| Oleh: musrights |
|
| Muzakaroh bukan bermakna, mahu menunjuk siapa yg baik @ siapa yg kurang baik... muzakaroh membawa diri yang sentiasa tenggelam dalam lautan Zikrullah, kefahaman yang lebih jelas nyata.. bukan sebab penerangan2 dan hujah2 dari sesiapa. Asbabnya muzakaroh, hati yang sentiasa tenang... lalu hati yang tenteram itu sentiasa berserah diri kepada Tuhan-nya dengan rasa yang sepuas-puasnya; akan ditumpahkan limpahan minyak zaitun, yang berbau harum semerbak wanginya tidak dari atas tidak dari bawah... tidak dari depan dan tidak dari belakang. Minyak itu sahaja berkilauan cahayanya, memancar-mancar, apatah lagi bila disentuh dengan api... seperti juga dengan membaca al-Qur'an. Bacalah perlahan-lahan - satu nafas dan pada setiap nafas itu siap dengan zikrullah - satu nafas satu ayat, iaitu jangan dengan tergesa-gesa. Bacalah maksud setiap ayat-ayat yang dibaca kerana dengan asbab itu, sebenarnya "Roh" lah yang mengumpulkan al-Qur'an itu dalam diri-mu.. "Roh" lah sebenarnya yang membaca, yang menyempurnakan bacaan dan "Roh" lah yang akan memberi penjelasan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat itu.. Kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku" Kata ALLAH lagi; "Insan itu Rahsia-Ku, dan Akulah Rahsia-Nya" Maksud "Rahsia" di sini.. bukanlah 'rahsia' yang ada dalam fahaman manusia. Sedangkan pada fahaman manusia Rahsia itu adalah sesuatu yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Apabila diceritakan sesuatu Rahsia maka ia akan menjadi satu kesalahan, iaitu dipersalahkan.. Namun Rahsia dalam bahasa ALLAH. Rahsia adalah sesuatu yang belum dizahir di alam Syahadah @ Dunia.. Zahirnya ia di alam Ghoib. Ia sudah muktamad pada sifatnya, sudah muktamad pada namanya, sudah muktamad pada perbuatannya namun masih lagi menjadi Rahsia; yang boleh dilihat oleh mata ghoib, tetapi belum boleh dilihat oleh mata Zahir - boleh dipegang dengan tangan ghoib, tetapi belum boleh dipegang oleh tangan zohir kerana Rahsia itu Ia-Nya dalam bentuk ghoib.. Jadi untuk menzahirkan Rahsia itu maka Zahirnya insan adalah zahir Rahsia yang terpendam itulah maka ghoib yang menjadi Rahsia itu zohirlah adanya. Zohirlah Ia dengan sifat yang telah muktamad itu Zohirlah Ia dengan Nama yang telah muktamad itu Zohirlah Ia dengan Perbuatan yang telah muktamad itu Maka apakala yang zohir telah mengenal yang ghoib, yang menjadi Rahsia dirinya maka kenallah diri Zohir akan maksud zohirnya yang Rahsia itu; itulah hakikat Diri-Nya. Maka sudah tidak menjadi Rahsia lagi akan segala Rahsia bagi mereka yang mengenal Diri-Nya Contoh yang menepati maksud.. dlm al-Qur'an: Kata ALLAH; "Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya. Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut bacaannya itu..Kemudian sesungguhnya atas Kami penjelasannya" Surah Al-Qiyamah, 16-19 Kata-kata daripada mereka yang kamil-mukammil, yang hidupnya abadi - ghoib jasad beserta Roh, katanya; "Roh itu Allah dah tu.." ***************************************************************** Kata-kata Hikmah:
|
|
| Ibnu Baththah berkata : “Sungguh demi Allah, alangkah mengagumkannya kecerdasan kaum itu, betapa jernihnya pikiran mereka, dan alangkah tingginya semangat mereka dalam mengikuti sunnah nabi mereka dan kecintaan mereka telah mencapai puncaknya hingga mereka sanggup untuk mengikutinya dengan cara seperti itu. Oleh sebab itu ikutilah tuntunan orang-orang berakal seperti mereka ini --wahai saudara- saudaraku-- dan telusurilah jejak-jejak mereka niscaya kalian akan berhasil menang dan jaya.” (Al Ibanah 1/245) ------------------------------------------------------- Al Auza’i berkata : “Berpeganglah dengan atsar Salafus Shalih meskipun seluruh manusia menolakmu dan jauhilah pendapatnya orang-orang (selain mereka) meskipun mereka menghiasi perkataannya terhadapmu.” (Asy syari’ah 63) -------------------------------------------------------- SEsungguhnya Allah S.W.T diri kita pada Martabat Ahdah menyatakan diriNya dengan SifatNya Sendiri dan memuji SifatNya Sendiri dengan AsmaNya Sendiri serta menguji SifatNya dengan afa’alNya Sendiri. Sesungguhnya tiada sesuatu sebenarnya pada diri kita kecuali diri Sifat Allah,Tuhan semesta semata - mata. --------------------------------------------------------- “Manusia itu adalah rahsiaKu dan aku adalah rahsia manusia itu sendiri & barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah tuhannya" . --------------------------------------------------------- (Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakankan manusia – Adam -dari tanah; Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. ( Ayat 71 – 72 : Surah Saad ) Bukanlah sujud itu kepada Adam, tetapi Roh yang menzahir diri menjadi Adam kerana Roh itu Rahsia-Ku ---------------------------------------------------------- KITAB RAHSIA TO’ KU PALOH Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah. Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah. Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah. Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah. ---------------------------------------------------------- Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :- Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ? Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ? Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ? Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ? “ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An Nur: 35) Moga diri bercahaya-cahaya dgn cahaya ALLAH.. |
|
| |
|
|
|
|
| | | |
No comments:
Post a Comment