Sunday, 27 November 2011

Shih @ Sheikh Huang Ti

Restoran SYEIKH HUANG-TI: kenapa itu yang dinamakan?

'Syeikh Huang-ti' adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi di 'facebook';
Lambang 'Syeikh Huang-ti' yang ada di 'facebook'

Capaian lain ialah di blog http://ikanlepu.blogspot.com/  
serta nick 'ikanlepu' di TKO Online  selain daripada emel
elidri52@yahoo.com atau elidri52@gmail.com

Shih Huang Ti

Maharaja Shih Huang Ti: mengikut imaginasi pelukis

Keturunan Raja Iskandar Zilkarnain ini telah membawa kepada gelaran Shih atau Sheikh Huang Ti, iaitu maharaja China yang pertama. Baginda dikatakan telah membakar buku-buku ajaran Confucius. Ia juga turut dikaitkan bahawa empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan ‘Jin’ bersempena dengan nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.** Tindakan itu diambil adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah (Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw) dan kesannya baginda telah dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam.

(**cara sebutan, rapatkan gigi atas dengan gigi bawah anda, cuba sebutkan 'chin' dengan menggunakan bibir anda, bunyinya akan bergema, seperti 'jin'!)

“During his reign, Shih Huang ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor - entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.

Mungkin baginda sudah mengetahui tentang kehidupan yang kekal abadi. Maka dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda telah bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah yang belum sempurna diturunkan) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian di negeri China. Maklumlah, agama Allah walaupun diterima Allah, tetapi ia masih belum lengkap sepertimana agama Islam yang ada pada hari ini. Jadi dengan kedatangan baginda Rasulullah saw itu bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah swt sebagai agama yang diredhaiNya.

Walau bagaimanapun Sheikh Huang Ti telah berjaya menyatukan negeri China di bawah satu payung negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Tembok ini sebenarnya bukanlah tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui pada hari ini.

Diriwayatkan bahawa beberapa ratus tahun kemudian, ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 Masihi membawa ajaran agama Islam bukan lagi satu kejutan baru kepada Maharaja, China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama Islam ini dari mulut ke mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.

 
selanjutnya...
 
“Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch’in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch’in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya”.


“To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch’in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth.”http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/


Tembok Besar

Kawasan Islam yang terlibat: sejak zaman awal

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi walaupun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu? Empayar Chin (dieja Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga luar biasa dan ada yang beragama Islam. Kesannya ini mungkin menyebabkan dalam seni mempertahankan diri orang-orang China terdapat aksi-aksi sedemikian rupa. Tentu kita pernah dengar tentang kisah-kisah ulama karomah dan orang-orang Islam ma'unah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata; pedang terbang di zaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib di bawah dua kalimah syahadah adalah terdiri daripada tentera alam atas dan alam bawah dll. Ia tidak dapat dihujahkan dengan bukti, sebab ia tidak boleh difikirkan oleh akal logik akan kejadian yang bersifat ‘la hawlawalla’ itu.

Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca sebagai renungan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib kerana Allah pun bersifat ghaibulguyub. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah tentunya akan berada di persimpangan! Walau bagaimana punia boleh dibacanya di sini, http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html

Sai Ti Song: lihat bendera dengan lambang naga & kalimah syahadah!

Masa pun berlalu untuk beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China (700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Muhammad saw apabila Saad Bin Abi Waqas diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maharaja Siamen China, Sai Ti Song (650 Masihi). Maharaja Siamen China, Sai Ti Song ini pula dengan cukup mudah menerima agama Islam - mungkin kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman. Hasilnya, baginda telah memerintahkan puteranya, Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.'Khen Jang' (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam yang bermakna 'naik jangkah'.

Maharaja China, Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulungnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiah ke Semenanjung Tanah Melayu. Putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah ke Vietnam (bagi yang berminat elok disiasat siapakah Jayavarman I dari Empayar Chenla!). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, 'Sekiranya anakanda sampai kepada satu gunung di mana terdapat tinggalan istana dan mesjid di puncaknya, maka, 'anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita'. Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam pula bermakna, 'Naga Laut Pembesar Puak Tentera' (bangsa Harimau).

Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud 'Tentera Negara'.

b) Ser-kai (Sakai) bermaksud 'Tentera Berniaga'.

c) Ja-khon (Jakun) bermaksud 'Orang Perubatan'.

d) Bo-ro-mo bermaksud 'Puak Berpengetahuan Alim Ulama'.

Kita tidak mahu mengaitkan dengan orang asli yang terdapat di semenanjung, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan di atas. Raja Siamen China, Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong memberi 'Surat Kedah' (watikah) kepada puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun pergi berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang dimaksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada sebuah gunung dan mendarat di kawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.
Gunung Jerai, di kakinya adalah Yan

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, 'surat kuasa pemerintah' (watikah).

Ser-ma-nan-jong bermaksud, 'tentera-yang datang-lama-tergantung'.

Tha-naa bermaksud, 'menunggu-datuk'

Maa-la-yoo bermaksud 'marilah-duduk'.

Bangsa Siam telah menuruti jalan ke arah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh a.s, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh a.s berlabuh setelah air bah surut, iaitu di sebuah gunung bergelar Gunung Jodi - yang mempunyai maksud dalam bahasa siam, iaitu 'tempat duduk yang selamat'.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh a.s turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

"Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah;

Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud 'kawan baik'.

Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud 'tegur-menegur' (dalam ahli bahtera Nabi Noh).

Bangsa Parsi yang bermaksud 'bawa kitab seruan agama Islam'.

Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Kahfi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian agar menyeru kepada agama Islam dengan membinasakan kaum kafir atau menjadikan mereka itu tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Kahfi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat di atas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu di barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.
Lambang yang digunakan oleh dinasti awal China: kalimah syahadah serta 'naga',
iaitu makhluk yang membantu dalam pembinaan Tembok Besar China

Bahasa Siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan sejak zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang tidak ada makna langsung dalam bahasa Melayu hari ini. Ada pakar bahasa yang mengatakan ia adalah bahasa pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa pali membawa kepada bahasa kawi - membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi seperti mana tulisan yang ada di hari ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, dan ia harus dibuat kajian oleh pakar bahasa di samping memperbetulkan sejarah silam yang canggung dan telah diselewengkan.

Yakjud dan Makjud dari perkataan Siam Islam yang telah diceritakan itu berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah saw. Kelahiran kedua-dua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kita tidak diketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Namun bukan di sini tempatnya. Walau bagaimanapun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas!

No comments:

Post a Comment