Syeikh Hisham
Dari sini kita akan melihat pula bahawasanya ulama-ulama muktabar yang diakui oleh ummat Islam sepanjang zaman mengamalkan tariqat sufiah. Beradasarkan keterangan yang ada ulama-ulama ahlus Sunnah yang terkenal dengan ketinggian ilmu dan wara' mereka menyebutkan tentang kebenaran ahli-ahli sufi dan tariqat sufiah.
Imam Hanafi (Imam Abu Hanifah 81-150H)
"Jika tidak karena dua tahun, saya telah celaka kerana dua tahun saya bersama Sayyidina Ja'far as-Sadiq dan mendapatkan ilmu kerohanian yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar". (Ad-Durr al-Mukhtar, Jilid 1. m.s. 43)
Di dalam kitab Risalah Ma'rifat Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut; Imam Hanafi dan Imam Malik mengambil ba'iat tariqat daripada Syeikh Ja'afar Siddiq r.a. (Shaikh Ja'afar Siddiq diberi gelaran Imam-at-Toriqah wal Haqiqat disebabkan banyaknya silsilah tariqat melalui beliau dan juga disebabkan ketinggian beliau dalam ilmu haqiqat dan makrifat.)
Imam Shafi'e (150-205 H)
“Mempelajari ilmu fiqih tapi tidak menjalani tasawuf (jalan ahli sufi), maka hatinya tidak dapat merasakan (nikmatnya) taqwa, sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana mungkin dia menjadi baik?" (Dewan Al-Imam Asy-Syafi'i).
Imam Ahmad bin Hambal (164-241 H)
"Wahai anakku wajiblah di atas engkau mendampingi ahli-ahli tasawwuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kepada Allah Ta'ala dan kasih kita kepadaNya." (Risalah Qushairiyyahi).
Wasiat Imam Ahmad kepada anak beliau:
"Anakku jika kamu perlu duduk bersama orang-orang sufi, kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi," (Tanwir al-Qulub, m.s. 405, Shaikh Amin al-Kurdi)
Pendapat Imam Ahmad tentang sufi:
"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" (Ghiza al-Albab, jilid. 1, m.s. 120)
Imam Al-Muhasibi
Imam Al-Muhasibi bercerita tentang usaha beliau mencari kebenaran dari kalangan berbagai kelompok agama yang mendakwa sebagai golongan yang benar. Beliau berusaha sambil benar-benar mengharap petunjuk Allah kepada golongan yang benar-benar mengikuti Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Akhirnya beliau menemui di dalam hati beliau yang diberi sinar petunjuk oleh Allah bahawa golongan sebenar yang bertaqwa kepada Allah dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi adalah ahli tasawwuf (ahli makrifat).
“Yang Maha Pengasih menunjukkan aku, satu kaum yang dalam diri mereka terdapat tanda-tanda ketaqwaan, simbol kewara’an dan utamakan akhirat daripada dunia.” “Aku menjadi yaqin bahawa mereka lah (ahli makrifat, ahli tasawwuf) yang menempuh jalan akhirat dan mengikuti jejak Rasul. Mereka adalah lampu penerang bagi orang yang meminta penerangan bagi mereka. Dan mereka adalah penunjuk jalan bagi yang memerlukannya” (Abu Abdullah Haris Al-Muhasibi wafat 243 H, Al-Wasaya : m.s 27-32)
Imam Al-Qushairi
"Allah membuat golongan ini yang terbaik dari wali-waliNya dan Dia mengangkat mereka di atas seluruh hamba-hambaNya sesudah para Rasul dan Nabi, dan Dia memberi hati mereka rahsia kehadiran IlahiNya dan Dia memilih mereka di antara umatNya yang menerima cahayaNya. Mereka adalah sarana kemanusiaan, Mereka menyucikan diri dari segala hubungan dengan dunia dan Dia mengangkat mereka ke kedudukan tertinggi dalam penampakan (kasyaf). Dan Dia membuka kepada mereka kenyataan akan KeesaanNya. Dia membuat mereka untuk melihat kehendakNya mengendalikan diri mereka. Dia membuat mereka bersinar dalam wujudNya dan menampakkan mereka sebagai cahaya dan cahayaNya ." (ar-Risalat al-Qushayriyya, m.s. 2)
Imam Al-Ghazali
"Aku yaqin dengan benar bahawa para ahli sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi [al-Munqidh min ad-dalal, m.s. 131].
Imam Fakharuddin Ar-Razi
"Jalan para sufi adalah mencari ilmu untuk memutuskan diri mereka dari kehidupan dunia dan menjaga diri mereka agar selalu sibuk dalam pikiran dan hati mereka dengan mengingat Allah, pada seluruh tindakan dan perilaku" ." [I'tiqadat Furaq al-Musliman,m.s. 72, 73]
Ibnu Khaldun
"Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara sahabat, tabi'een dan tabi' at-tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah dan meninggalkan perhiasan dan kesenangan dunia" [Muqaddimat ibn Khaldun, m.s. 328]
Imam Tajuddin As-Subki
"Semoga Allah memuji mereka dan memberi salam kepada mereka, kaum sufi dan menjadikan kita bersama mereka di dalam syurga. Banyak hal yang telah dikatakan tentang mereka dan terlalu banyak orang bodoh yang mengatakan hal-hal yang tidak berhubungan dengan mereka. Dan yang benar adalah bahawa mereka meninggalkan dunia dan menyibukkan diri dengan ibadah"
"Mereka adalah Ahlillah yang doa dan solat mereka diterima Allah, dan melalui berkat doa mereka Allah menurunkan pertolonganNya. [Mu'eed an-Na'eem wa Mubid An-Niqam, m.s. 190
Imam Jalaluddin As-Sayuti
"Sesungguhnya tasawwuf adalah ilmu yang mulia. Ian adalah mengikuti sunnah, meninggalkan bid’ah, membebaskan diri dari hawa nafsu, menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya, mecari redha dan cintaNya!" [Ta'yid Al-Haqiqah al-Aliyyah ]
Ibnu Abidin
" Para pencari jalan ini tidak mendengar kecuali kehadiran Ilahi dan mereka tidak mencintai selain Dia. Jika mereka mengingat Dia mereka menangis. Jika mereka memikirkan Dia mereka bahagia. Jika mereka menemukan Dia mereka sadar. Jika mereka melihat Dia mereka akan tenang. Jika mereka berjalan dalam kehadiran Ilahi, mereka menjadi lembut. Mereka mabuk dengan rahmatNya. Semoga Allah merahmati mereka". [Rasa'il Ibn Abidin m.s. 172-173]
Rashid Rida
Dia berkata,"tasauf adalah salah satu pilar dari pilar-pilar agama. Tujuannya adalah untuk membersihkan diri dan mempertanggungjawabkan perilaku sehari-hari dan untuk menaikan manusia menuju maqam spiritual yang tinggi" [Majallat al-Manar, 1st year, m.s 726].
Abu Hassan Ali An-Nadwi
Maulana Abul Hasan 'Ali an-Nadwi anggota the Islamic-Arabic Society of India and Muslim countries. Dalam Muslims in India, m.s 140-146, "Para sufi ini memberi inisiasi (bai'at) pada manusia ke dalam keEsaan Allah dan keikhlasan dalam mengikuti sunnah Nabi dan dalam menyesali kesalahan dan dalam menghindari setiap maksiat kepada Allah SWT. Petunjuk mereka merangsang orang-orang untuk berpindah ke jalan kecintaan penuh kepada Allah" "Di Calcutta, India lebih dari 1000 orang mengambil inisiasi (bai'at) ke dalam tasauf"
"Kita bersyukur atas pengaruh orang-orang sufi, ribuan dan ratusan ribu orang di India menemukan Tuhan mereka dan meraih kesempurnaan melalui Islam".
Imam Hassan Al-Banna
“Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).”
“Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi.” (Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah)
G. KESIMPULAN
Daripada penjelasan di atas, adalah diharapkan kita mendapat gambaran asas mengenai tariqat sufiah. Ia bukanlah perkara baru yang direka oleh para ulama, tetapi ia adalah amalan Nabi saw yang bersumberkan wahyu Ilahi. Penjelasan ini juga diharapkan dapat menolak kefahaman dan tanggapan yang salah berkenaan ilmu yang murni ini. Sama ada ia berupa penolakan mutlak oleh golongan jahil atau penyalahgunaan oleh golongan sesat!
Semoga kita semua tergolong kedalam mereka yang mengikuti jalan kemuliaan Rasulullah ini. Atau sekurang-kurangnya menyanjung dan mengasihi mereka semua!
Rujukan Utama;
Munqiz Ala-Dhalal,
Risalah Qushairiyyah
Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah
No comments:
Post a Comment