Thursday, 27 January 2011

Cubaan Menipu Allah dgn Perbankan Islam!


Kembali kepada fakta dan sistem inilah yang didakwa ulama-ulama bahawa 'perbankan Islam' sebagai bukan riba, tetapi perniagaan yang disukai oleh Allah swt. Ini kerana mereka tidak mengenakan faedah, tetapi melibatkan harga jualan rumah daripada bank kepada pembeli (peminjam). Apakah pendapat ramai tentang hal ini? Adakah ia riba? Pada dasarnya, ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya:
“…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”;  - surah Al-A’raaf:163

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba (yang diberi nama ‘perbankan Islam’) telah digambarkan dalam surah Al-A’raaf ini. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung orang-orang Yahudi yang dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu, sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.

Maka apa yang dilakukan warga kampung tersebut? Mereka telah meletakkan pukat ikan di malam Sabtu; di mana pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam pukat yang telah mereka pasang. Kemudian apabila tiba hari Ahad mereka pun menarik pukat tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar semula darinya.

Oleh itu adakah mereka dikira menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir.

Itulah mereka yang sebenarnya, dan kini siapakah yang dipermainkan?

Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam pada hari ini? Tiada bezanya. Mereka ini telah menyatakan bahawa larangan Allah ialah hutang dengan riba, maka mereka berniaga dengan hutang yang bercampur riba (kononnya perniagaan) dan menyatakannya ia bukan riba. Sistem bank konvensional dan sistem perbankan Islam adalah sistem yang sama, hakikatnya ia menjalankan transaksi yang semata-mata untuk memberi hutang dan mendapatkan keuntungan melalui 'tambahan' (riba) daripada perniagaannya memberi hutang.

Perbezaannya sistem perbankan Islam sekadar menukarkan 'nama' kepada Islam dan jual-beli. Orang buta pun boleh mengenali tipu daya ini (yang tidak bertuhankan nafsu), dan maka itu terdapat hadis yang mengatakan akan datang suatu masa mereka menghalalkan riba dengan jual beli. Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang akan dipermainkan, sama ada mereka atau Allah swt?

Ahli-ahli politik dan para peniaga mengambil kesempatan dari sensitiviti umat Islam di Malaysia berkenaan halal dan haram untuk meraih keuntungan.

Asalnya sistem perbankan di Malaysia berasal dari perbankan konvensional, kemudian kapitalis telah menggaji para ilmuwan yang paling top dalam pendidikan syariah di Malaysia untuk melabelkan semula produk-produk perbankan konvensional dalam bahasa Arab. Kemudiannya dengan menggunakan legal tricks dan disokong oleh hujah-hujah bersandarkan al Quran dan Sunnah untuk menyokong produk perbankan Islam tersebut - walaupun sudah amat terang dan bersuluh bahawa produk-produk tersebut adalah haram kerana riba 'melalui pintu belakang'.

Mana-mana pun individu yang dibayar dengan gaji yang terlalu mahal dan sangat untung akan sanggup menggunakan segala kepakaran untuk mengerah sepenuh tenaga dan kudrat bagi mempertahankan produk-produk yang telah dihalalkan itu!

Bagi mana-mana individu yang tersilap mengambil di antara produk ini adalah sangat tidak bernasib baik kerana terpaksa menghadapi;

i)  Bank – tuan punya produk ini.

ii)  Peguam – balaci yang dibayar untuk berlawan bagi pihak bank.

iii)  Bank Negara - yang mempertahankan produk ini untuk menarik pelaburan luar seperti produk sukuk yang bernilai berbilion-bilion dolar.

iv)  Ulamak ekonomi – yang dibayar oleh bank untuk menyokong dan memancung mana-mana pihak yang cuba untuk menafikan atau memangkah produk-produk ini.

** Mengikut teori konspirasi, Abraham Lincoln dan J.F. Kennedy juga dibunuh kerana riba oleh puak-puak Yahudi!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat)."  -  surah Al-Baqarah: 278-9


Si hodoh yang mahal harganya... @ RM13juta!

Ada pembesar di sebuah negeri miliki DUA buah model ini


Allah tetap melancarkan perang terhadap pengamal riba, iaitu puak Yahudi.

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman a.s. Bani Israel yang ingkar (iaitu kaum Yahudi) telah mengubahsuai kandungan kitab Taurat mengikut kesesuaian mereka. Salah satunya adalah berkaitan dengan riba. Mereka mengatakan adalah haram pinjam duit dengan riba kepada Yahudi lain namun halal meminjamkan duit kepada orang bukan Yahudi dengan mengenakan riba. (Deuteronomy 23:20-21). Maka riba menjadi semakin berleluasa.

Maka Allah swt menghantarkan puak Babylon di bawah perintah maharaja Nebuchadnezzar menyerang dan memusnahkan Baitulmuqaddis serta menjadikan penduduknya hamba abdi dan dibawa ke Babylon sebagai hamba kerahan.

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam kitab itu: “Sesungguhnya kamu melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku."  -  Surah Al-Isra 4-5

Kali kedua Yahudi juga diserang kerana membunuh Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa (namun Nabi Isa diselamatkan dan diangkat ke sisi Allah swt) dan juga kembali mengamalkan riba serta pernah memerangi Nabi Isa kerana baginda melarang riba. Puak Yahudi di Baitulmuqaddis diserang oleh Rom di bawah perintah Maharaja Titus The Great di mana Baitulmuqaddis telah dijadikan padang jarak padang terkukur,sehingga tinggal cuma satu dinding yang mana menjadi ratapan puak yahudi sekarang. Dinding ratapan, waliling wall. Rakyatnya disiksa dan dibunuh tanpa belas kasihan.

Mereka itu dibunuh kerana menentang sistem kewangan berasakan riba oleh federal reserve bank yang dikuasai Yahudi, zionist dan freemason.

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (Baitulmaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."  -  surah Al-Isra 7

Perlu diingat, urusniaga Islam ada 'akad dan ini hanya sah jika dilakukan di antara sesama muslim. Soalnya, bank-bank di Malaysia yang dipunyai oleh bukan Islam senang-senang sahaja mempamerkan produk Islam, kononnya. Contohnya, Hong Leong Islamic Bank, atau Standard Chartered Islamic Bank dsb.

Soalnya, apa yang cerdik-pandai Islam di Malaysia ini dok buat? Di mana suara sang mufti?




** Disesuaikan daripada tulisan tempayan (TKO)
Nota:  Akan menyusul sejarah perbankan Islam di Mesir, kemudian ke Pakistan dan Australia.

Wednesday, 26 January 2011

Haram Undi dot... dot... dot...!

Muktamar ‘Alim ‘Ulama’ dan Mubaligh Islam se-Indonesia yang dilangsungkan tanggal 27 Rejab 1 Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11-l5hb April 1953 di Medan; sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia)

MEMUTUSKAN:
Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut;

a. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

i) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.

ii) WAJIB memilih hanya calon-calon yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

Bersedia untuk membuang undi (macam orang Tikam Batu, Kedah je!)

b. Kaum muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (aqil-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.

Medan, 30 Rejab 1372 (14 April 1953)


KEPUTUSAN MAJLIS SYURA

1. Dengan ‘inayah dan taufiq Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan 'baldatun tayyibatun', maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut;

a. Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen konstiuante adalah wajib hukumnya.

b. Kerana kemenangan Islam dan umatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) muslim laki-laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap muslim muslimat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta berjuang dalam pemilihan umum tersebut.

c. Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka;

i) Wajib atas tiap-tiap pemilih muslim hanya memilih calon-calon yang bercita-cita politik Islam.

ii) Terlarang hukumnya memilih calon-calon yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.

iii) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap muslim dan muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.

d. Umat Islam seluruhnya dianjur memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.

Jakarta: 10 Jamadilakhir 1372, 24 Februani 1953. MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI” Ketua, K.H.A. RAHMAN SYIHAB Sekretaris, K.H.M. SALEH SAUDI BERITA A.P.B. No. 941th. ke VIII

Kemeriahan berkempen... 

‘ALIM ‘ULAMA’ MALAYA DAN SOAL PEMILIHAN UMUM DI INDONESIA.
(Umat Islam Indonesia wajib turut serta giat di dalam pemilihan umum nanti).

Seluruh ‘Alim ‘Ulama’ Malaya dalam suatu sidangnya yang telah diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para ‘Alim ‘Ulama’ Malaya dan berbagai tempat di Malaya telah memutuskan bahawa turut sertanya umat Islam Indonesia dalam pemilihan umum yang diadakan di Indonesia nanti, adalah fardu ‘ain hukumnya, dan adalah haram jika umat Islam Indonesia tidak ikut serta di dalam pemilihan umum nanti. Lebih jauh diterangkan, bahawa keputusan ‘Alim ‘Ulama’ Malaya tadi, sekarang telah diperkuatkan pula oleh Majlis Syari’iyyah, yang kedudukannya persis Mahkamah Islam Tinggi di Indonesia.

Peti pembuangan undi. 

Semua Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya telah memutuskan pula fardu ‘ain bagi umat Islam Indonesia untuk turut serta dalam pemilihan umum yang akan datang nanti di Indonesia. Keputusan tersebut diambil oleh ‘Alim ‘Ulama’ seluruh Malaya kemudian diperkuat oleh Majlis Syar’iyyah di berbagai tempat di Malaya, dengan pertimbangan bahawa jika di dalam pemilihan umum nànti umat Islam mendapat kekalahan, maka sudah pasti perkembangan agama Islam akan tergencet (tertekan) atau tindakan-tindakan anti agama lebih hebat lagi, kerana umat Islam terang-terang dianggap golongan kecil.

Sebaliknya jika di dalam pemilihan umum nanti umat Islam Indonesia mendapat kemenangan yang gilang-gemi lang, maka perkembangan agama Islam akan maju-pesat, dan segala cita-cita serta keinginan umat Islam sebagai golongan yang besar akan dapat dilaksanakan dalam segala lapangan. Kerana pemilihan umum itu akan menentukan juga terhadap agama Islam di Indonesia, maka ditetapkan fardu ‘ain hukumnya turut serta umat Islam di Indonesia dalam pemilihan umum yang akan datang nanti.


Jakarta, 22.4.1953

http://yusofembong.blogspot.com/2010/06/fatwa-kewajiban-mengundi-dalam.html

Tuesday, 25 January 2011

Nasib: Melayu Pulau Pinang


Lim Guan Eng: Ketua Menteri

Lim Guan Eng pernah ditanya oleh wartawan, "Kenapakah Melayu Pulau Pinang mundur dan apakah pendekatan saudara bagi memajukan mereka?"
Sindiran Sebuah Blog Umno

Jawapan Lim Guan Eng cukup ringkas, berkesan dan amat berbisa; Katanya, Melayu Pulau Pinang mundur disebabkan oleh maksiat. Maksiat dari segi arak, judi, dadah dan hiburan yang melampau - hedonisme. Macam mana Melayu Pulau Pinang hendak maju kalau setiap hari mereka berjudi, hisap dadah, masuk ke disko setiap malam dan mabuk-mabuk sampai ke pagi?
Acara di Pesta Pulau Pinang

Oleh sebab itu langkah pertama yang akan dibuat oleh oleh kerajaannya ialah bukan dengan menghukum kesalahan maksiat tersebut, tetapi mengajak mereka agar kembali kepada Islam.

"Justeru saya mengalakkan perkembangan agama Islam dan meluaskan majlis-majlis ilmu di seluruh Pulau Pinang dan kerajaan negeri akan membantu segala program tersebut baik dari segi wang ringgit mahu pun ternaga. Mereka itu perlu diperkenalkan kepada agama Islam semula sebab selama ini sebahagian daripada mereka telah lama menjauhi agama Islam sehingga mereka tersesat...sehinggakan tidak mengenal malam ataupun siang."

Melayu yang ketinggalan dari arus pembangunan

Inilah komen semasa mula-mula Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Inilah cerita daripada adik angkat aku yang jadi wartawan Utusan Malaysia, tetapi dia tidak tulis kenyataan tersebut dalam akhbar berkenaan; sebagaimana kita semua sedia maklum apakah kesudahannya?

(Nota:  Pertama sekali LGE menaikkan elauns guru KAFA hampir sekali ganda - RM750).

Cetusan: Hafszack Zacharyah facebook

Kifarah!

Kifarah balasan ialah kata kosa; iaitu apa yang kita tinggalkan - kesan perbuatan yang terdahulu kepada generasi terkemudian. Bak kata orang, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi? Bagaimana keruh di hulu maka begitulah juga keruhnya di hilir.


Gambar ini sekadar hiasan;
tiada kena-mengena dengan sesiapa
pun yang masih hidup atau yang telah mati!


“Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu sama ada menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
- Najib Tun Razak ketika bercakap dengan wartawan pada 20 April 1992.

"Sesungguhnya, orang-orang yang tiada mengharap akan menemui Kami, sedang mereka suka kepada kehidupan dunia, serta tenang hatinya terhadap demikian, begitu juga orang-orang yang lalai dari ayat-ayat Kami." 
-  surah Yunus: 7

"Barangsiapa yang menghendaki hidup di dunia dan perhiasannya, Kami sempurnakan pekerjaannya di dunia, sedang mereka itu tiada dirugikan." 
-  surah Hud: 15

Iaitu orang-orang yang memilih hidup di dunia daripada akhirat dan menghalangi jalan Allah, dan mencari (jalan) yang bengkok. Mereka itu dalam kesesatan yang jauh." 
-  surah Ibrahim: 3

"Tuhanmu, Tuhan Yang Esa. Orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, hati mereka engkar dan mereka itu orang-orang yang sombong." 
- surah An-Nahl: 22

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, maka Allah tiada memberi petunjuk kepada mereka dan untuk mereka siksaan yang pedih." 
-  surah An-Nahl: 104

"Barangsiapa menghendaki dunia, Kami segerakan baginya di dunia apa-apa yang Kami kehendaki untuk siapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami adakan untuknya neraka jahannam, dia masuk ke dalamnya, sedang ia tercela dan terusir."
-  surah Al-Israak: 18

"Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada dapat menembusi bumi dan takkan sampai engkau setinggi gunung."
-  surah Al-Israak: 37


KESAN KEDURHAKAAN IBLIS

61.  "Ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam! Lalu mereka sujud, kecuali iblis. Dia berkata: Adakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau jadikan daripada tanah?"

62.  "Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang ini (orang) yang Engkau muliakan lebih daripadaku. Demi jika Engkau berikan tempoh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya aku musnahkan (perdayakan) anak-anak cucunya, kecuali sedikit sahaja."

63.  "Berfirman Allah: Pergilan engkau, barangsiapa mengikut engkau di antara mereka, maka sesungguhnya neraka jahannamlah untuk balasanmu, sebagai balasan yang sempurna."

64.  "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah daripada mereka lasykar engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikatilah mereka pada harta dan anak-anak dan janjikanlah kepada mereka. Tak adalah yang dijanjikan syaitan kepada mereka, melainkan tipuan (semata-mata)."

- surah Al-Israak: 61-64


... sebagai peringatan buat diri ini demi cintaku kepadaNya.
Amiin.



Qorin - si Kembar Manusia

Qorin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai 'syaitan' kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qorinnya sendiri. Rasulullah saw pun tidak terkecuali. Cuma bezanya, qorin Rasulullah saw adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir belaka.

Pada umumnya qorin kafir ini mendorong si kembar 'dampingan'nya itu membuat kejahatan. Dia membisikkan rasa was-was, melalaikan ibadah seperti solat, malas membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya daripada melakukan ibadah dan kebaikan.

Bagi tujuan mengimbangi usaha qorin ini Allah swt mengutuskan malaikat (sesungguhnya Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak kepada membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihannya.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam diberi kelebihan mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qorinnya lemah tidak berdaya.

Qorin la yang mengajar manusia untuk berlaku biadab!
Angkuh pun sama juga...

Caranya ialah dengan membaca 'Bismillahir Rahmanir Rahim' (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan segala perintah Allah swt. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela; membersihkan dirinya bersesuaian dengan 'martabat' malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz' pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta dengan Bismillah… syaitan akan kelaparan dan menjadi kurus, tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan kesemuanya mereka membaca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qorin ini barulah kita faham tentang kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan itu ialah jin qorin ini (di mana sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu dia disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu manusia.

Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: 'Setiap kamu ada Qorin daripada bangsa jin, dan juga Qorin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: 'Engkau juga ya Rasulullah.' Sabda baginda: 'Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qorin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.'   -  riwayat Ahmad dan Muslim

Kewujudan qorin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat seolah-olah ia baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia itupun terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Dia berkata, Rasulullah saw bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”  -  hadith riwayat Ibnu Hibban

Jin ini, menurut para alim ulama’ bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan' yang didampingi sejak dari awal kelahiran sehingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ia tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah. Mereka hanya dimatikan menjelang hari kiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur adalah hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan ini. Mereka sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun ada yang mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat!

Manusia yang bermewah kerana menurutkan nafsu...

ATAU

Mengejar sekelian wanita lawa... adalah mainan si qorin

Qorin hanya akan berpisah dengan 'kembar'nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qorin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya bakal dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili dan diperhitungkan.

Malangnya, si qorin itu akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab di atas kesesatan atau kederhakaan manusia kembarnya itu - walaupun ia yang mendorongkannya.

http://www.kedaibuku.net/?id=zalzalah

Friday, 21 January 2011

Azab Kubur

Kuburan... di mana kita bakal disemadikan - tinggal sendirian!

Riwayat daripada Rasulullah saw tentang azab kubur maka jawab Rasulullah saw;

“Ya. Azab kubur itu memang benar.”

Berkata A’isyah r.a;

“Tiadalah selepas itu aku lihat Rasulullah saw selepas menunaikan solat melainkan minta berlindung daripada azab kubur.”  -  hadith sahih riwayat Imam Bukhari

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi saw bersabda tentang mayat kafir dan munafiq di dalam kubur mereka:

“Dan dipukul akan mayat itu dengan pemukul daripada besi dengan satu pukulan. Maka bertempik mayat itu dengan satu tempikan yang mendengar akan dia oleh sekelian yang di sisinya melainkan jin dan manusia.”  -  hadith sahih riwayat Imam Bukhari

Daripada Abi Ayyub r.a. bahawa suatu hari Nabi saw terdengar satu suara lalu baginda bersabda;

“Mayat Yahudi yang sedang diazab di dalam kuburnya.”  -  hadith sahih riwayat Imam Bukhari

Daripada anak perempuan bagi Khalid bin Said bahawa dia telah mendengar
“Nabi saw berdoa memohon perlindungan daripada azab kubur.”  -  hadith sahih Riwayat Imam Bukhari

Daripada Abi Hurairah r.a. beliau berkata;

“Adalah Rasulullah saw berdoa:  Ya Allah! Sungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada azab kubur dan azab neraka..”  -  hadith sahih riwayat Imam Bukhari

Dari Ibn Umar r.a. adalah Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya Allah swt tidak mengazab akan mayat dengan sebab mengalir air mata atau dengan sebab bersedih hati tetapi mengazab Ia akan mayat dengan sebab lidah ataupun mengasihani.”  -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Dari Syu’bah r.a. beliau berkata;

“Telah turun ayat 45 Surah Ghafir berkenaan azab kubur.” -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada A’isyah r.a. bahawa Nabi saw bersabda;

“Bahawasanya azab kubur itu sesungguhnya memang benar.” -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada Anas r.a. adalah suatu hari Nabi saw lalu pada kampung Bani Najjar maka tedengar ia akan satu suara dari satu kubur maka baginda pun bersabda;

"Bilakah ditanam akan tuan punya kubur ini”

Jawab para sahabat;

“Pada zaman jahiliyyah”

Maka Nabi saw bersabda;

“Jikalaulah tidak kerana ia ditanam nescaya telah aku minta supaya Allah perdengarkan kamu sekelian akan azab kubur.”  -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda;
\
“Sesungguhnya mayat itu diazab di dalam kuburnya.”  -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada A’isyah r.a. berkata kepada Nabi saw bahawa dua orang tua Yahudi berkata adalah ahli kubur itu diazab di dalam kubur mereka itu. Maka Nabi saw pun bersabda;

“Benarlah kata mereka berdua. Sungguhnya mayat-mayat itu diazab di dalam kubur mereka sehingga mendengar akan dia oleh sekelian binatang.”  -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda;

“Apabila selesai kamu daripada membaca tasyahhud akhir maka hendaklah kamu minta berlindung dengan Allah swt dari empat perkara iaitu dari azab neraka Jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan fitnah mati dan dari fitnah Dajjal.”  - hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada Ibn Abbas r.a. berkata;

“Bahawasanya Nabi saw mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran iaitu “Wahai Allah! Sungguhnya aku memohon berlindung denganMu daripada azab Jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Al-Masih Dajjal.”  -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Daripada Anas Bin Malik r.a. bahawasanya Nabi saw bercerita tentang mayat kafir didalam kubur;

“Kemudian dipukul akan mayat tersebut dengan satu pemukul daripada besi pada antara dua telinganya.”  -  hadith sahih riwayat Imam Muslim

Maka jelas daripada segala hadith-hadith yang sahih ini bahawa azab kubur memangnya benar dan sekelian orang Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya adalah sesat dan terkeluar dari agama Islam.
Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah juz 2 m.s. 578;

“Dan telah mutawatirlah segala hadith dari Rasulullah saw pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya dan soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad akan sabitnya yang demikian itu.”

Allah Taala menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa Dia berkuasa menghidupkan segala yang telah mati sama ada elok jasadnya atau sudah hancur.

Pada ayat 259 Surah Al-Baqarah Allah berfirman;

“Dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu bagaimana Kami menyusunnya semula kemudian Kami balut akan dia dengan daging.”

Yakni Allah swt hidupkan semula keldai yang telah mati yang berselerak tulang-tulangnya. Ini sebagai bukti yang jelas Allah berkuasa menghidupkan kembali segala yang telah mati walaupun dalam keadaan hancur.

Dan pada ayat 260 Surah Al-Baqarah Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bagaimana Dia berkuasa menghidupkan burung-burung yang telah mati dicincang hingga lumat, iaitu firmanNya;

“Wahai Ibrahim! Ambillah empat ekor burung dan engkau cincang burung-burung itu hingga lumat dan engkau hantarkan tiap-tiap juzuknya yang hancur itu di atas puncak bukit. Kemudian burung-burung itu Aku hidupkan dan datang kesemuanya berterbangan kepadamu dengan segera. Ketahuilah bahawasanya Allah swt Maha kuasa dan Maha bijaksana.”

Dan banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan bagaimana Allah menghidupkan mayat-mayat yang telah hancur dengan kekuasaanNya.

Dan pada m.s. 579 Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah berkata;

“Dan ketahui olehmu bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka barang siapa yang telah mati maka mustahaklah bagi azab yang tertentu baginya sama ada dikuburkan atau tidak dikuburkan yang memakan akan dia oleh binatang buas atau hangus terbakar sampai menjadi abu atau diterbangkan pada udara atau disalib atau tenggelam dilaut nescaya sampailah kepada ruh dan jasadnya daripada azab sebagaimana yang sampai kepada mayat yang dikuburkan.”

Sekelian ulama Ahlu Sunnah wal Jamaah telah sepakat bahawa barang siapa yang tidak percaya Allah Taala berkuasa menghidupkan semula orang-orang yang telah mati maka adalah ia sesat dan kafir.

Wednesday, 19 January 2011

Kubur: Alam Kekal Abadi

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."

Cara penguburan mayat: bantal & ketulan tanah penahan

Rasulullah s.a.w.dalam sebuah hadisnya yang lain bermaksud, "Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Bila mana sesorang itu telah selamat dalam tahap pertama ini, maka untuk tahap seterusnya akan lebih ringan lagi. Namun jika tidak selamat dalam tahap pertama tersebut maka tahap-tahap seterusnya akan lebih dasyat lagi."

Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;

1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.

6.Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.

7.Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.

8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud,

"Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke neraka? Adakah kamu sudah wajar menerima balasan syurga? Sudahkah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan Allah? Adakah nikmat dan kesenangan melekakan kamu? Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia dengan panjang angan-angan?

Mengapa kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan? Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya. Berbuatlah sesuatu yg memberi kebaikan bagi kamu selagi kamu mempunyai kesanggupan. Wahai sekalian manusia,sesungguhnya kamu masih leka dalam perbuatamu, sedangkan setiap hari engkau terus menerus menghabiskan umurmu.Semenjak engkau keluar dari perut ibumu,setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur dan engkau pasti memasukinya."
Sistem liang lahad

Begitulah dalil yang Allah tunjukkan mengenai adanya alam kubur kepada manusia. Sama seperti adanya mati bagi mengakhiri hayat manusia, begitu juga adanya kubur sebagai tempat menunggu untuk menerima balasan baik dan jahat dari Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."

wahai warga dakwah!

Lambat-laun UMNO yang zalim akan tersungkur jatuh tergolek-golek walaupun pecacai dan dajainya berkerja tanpa henti-henti mempertahankannya. Itulah sunnatullah.

Kita benci mereka, tapi belum tau siapa musuh selepas ini?

Soalnya apakah golongan Islam mampu merebut kepimpinan dan kekuasaan setelah jatuhnya UMNO? Nik Aziz kata tak mampu, jadi Anwar yang layak jadi ketua!

Sewaktu Raja Farouk jatuh, ramai yang menjangka Naquib akan membina Mesir baru berdasarkan Islam; terdapat pimpinan Ikhwan yang terpesona dan terlibat dalam kerajaan walaupun sehingga terpaksa menanggalkan 'pakaian' Ikhwan mereka. Akhirnya Gamel Abdel Nasser memburu, menangkap, memenjara dan membunuh ribuan ahli Ikhwan; masihkah diingat akan Abdul Kadir Audah, Syed Qutb, Farghli, Yusuf Hawasi dll?

Dr Siddique Fadhil seketika dulu pernah membandingkan kisah ini dengan cerita penolak kereta buruk yang rosak. Sebaik kereta itu hidup enjinnya, pemandu terus memecut laju; konon bimbangkan enjinnya akan mati semula. Si penolak kereta hanya mendapat asap hitam yang tebal... dan ditinggalkan di jalanan yang sunyi meraba di malam nan kelam.

Usaha mengenepikan golongan dakwah setelah menang, sering berlaku di mana-mana pelosok dunia atas alasan tidak ingin mengganggu proses reformasi. Akhirnya golongan Islam menjadi musuh kepada sang pemerintah.

Kata Ahmad Syauki: "Teman dalam politik, musuh apabila berkuasa!"

Aku bimbang ahli-ahli PAS adalah penolak kereta itu!

-  abuadil_alkaf

Monday, 17 January 2011

Tariqat Sufiah & Tasawwuf - 3

HAKIKAT TASAWWUF


Unsur terpenting dalam tariqat sufiah adalah muryid atau syeikh yang mewarisi ilmu Nabi zahir dan batin.

Tanpa kehadiran seorang syeikh yang kamil, yang bersilsilah hingga sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, yang memenuhi syarat-syarat wasilah sebagai pemimpin rohani dan jasmani, kapal yang dinaiki bakal tersesat di tengah samudera luas, penumpangnya kemungkinan besar akan dirompak dan dibinasakan kerana telah berwasiat segala syeikh yang mulia;

"Sesiapa yang tiada syeikh baginya, maka syaitanlah syeikhnya."


Ulama Nusantara yang Amalkan Tariqat Sufiah

Ramai yang mengenali ulama-ulama Ahlus Sunnah Nusantara seperti Syeikh Daud Fathani, Syeikh Arshad Al Banjari, Syeikh Ahmad Al-Fathani, Syeikh Abdul Rashid Al-Fathani, Syeikh Abdus-Samad Al-Falimbani, Syeikh Idris Al-Marbawi dan ramai lagi. Namun tidak ramai yang sedar bahawa ulama-ulama ini adalah pengamal tariqat sufiah yang ulung, menjadikan tariqat sebagai nadi kekuatan dalam pendidikan, dakwah dan seluruh perjuangan hidup mereka.

Syeikh Daud al-Fathani (Tariqat Syathariyah)

Ketokohan Syeikh Daud al-Fathani dalam bidang fiqh diperakui oleh semua ulama di Asia Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau ini. Demikian juga ketokohannya dalam bidang usuluddin, tauhid dan ilmu kalam yang kiranya tidak perlu dijelaskan lagi.

Ketokohan beliau dalam bidang tasauf serba ringkas telah disentuh sebelum ini. Juga dibicarakan dengan mendalam dalam buku berjudul 'Perkembangan Ilmu Tasauf' (Jilid 1). Namun begitu, masih belum dianggap lengkap dan sempurna sekiranya tidak dibicarakan ketokohannya dalam orde Tariqat Syathariyah, yang mana adalah salah seorang syeikh mursyid kamil mukammilnya.

Pada suatu masa dahulu tariqat ini pernah memainkan peranan yang penting dalam dakwah Islamiah di Asia Tenggara. Bahkan ia adalah satu orde tariqat yang terbesar pengikutnya di Asia Tenggara sebelum masuknya Tariqat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah.

Syathariyah berkembang di Pulau Jawa, yang terbesar pengikutnya di Cerebon, Jawa Barat. Penyebarnya yang terkenal ialah Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan, murid Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri iaitu Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) Terengganu, Syeikh Yusuf Tajul Khalwati, semuanya adalah murid Syeikh Abdur Rahman al-Fansuri.

Di mana sahaja Tariqat Syathariyah dikembangkan di zaman mutakhir iaitu dimulai akhir abad ke-18 hingga ke abad ini, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetap dikenal dan disebut namanya.
Salah seorang muridnya mengenai tariqat ini seumpama Syeikh Zainuddin Sumbawa. Nama Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani lebih bersemi di hati umat Islam pengikut Tariqat Syathariyah di Alam Melayu, bahkan sampai-sampai ke Champa dan Burma. Salasilah tariqat ini di Asia Tenggara banyak bersambung dengan beliau.

Daripada Syeikh Daud al-Fathani dikenal pula ulama besar yang berasal dari Pattani sebagai khalifah-khalifah mursyid Tariqat Syathariyah seperti Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani, Syeikh Ismail bin Abdul Qadir bin Mustafa al-Fatani dan lain-lain.

Tata cara berzikir pula yang disalin dari naskhah tulisan tangan Syeikh Daud al-Fathani adalah sebagai berikut;

Duduk bersila menghadap ke arah kiblat.


Kedua tangan diletakkan di atas kedua lutut.Mata dipejamkan. Setelah itu diawali dengan lafaz ‘Laa’ dari bawah susu sebelah kiri, yang terletak hati ‘sanubari’, qasadnya ialah menarikkan pada hati sanubari daripada ‘aghyar dan maa siwallaahi Taala’.


Ditarik terus hingga memanjang bunyi lafaz ‘Laa’ hingga sampai ke bahu sebelah kanan, terus dilemparkan dengan lafaz ‘ilaaha’ dengan meniatkan bahawa melemparkan sekelian yang tersebut ke belakang.


Sesudah itu lalu lafaz ‘illa’ di atas bahunya yang kanan. Terakhir sekali memukulkan lafaz ‘Allah’ dengan sekeras-kerasnya ke dalam hati.

Demikianlah zikir pada setiap kalinya, bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Dengan memuji kepada Allah telah talkinkan zikir Syathariyah ini serta dengan bai'ahnya dan ‘Labsul Khirqati’ dan kaedah yang tersebut itu oleh faqir ilallahi Taala Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani.

Syeikh Daud bin Abdullah al- Fatani berpendapat bahawa pimpinan seorang syeikh mursyid sangat penting, beliau menulis sebagai berikut;

“Ketahuilah! Kadang-kadang seorang salik yang belajar itu melihat bahawa tiada sesuatu jalan untuk sampai kepada Allah, dia ragu dengan bermacam-macam amalan yang sangat banyak. Kadang-kadang dia tercengang dengan banyak ilmu pengetahuan yang telah dikuasainya. Apabila murid yang salik itu mempunyai syeikh yang arif billah (ahlil hakikat), maka hendaklah dia kembali kepada syeikhnya dan berpegang teguh atas petunjuknya”.

Dalam bahagian lain beliau menulis:
“Dan dengan benar orang yang berzikir iaitu benar murid serta syeikhnya sampai ia pada martabat siddiqiyah, hendaklah dia mengemukakan apa-apa yang terlintas di hatinya dari perkara yang jahat dan yang baik."

Berkata sebahagian orang yang arif:
“Tiada syarat syeikh itu mengetahui dan melihat atas batin murid, tetapi sebahagian dari syarat murid ialah bahawa memberitahu kepada syeikhnya sekelian yang terlintas pada hatinya."

Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani menulis selanjutnya:
“Bahawa dia (syeikh) adalah penolongnya dari pertolongan Nabi Muhammad s.a.w. Selamanya berhadap ke hadrat Tuhannya, apabila dikerjakan maka limpah pertolongan Ilahiyah daripada Allah pada hati penghulu kita dan dari hati penghulu kita - Nabi Muhammad s.a.w - kepada sekelian hati pada syeikh (masyaikh), dari satu kepada satu sampai kepada hati yang melakukan zikir. Bahawa yang demikian itu menjadi pertolongan dan pemberian Allah”.

Perlu diketahui oleh setiap penganut tariqat, terutama Tariqat Syathariyah adalah mengenai adabnya. Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani mengatakan bahawa adab zikir itu terbahagi kepada tiga iaitu:

* Adab sebelum melakukan zikir;
* Adab ketika berzikir.; dan
* Adab setelah berzikir.

Keterangan Syeikh Daud yang diringkaskan oleh penulis daripada kitab Dyiaa’ul Murid mengenai adab-adab berzikir adalah sebagai berikut;

a) Adab sebelum melakukan zikir

i. Taubat nasuha, iaitu taubat daripada sesuatu yang tidak memberi faedah kepada agama yang tersalah dari perkataan, perbuatan dan kehendak yang tidak muafakat dengan syarak.

ii. Suci badan daripada hadas-hadas besar dan hadas kecil dan kekotoran pada tubuh dan pakaian. Hendaklah mandi dan mengambil air sembahyang serta membersihkan pakaiannya.

iii. Mengharumkan pakaian dengan bau-bauan dan menyucikan mulut dengan bersugi (siwak).

iv. Dengan niat menegakkan perintah Allah bukan kerana lainnya kerana mengambil faedah dunia dan keinginan hawa nafsu.

v. Membesarkan Allah. Ketika menyebut Allah terasa benar akan kebesaran dan kehebatan-Nya.

b) Adab ketika berzikir

i. Hendaklah dia duduk di tempat yang suci seperti duduk dalam sembahyang bagi orang yang mubtadi, duduk bersila bagi orang yang muntahi.

ii. Meletakkan kedua telapak tangan di atas kedua lutut.

iii. Menghadap ke kiblat kalau dia berzikir seorang diri, jika berjemaah hendaklah membuat lingkaran keliling.

iv. Memakai wangi-wangian di tempat duduknya kerana tempat berzikir adalah tidak sunyi daripada malaikat dan jin yang beriman.
v. Berkekalan ikhlas iaitu semata-mata kerana perintah Allah bukan kerana lainnya.

vi. Benar zikirnya pada zahir dan batin hingga bersamaan antara keduanya. Juga benar hati terhadap sheikhnya pada zahir dan batin.

vii. Sedapat-dapatnya hendaklah sekelian yang dimakan dan yang dipakai adalah halal.

viii. Duduk di tempat yang kelam iaitu antara terang dan gelap.
ix. Memejamkan mata.

x. Menghadirkan makna zikirnya setiap kali mengucapkannya.

xi. Dinafikan tiap-tiap yang maujud pada hatinya selain daripada Allah.

xii. Diucapkan dengan nyaring (jahar).

xiii. Dengan kuat yang sempurna. Iaitu ditarikkan dari tengah kepala hingga ke anak jarinya.

xiv. Terkenang kepada syeikhnya.

xv. Menjauhkan lafaz yang lahan yang boleh mengubahkan maknanya.

c. Adab selepas berzikir

i. Menahan nafas beberapa kali kerana yang demikian itu lebih cepat menerangkan hati dan membukakan hijab (dinding), dan memutuskan khuatir nafas dan syaitan.

ii. Jangan meminum air selepas dari berzikir hingga berselang beberapa saat, kerana zikir itu bersifat panas, rindu dan menaikkan kegemaran kepada yang diingat (Allah) inilah tujuan zikir, sedangkan minum itu memadamkan yang demikian itu. Juga kalau minum adalah bertentangan dengan ilmu kedoktoran kerana boleh mengakibatkan penyakit muntah.

iii. Diam beberapa ketika sesudah berzikir serta dengan khusyuknya. Perkara ini ulama membahagikannya kepada tiga adab iaitu;

* Seakan-akan dia berhadap dengan Tuhannya, bahawa Tuhannya melihat kepadanya.

** Mengheningkan cipta (menumpukan fikiran) seakan-akan sehelai roma pun tidak bergerak seumpama kucing tatkala mengintai tikus.

*** Menafikan sekalian khuatir dan melaksanakan zikir itu di dalam hati.

iv. Meniatkan bagi wirid zikir. Mudah-mudahan menghidupkan hati sehingga tercapai cahaya makrifatullah sehingga diperolehinya sekalian sifat kamalat (kesempurnaan) seumpama zuhud dan lain-lain.

v. Mensyukuri akan nikmat-nikmat Allah. Bahawa Allah telah permudahkan melakukan suruhanNya dengan mengucap istighfar daripada taqsir yang hasil daripadanya tiga kali, seperti katanya: “Aku memohon pengampunan dari Allah dari segala taqsirku pada ibadatku sebilang-bilang nafasku”

Nama-nama kalimah nafi dan isbat

Sebagaimana telah dijelaskan bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah tokoh sufi Tariqat Syathatiyah. Salah satu karya tulisan beliau tentang tersebut dapat dilihat melalui kitab 'Dhiyaa’ul Murid'.

Bahagian terakhir karyanya itu beliau tulis nama-nama kalimah Laa ilahaa illallah. Dalam kitab Jawi yang lain dari kitab Dhiyaa’ul Murid tidak membicarakan hal ini. Oleh itu, penulis salin seringkasnya mudah-mudahan menambah keghairahan memperbanyak bacaan zikir Laa ilaaha illallah (nafi dan isbat) yang sangat dianjurkan oleh ahli warak dan solihin.

Menurut Syeikh Daud al-Fathani kalimah Laa ilaaha illallah itu mempunyai banyak nama yang disebut dalam kitab suci al-Quran, sebahagiannya penulis nyatakan seperti berikut;

i. Kalimah taqwa, dalam surah al-Fath : 26. Maksudnya:
"Dan biasakanlah mereka itu dengan taqwa. Taqwa tersebut adalah La ilaaha illallah.

ii. Kalimah Thaiyibah dalam surah Ibrahim ayat 24. Maksudnya:
"Allah telah membanding seumpama kalimat yang baik iaitu La ilaaha illallah seperti pohon kayu yang baik asalnya terhunjam pada bumi dan cabang-cabangnya menjulang ke langit".

iii. Kalimah Sabit dalam surah Ibrahim ayat 27. Maksudnya:
"Allah telah menetapkan sekelian orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap dalam hidup di dunia dan akhirat iaitu perkataan Laa ilaaha illallah."

Banyak lagi yang ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani dalam tulisannya yang tidak dapat disenaraikan semuanya. Antara lain-lain yang secara ringkasnya adalah berikut :

iv. Kalimatul ‘Ulya dalam surah at-Taubah ayat 40.

v. Kalimah Stabat dalam surah Muhammad ayat 19.

vi. Kalimah Husna dalam surah Yunus ayat 26.
vii. Kalimah ‘Adli dalam surah an-Nahl ayat 90.

xii, Kalimah Istiqamah dalam surah Fussilat ayat 30.

ix. Kalimah ‘Ahdi dalam surah Maryam ayat 87.

x. Kalimah Maqalid dalam surah Zumar ayat 63.

xi. Kalimah Tasydid dalam surah al-Ahzab ayat 70.

xii. Kalimah Haq dalam surah az-Zukhruf ayat 86.

xiii. Kalimah Shiratal Mustaqim dalam surah al-An’am ayat 15.

xiv. Kalimah Sidqi dalam surah az-Zumar ayat 33.

xv. Kalimah Iman dinamakan juga Kalimatul Khulud fi Jannah.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:
"Barangsiapa yang adalah pada penghabisan perkataannya Laa ilaaha illallah hal keadaannya suci hatinya lagi jernih daripada hatinya, masuk syurga itu bersama-sama orang-orang yang mendapat kemenangan tiada terdahulu seksa".

xvi. Kalimatus Ishmati wan Najah

Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Apabila mereka mengatakan Laa ilaaha illallah terpelihara daripadaku darah dan hartanya.”

xvii. Kalimatu Miftahil Jannah iaitu Laa ilaaha illallah.

xviii. Kalimatu Stamanil Jannah iaitu Laa ilaaha illallah.

xix. Kalimatul Ikhlas iaitu Laa ilaaha illallah.

xx. Kalimatu Da’watil Haq iaitu Laa ilaaha illallah.

xxi. Kalimatu ‘Urwatil wustqa iaitu Laa ilaaha illallah.

Kesimpulannya masih banyak amalan Syeikh Daud al-Fathani yang tidak dapat dibicarakan keseluruhannya, yang tentunya amalan wirid beliau sangat banyak. Di antara yang tidak pernah beliau tinggalkan adalah membaca selawat Dalailaul Khairat dan lain-lain.



Susunan: Tok Kelana
http://ulama-nusantara.blogspot.com/2008/05/daud-al-fathani-tokoh-tarekat.html

Thursday, 13 January 2011

Tariqat Sufiah & Tasawwuf - 2

F.  KESAKSIAN ULAMA AKAN TARIQAT & SUFI

Syeikh Hisham

Dari sini kita akan melihat pula bahawasanya ulama-ulama muktabar yang diakui oleh ummat Islam sepanjang zaman mengamalkan tariqat sufiah. Beradasarkan keterangan yang ada ulama-ulama ahlus Sunnah yang terkenal dengan ketinggian ilmu dan wara' mereka menyebutkan tentang kebenaran ahli-ahli sufi dan tariqat sufiah.

Imam Hanafi (Imam Abu Hanifah 81-150H)
"Jika tidak karena dua tahun, saya telah celaka kerana dua tahun saya bersama Sayyidina Ja'far as-Sadiq dan mendapatkan ilmu kerohanian yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar". (Ad-Durr al-Mukhtar, Jilid 1. m.s. 43)

Di dalam kitab Risalah Ma'rifat Shaikh Yahya Al-Kholidi menyebut; Imam Hanafi dan Imam Malik mengambil ba'iat tariqat daripada Syeikh Ja'afar Siddiq r.a. (Shaikh Ja'afar Siddiq diberi gelaran Imam-at-Toriqah wal Haqiqat disebabkan banyaknya silsilah tariqat melalui beliau dan juga disebabkan ketinggian beliau dalam ilmu haqiqat dan makrifat.)

Imam Shafi'e (150-205 H)

“Mempelajari ilmu fiqih tapi tidak menjalani tasawuf (jalan ahli sufi), maka hatinya tidak dapat merasakan (nikmatnya) taqwa, sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana mungkin dia menjadi baik?" (Dewan Al-Imam Asy-Syafi'i).

Imam Ahmad bin Hambal (164-241 H)

"Wahai anakku wajiblah di atas engkau mendampingi ahli-ahli tasawwuf itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kepada Allah Ta'ala dan kasih kita kepadaNya." (Risalah Qushairiyyahi).

Wasiat Imam Ahmad kepada anak beliau:
"Anakku jika kamu perlu duduk bersama orang-orang sufi, kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan spiritual yang tertinggi," (Tanwir al-Qulub, m.s. 405, Shaikh Amin al-Kurdi)

Pendapat Imam Ahmad tentang sufi:

"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" (Ghiza al-Albab, jilid. 1, m.s. 120)

Imam Al-Muhasibi

Imam Al-Muhasibi bercerita tentang usaha beliau mencari kebenaran dari kalangan berbagai kelompok agama yang mendakwa sebagai golongan yang benar. Beliau berusaha sambil benar-benar mengharap petunjuk Allah kepada golongan yang benar-benar mengikuti Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Akhirnya beliau menemui di dalam hati beliau yang diberi sinar petunjuk oleh Allah bahawa golongan sebenar yang bertaqwa kepada Allah dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi adalah ahli tasawwuf (ahli makrifat).

“Yang Maha Pengasih menunjukkan aku, satu kaum yang dalam diri mereka terdapat tanda-tanda ketaqwaan, simbol kewara’an dan utamakan akhirat daripada dunia.” “Aku menjadi yaqin bahawa mereka lah (ahli makrifat, ahli tasawwuf) yang menempuh jalan akhirat dan mengikuti jejak Rasul. Mereka adalah lampu penerang bagi orang yang meminta penerangan bagi mereka. Dan mereka adalah penunjuk jalan bagi yang memerlukannya”  (Abu Abdullah Haris Al-Muhasibi wafat 243 H, Al-Wasaya : m.s 27-32)

Imam Al-Qushairi

"Allah membuat golongan ini yang terbaik dari wali-waliNya dan Dia mengangkat mereka di atas seluruh hamba-hambaNya sesudah para Rasul dan Nabi, dan Dia memberi hati mereka rahsia kehadiran IlahiNya dan Dia memilih mereka di antara umatNya yang menerima cahayaNya. Mereka adalah sarana kemanusiaan, Mereka menyucikan diri dari segala hubungan dengan dunia dan Dia mengangkat mereka ke kedudukan tertinggi dalam penampakan (kasyaf). Dan Dia membuka kepada mereka kenyataan akan KeesaanNya. Dia membuat mereka untuk melihat kehendakNya mengendalikan diri mereka. Dia membuat mereka bersinar dalam wujudNya dan menampakkan mereka sebagai cahaya dan cahayaNya ." (ar-Risalat al-Qushayriyya, m.s. 2)

Imam Al-Ghazali 

"Aku yaqin dengan benar bahawa para ahli sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahawa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi [al-Munqidh min ad-dalal, m.s. 131].

Imam Fakharuddin Ar-Razi
 
"Jalan para sufi adalah mencari ilmu untuk memutuskan diri mereka dari kehidupan dunia dan menjaga diri mereka agar selalu sibuk dalam pikiran dan hati mereka dengan mengingat Allah, pada seluruh tindakan dan perilaku" ." [I'tiqadat Furaq al-Musliman,m.s. 72, 73]

Ibnu Khaldun 

"Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara sahabat, tabi'een dan tabi' at-tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah dan meninggalkan perhiasan dan kesenangan dunia" [Muqaddimat ibn Khaldun, m.s. 328]

Imam Tajuddin As-Subki 

"Semoga Allah memuji mereka dan memberi salam kepada mereka, kaum sufi dan menjadikan kita bersama mereka di dalam syurga. Banyak hal yang telah dikatakan tentang mereka dan terlalu banyak orang bodoh yang mengatakan hal-hal yang tidak berhubungan dengan mereka. Dan yang benar adalah bahawa mereka meninggalkan dunia dan menyibukkan diri dengan ibadah"

"Mereka adalah Ahlillah yang doa dan solat mereka diterima Allah, dan melalui berkat doa mereka Allah menurunkan pertolonganNya. [Mu'eed an-Na'eem wa Mubid An-Niqam, m.s. 190

Imam Jalaluddin As-Sayuti 

"Sesungguhnya tasawwuf adalah ilmu yang mulia. Ian adalah mengikuti sunnah, meninggalkan bid’ah, membebaskan diri dari hawa nafsu, menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya, mecari redha dan cintaNya!" [Ta'yid Al-Haqiqah al-Aliyyah ]

Ibnu Abidin 

" Para pencari jalan ini tidak mendengar kecuali kehadiran Ilahi dan mereka tidak mencintai selain Dia. Jika mereka mengingat Dia mereka menangis. Jika mereka memikirkan Dia mereka bahagia. Jika mereka menemukan Dia mereka sadar. Jika mereka melihat Dia mereka akan tenang. Jika mereka berjalan dalam kehadiran Ilahi, mereka menjadi lembut. Mereka mabuk dengan rahmatNya. Semoga Allah merahmati mereka". [Rasa'il Ibn Abidin m.s. 172-173]

Rashid Rida 

Dia berkata,"tasauf adalah salah satu pilar dari pilar-pilar agama. Tujuannya adalah untuk membersihkan diri dan mempertanggungjawabkan perilaku sehari-hari dan untuk menaikan manusia menuju maqam spiritual yang tinggi" [Majallat al-Manar, 1st year, m.s  726].

Abu Hassan Ali An-Nadwi 

Maulana Abul Hasan 'Ali an-Nadwi anggota the Islamic-Arabic Society of India and Muslim countries. Dalam Muslims in India, m.s 140-146, "Para sufi ini memberi inisiasi (bai'at) pada manusia ke dalam keEsaan Allah dan keikhlasan dalam mengikuti sunnah Nabi dan dalam menyesali kesalahan dan dalam menghindari setiap maksiat kepada Allah SWT. Petunjuk mereka merangsang orang-orang untuk berpindah ke jalan kecintaan penuh kepada Allah" "Di Calcutta, India lebih dari 1000 orang mengambil inisiasi (bai'at) ke dalam tasauf"

"Kita bersyukur atas pengaruh orang-orang sufi, ribuan dan ratusan ribu orang di India menemukan Tuhan mereka dan meraih kesempurnaan melalui Islam".

Imam Hassan Al-Banna 

“Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian, yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).”

“Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi.”  (Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah)

G.  KESIMPULAN 

Daripada penjelasan di atas, adalah diharapkan kita mendapat gambaran asas mengenai tariqat sufiah. Ia bukanlah perkara baru yang direka oleh para ulama, tetapi ia adalah amalan Nabi saw yang bersumberkan wahyu Ilahi. Penjelasan ini juga diharapkan dapat menolak kefahaman dan tanggapan yang salah berkenaan ilmu yang murni ini. Sama ada ia berupa penolakan mutlak oleh golongan jahil atau penyalahgunaan oleh golongan sesat!

Semoga kita semua tergolong kedalam mereka yang mengikuti jalan kemuliaan Rasulullah ini. Atau sekurang-kurangnya menyanjung dan mengasihi mereka semua!

Rujukan Utama;
Munqiz Ala-Dhalal,
Risalah Qushairiyyah
Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah

Wednesday, 12 January 2011

Tariqat Sufiah & Tasawwuf - 1

A. Muqaddimah

Seribu lima ratus tahun adalah satu jangka waktu yang panjang. Gunung-gunung telah menjadi busut. Sungai-sungai telah pun kering. Bumi kehilangan wajah aslinya namun warisan amalan Nabi صلى الله عليه وسلم tetap teguh. Tali Allah yang Nabi hulurkan tetap menjadi pegangan sebahagian ummat yang cintakan Baginda. Allah tetap akan memelihara agamaNya.

Istilah-istilah tariqat sufiah, ahli-ahli sufi, ilmu tasawwuf adalah di antara amalan Nabi صلى الله عليه وسلم yang menjadi bahan perhitungan sepanjang zaman. Ada yang mencemuh, ada yang menghina, ada yang salah gunakannya, ada pula yang mengambil kesempatan di atas kelebihannya.
Penyerahan diri...

Sangat sedikit manusia yang berjalan di atasnya dengan kebenaran!

Banyak huraian yang telah dibuat sebelum ini oleh pelbagai pihak untuk merungkai masalah ini. Dalam kesempatan ini kita cuba untuk melihat apa itu tariqat sufiah yang sebenar. Dari mana pengambilannya. Apa amalan-amalannya secara praktikal, tanpa berlebih-lebihan pada istilah yang sukar dengan cara yang paling mudah untuk difahami.

B. Tafrif Tariqat Sufiah

Sekalian ulama arif billah, ulama ahlus sunnah yang haq telah mengemukakan berbagai istilah dalan mentakrifkan tariqat sufiah. Kita cuba untuk melihat sebahagian daripadanya;

i) Tariqat Sufiah adalah ilmu mengerjakan zikrullah, muraqabah (tafakkur/merenung) dan musyadah (syuhud/menyaksikan) sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang benar dalam tauhidnya serta menjadi ubudiah dengan sebenar ubudiah.

ii) Tariqat sufiah menerangkan cara-cara seseorang itu menjalani jalan ketuhanan sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah.

iii) Tariqat sufiah adalah ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ia bercahaya dengan cahaya Rabbaniah. Dengan demikian membebaskan dirinya daripada sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat kekejian) kemudian menghiasinya dengan segala sifat mahmudah (sifat-sifat kepujian) serta menyucikan hatinya dari segala macam syirik khafi (syirik yang tersembunyi)".

iv) Tariqat sufiah adalah satu disiplin ilmu kerohanian yang tersusun terdiri daripada berbagai latihan kerohanian berdasarkan kitabullah dan sunnah RasulNya. Dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini seseorang hamba bakal dibukakan oleh Allah Ta'ala (dengan rahmatNya) kepada hakikat Islam, iman dan ihsan.

Ada banyak lagi makna serupa yang diberikan oleh sekalian arifin billah yang kesemua itu tidak bertentangan. Sebaliknya ia menuju kepada satu matlamat, iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri) bebas daripada segala sesuatu selain Allah. Sehingga hanya Allah yang bertahta di dalam hatinya.

C. Adakah Ia Bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Nabi?

Seluruh ilmu dan amalannya adalah diambil dari perjalanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bersumberkan wahyu Ilahi. Asas ilmu ini diterima dari Nabi صلى الله عليه وسلم. Para sahabat Nabi dan ulama-ulama yang mengikuti mereka kemudiannya menunjukkan cara-cara dan kaedah beramal.

Di zaman Nabi masih hidup, amalan-amalan yang berkaitan dengan kerohanian ini wujud tanpa nama. Maksudnya tariqat dan tasawwuf adalah amalan Nabi صلى الله عليه وسلم , tetapi belum diberi nama dengan nama tertentu!

Sebagaimana juga disiplin ilmu-ilmu Islam yang lain, istilah tariqat sufiah mula diperkenalkan oleh para ulama pada kurun pertama dan ke-2 Hijrah sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun. Mereka telah menghimpunkan seluruh ilmu kerohanian ini menjadi satu ilmu Islam yang tersusun dengan menunjukkan beberapa cara mengamalkannya dengan betul beradasarkan petunjuk Nabi saw.

D. Apakah Latihan-latihan Kerohaniannya serta Dalilnya?

Berikut kita cuba bentangkan amalan-amalan pokok dalam tariqat sufiah ini yang semuanya bersumberkan wahyu Ilahi serta diamalkan oleh Nabi dan para sahabat Baginda.

1. Taubat dengan taubat yang benar.

Inilah unsur paling penting dan amalan yang terus menerus yang dikehendaki oleh si salik (orang yang menuju Allah) melakukannya. Kerana sifat manusia sentiasa lalai dan lupa kepada Allah Ta'ala. Sentiasa melakukan dosa dan maksiat zahir dan maksiat batin. Maka wajib membersihkan diri bersungguh-sungguh dengan taubat.
Firman Allah:  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً

"Wahai orang-orang yang beriman! Taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang sungguh) " -  At-Tahrim :8 

Firman Allah:  إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan diri."  -  Al-Baqarah : 222

2. Zikrullah dengan zikir yang banyak-banyak

Ini adalah asas kepada semua tariqat sufiah. Zikirnya berperingkat-peringkat bermula dari jihar (lafaz dengan lidah) sehingga keperingkat ke dalam hati.

Firman Allah:  أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)"  -  Ar-Ra’d : 28

Firman Allah:  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اذْكُرُواْ اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya."  -  Al-Ahzab (33) : 41

Firman Allah:  يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَلُكُمْ وَلاَ أَوْلَـدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَـسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." -  Al-Munafiqoon, (63) : 9

Zikir adalah penyuci kepada hati. Dengan banyak-banyak zikrullah hati seseorang akan suci sedikit demi sedikit dari kekotoran duniawi lalu bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah. Melalui cahaya ini seseorang akan dibukakan oleh Allah kepada ketuhanan, yang menerbitkan tauhid dan keimanan yang teguh kepada Allah Ta'ala.

3. Suluk, khalwah, atau uzlah

Amalan ini berdasarkan sunnah Nabi berkhalwah, iaitu mengasingkan diri di Gua Hira' Jabal Nur. Amalan ini telah diakui oleh seluruh ulama muktabar sebagai amalan yang sangat berkesan ke dalam hati dan roh.
Seseorang yang ingin menyucikan dirinya daripada segala kekotoran jiwa serta segala aghyar (selain Allah) perlu mengasingkan dirinya beberapa waktu dari manusia untuk beribadat, berdoa dan munajat kepada Allah.

Keheningan dari keriuhan dunia akan memberikan ketenangan jiwa dalam menghadap Rabbul Jalil. Dengan ketenangan itu seseorang akan dapat memusatkan ingatan dan rohnya kepada Allah Ta'ala.

4. Banyakkan selawat

Kebanyakan kita telah mengetahui perintah Allah Ta'ala supaya bersolawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم .

Ramai di antara kita yang mengamalkannya untuk mendapatkan berbagai kelebihan sama ada kebaikan dunia atau kebaikan akhirat.
Menurut pandangan ahli makrifat/ahli sufi, selawat atas Nabi adalah menempati zikrullah, iaitu ia menyucikan hati dan menerbitkan cahaya keimanan di dalam hati. Cahaya keimanan ini membukakan hati kepada alam ketuhanan dan tauhid serta menerbittkan taqwa yang tinggi serta kasih kepada Allah dan RasulNya yang tiada berbelah bahagi. Maka benarlah kata Nabi, orang-orang yang paling banyak berselawat atas Baginda akan berada bersama Baginda di akhirat kelak.

Firman Allah Ta'ala;

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. -  Surah Al-Ahzab: 56

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.  - riwayat Muslim

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. - riwayat at-Tirmizi

Dari Anas Radiyallahu 'Anhu, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku (Nabi) dengan sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat, dan menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan diangkat pula sepuluh darjat -  riwayat oleh Ahmad, Nasa'ie dan Al-Hakim.

Dari Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu, bersabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa beselawat ke atasku (Nabi) sewaktu pagi sepuluh kali dan sewaktu petang sepuluh kali maka engkau akan mendapatkan syafaat pada hari Kiamat" - riwayat Attabrani

5. Perbanyakkan solat sunnat

Paling utama adalah solat taubat dan solat tahajjud. Dalil-dalil tentang kelebihan dan kebaikan solat sunnat juga telah diketahui umum.

Bagi kebanyakan orang awam, solat sunnat dilakukan dengan tujuan tertentu sama ada untuk mendapat pahala atau untuk kebaikan di dunia.

Di sisi ahli makrifat ia bukan sahaja bertujuan untuk mendapat kebaikan bahkan ia dijadikan sebagai suatu ibadah untuk mensyukuri nikmat Allah yang terlalu banyak serta munajat dan menyungkur sujud di hadapan Allah menyatakan kehinaan mereka sebagai hamba Allah - di hadapan Tuhan Rabbul Jalil Yang Maha Agung!

Bangun di tengah kesunyian malam menghadap Allah ketika insan lainsedang lena, menimbulkan ketenangan berhubung dan bermunajat kepada Allah.

6. Bermujahadah melawan keinginan nafsu kekejian.

Melatih diri dengan bermujahdah secara berungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang suka kepada kekejian dan bersedap-sedap pada keduniaan dengan cara;

*  mengurangkan makan;
*  mengurangkan bercakap. Hentikan bercakap yang tiada faedah dan sia-sia;
*  mengurangkan tidur; dan
*  mengurangkan pergaulan yang tidak perlu.

Kurangkan bercakap, banyak zikir... pergaulan yang tidak perlu!

Nafsu manusia memang inginkan kesenangan, suka berpoya-poya dengan segala keindahan dan keseronokan duniawi. Seseorang yang mengikuti hawa nafsunya akan merosakkan hati dan imannya. Akibatnya seseorang akan jauh dari rahmat Allah dan akhirnya membinasakan diri sendiri.

Menuruti segala kemahuan hawa nafsu kejahatan yang cenderung kepada keduniaan adalah dicela dan dikeji dalam syara’.

Firman Allah:  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً

"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? - Al-Furqan : 43

Firman Allah:   وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَـهُ بِهَا وَلَـكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الاٌّرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـثَايَـتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir."  - Al-Araf (7) : 176

Sebaliknya Allah Ta’ala memuji hamba-hambaNya yang sentiasa menyucikan hatinya serta mengengkari kemahuan nafsu kejahatan hatinya.

Firman Allah: وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى - فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِىَ الْمَأْوَى

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya." -  An-Nazi’at (79) : 40, 41

Firman Allah: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan diri." -  Al-Baqarah : 222

7. Lazimkan membaca Al-Qur'an

Latihan asas sejak zaman kaanak-kanak

Banyak kelebihan dan keistimewaan diberikan oleh Allah Ta'ala kepada mereka yang berjinak-jinak dan memuliakan kalam Allah.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkan” -  Riwayat Bukhari

“Siapa saja yang membaca satu huruf Al Qur’an, baginya satu kebaikan. Satu kebaikan akan menjadi sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim itu satu huruf, melainkan alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf” - riwayat at-Tirmizi - hasan shahih

Menurut pandangan ahli makrifat, Al-Quran adalah cahaya dan menerangi hati mereka yang membacanya dengan tadabbur dan penuh khusyu'.

Demikian kami bentangkan sebahagian dari amalan-amalan penting dalam tariqat sufiah. Kita melihat kesemua amalan tersebut adalah bersumberkan Al-Qur’an dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم .

Kita cuma sebut secara umum tanpa perincian yang panjang, terutama dalam amalan zikrullah yang menjadi asas kepada didikan kerohanian ini, terdapat banyak sekali tingkatan zikir dan bentuk-bentuk zikir yang berlainan. Mulai dari zikir lisan kemudian disusuli zikir hati, zikir nafas, zikir ruh dan lainnya. Kemudian ini disusuli pula dengan berbagai tingkatan muraqabah dan musyahadah. Semua ini mengambil masa yang sangat panjang serta memerlukan kesungguhan dan istiqamah. Perkara ini akan di bincangkan pada masa akan datang jika perlu.

E.  Unsur-unsur Penting dalam Tariqat Sufiah

i). Syeikh atau imam atau dipanggil juga mursyid yang memimpin tariqat sufiah.

Seorang syeiikh adalah seorang mukmin yang telah mendapat limpahan hikmat Ilahiyyah serta mahir dalam ilmu kerohanian mendidik jiwa manusia. Dan beliau ini mestilah telah mendapat ijazah daripada Syeikhnya atau imam yang memimpinnya sebelumnya sambung-menyambung silsilah perguruan ini hingga sampai kepada Rasulullah saw.

Untuk melihat syarat-syarat lengkap seorang syeikh sila rujuk;
http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=694&start=0

ii). Sistem pendidikan kerohanian yang tersusun dan lengkap.

Setiap amalan/wirid/zikir/latihan kerohanian mempunyai adab, peraturan dan kaifiyyat (susunan cara mengerjakannya) tertentu yang mempunyai kesan yang sangat kuat kepada hati.

iii). Zikrullah sebagai teras dan asas kepada didikan jiwa dan roh.

Seluruh ahli makrifat/syeikh tariqat sufiah bersepakat mengatakan unsur zikrullah adalah menjadi unsur terpenting dalam didikan hati, penyucian hati dan roh sehingga ia bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah, memperoleh tauhid yang benar dan tahqiq serta melaksanakan ubudiyyah kepada Allah dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah:  اتْلُ مَا أُوْحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَـبِ وَأَقِمِ الصَّلَوةَ إِنَّ الصَّلَوةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”