Wednesday 24 April 2013

Perbezaan Solat

musrights
Rekrut
Rekrut


Joined: Sep 12, 2008
Posts: 65
PostPosted: Thu Apr 25, 2013 12:34 am    Post subject: Reply with quote


Mereka yg tidak yakin bahawa diri mereka itu adalah hakikatnya “Roh yg berjasad halus”, bagi mereka SOLAT itu bermaksud “Sembahyang”..

* Perbuatan sembahyang .. mereka merasakannya sedang menyembah sesuatu.. iaitu Sembah-Yang Maha Esa.. Sembah-Yang Maha Melihat.. Sembah-Yang Maha Kuasa... mereka sukar utk merasa khusyuk.. apatah lagi merasa fana dlm ibadahnya..

* Pabila ditanya; “Apa yg kamu sembah?” mereka menjawab; “kami menyembah ALLAH”.. bila ditanya lagi; “Di mana ALLAH yg kamu sembah itu?”.. dgn tegas mereka menjawab; “ALLAH berada di atas langit.. di atas arasy”.. Pabila ditanya lagi; “Bukankah ALLAH tidak mempunyai tepi.. bagaimana mungkin ALLAH ada di atas langit sahaja?”.. sambil pening dgn soalan, mereka juga angin satu badan..

* Jasad mereka Sembah-Yang.. namun batin mereka keluh kesah.. hati mereka lalai semasa Sembah-Yang..

Mereka yg yakin bahawa diri mereka itulah hakikatnya “Roh yg berjasad halus” yg menjadi Rahsia ALLAH (Roh itu Rahsia-Ku) yg hidup kekal abadi.. bagi mereka SOLAT itu bermaksud pengabdian dan penyerahan diri seluruhnya kpd ALLAH (Zat, Sifat, Asma’ & Af’al).. bukan Sembah-Yang Maha Besar dan sebagainya.

* Perbuatan SOLAT, mereka “Roh yg berjasad halus” yg hakikatnya adalah “Rahsia ALLAH”.. menyerahkan dirinya kpd ALLAH.. “Bismillahi tawakkal tu ‘alALLAH.. laa hau lawala Quwwata illa billaah”.. Dgn nama ALLAH kami berserah diri (menyerahkan diri) kpd ALLAH.. tiada upaya dan tiada kekuatan melainkan ALLAH..

Kembali ia kepada ALLAH, sesuai dengan maksud; “inna lillaahi wa inna ilaihi ro ji’uun”.. sesungguhnya kami dari ALLAH, dan sesungguhnya kpd ALLAH jua tempat kami kembali.

* Mereka telah pasrah dlm SOLAT.. jiwa & raga.. zahir & batin.. hinggakan fana itu, tenggelam dirinya “Roh yg berjasad halus” yg ALLAH kata; “Roh itu Rahsia-Ku” itu, di lautan Zat, Sifat, Asma’ & Af’al ALLAH semata-mata..

Hingga merasa ia bahawasanya, tidak berkata-kata ia melainkan yg berkata-kata itu ALLAH.. tidak mendengar ia melainkan yg mendengar itu ALLAH.. tidak melihat ia melainkan yg melihat itu ALLAH.

* Seluruh zarah dlm Jasad merasai pengabdian itu (SOLAT).. nafasnya sentiasa menyebut nama ALLAH.. mata hatinya sentiasa memandang ALLAH (Zat, Sifat, Asma' & Af'al).. menjelajah lah 'Roh yg berjasad halus' itu ke alam-alam yg lebih tinggi

*bahkan diluar solat juga, mereka berterus-terusan mengabdi kpd ALLAH.. inilah yg dinamai sebagai "Solatu daim".. memandang hanya kpd ALLAH (Zat, Sifat, Asma' & Af'al)


No comments:

Post a Comment