Wednesday 16 March 2011

Islam Awal di Gunung Jerai

Oleh: TNL Kasim Ibni TNL Ahmad (Asal-usul Bangsa Siam - II)

Sejarah berlaku di mana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser (Raja Merong Mahawangsa) yang datang kemudian. Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukan dengan menaiki perahu atau kapal kecil, tetapi diiringi oleh beribu-ribu orang tentera dan berpuluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 Hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunung tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan).

Pemandangan dari atas Gunung Jerai: menampakkan Yan di bawah sana

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayut’ia milik Wali Al-Mustapa yang pernah ditenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Nuh Alaihissallam dan sebuah masjid di puncak gunung tersebut (tapak istana ini masih ada di km 3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina ‘rest house’ oleh penjajah Inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, “Joo-rai?” bermakna, “siapa-duduk?”.

Lantas, hingga ke hari ini gunung tersebut dikenali sebagai Gunung Jerai. Ketika pergi melawat ke istana tersebut, masih ada lagi ‘tile’ dan anak tangganya. Ada satu batu bersurat yang tertulis “Aey ne (Ini)...” telah dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris dan terus terbenam kisahnya!

Baginda Raja Merong Maha Wongser lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka di kawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Mereka telah membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah. DI sana juga terbina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda, Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar sama sahaja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang ditemui di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al-Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang (lihat gambar di bawah).

Pintu gerbang... ia terletak hanya 2 km saja dari Sungai Mas dalam pekan Kuala Muda. Di tengah-tengahnya ada lambang bunga teratai yang turut menghiasi makam Raja Merong Mahawangsa dan makam-makam keturunannya yang lain. Tulisan kawi ayat-ayat suci Al-Quran pada 'arch' (lengkok) telah dipahat buang. Sama juga dengan 'arch' pada bangunan di Ayuth'ia pun turut dipahat buang.

Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Ser. Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam, tetapi telah dibuatkan cerita tahyul tentang meriam yang besar jatuh ke dalam sungai. Istana di situ pula dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah! Inipun satu pembohongan. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, 'jadi-permaisuri-tunggak-negara') lalu dikurniakan seorang putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. Pho-diset bermakna “lelaki-terbaik”.

Phodiset ini apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan dinamakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). 'Lanchang' (lan-chang) bermaksud “Gerak Bijak”, satu tindakan ke arah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam yang bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung yang kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). 'Ma-la-ka' bermaksud 'marilah niaga' dan 'ma-la-yu' bernaksud 'marilah duduk sini'.


"Empire of the Great Mongol", peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Mongol di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Mongol India apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka), dalam tahun 1530.

Perkataan lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, ‘Lancang Kuning' belayar malam, haluan menuju ke laut dalam, kalau nakhoda tidaklah faham, alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tidak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, yang terlebih dahulu digunakan oleh maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu.

Thailand pada hari ini adalah sebahagian daripada negeri Siam Lanchang Islam di zaman Phodiset Syed Jamalul Alam Badrul Munir. Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukothai, tetapi oleh Raja Siam Islam yang bernama Phodiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Maha Wong Ser. Dari merekalah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang Melayu yang ada pada hari ini.

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, yang masih lagi memakai cawat. Ataupun seperti orang asal di semenanjung pada hari ini. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-undang Kedah, transliterasi teks penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005.

Oleh sebab itu Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar.

Baca di sini, http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html



Beginilah teknik yang digunakan oleh Inggeris dan Thai sewaktu membunuh Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Long Jaafar, Larut) dalam tahun 1876 dahulu di belakang balai Polis Gurun. Gurun bermaksud 'gerun". Thai kemudiannya menjajah Kedah selama 5 tahun hingga tahun 1881dan memusnahkan 15 istana Maharaja Benua Islam Nagara Kedah. Chulalongkorn kemudiannya melantik menantunya, Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Cik Manjalara menjadi Sultan Negeri Kedah.

Puak Thai mengatakan pihak Siam Islam telah meng’hijack’ sejarah mereka, pada hal merekalah penyamun yang mencuri sejarah asal bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka hanya menggunakan terjemahan bahasa Thai yang dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Jelas puak Ya'juj ini masih menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka sejak zaman dahulu. .

Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah. Letaknya tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 Masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu.

Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak menyiasat?



Tambahan... Maharaja China 
 
Maharaja China Islam, Sai Tee Sung dari Dinasti Tang
 
Maksud menurut bahasa Siam Kedah, 'Sai - pemerintah kawasan, Tee-tempat, Sung- yang tinggi'. Kuning adalah warna Maharaja China, begitu juga warna raja-raja Siam Islam seperti yang tercatat dalam Undang-undang Kedah. Raja-raja Siam Islam ini adalah sebahagian daripada raja-raja Melayu yang ada pada hari ini. Dia diislamkan oleh utusan baginda Rasullullah saw yang bernama Saad Bin Abi Waqas dalam tahun 650 Masihi di negeri China. Maka berkuning jugalah warna raja-raja kita pada hari ini seperti mana warna yang digunakan oleh Maharaja China pada zaman dahulu. Berpayung kuning juga mereka, padahal mereka adalah raja-raja daerah. Yang Dipertuan Agong, waris yang sebenar dipinggirkan dan disisihkan bersama-sama sejarah sebenar. 

Tambahan... Laksemana Cheng Ho @ Man San Bao @ Haji Mahmud Syam

Tugasnya menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan nusantara kerana berada di bawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah mengerjakan haji ke Tanah Suci Mekah. Ada catatan yang menyebut Cheng Ho mempunyai dua orang adinda perempuan.

Seorang puteri diketahui berkahwin dengan Rama Tibodi Parameswara Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Johan Syah Al Adil. Permaisuri ini, hari ini kita kenali sebagai Puteri Lindungan Bulan dan baginda bersemayam di Kota Naga, Jenan berhampiran Jitra Kedah. Sementara seorang lagi puteri tidak diketahui (mungkin Samudera Pasai). Namun begitu, sebagai makluman cerita Puteri Lindungan Bulan ini terdapat banyak versi termasuklah versi Acheh. Mungkinkah seorang lagi puteri ini dikahwinkan dengan Putera Raja di sana?


Kapal Laksemana Cheng Ho



Bandingkan saiz kapal layar tentera China yang di ketuai oleh Laksemana Cheng Ho dengan kapal Christopher Columbus (imej hitam kecil). Patutlah kehadiran mereka di nusantara digeruni pihak kawan dan lawan.

>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM

Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wong Ser - puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996. Sekarang bendera ini muncul semula, tetapi tanpa kalimah di atas. Masih ada pihak yang masih belum puas hati dan cuba menggelapkan sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam ini dengan membuang kalimah tersebut.

 
 
 

No comments:

Post a Comment