Friday, 30 December 2011

Skandal Penggelapan Wang Rakyat

Siaran awal oleh seorang forumer di TKO Online.

Aku tak pernah berfikir dua kali untuk memangkah di kertas undi mereka yang berperang dan ditohmahkan ini (termasuk Dr Hasan Ali yang dipecat itu - pengarang) berbanding dengan mereka yang bersatu dalam melakukan samun berikut:-

1. PKFZ RM12 bilion
2. Submarine Scorpene RM500million
3. Sime Darby RM964million
4. Paya Indah Wetland RM88million
5. Pos Malaysia (transmile) kerugian RM230million
6. Eurocopter deal RM1bil waste
7. Terengganu Stadium Collapsed RM292million

8. MRR2 repair cost RM70million


9. Maybank Overpay for BII RM4billion
10. Tourism -NYY kickback RM10million


11. 3 paintings bought by MAS RM 1.5million
12. Overpayment by Sport Ministry RM 8.4million
13. London 's white elephant sports complex RM70million


14. MRR2 Repairs RM70million
15. MATRADE repairs RM120million
16. Cost of new plane used by PM RM200million
17. InventQ irrecoverable debt RM228million


18. Compensation for killing crooked bridge RM257million
20. Lost in selling Augusta RM510million


21. Worth of AP given out in a year RM1.8billion


22. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM4.1billion
23. PSC Naval dockyard RM6.75billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1billion (RM3.2billion in 2008 ringgit)
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some              US$500million (RM1.6billion)


26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800million (RM2.56billion).
28. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market


29. Banking scandal of RM700million losses in Bank Islam
30. The sale of M.V. Agusta by Proton for €1 making a loss of €75.99million (RM348million)


31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4billion from 2004 – 2007
32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500million. Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1million per annum
33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum
34. The government has spent a total of RM3.2billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that setup just to transact the notebook deal. There was no math & science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.


35. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimekar Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910million


36. RM300million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1billion "Crooked Scenic Half-Bridge"


37. RM1.3billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge
38. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks


39. National Astronaut Programme RM40million


40. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM500million
41. Eye on Malaysia – RM30million and another RM5.7million of free ticket


42. RM2.4million on indelible ink for GE 2008


43. Samy Velu announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5billion to 20 highway companies. RM380million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.


44. RM32million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55million used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office.
46. Putra (LRT) transport system bailout which cost RM4.486billion.

47. STAR-LRT bail-out costing RM3.256billion.

48. National Sewerage System bailout costing RM192.54million

49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142million

50. Kuching Prison bailout costing RM135million.

51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3million
52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5million.
53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits. In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.

56. RM5,700 for a car jack worth RM50

57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000

59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480

60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500

61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
62. Expenses for 1Malaysia campaign paid to APCO (Jews)

63. RM17billion subsidy to IPP for every year

64. USD24 million diamond ring for Ro$mah --- cancellation of order -- how much compensation?

65. Cattle/Cow gate by family of Sharizat RM250million


Tak dapat nak dibayangkan berapa banyak wang dan jahatnya si penjarah negara dan... terbaru penggunaan wang zakat untuk bayaran guaman peribadi oleh menteri agama umno/bn - pengarang.

Wednesday, 28 December 2011

Petualang Bangsa Melayu


Nurul Izzah; YB Lembah Pantai


Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipaparkan di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau beserta pengajaran yang disemat di hati kita semualah yang menjadi penentu kepada kejayaan di masa depan kelak.

Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita; di antaranya...

*  Siapakah yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus-putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?

*  Siapakah yang bersubahat dengan penjajah British dalam menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1955?

*  Siapakah yang dengan sengaja membenarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?

*  Siapakah yang melemahkan kuasa dan martabat raja-raja pada 1983 dan dengan pindaan perlembagaan pada 1993?

*  Siapakah yang memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu sudah tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?

*  Siapakah yang menghasut agar semua harta raja-raja disiasat dan dirampas pada 1993?

*  Siapakah yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?

*  Siapakah yang menghancurkan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan digantikan dengan UMNO (Baru) pada tahun 1988?

*  Siapakah yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti Melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?

*  Siapakah yang bertindak memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk mengundi dalam pilihanraya negara?

*  Siapakah yang melemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada sejumlah RM52 billion saham DEB semenjak 1970?

*  Siapakah yang menyerahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM di Tanjung Pagar kepada Singapura dan telaga minyak Blok L dan M kepada Brunei?

*  Siapakah yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merobah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?

*  Siapakah yang telah menenggelamkan Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang diwujudkan kesan Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?

*  Siapakah yang memberikan lesen judi yang jelas bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain-lain lagi?

*  Siapakah yang melemahkan penguasaan matematik dan sains anak-anak Melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun masa telah berlalu sekarang mahu mengubah balik kepada bahasa Melayu?

*  Siapakah yang membebankan anak-anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebihi RM25 billion?

*  Siapakah yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh negara?

*  Siapakah yang menggalakkan harga barang naik berganda-ganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga secara berterusan?

*  Siapakah yang membebankan rakyat dengan kadar bil elektrik yang tinggi berbanding dengan negara jiran yang bukan pun pengeluar minyak?

*  Siapakah yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’ 0.492 yang kedua tertinggi di Asia di mana golongan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?

*  Siapakah yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan automotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?

*  Siapakah yang membebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan sudah mampu menampung pembinaannya tanpa dikenakan tol?

*  Siapakah yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?

*  Siapakah yang membenarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?

*  Siapakah yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang kerugian besar?

*  Siapakah yang membenarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang mewakili perajurit yang majoriti Melayu, tetapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?

*  Siapakah yang untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?

*  Siapakah yang untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water Konsortium diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?

*  Siapakah yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?

*  Siapa yang membeli alat-alat pertahanan negara seperti kapal selam Scorpene (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat kali ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen yang tinggi dan untung atas angin?

*  Siapakah kekalkan 70% Melayu agar terus miskin dengan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah dari kalangan orang Melayu?

*  Siapakah yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan orang Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?

*  Siapakah yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?

*  Siapakah yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros bagi tujuan membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?

*  Siapakah yang menerima, tetapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku ada menerima pinjaman dari Bank Dunia?

*  Siapakah yang membenarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?

*  Siapakah yang hidup mewah sehingga mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen jenama mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji cuma bertaraf menteri?

*  Siapakah yang selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?

*  Siapakah yang gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan diri yang sempit?

Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, batu api dan pengkhianat agenda Melayu. Dan bangkitlah merobah kelemahan yang telah sekian lama berlarutan ini dengan kekuatan sebenar.

(Kali pertama disiar dalam Sinar Harian 27hb Disember 2011)
sumber: http://www.nurulizzah.com/site/2011/12/28/siapa-lemahkan-melayu/


Jawapannya... adalah UMNO! Dulu, kini & selamanya.

Tuesday, 13 December 2011

Gelagat Wahhabi -

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Wahai anak saudaraku TOK_BATIN sangatlah aku kasihan pada saudaraku sorang ni. Kalau diikutkan cakap anak saudaraku ini, bahawa sekelian ulama dulu yang hebat-hebat belaka semuanya tidak betul belaka. Habis tu siapakah yang betul?

'Akulah yang bernama TOK_BATIN... yang sentiasa saja betul'.

Apa nak buat dengan manusia yang tidak tau sedar diri dan nasib dek untung... berlagak seperti orang alim, kononnya mahu ambil dalil dari al-Qur'an dan hadis semata-mata.

Setahu saya masalahnya usahkan nak hafal al-Qur'an, bacanya pun merangkak-rangkak; usahkan nak hafal hadis-hadis Nabi saw yang berjumlah kira-kira 500,000 tu, sepuluh hadis pun belum tentu lagi.

Usahkan pandai dalam 15 lughah bahasa Arab, satu lughah pun mungkin tak tau; usahkan nak hafal sirah Nabawiyyah, membacanya pun belum tentu. Mana satu yang dinamakan surah mutasyabihah, malah yang mana pula surah muhkamat... habis kelam-kabut dibuatnya. Di mana ilmu nahwu, saraf, mantiq, bayan mungkin jauh sekali.

Soal taqwa... masyaAllah, hanya Tuhan sajalah yang tau!

Apabila saya minta kalian terbitkan sendiri rukun solat dari al-Qur'an, kamu lari lintang-pukang. Kononnya, orang-orang alim kami yang lain berselindung di balik jubah ulama. Sedangkan kalian memang muka tidak tau malu. Apabila mahu solat, mau puasa, mau membaca al-Qur'an, malah ketika mau jima' dengan isteri kamu pun kesemuanya perlu dirujuk kepada kitab ulama juga.

Apakah istilah yang sesuai untuk orang yang bersikap seperti ini?

Bawa mari ke sini mana satu hukum tajwid yang TOK_BATIN terbitkan sendiri dari al-Qur'an dan hadis; bawa ke mari yang mana satu senarai rukun haji yang TOK_BATIN ambil dari al-Qur'an? Sebaliknya, apasal mesti dirujuk kepada kitab haji yang dikarang oleh para ulama?

Setakat ini belum ada seorang pun anggota Wahhabi yang menyahut seruan saya di atas sama ada geng Wahhabi dari Perlis ataupun dari mana-mana golongan Wahhabi yang lain. Mereka hanya berpusing-pusing  seperti orang mamai tidak keruan saja layaknya.

Janganlah sekelian mencari nahas dengan memusuhi ahli sufi - di mana kamu sekelian hanya menempah 'maut' dengan perbuatan sedemikian.

Wallahu a'lam... dari sdra rafie1357.

Seterusnya...

Wahai saudara-saudaraku baik dari umno mahupun ahli PAS; dari kalangan saudara-saudaraku ahli tariqat... bersabarlah kamu sekelian di atas fitnah-fitnah jahat ini.

Dapatkah kita bayangkan kalau sekiranya mereka ini yang berjalan konon-kononnya atas nama Islam; yang membawa konon-kononnya mesej Islam - yang mendukung cita-cita menegakkan agama Islam di mana mereka ini ada banyak dalam PAS. Mereka ini dari kalangan puak-puak Wahhabiyun yang pada suatu hari nanti bakal menjatuhkan hukuman pancung ke atas guru-guru tariqat; mereka yang bergerak dan menjalankan hukum Islam untuk mengerat kepala pendukung-pendukung kerohanian.

Puak-puak ini yang kononnya cuma mengikut al-Quran dan sunnah, tetapi diri mereka sendiri sebenarnya tidak pun kenal siapa Allah, siapakah Rasulullah disebabkan mereka tidak menjalani amalan kerohanian seperti mana yang dilalui oleh para salafussoleh. Mereka ini hanya berhukumkan al-kitab, tetapi jiwa mereka kosong.

Sebenarnya, inilah kaum Yahudi di dalam Islam yang menggantikan Yahudi sebenarnya. Ia dapat dimengertikan bahawa Yahudi tidak akan mampu menentang golongan tariqat dan pendukung-pendukung kerohanian disebabkan mereka itu tersangat dekat dengan Allah swt. Malah mereka akan sentiasa diberi pertolongan oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Jadi, tiada helah lain yang dapat dilakukan maka puak-puak Yahudi selain daripada terpaksa mengyahudikan mereka ini, dari kalangan Wahhabiyun untuk bergerak dalam parti-parti Islam. Ia dibuat dengan harapan pada suatu hari nanti hukum Islam yang terlaksana akan membunuh umat Islam sendiri dari kalangan mereka yang berjalan dan bergiat di bidang kerohanian.

Sebenarnya, manusia yang berjalan dengan kerohanianlah merupakan golongan yang paling ditakuti oleh puak Yahudi sebenar. Maka mereka bertindak merekrutkan Yahudi ciptaan dalam Islam seperti kaum Wahhabi untuk menghancurkan sekelian kaum sufi. Maka bersedialah wahai sekelian 'kekasih' Allah untuk menghadapi mereka ini dengan jalan sabar dan mengharapkan pertolongan dari Allah swt.

Memang benar dalam PAS pun ada bermacam-macam rupa golongan yang sudah masuk meresap sambil membuat kacau-bilau termasuk di dalamnya yang tidak terkecuali ialah golongan Wahhabi. Ia ditambah pula dengan geng-geng yang berfahaman sosialis. Nampaknya akan semakin jauhlah jemaah Islam daripada mencapai cita-cita Islam yang murni.

Namun biar apa pun Yahudi dan konco-konconya tidak akan mampu menghalang toiffah warisan Nabi saw yang sentiasa hidup hingga akhir zaman sebab... ia berada dalam jaminan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Monday, 12 December 2011

Sejarah awal fahaman Wahabi

Tokoh maki-hamun Wahhabi dari 'darat' Terengganu:
1 drp 4 si buta (agama) dengan gajah! - (bukan watak sebenar - pengarang)

Tentang sejarah berdirinya Wahabi maka kami berusaha menulis dengan asal-usul dan sejarah perkembangannya semaksimum mungkin berdasarkan pelbagai sumber dan rujukan kitab-kitab yang dapat dipertanggung-jawabkan, di antaranya Fitnatul Wahabiyah karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, I'tirofatul Jasus AI-Injizy pengakuan Mr. Hempher, Daulah Utsmaniyah dan Khulashatul Kalam karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, dan lain-lain.

Nama aliran Wahhabi ini diambil dari nama pencetus ideanya, Muhammad bin Abdul Wahhab (lahir di Najed tahun 1111H / 1699M). Asal mulanya dia seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan di antara tempat yang pernah disinggahinya adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian pada tahun 1125H / 1713M, dia terpengaruh oleh seorang orientalis Inggeris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai mata-mata Inggeris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggeris untuk menyebarkan ajaran barunya. Pihak Inggeris memang telah berhasil mendirikan sektor-sektor bahkan agama baru di kalangan umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha'isme. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahhab ini juga termasuk dalam target program kerja kaum penjajah dengan aliran bernama Wahhabi.

Pada mulanya Muhammad bin Abdul Wahhab hidup dalam lingkungan sunni pengikut mazhab Hanbali, di mana ayahnya Syeikh Abdul Wahhab adalah seorang sunni yang baik, begitu juga dengan guru-gurunya. Namun sejak mula ayah dan para gurunya telah mempunyai firasat yang kurang baik tentang dirinya - bahawa dia akan sesat dan bakal menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka mengingatkan ramai orang agar berhati-hati dengannya. Ternyata ia tidak makan masa yang lama apabila firasat itu didapati benar.

Setelah hal itu terbukti ayahnya menentang dan memberi peringatan khusus kepadanya. Bahkan saudara kandungnya, Sulaiman bin Abdul Wahhab, seorang ulama' besar dari mazhab Hanbali, telah menulis buku bantahan kepadanya dengan judul 'As-Sawa'iqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahhabiyah'. Tidak ketinggalan pula salah seorang gurunya di Madinah, Syeikh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafi'i telah menulis surat berisi nasihat:

"Wahai Ibn Abdil Wahhab, aku menasihatimu kerana Allah, tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kamu dengar seseorang yang meyakini bahawa orang yang ditawassuli bisa memberi manfaat tanpa kehendak Allah, maka ajarilah dia dengan kebenaran dan terangkan dalilnya bahawa selain Allah tidak bisa memberi manfaat maupun madarat. Kalau dia menentang bolehlah dia kamu anggap kafir, tapi tidak mungkin kamu mengkafirkan As-Sawadul A'dham (kelompok majoriti) di antara kaum muslimin kerana kamu menjauh dari kelompok terbesar.... Orang yang menjauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin".

Sebagaimana yang diketahui bahawa mazhab Ahlus Sunah sampai ke hari ini adalah kelompok terbesar dalam Islam. Allah berfirman: "Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelimang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali (QS: An-Nisa 115)

Siapakah agaknya dia ini? Ketika masih menjadi pedagang...

Salah satu daripada ajaran yang diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur, maulid nabi, dan lain-lain. Berbagai dalil tepat yang diberikan oleh ahlus Sunnah wal Jama'ah berkaitan dengan tawassul, ziarah kubur serta maulid, tetapi ditolak tanpa alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, justru berbalik dia mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk guru-gurunya sendiri!

Pada satu kesempatan seseorang bertanya pada Muhammad bin Abdul Wahhab, "Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?" Dengan segera dia menjawab, "Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di akhir malam Ramadan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadan".

Lelaki itu bertanya lagi, "Kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu persen pun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahawa hanya pengikutmu saja yang muslim. Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahhab pun terdiam seribu bahasa. Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahhab tetap tidak menghiraukan nasihat ayahnya dan para gurunya itu.

Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang cetek pengetahuan agamanya banyak yang terpengaruh. Termasuk di antara pengikutnya adalah penguasa Dar'iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178H / 1765M), iaitu pendiri dinasti Saudi, yang kemudiannya menjadi mertuanya sendiri. Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkan untuk memperluas wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh pada perintah Muhammad bin Abdul Wahhab. Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang maka dia segera melaksanakannya dengan keyakinan bahawa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama lebih 600 tahun, dan lebih teruk lagi apabila membunuh orang musyrik dijamin surga.

Sejak semula Muhammad bin Abdul Wahhab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dll. Agaknya mungkin dia punya keinginan untuk mengaku nabi juga! Ini dapat dilihat ketika ia menyebut kepada para pengikut dari daerahnya dengan julukan Al-Ansar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah dipanggil Al-Muhajirin. Kalau seseorang yang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan dua syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahawa sebelum masuk Wahhabi diri mereka itu adalah musyrik, begitu pula kedua orang tuanya. Mereka juga diharuskan mengakui bahawa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir. Kalau mahu mengakui hal tersebut maka mereka diterima menjadi pengikutnya; kalau tidak mereka itu terus sahaja dibunuh.

Watak yang biasa di  facebook & TKO Online;
gemar merendah-rendahkan orang yang tidak sealiran.
Maki-hamun pun tidak terkecuali. Asal dari ceruk banat Terengganu;
1 drp 4 orang buta dengan gajah dalam agama!

Muhammad bin Abdul Wahhab juga sering merendah-rendahkan Nabi saw dengan dalih pemurnian akidah. Dia membiarkan para pengikutnya memperlecehkan Nabi saw di hadapannya, hinggakan ada seorang pengikut berkata; "Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkatku masih bisa digunakan untuk membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali."

Muhammad bin Abdul Wahhab di hadapan pengikutnya berlagak tak ubah seperti Nabi yang berada di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin bertambah banyak dan wilayah kekuasaan ikut semakin luas. Mereka bekerja sama untuk membenteras tradisi yang dianggapnya keliru dalam masyarakat Arab seperti tawassul, ziarah kubur, peringatan maulid dan sebagainya. Adalah tidak menghairankan apabila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab ini terus menyerang makam-makam yang mulia. Bahkan, pada tahun 1802 mereka bertindak menyerang Karbala-Iraq, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad saw, iaitu Husein bin Ali bin Abi Thalib. Ia berpunca apabila makam itu dianggap tempat munkar yang berpotensi utnuk syirik kepada Allah!

Dua tahun kemudian mereka menyerang Madinah, sambil menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan, menjarah hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad saw.
Lanjutan daripada itu mereka masuk ke Mekah pada 1806H, dan merosakkan kiswah, iaitu kain penutup Kaabah yang diperbuat daripada sutera. Kemudian mereka merobohkan puluhan kubah di Ma'ala, termasuk kubah tempat kelahiran Nabi saw, tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, malah tidak ketinggalan kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin Abbas.

Mereka turut menghancurkan mesjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai, menyanyi dan dengan diiringi paluan gendang. Mereka bertindak mencaci-maki ahli kubur bahkan sebahagian daripada mereka bertindak kencing di atas kuburan kaum solihin tersebut. Gerakan kaum Wahhabi ini telah membuatkan Sultan Mahmud II, iaitu penguasa Kerajaan Bani Uthmaniah di Istanbul, Turki menjadi murka. Dikirimlah perajuritnya yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad Ali untuk melumpuhkannya. Pada tahun1813, Madinah dan Mekah bisa direbut kembali. Kesannya, gerakan Wahhabi ini mulai surut. Namun pada awal abad ke-20, Abdul Aziz bin Sa'ud bangkit kembali menjunjung fahaman Wahhabi ini.

Pada tahun 1924 dia berhasil menduduki Mekah, lalu ke Madinah dan Jeddah sambil memanfaatkan kelemahan Turki akibat kekalahan dalam Perang Dunia I. Sejak itu, hingga kini fahaman Wahhabi terus berpengaruh mengungguli pemerintahan di Arab Saudi. Dewasa ini pengaruh gerakan Wahhabi bersifat global. Kerajaan Bani Sa'ud yang berpengkalan di Riyadh telah mengeluarkan jutaan USD setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahhabi ini ke serata dunia. Malah perlu diingat sejak munculnya gerakan Wahhabi ini dunia Islam sudah tidak pernah aman dan tenang apabila ia penuh dengan pergolakan pemikiran, sebab kelompok ekstrem ini selalu menghalau pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafi'i yang sudah mapan dan lama bertapak.

Kekejaman dan kejahilan Wahhabi lainnya adalah berpunca daripada tindakan meruntuhkan kubah-kubah di atas makam para sahabat Nabi saw yang ada di Ma'ala (di Mekah), Baqi' dan Uhud (di Madinah) yang kesemuanya diruntuh dan diratakan dengan mengunakan dinamit penghancur. Demikian juga kubah di atas tanah Nabi saw dilahirkan, iaitu di Suq al Leil telah diratakan dengan tanah dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir unta! Namun dek kerana kuatnya desakan kaum muslimin antarabangsa maka dibangun perpustakaan di situ. Kaum Wahhabi langsung tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam. Semula AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad saw dimakamkan juga bakal dihancur dan diratakan, tetapi dengan ancaman dunia Islam antarabangsa maka orang-orang biadab itu menjadi takut dan mengendurkan niat jahat mereka. Begitu juga seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji akan dimodifikasi termasuk maqom Ibrahim akan digeser,tetapi dek kerana banyak pihak yang menentangnya maka hasrat tersebut telah disurutkan.

Pengembangan kota suci Mekah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan kesan-kesan sejarah Islam. Semakin habis bangunan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah saw dan sahabat baginda. Bangunan itu dibongkar kerana khuatir kononnya ia bakal dijadikan tempat keramat! Bahkan sekarang, tempat kelahiran Nabi saw ikut terancam akan dibongkar untuk pengluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah saw pun sudah lebih dulu dilenyapkan. Padahal, di situlah Rasulullah saw berulang-ulang menerima wahyu. Di tempat itu juga putera-puteri baginda dilahirkan serta Saidatina Khadijah meninggal dunia.

Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan oleh wahhabisme memainkan peranan penting dalam pemusnahan ini. Kaum Wahhabi memandang kesan-kesan sejarah itu bisa mengarah kepada pemujaan berhala baru. Pada bulan Julai yang lalu, Sami Angawi, seorang pakar kejuruteraan Islam di wilayah tersebut mengatakan bahawa terdapat beberapa bangunan dari era Islam kuno kini terancam musnah. Pada lokasi bangunan berumur 1,400 tahun itu bakal dibina jalan menuju ke menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.

"Saat ini kita tengah menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Mekah. Bahagian bersejarahnya akan segera diratakan untuk dibangunkan tempat parkir," katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidak-tidaknya 300 buah bangunan bersejarah di Mekah dan Madinah telah dimusnahkan sepanjang 50 tahun terakhir ini. Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah pun punah-ranah semenjak Arab Saudi didirikan pada tahun 1932.

Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan Dewan Keagamaan Senior Kerajaan pada tahun 1994. Dalam maklumat tersebut tertulis, "Kewujudan bangunan-bangunan bersejarah berpotensi menggiring umat muslim kepada penyembahan berhala".

Nasib kesan-kesan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka telah banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul saw. Semua jerih payah Rasulullah saw itu habis lenyap oleh modernisasi ala Wahhabi mereka. Sebaliknya, mereka membawa pula para arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biaya ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam - baik yang dari kaum jahiliyah maupun sebelumnya dengan alasan 'kesan purba yang harus dikekalkan'. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan kepada dunia bahawa zaman pra-Islam telah menunjukkan kemajuan-kemajuan yang luar biasa! Secaara tidak langsung tindakan ini merupakan satu usaha pelenyapan bukti sejarah yang bakal menimbulkan keraguan di sanubari umat Islam di kemudian hari.

Gerakan Wahhabi ditunjangi oleh para jurudakwah yang radikal dan ekstrim. Mereka menebarkan kebencian serta permusuhan dan didukung oleh sumber kewangan yang cukup besar. Mereka sinonim menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka sebagai kafir, syirik dan ahli bid'ah. Itulah ungkapan yang selalu dimainkan di setiap kesempatan. Mereka langsung tidak pernah mengakui jasa-jasa para ulama Islam dari sudut manapun kecuali dari kalangan kelompok mereka sendiri. Di negara sebelah sini mereka menaruh dendam dan kebencian yang mendalam terhadap para Wali Songo yang diketahui ramai telah menyebarkan dan mengislamkan sekelian penduduk di daerah sini.

Mereka mengatakan ajaran para wali itu masih bercampuran antara kemusyrikan Hindu dan Budha. Padahal para wali itu telah mengislamkan 90% daripada penduduk Indonesia. Soalnya, mampukah Wahhabi-wahabi itu mengislamkan baki yang 10%  itu sahaja? Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir dan murtad sahaja takkan mampu, apalagi mahu menambah 10 % sisanya lagi. Justru mereka dengan mudah mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah swt. Jika bukan kerana rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke negeri kita ini, sudah tentu orang-orang yang menjadi pecacai kaum Wahhabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembah berhala atau masih kafir. (Naudzu billah min dzalik).

Oleh itu janganlah dipercayai kalau mereka sering mengaku sebagai fahaman yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Mereka berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf apa lagi mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya. Ia semua omong kosong belaka. Mereka telah menoreh catatan hitam dalam sejarah dengan membantai ribuan orang di Mekah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi). Tidakkah anda ketahui bahawa yang dibantai waktu itu terdiri daripada kalangan ulama yang soleh dan alim, bahkan anak-anak serta wanita pun mereka bantai di hadapan ibunya. Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805.

Kesemua itu dilakukan dengan dalih untuk memberantas bid'ah, padahal bukankah nama Saudi itu sendiri adalah suatu nama bid'ah? Mana mungkin nama negeri baginda Rasulullah dengan sewenang-wenang digantikan dengan nama satu keluarga kerajaan yang bertindak sebagai pendukung fahaman Wahhabi, iaitu As-Sa'ud?

Sungguh Nabi saw telah memberitakan akan datangnya fahaman Wahhabi ini dalam beberapa hadis. Ini merupakan tanda kenabian baginda saw dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadis-hadis ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya. Di antaranya: "Fitnah itu datangnya dari sana, fitnah itu datangnya dari arah sana," sambil menunjuk ke arah timur (Najed). (HR. Muslim dalam Kitabul Fitan)

"Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur'an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya, mereka tidak akan bisa kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ke tempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (gondol)." (HR Bukho-ri no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban

Nabi saw pernah berdo'a: "Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman," Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdo'a: "Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman... dan pada yang ketiga kalinya baginda saw bersabda: "Di sana (Najed) akan ada kegoncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan." Dalam riwayat lain dikatakan dua tanduk syaitan.

Dalam hadis-hadis tersebut dijelaskan, bahwa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol). Dan ini adalah merupakan nas yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahhab kerana dia telah memerintahkan setiap pengikutnya agar mencukur rambut kepala hingga mereka yang mengikuti tidak diperbolehkan berpaling dari majlisnya sebelum bercukur gondol. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: "Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahhab, kerana sudah cukup ditolak oleh hadis-hadis Rasulullah saw itu sendiri yang telah menegaskan bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gondol), kerana ahli bid'ah sebelumnya pun tidak pernah berbuat demikian."

Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala'udz Dzolam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi saw: "Akan keluar di abad kedua belas nanti di lembah BANY HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin". AI-Hadits.

** BANY HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi menyebutkan bahawa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahhab. Adapun mengenai sabda Nabi saw yang mengisyaratkan bahawa akan ada kegoncangan dari arah timur (Najed) dan dua tanduk setan - sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksud dengan dua tanduk setan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdil Wahab.

Pengasas ajaran Wahhabiah ini meninggal dunia pada tahun 1206H / 1792M, apabila seorang ulama' mencatat tahunnya dengan hitungan abjad: "Ba daa halaakul khobiits" - telah nyata kebinasaan bagi 'Orang yang Keji'. (Masun Said Alwy)

Oleh: Adi Amz (alhabaib.blogspot.com)

Komen: Wahhabi takkan sama dengan Ahlus-sunnah wal-jamaah. Penerusan agenda Yahudi laknatullah yang mahukan umat Islam (seluruhnya!) ikut masuk ke 'lubang biawak'; masuk neraka Allah swt sebagaimana yang telah tercatat di akhir surah Al-Fatehah - '...di kalangan mereka yang dimurkai dan sesat!'