Di awal kejadian, 'amanah' itu diserahkan;
mana yang tidak sanggup pegang 'amanah' itu lalu dimatikan
sebelum lahir atau ketika belum mencapai usia baligh.
Pengisytiharan Sejagat
Sesungguhnya Kalimat Allah Yang Maha Agung
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِى الأَرْضِ خَلِيف adalah suatu pengsytiharan sejagat bahawa Allah Ta'ala akan menjadikan satu makhlukNya yang sangat istimewa, lebih mulia daripada sekalian makhluk Allah yang sedia ada! Ini juga pengisyitiharan sejagat bahawa makhluk yang bakal dijadikan itu akan menjadi 'khalifah', iaitu 'pemerintah' dan 'wakil' Allah bagi mentadbir bumi menurut perintahNya.
Apa yang di kehendaki dengan kalimat 'khalifah'?
Para malaikat tidak memahami erti 'khalifah' ini. Mereka tidak mengetahui Allah swt telah melengkapkan 'khalifah' ini dengan beberapa keistimewaan yang melayakkannya menjadi 'wakil' Allah. Oleh itu mereka melakukan bantahan: "Adakah Engkau akan menjadikan makhluk yang akan melakukan kerosakan?" Maka Allah menjawab, "Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya."
Khalifah adalah amanah
Apakah yang dikehendaki oleh Allah swt dengan penciptaan Adam a.s sebagai 'khalifah'? Apakah ia merupakan suatu hadiah? Adakah ia suatu nikmat dan kelebihan semata-mata? Atau adakah ia suatu keistimewaan tanpa makna?
Mari kita lihat petunjuk Ilahi dalam menghuraikan hal ini.
إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. “ - Al-Ahzab: 72
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah 'amanah kekhalifahan'. Seluruh makhluk Allah yang lain tidak sanggup memikulnya, tetapi Adam a.s telah menyatakan kesanggupannya untuk menanggung amanah tersebut.
Ibnu Abbas berkata:
"Yang dimaksudkan dengan 'amanah' dalam ayat di atas ialah taat (kepatuhan). Allah SWT telah tawarkan 'amanah' tersebut kepada langit, bumi dan gunung-ganang sebelum ia ditawarkan kepada Nabi Adam. Allah berfirman kepada Adam a.s: “Wahai Adam, sesungguhnya Aku telah tawarkan 'amanah' ini kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka tidak mampu memikulnya, maka adakah engkau mahu mengambil apa yang terkandung di dalam 'amanah' itu?”
Adam a.s bertanya: "Wahai Tuhanku, apakah kandungan 'amanah' itu?" Allah swt menjawab: "Sekiranya engkau berbuat ihsan nescaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat nescaya engkau akan dihukum." Lalu Nabi Adam pun mengambil 'amanah' tersebut dan memikulnya. Namun tidakpun sampai beberapa jam Adam a.s telah menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.
Al-Hassan mengatakan 'amanah' itu adalah undang-undang dan hukum Allah yang wajib ditaati. Menurut al-Qurthubi 'amanah' itu bermaksud agama. Ibnu Umar pula mengatakan seluruh penciptaan manusia adalah 'amanah' - telinga, mata, perut, tangan dan kaki kesemuanya adalah 'amanah'. Sementara itu mereka yang lain-lain mengatakan 'ubudiyyah' dan ibadah kepada Allah swt.
Kesemua pentafsiran di atas tidaklah bertentangan bahkan menuju kepada perkara pokok tujuan penciptaan manusia dan tujuan sekalian 'utusan' Allah yang diturunkan olehNya;
i) Kewajipan mentauhidkan Allah, menjauhi semua kesyirikan serta berubudiyyah kepadaNya dengan penuh keikhlasan;
ii) Kewajipan melaksanakan semua perintah Allah di dalam kehidupan;
iii) Kewajipan mendidik sekalian ahli keluarga kepada tauhid dan ubudiyyah kepada Allah swt;
iv) Kewajipan menyeru masyarakat manusia seluruhnya kepada tauhid dan ubudiyyah kepada Allah swt;
v) Kewajipan mendirikan hukum dan undang-undang yang disyari'atkan oleh Allah.
Firman Allah :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah hanya kepada-Ku. - Az-Zariat: 56
Firman Allah :
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ أَنَاْ فَاعْبُدُونِ
"Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada Tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku." - Al-Anbiya': 25
Ayat-ayat ini memberikan perutusan yang tegas bahawa tujuan kehadiran manusia di atas muka bumi ini BUKAN untuk habiskan masa dengan bersuka ria, berlumba-lumba kepada harta kekayaan dsb. Sebaliknya mereka mempunyai 'misi' yang wajib disempurnakan sebelum mereka dipanggil kembali kepadaNya.
Misi dan utusan mereka adalah;
"La-Ilaha Illallah, Muhammad ur-Rasulullah."
Peristiwa yang terjadi kepada Nabi Adam di syurga dan peringatan Allah di dalam ayat-ayat di atas juga bermaksud bahawa 'khalifah' adalah suatu tugas yang sangat besar dan berat di mana orang yang menanggungnya akan menghadapi berbagai-bagai ujian dan cubaan dalam menunaikan kewajipan tersebut. .
Jika mereka lulus ujian berkenaan maka mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi dan terpuji. Sebaliknya bagi mereka yang mengkhianatinya akan menerima siksaan yang pedih.
'Khalifah' (pemimpin) khusus untuk lelaki
Sebelum ini kita sudah diperlihatkan, dari keterangan yang jelas bahawa Adam a.s telah diserahkan tugas menanggung 'amanah' sebagai khalifah.
Balasan bagi mereka yang mengkhianati 'amanah' - Firaun
Kenyataan ini di dokong oleh Firman Allah swt:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." - An-Nisa: 34
Para mufassirin bersepakat menyatakan bahawa kaum lelaki adalah pempimpin sementara wanita adalah pengikut dan penolongnya di dalam segala urusan kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.
Jika dalam sebuah keluarga; iaitu suatu unit paling kecil kecil di dalam sesebuah masyarakat pun, lelaki diperintahkan untuk menjadi pemimpin apa lagi jika di dalam sesebuah daerah, wilayah, negeri atau negara sudah tentu lebih lagi penegasan ini wajib dilaksanakan.
Seseorang suami yang tidak bertanggungjawab dan menyerahkan pimpinan keluarganya kepada isterinya (wanita) dalam erti kata mengikut perintah isterinya, tidak berani menegur perbuatan isteri yang menyalahi syara' adalah tergolong sebagai suami yang dayus yang diharamkan baginya syurga.
Jika demikian betapa berat lagi suatu kaum, masyarakat, negeri, negara yang mengangkat wanita menjadi pemimpin mereka. Kesemua lelaki itu adalah termasuk golongan dayus dan menerima kemurkaan Allah swt.
No comments:
Post a Comment