http://www.youtube.com/watch?v=ivuhjDbG-fk&
Kejam dan zalim itu lah yang akan terpancul dari mulut rakyat Malaysia yang menyaksikan video di atas. Memang amat menyedihkan apabila seorang yang sedang nazak dan akhirnya menemui ajal diperlakukan begitu biadab oleh pihak polis tanpa memberi apa-apa bantuan kecemasan kepada mangsa yang sedang meraung kesakitan.
Namun begitu beberapa blog upahan umno telah berusaha keras memutar-belitkan fkata kematian berkenaan sebagai lakonan, sambil mengubah nama arwah Baharuddin Ahmad kepada Suhardi Mohd! Ini adalah kerja gila dan paling tidak bermaruah yang pernah dilakukan oleh mereka yang tiada harga diri; sehingga sanggup melacurkan kewibawaan sebagai ummah yang bertaraf 'khalifah'.
Mari ikuti kebejatan 'pelacur upahan' itu mereka-cipta dongengan mereka sendiri.
Blog Konspirasi Pakatan Pembangkang
Itulah kata mereka di blog-blog dan media pakatan pembangkang sejak pada petang Sabtu sehingga ke hari ini. Mereka menyasarkan video di atas dan gambar-gambar yang menunjukkan seolah olah arwah itu mati syahid sewaktu demo BERSIH.
Video di atas dan gambar-gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong pakatan pembangkang dan ia juga berjaya menghasut rakyat Malaysia dengan tujuan meraih simpati. Sentimen dan elemen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya.
Blog Konspirasi Pakatan Pembangkang
Kasihan. Mari kita dedahkan tentang konspirasi terancang yang pemimpin pakatan pembangkang dan media mereka lakukan dalam usaha menghasut rakyat Malaysia.
Untuk makluman lelaki di dalam video di atas merupakan seorang lelaki yang agak kurang waras orangnya. Nama lelaki tersebut 'Suhardi Mohd' yang sekarang ini menetap di Bangi. Beliau merupakan seorang broker tanah yang juga mempunyai dua orang isteri. Suhardi Mohd juga merupakan bekas pengikut Al-Arqam.
Hebat Lakonannya Sebelum 'Kematian'
Memaparkan 'si mati' Bersama Si Kafir
- sebagai tanda Pakatan Rakyat yang utuh
Bagaimana Konspirasi Bermula?
Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan mati sewaktu demo BERSIH yang berlangsung. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat, tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai itu berjaya ataupun tidak. Kepimpinan Pakatan Pembangkang tetap menginginkan 'lakonan kematian' itu berlaku walau apa cara sekalipun!
Kronologi
Lakonan Suhardi Menjadi Imam
Hebat Lakonan Suhardi
Lihat gambar-gambar di atas bagaimana gambar itu telah diambil lebih awal dan ia ditunjukkan dalam pelbagai aksi seolah-olah beliau menunjukkan tanda ceria sebelum ajalnya tiba.
Rakaman video pula menunjukkan bagaimana Suhardi Mohd mengelupur ketika digari pihak polis dan dalam masa yang sama beberapa orang berada di sekitarnya sibuk mengajarnya mengucap kalimah syahadah.
Siapa yang Cuba Sensasikan?
Suhardi Mohd sebenarnya memang sengaja berbuat demikian untuk pihak polis menangkap beliau kerana ia telah dirancang lebih awal. Untuk makluman kita semua pihak polis yang berada di sekitar demo tidak akan mengkap para pendemo yang tidak mencetuskan kekecohan. Mereka hanya akan menangkap mereka yang mencetuskan provokasi.
Oleh itu Suhardi Mohd mencetuskan beberapa kekecohan sehingga mencabar pihak polis untuk menangkap beliau. Dan akhirnya pihak polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan pada waktu itulah adengan 'lakonan mati' itu bermula.
Suhardi Mohd bertindak pengsan agar dilihat oleh semua yang ada di situ yang beliau telah mati. Pihak polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke hospital (selepas 25 minit!) bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan beliau masih lagi tidak sedarkan diri.
Sejurus sampai di hospital Suhardi Mohd telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari hospital namun dia telah ditahan oleh pihak hospital dan polis. Dan pada waktu itulah segala-galanya bermula dan terbongkar.
Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan pakatan pembangkang bagi memberi peluang kepada pihak media agar dapat memainkan isu 'kematian' yang kebetulan pada tarikh 9 Julai itu seorang lelaki memang benar-benar telah meninggal dunia di sekitar KLCC.
Maka sebab itulah pada sebelah petang membawa ke semalam tidak putus putus mereka di media pakatan pembangkang memainkan gambar Suhardi Mohd dengan pelbagai cerita. Video Suhardi Mohd yang pura-pura mati disebarkan di seluruh medium sama ada blog, facebook dan lain-lain lagi.
Suhardi Mohd kini sedang diancam nyawanya kerana bertindak bercerita bahawa beliau sengaja melakonkan watak 'mati' tersebut. Beliau yang kini masih menetap di Bangi difahamkan telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.
Oleh sebab itu lewat malam tadi berderet-deret blog dan media pakatan pembangkang mengeluarkan artikel 'ralat' yang menyatakan bahawa gambar Suhardi Mohd bukanlah gambar arwah Baharudin yang sebenarnya meninggal dunia.
Apa pun agenda mereka dalam menghasut rakyat telah berjaya dengan baik sekali.
Sebelum Suhardi Ditangkap Polis
Watak-watak Lain dalam Konspirasi
Gambar di atas merupakan gambar Suhardi Mohd yang sedang berlutut memohon doa sambil seorang lelaki memegang pembesar suara.Gambar ini dimainkan dalam media pakatan pembangkang yang menunjukkan kononnya petanda arwah akan meninggal dunia. Gambar ini berjaya meraih simpati kepada arwah dan juga pakatan pembangkang.
Inilah lelaki yang memegang pembesar suara di dalam gambar di atas tadi, Ketua Penerangan AMK Pusat Rozan Azean Mat. Penerangan yang mana mempunyai kaitan yang amat rapat dengan pihak media pakatan pembangkang.
Topeng Perak @ Unmasked dilabelkan di video yang telah disebarkan kepada rakyat Malaysia bagi meraih simpati dan menghasut rakyat agar mempercayai bahawa pihak polis telah melakukan kekejaman ke atas si mati sepertimana yang ditunjukkan di dalam video di atas.
Topeng Perak @ Poji blogger pembangkang yang memang cukup dikenali dalam dunia media masih baru dalam Malaysia. Blogger yang dikaitkan dengan Husam Musa ini yang mana mendapat peruntukkan RM2juta pada tahun lepas bagi menggerakkan media baru buat pakatan pembangkang setelah beliau menggantikan blogger Kickdeffela.
Topeng Perak @ Krunya berada di saat-saat arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan ini bukanlah satu kebetulan kerana konspirasi telah dirancang dengan baik dan atas sebab itu hanya beliau dan krunya sahaja yang berjaya merakamkan video tersebut. Oleh sebab itu video berkenaan dilabelkan dengan nama beliau dan bukan nama lain.
Apa yang blogger PapaGomo (pelacur upahan) sampaikan itu adalah kebenaran yang wajar buat rakyat Malaysia ketahui. Dalam artikel semalam juga PapaGomo telah nyatakan bagaimana pakatan pembangkang memang sengaja tidak menyediakan pasukan perubatan bagi memastikan kecederaan ataupun kematian berlaku bagi memberikan mereka keuntungan dalam demo 'haram' yang diadakan.
Sekarang ini masih ada lagi media media pakatan pembangkang yang memainkan sentimen 'lakonan palsu kematian' Suhardi Mohd. Lihat gambar di atas yang mana gambar-gambar di pengkebumian arwah Baharuddin, iaitu mangsa yang mati akibat daripada sakit jantung. Di akhir gambar-gambar tersebut diletakkan gambar Suhardi Mohd yang sedang memohon doa walhal mereka sendiri tahu orang yang dikebumikan itu adalah orang lain dan yang memohon doa itu pula orang lain.
Itulah sentimen yang mereka bawa dalam menghasut rakyat Malaysia dan itulah juga bukti konspirasi yang mereka rancang bagi tujuan menghasut rakyat. Inilah dia pakatan pembangkang yang sebenar; hebat dalam melakukan konspirasi.
Semoga segala yang PapaGomo dedahkan ini memberi satu maanfaat berguna buat rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan pakatan pembangkang ini. Jangan hanya kerana RM200 yang disogok kita terus bersedia menjadi pencacai mereka.
Gambar sebenar arwah Baharuddin pada waktu gambar ini dirakam masih lagi belum meninggal dunia dan sedang mendapat rawatan dari anggota polis serta pegawai perubatan kerajaan.
Soalnya, kenapa gambar sebenar tidfak dikeluarkan?
Sedarlah akyat Malaysia sekelian bahawa pakatan pembangkang adalah 'raja drama'.
http://www.papagomo.com/2011/07/ekslusif-konspirasi-pembunuhan-mangsa.html
Moral cerita: Lakaran di atas adalah hasil kerja-upah pecacai umno, PapaGomo. Dia mengalihkan kisah 'lakonan' Suhardi untuk menutup kematian sebenar arwah Baharuddin (hasil drp post-mortem yg dibuat; 4 tulang rusuk dan 3 batang giginya patah!).
Demi menghormati permintaan ahli keluarga arwah maka kematiannya itu tidak cuba disensasikan.
No comments:
Post a Comment