Pada umumnya qorin kafir ini mendorong si kembar 'dampingan'nya itu membuat kejahatan. Dia membisikkan rasa was-was, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan.
Bagi tujuan mengimbangi usaha qorin ini Allah swt mengutuskan malaikat (sesungguhnya Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak kepada membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihannya.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam diberi kelebihan mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qorinnya lemah tidak berdaya.
Qorin la yang mengajar manusia untuk berlaku biadab!
Angkuh pun sama juga...
Caranya ialah dengan membaca 'Bismillahir Rahmanir Rahim' (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan segala perintah Allah swt. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela; membersihkan dirinya bersesuaian dengan 'martabat' malaikat tersebut.
Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan Bismillah… syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan kesemuanya mereka membaca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu dia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia.
Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: 'Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah.' Sabda baginda: 'Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.' - riwayat Ahmad dan Muslim
Kewujudan qorin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat seolah-olah ia baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia itupun terpengaruh atau terpesong.
Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Dia berkata, Rasulullah saw bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .” - hadith riwayat Ibnu Hibban
Jin ini, menurut para alim ulama’ bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan' yang didampingi sejak dari awal kelahiran sehingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ia tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah. Mereka hanya dimatikan menjelang hari kiamat.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur adalah hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan ini. Mereka sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun ada yang mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat!
Manusia yang bermewah kerana menurutkan nafsu...
ATAU
Mengejar sekelian wanita lawa... adalah mainan si qorin
Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya bakal dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili dan diperhitungkan.
Malangnya, si qorin itu akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu - walaupun ia yang mendorongkannya.
http://www.kedaibuku.net/?id=zalzalah
No comments:
Post a Comment