وسلم.

No comments:

Post a Comment