musrights Prebet
Joined: Sep 12, 2008 Posts: 116 | Posted: Tue May 07, 2013 4:57 pm Post subject: | |
|
cherind wrote: | Membangsakan menurut Kamus Dewan bermaksud menganggap sebagai bangsa ( kerabat dll). Berdasarkan kpd maksud berkenaan roh dibangsakan kpd ketuhanan bermaksud kita menganggap atau berpura-pura mengatakan roh itu sbg Tuhan. Kan mudah kalau dikatakan roh itu adalah salah satu drpd makhluk ciptaan Allah. Diri kita manusia adalah makhluk Allah. Diri kita terdiri drpd rohani dan jasmani, jadi jasmani makhluk Allah dan rohani juga makhluk Allah. Apabila kita mati kita rohani meninggalkan jasmani di bumi dan kita rohani masuk ke alam Barzah. Setuju? | Bagus memikirkannya.. insya-Allah bertemu dgn jawapan yg memberi pasti.. ALLAH.. tiada awal tiada akhir ROH.. ada awal tiada akhir MAKHLUK.. ada awal ..ada akhir ALLAH : Zat, Sifat, Asma' & Af'al ROH : kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku" MAKHLUK : setiap individu makhluk, tidak kira bangsa Virus, bangsa Kuman, Bangsa Binatang.. semut, gajah, dinasour dsbnya... @pun bangsa Manusia.. @pun bangsa Jin.. @pun bangsa Malaikat.. @pun bangsa Planet @pun bangsa2 yg manusia tidak tahu akan wujudnya bangsa itu.. hanya perbezaan penciptaan makhluk.. kata ALLAH; "Manusia adalah penciptaan yg paling sempurna" ROH bukan sekumpulan dgn MAKHLUK.. kata ALLAH; "Roh itu Rahsia-Ku" Alam Roh adalah Alam yg halus.. Alam yg belum nyata.. dan belum dinyatakan lagi.. Alam inilah yg dinamai sebagai Rahsia2 ALLAH.. Rahsia2 ini mahu di zahirkan supaya Rahsia ini mengenal dirinya yg berlapis2 alamnya.. Alam MAKHLUK adalah Alam yg kasar iaitu Alam Syahadah .. Alam nyata ini ROH.. bila ingin dizahirkan diri ROH ini.. Ia akan dizahir ke Alam Dunia.. apa yg dizahir itulah diri ROH yg sebenar.. bangsanya spt yg telah dibangsakan oleh ALLAH kpd Rahsia-Nya.. dgn Sifat, Nama & Perbuatan yg telah ditakdirkan ALLAH kpd ROH tersebut semenjak dlm keadaan Roh lagi.. inilah yg disebut.. sebelum kita dilahirkan, telah dicatitkan bila akan kembali (mati).. rezkinya.. jodohnya dsbnya.. Jika ALLAH menghendakki Rahsia-Nya itu, dizahirkan sebagai bangsa Planet Bumi.. maka menjadi lah ia planet Bumi dgn segala sifat bumi, nama2 bumi dan perbuatan2 bumi.. sedangkan Bumi dgn kesedarannya dia tahu, bahawa dirinya itu adalah "Rahsia-Nya ALLAH" bahkan kesedaran itu ke atas segala makhluk, sebab itu segala makhluk mengucapkan "zikrullah" setiap saat.. kecuali Jin & Manusia.. hanya golongan Jin & manusia yg "zikrullah"nya setiap saat sahaja yg mempunyai kesedaraan itu.. Jika ALLAH menghendakki Rahsia-Nya itu, dizahirkan sebagai bangsa Manusia yg bernama "Ali".. maka menjadilah Ia manusia yg bernama Ali.. dgn segala sifat Ali.. nama2 Ali.. dan perbuatan Ali.. tetapi proses utk menzahirkan Roh yg terahsia itu, melalui proses2 tertentu.. contohnya Adam a.s.. prosesnya dgn membuat patung dgn 13 jenis tanah.. kemudian Roh yg menjadi Rahsia itu ditiupkan ke dalam jasad Adam a.s contoh lain Hawa.. prosesnya tidak diberitahu ALLAH kpd manusia, cuma dikhabarkan Hawa dibuat dgn tulang rusuk kiri Adam a.s contoh lain, Isa a.s.. prosesnya ditiupkan Roh yg menjadi Rahsia itu, ke Rahim ibunya iaitu Maryam.. begitu jugalah segala makhluk yg menjadi alam ini, setiap individunya adalah zahir bagi diri ROh yg menjadi Rahsia kpd ALLAH.. sebab itulah.. apakala selesai penciptaan Alam.. ALLAH bersemayam di atas 'Arasy.. kerana yg menguruskan setiap individu yg menjadi alam ini adalah diri Roh Rahsia-Nya itu.. kerana itu timbulnya ayat yg menyatakan; "Kami" dlm al-Qur'an.. Semua inilah yg dikatakan sebagai ke-Esa-an ALLAH.. "Zat, Sifat, Asma' & Af'al - Nya" meliputi segala sesuatu.. inilah "wajah" ALLAH yg setiap mereka yg beribadah melihat-Nya.. ke mana sahaja kamu memandang di situlah wajah ALLAH.. "wahai makhluk.. kembalilah kpd Tuhan-mu".. membawa maksud kembalilah kpd ROH-mu yg menjadi hakikat diri-mu.. bahawa engkau itu Rahsia-Ku.. dan Rahsia itu tidak lain adalah Aku (ALLAH) apakala makhluk telah kembali kpd Tuhan-nya.. bila telah kenal kpd Tuhan-nya mudahlah makhluk utk menta'ati segala perintah ALLAH tanpa meminta apa jua balasan.. sama ada pahala @pun syurga.. sebagai contoh.. makhluk yg disebut sebagai "BUMI".. sejak diciptakan, dia tidak pernah engkar utk berputar 24jam sehari.. tidak pernah engkar mengelilingi matahari 365 hari setiap satu pusingan.. maka; "apa bukti wujudnya ALLAH??" maka aQal pun menjawab: "Wujudnya Alam ini"
Tambahan persoalan Roh (Kitab Hikam)
DITERANGI-NYA YANG ZAHIR DENGAN CAHAYA ATHAR DAN DITERANGI-NYA RAHSIA HATI DENGAN NUR SIFAT-NYA. OLEH SEBAB ITU TERBENAM CAHAYA TERANG YANG ZAHIR TETAPI TIDAK TERBENAM CAHAYA KALBU DAN SIRR (HATI DAN RAHSIA HATI). BERKATA ORANG BIJAK PANDAI : “ MATAHARI SIANG TERBENAM PADA WAKTU MALAM TETAPI MATAHARI HATI TIDAK TERBENAM. ( 114: Nur Sifat Allah s.w.t Menerangi Rahsia hati: Syarah Al-Hikam) Makhluk ini asalnya ‘adam (tidak ada). ‘Adam menerima kewujudan dari kesan perbuatan Allah s.w.t. Kewujudan baharu yang menjadi kesan kepada perbuatan Allah s.w.t dinamakan athar. Alam semesta adalah athar. Tidak ada dari kalangan athar yang boleh dijadikan gambaran, ibarat atau lukisan untuk menceritakan tentang Pencipta athar. Kewujudan athar hanya boleh dijadikan dalil untuk menunjukkan Wujud Maha Pencipta. Jika tidak ada tindakan dari Maha Pencipta tentu tidak ada kewujudan yang menjadi kesan dari tindakan tersebut. Seseorang haruslah melihat kepada asalnya iaitu ‘adam (tidak wujud). ‘Adam adalah lawan bagi Wujud. Jika manusia berpaling kepada ‘adam maka dia akan terhijab dari Wujud Allah s.w.t. Pandangannya akan diliputi oleh athar yang juga datang dari ‘adam. Tidak mungkin manusia menemui jalan yang sebenar jika mereka melalui jalan yang berdasarkan asal kejadiannya iaitu ‘adam. Tuhan adalah Wujud, mustahil ‘adam. Wujud-Nya Esa, tidak berbilang sedangkan wujud athar yang dari ‘adam berbilang-bilang. ‘Adam tetap tidak ada walaupun banyak makhluk yang diciptakan daripadanya. Penciptaan yang demikian tidak menambahkan Wujud. Walau sebanyak mana pun makhluk yang diciptakan namun, Allah s.w.t tetap Esa. Usaha untuk menemui keesaan Wujud Allah s.w.t dengan menuruti jalan ‘adam adalah sia-sia. Kewujudan aspek kedua mestilah disingkap jika Allah s.w.t mahu ditemui. Kewujudan yang perlu disingkapkan itu adalah yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t, bukan yang datangnya dari ‘adam. Kewujudan yang berhubung dengan Wujud Allah s.w.t itu adalah rohani. قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي Katakan: “ Roh itu dari perkara urusan Tuhanku.” ( Ayat 85 : Surah al- Israa’ ) Roh adalah amr (urusan atau perintah) Allah s.w.t, tidak termasuk dalam golongan yang diperintah. Malaikat, jin dan lain-lain termasuk dalam golongan yang diperintah. Roh manusia adalah satu Rahsia Allah s.w.t. Ia dinisbahkan kepada Allah s.w.t, bukan kepada ‘adam. Pada tahap amr (urusan) Tuhan ia dipanggil Sirr (Rahsia Allah s.w.t), atau Rahsia hati. Pada tahap berkait dengan jasad ia dinamakan qalbu atau hati. Semua kualiti yang baik adalah berkait dengan roh dan semua kualiti yang jahat berkait dengan ‘adam. Jika alam maya diterangi oleh cahaya athar, hati dan rahsia hati yang dinisbahkan kepada roh urusan Tuhan, diterangi oleh nur sifat Allah s.w.t. p/s: Roh bukanlah Tuhan, tetapi disebut amri Robbi (urusan/perintah Tuhan). Dalam lain perkataan, Roh berkait dengan iman iaitu 'anasir yang memerintah' pada tauhid Rububiyyah, manakala jasad adalah berkait dengan taqwa iaitu 'anasir yang diperintah' pada tauhid Ubudiyyah. Maka pada manusia itu terkumpul Roh dan Jasad. Hakikat dan Syariat. Ketuhanan dan Kehambaan. Sekali lagi ditegaskan, manusia bukanlah menyembah dirinya sendiri,bukan juga menyembah rohnya, tetapi mengabdikan diri serta menyembah kpd Empunya dirinya serta sekalian alam..Allah, Rabbil 'alamin.. | |
No comments:
Post a Comment