Wednesday, 30 November 2011

NFC: Lembu Keluarga Sharizat (Menteri!)

Semakin dielak lagi banyak yang terselak dalam skandal NFC.

Dana untuk membeli kereta Mercedes, di samping pembiayaan percutian mewah bisa memperlihatkan betapa Ketua Wanita UMNO itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau akan insaf. Berikut ini adalah perbelanjaan-perbelanjaan boros yang bersifat peribadi - dibuat oleh keluarga menteri (senator) berkenaan.

Sharizat: Menteri yang naik atas kapasiti 'senator'

a)  Pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat Jalil telah menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI yang berharga RM534,622;

b)  Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya, iaitu PT1886 dan PT1887 di Presint 10 Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis sama sekali!;

c)  Semakan daripada bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC telah menunjukkan bayaran yang besar dan berulang-ulang kali telah dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/).

Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada Impian Global Network Services (IGNS);

8/1/'10  Cek: 001376, RM1,524.00
13/1/'10 Cek: 001476, RM1,709.00
26/1/'10 Cek: 001465, RM28,476
24/2/'10 Cek: 001540, RM12,743.00
24/2/'10 Cek: 001543, RM3,076.00
9/3/'10 Cek: 001587, RM22,400.00
9/3/'10 Cek: 001590, RM26,572.00
9/3/'10 Cek: 001592, RM5,776.00
31/3/'10 Cek: 001671, RM45,428.00
22/4/'10 Cek: 001735, RM27,853.00
13/5/'10 Cek: 001789, RM45,235.00
25/5/'10 Cek: 001825, RM3,196.00
18/6/'10 Cek: 001848, RM120,521.00
16/7/'10 Cek: 001922, RM89,800.00
16/7/'10 Cek: 001923, RM21,114.00

Jumlah                     RM455,423.00

** Punya la berbelanja macam sudah takde ari esok lagi... (karakter dubuk!) - peng.

Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu tiba-tiba menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan mereka?
Apakah ia tanda-tanda penyalahgunaan dana untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

d)  Pada 21 Julai 2010, NFC telah memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri berkenaan. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC (dalam pengeluaran daging lembu dalam negara) tatkala Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sendiri mendakwa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura.  Ia disebabkan oleh larangan daging mentah Malaysia yang tidak boleh dieksport ke Singapura.

Dalam keadaan sedemikian, kenapa sejumlah besar wang telah dipindahkan ke Singapura?

Jadi, Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan - sama ada menjelaskan satu persatu tentang perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong UMNO atau terus mengheret UMNO dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

Beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara akan dibuat untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat tentang penyelewengan tentang pendedahan terbaru ini.

Dana sebanyak RM5juta dari akaun NFC dalam pembiayaan membeli Mercedes Benz, pembelian tanah di Putrajaya dan percutian oleh syarikat berhubung dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu 'memberitahu siapakah yang pergi bercuti?' Sejumlah RM534,622 pula telah digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), iaitu kedua-dua syarikat yang menjadi milik penuh keluarga Shahrizat dan tanpa apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.

“Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada urusan bisnes di Singapura. Soalnya, mengapa sejumlah wang dipindahkan ke sana?”

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah yang dibeli di Precinct 10 Putrajaya - sebahagian besarnya merupakan kawasan kediaman. “Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Berbalik kepada sejarah awal semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, seorang anak muda Melayu telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk kerja-kerja awal dalam merintis usaha penternakan lembu nasional. Namun agak malang, beliau tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender kerajaan kemudiannya.

Banyak pihak mendapati bahawa proses penganugerahan projek NFC kepada keluarga Shahrizat adalah tidak telus dan menyeleweng sama sekali memandangkan salah sebuah syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut terlibat. “Ini adalah di antara penyakit dalam Umno apabila mana-mana idea dan keringat orang lain dicuri dalam usaha menyelewengkan wang rakyat!

“Oleh itu Perdana Menteri adalah bertanggungjawab dengan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau sendiri memandangkan keputusan tersebut penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus memerah keringat,” katanya.

Apabila merujuk kepada kenyataan-kenyataan pimpinan umno/Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa penganugerahan NFC kepada syarikat milik keluarga menteri terbabit dibuat mengikut prosedur bidaan dan tender yang betul!

“Saya juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tersebut tidak pula dibuat di kabinet. Ia hanya dibuat di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang mana pengerusinya adalah Perdana Menteri sendiri.”

Katanya, dengan mengambil kira keangkuhan pimpinan Umno, terutamanya Shahrizat yang sedikit pun tidak mahu memahami kemarahan rakyat mengenai isu ini, perlu diingat bahawa idea asal untuk mewujudkan sebuah industri daging dan penternakan komersil berkenaan telah dibuat seawal tahun 2003 oleh sebuah syarikat usahawan muda Bumiputera.

“Cadangan asalnya dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mardi dan kerajaan Negeri Sembilan - yang langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan! Syarikat terbabit hanya memohon persetujuan daripada kerajaan negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan yang ada di Gemas,”

Kata beliau, syarikat terbabit juga telah berjaya mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama dari Profesor Jerry J Reeves, seorang pakar teknologi penternakan dari Washington State University. “Ladang ternakan tersebut bakal menggunakan teknologi terkini untuk membangunkan baka terbaik tempatan melalui proses artifisial ‘insemination’ - menggunakan mani dan embrio baka lembu wagyu. Proses sebegini dijangkakan lebih mudah dan murah untuk membangunkan ladang satelit dalam program membantu penternak kecil berbanding dengan kaedah mengimport lembu untuk digemukkan di fidlot seperti yang dibuat NFC."

Malah syarikat terbabit telah pun mengadakan perbincangan lanjut dengan Mardi dan hampir menandatangani memorandum persefahaman. Cadangan itu juga telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan Negeri Sembilan. “Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputera ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan wang hampir RM300,000 dalam membuat persediaan!"

Sunday, 27 November 2011

Shih @ Sheikh Huang Ti

Restoran SYEIKH HUANG-TI: kenapa itu yang dinamakan?

'Syeikh Huang-ti' adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi di 'facebook';
Lambang 'Syeikh Huang-ti' yang ada di 'facebook'

Capaian lain ialah di blog http://ikanlepu.blogspot.com/  
serta nick 'ikanlepu' di TKO Online  selain daripada emel
elidri52@yahoo.com atau elidri52@gmail.com

Shih Huang Ti

Maharaja Shih Huang Ti: mengikut imaginasi pelukis

Keturunan Raja Iskandar Zilkarnain ini telah membawa kepada gelaran Shih atau Sheikh Huang Ti, iaitu maharaja China yang pertama. Baginda dikatakan telah membakar buku-buku ajaran Confucius. Ia juga turut dikaitkan bahawa empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan ‘Jin’ bersempena dengan nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.** Tindakan itu diambil adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah (Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw) dan kesannya baginda telah dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam.

(**cara sebutan, rapatkan gigi atas dengan gigi bawah anda, cuba sebutkan 'chin' dengan menggunakan bibir anda, bunyinya akan bergema, seperti 'jin'!)

“During his reign, Shih Huang ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor - entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.

Mungkin baginda sudah mengetahui tentang kehidupan yang kekal abadi. Maka dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda telah bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah yang belum sempurna diturunkan) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian di negeri China. Maklumlah, agama Allah walaupun diterima Allah, tetapi ia masih belum lengkap sepertimana agama Islam yang ada pada hari ini. Jadi dengan kedatangan baginda Rasulullah saw itu bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah swt sebagai agama yang diredhaiNya.

Walau bagaimanapun Sheikh Huang Ti telah berjaya menyatukan negeri China di bawah satu payung negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Tembok ini sebenarnya bukanlah tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui pada hari ini.

Diriwayatkan bahawa beberapa ratus tahun kemudian, ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 Masihi membawa ajaran agama Islam bukan lagi satu kejutan baru kepada Maharaja, China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama Islam ini dari mulut ke mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.

 
selanjutnya...
 
“Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch’in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch’in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya”.


“To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch’in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth.”http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/


Tembok Besar

Kawasan Islam yang terlibat: sejak zaman awal

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi walaupun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu? Empayar Chin (dieja Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga luar biasa dan ada yang beragama Islam. Kesannya ini mungkin menyebabkan dalam seni mempertahankan diri orang-orang China terdapat aksi-aksi sedemikian rupa. Tentu kita pernah dengar tentang kisah-kisah ulama karomah dan orang-orang Islam ma'unah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata; pedang terbang di zaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib di bawah dua kalimah syahadah adalah terdiri daripada tentera alam atas dan alam bawah dll. Ia tidak dapat dihujahkan dengan bukti, sebab ia tidak boleh difikirkan oleh akal logik akan kejadian yang bersifat ‘la hawlawalla’ itu.

Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca sebagai renungan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib kerana Allah pun bersifat ghaibulguyub. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah tentunya akan berada di persimpangan! Walau bagaimana punia boleh dibacanya di sini, http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html

Sai Ti Song: lihat bendera dengan lambang naga & kalimah syahadah!

Masa pun berlalu untuk beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China (700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Muhammad saw apabila Saad Bin Abi Waqas diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maharaja Siamen China, Sai Ti Song (650 Masihi). Maharaja Siamen China, Sai Ti Song ini pula dengan cukup mudah menerima agama Islam - mungkin kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman. Hasilnya, baginda telah memerintahkan puteranya, Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.'Khen Jang' (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam yang bermakna 'naik jangkah'.

Maharaja China, Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulungnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiah ke Semenanjung Tanah Melayu. Putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah ke Vietnam (bagi yang berminat elok disiasat siapakah Jayavarman I dari Empayar Chenla!). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, 'Sekiranya anakanda sampai kepada satu gunung di mana terdapat tinggalan istana dan mesjid di puncaknya, maka, 'anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita'. Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam pula bermakna, 'Naga Laut Pembesar Puak Tentera' (bangsa Harimau).

Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud 'Tentera Negara'.

b) Ser-kai (Sakai) bermaksud 'Tentera Berniaga'.

c) Ja-khon (Jakun) bermaksud 'Orang Perubatan'.

d) Bo-ro-mo bermaksud 'Puak Berpengetahuan Alim Ulama'.

Kita tidak mahu mengaitkan dengan orang asli yang terdapat di semenanjung, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan di atas. Raja Siamen China, Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong memberi 'Surat Kedah' (watikah) kepada puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun pergi berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang dimaksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada sebuah gunung dan mendarat di kawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.
Gunung Jerai, di kakinya adalah Yan

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, 'surat kuasa pemerintah' (watikah).

Ser-ma-nan-jong bermaksud, 'tentera-yang datang-lama-tergantung'.

Tha-naa bermaksud, 'menunggu-datuk'

Maa-la-yoo bermaksud 'marilah-duduk'.

Bangsa Siam telah menuruti jalan ke arah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh a.s, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh a.s berlabuh setelah air bah surut, iaitu di sebuah gunung bergelar Gunung Jodi - yang mempunyai maksud dalam bahasa siam, iaitu 'tempat duduk yang selamat'.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh a.s turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

"Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah;

Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud 'kawan baik'.

Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud 'tegur-menegur' (dalam ahli bahtera Nabi Noh).

Bangsa Parsi yang bermaksud 'bawa kitab seruan agama Islam'.

Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Kahfi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian agar menyeru kepada agama Islam dengan membinasakan kaum kafir atau menjadikan mereka itu tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Kahfi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat di atas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu di barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.
Lambang yang digunakan oleh dinasti awal China: kalimah syahadah serta 'naga',
iaitu makhluk yang membantu dalam pembinaan Tembok Besar China

Bahasa Siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan sejak zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang tidak ada makna langsung dalam bahasa Melayu hari ini. Ada pakar bahasa yang mengatakan ia adalah bahasa pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa pali membawa kepada bahasa kawi - membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi seperti mana tulisan yang ada di hari ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, dan ia harus dibuat kajian oleh pakar bahasa di samping memperbetulkan sejarah silam yang canggung dan telah diselewengkan.

Yakjud dan Makjud dari perkataan Siam Islam yang telah diceritakan itu berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah saw. Kelahiran kedua-dua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kita tidak diketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Namun bukan di sini tempatnya. Walau bagaimanapun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas!

Monday, 21 November 2011

Satu Lagi Sejarah Peribadi

Tarikhnya 11.11.'11, Jumaat teman mula mengambil-alih dan mengendalikan sebuah restoran yang boleh dikira besar di pekan Taiping; utara negeri Perak - di kawasan yang sedia ada berbelas buah restoran masakan Cina, selain daripada restoran mamak dan pengusaha Melayu - termasuk yang terkenal, 'Kuetiaw DOLI' itu.

Di bahagian depan... mengadap Jalan Tupai.


Gambar terbaru... bila siap signboard: Syeikh Huang-ti

Di kiri... Lorong Tupai off Jalan Tupai:
di hujung sana Bank Islam (kanan)

Tanpa dirancang, malah tidak pernah pun terfikirkan (memandangkan teman sebagai orang yang tidak berduit!), namun ia adalah dengan kuasa dan perancangan Allah swt serta dengan kehendakNya jua.

Seorang hamba Allah, Sdra Kader (Pasembor) menawarkan restorannya yang telah diusahakan beberapa tahun - siap dengan ubah-suaian yang menjangkau ratusan ribu ringgit; yang lengkap dengan segala peralatan. Sebelumnya, ia sebuah 'kopitiam' milik seorang pengusaha Cina yang juga ternama di pekan ini.

Peta lokasi: sebaik memasuki bandar Taiping

Pada mulanya, tawaran beliau adalah RM90k, tetapi apabila tiada sesiapa yang menghiraukan kemudian maka ia diturunkan.

Kebetulan teman baru saja menjualkan tanah dusun di kampung - pun sedang berkira-kira untuk mencari satu tapak (tanah) baru buat pengganti. Dan sekonyong itu jua munculnya peluang yang sungguh menarik ini. Alasannya, dia tidakkan termampu untuk berkejar - dalam mengusahakan beberapa buah 'outlet' pasembor beliau; di Tesco Taiping, Manjung, Sungai Petani dan di beberapa buah tempat lagi di Ipoh.

Itupun setelah teman tidak terlambat - bertindak kembali ke Taiping sebaik berputus arang dengan corak 'n sosio-budaya kehidupan di sebuah tempat bernama Puchong dalam negeri Selangor. Kali terakhir kegiatan teman di sana adalah menyediakan dan membakar lemang sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal; selepas dua bulan teman menolong seorang kawan menjual durian.

Dari pandangan sisi...


Dari pandangan depan...

Nota: Di waktu itu juga teman diketemukan dengan seorang penjual gulai kawah dan sup - yang menerima bekalan dari 'NFC: Lembu Keluarga Sharizat' itu - dari Gemas.

Di pekan ini, kebetulan adik teman pula seorang tukang masak yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat setempat. Dia turut membantu seorang adik lagi yang mengusahakan restoran 'steamboat' di Kemunting - tidak jauh dari sini (sederet dengan pasaraya Econsave). Jadi kami memperkenalkan satu resepi baru di kalangan orang Melayu - 'STEAMBOAT', steaks 'n Western, ala carte serta goreng-gorengan/tomyam.


Jan & Lat... tukang masak di dapur


Kaunter depan... 'touch screen cash machine'

Di bahagian dalam restoran

Sebagai persediaan (walaupun barang di dalam premis boleh dikira lengkap) teman tetap berkejar ke pekan Baling untuk membeli peralatan/perkakas 'steamboat'. Kemudian teman ke Ipoh juga untuk mendapatkan peralatan steaks 'n western. Yeah... kos peralatan sahaja RM6k! Kemudian baru semalam teman beli 10 set kerusi-meja makan serta chiller - tambahan kepada set 'rose furniture' yang sedia ada. Kena lagi RM4k.

Di antara menunya... sizzling steak


... chicken chop: black pepper sauce

Nasi goreng USA

Dan untuk nampak menarik lampu di sekeliling dinding bangunan turut dipasang. Kena lagi RM1k. Warnanya biru, satu warna yang cukup tidak menarik (tetapi adik teman kata cantik!).

Harap-harap tidak akan kena apa-apa lagi - selain daripada banner untuk signboard kedai - besar n tersergam di penjuru depan itu; 20' x 18' selain daripada sewa bulanan yang agak mahal.

Moga-moga Allah swt berikan teman kekuatan dan lorong serta rahmatNya untuk teman mencipta satu kejayaan dalam hidup di penghujung senja ini; selepas merasai dua kali nikmat pemberianNya sebelum ini. Amiin.

p/s  Terima kasih kepada semua yang ikut mendoakan.

Sunday, 13 November 2011

Sifat Allah?

Pak Aji Muhammad


Ahlus-sunnah Menta’wil Ayat Mutasyabihat

Ta'wil bererti menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah. Ia disebabkan oleh zahir makna nas al-mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk. Dalil melakukan ta'wil ayat dan hadis mutasyabihat:

Rasulullah berdoa kepada Ibnu Abbas dengan doa: J لكتا يل تأ لحكمة لهم علمه – ل

Maknanya:
“Ya Allah alimkanlah dia hikmah dan takwil Al-quran” -  H.R Ibnu Majah. (sebahagian ulamak salaf termasuk Ibnu Abbas mentakwil ayat-ayat mutasyabihah).

Ta'wilan berkenaan ada dua;

i)  Ta’wilan ijmaliyy, iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya.

Sebagai contoh perkataan 'istiwa' dikatakan istiwa yang layak bagi Allah dan pada waktu yang sama dinafikan zahir makna istiwa kerana zahirnya bererti duduk dan bertempat. Sedangkan Allah mahasuci daripada bersifat duduk dan bertempat.

ii)  Ta’wilan tafsiliyy, iaitu ta’wilan yang menafikan makna zahir nas tersebut kemudian meletakkan makna yang layak bagi Allah.

Contohnya, istiwa bagi Allah bererti Maha Berkuasa kerana Allah sendiri sifatkan diriNya sebagai Maha Berkuasa.

Sekadar hiasan tentang kekuasaan Allah swt terhadap alam ciptaanNya:
Tidak pernahkah terfikir atau teringin di hati untuk menemui Tuhan
yang menjadikan fenomena alam seperti ini...
buat melihat betapa 'MAHA BERKUASANYA' Dia?

A. Tafsir makna istiwa menurut kitab tafsir muktabar dapat dilihat dalam tafsir berikut. Ini adalah sebahagian daripada penafsiran lafaz 'istiwa' dalam surah ar-Ra’d;

a) Tafsir Ibnu Kathir.

(ثم استوى على العرش ) telah dijelaskan bahawa maknanya sepertimana pada tafsir surah al Araf - sesungguhnya ia ditafsirkan tanpa kaifiat (bentuk) dan penyamaan.

Ibnu Katsir mengunakan ta’wil ijtimalliy, iaitu ta’wilan yang dilakukan secara umum dengan menafikan makna zahir nas al-mutasyabihat tanpa diperincikan maknanya.

b) Tafsir al Qurtubi

(ثم استوى على العرش ) dengan makna 'penjagaan' dan 'penguasaan'.

c) Tafsir al-Jalalain

(ثم استوى على العرش ) istiwa yang layak bagi Nya.

d) Tafsir an-Nasafi
 ( ثم استوى على العرش) adalah menguasai.


Makna 'istiwa' yang dikenal dalam bahasa arab dan dalam kitab-kitab ulama salaf.

Di dalam kamus-kamus arab yang ditulis oleh ulama’ ahlus-sunnah menjelaskan istiwa datang dengan banyak makna;

i)  masak (boleh di makan)
قد استوى الطعام—–قد استوى التفاح maknanya makanan telah masak - buah epal telah masak.

ii)  التمام: sempurna atau lengkap

iii)  الاعتدال: lurus

iv)  جلس: duduk atau bersemayam

 استوى الطالب على الكرسي : pelajar duduk di atas kerusi -استوى الملك على السرير : raja bersemayam di atas katil

v)  استولى : menguasai

 قد استوى بشر على العراق من غير سيف ودم مهراق: Bisyr telah menguasai Iraq, tanpa menggunakan pedang dan penumpahan darah.

Al Hafiz Abu Bakar bin Arabi telah menjelaskan 'istiwa' mempunyai hampir 15 makna, di antaranya: tetap, sempurna, lurus, menguasai, tinggi dll. Sila rujuk qamus misbahul munir, mukhtar al-Sihah, lisanul arab, mukjam al-Buldan, dan banyak lagi. Masalahnya, kenapa si penulis memilih makna bersemayam. Adakah makna bersemayam itu layak bagi Allah? Apakah dia tidak tahu bersemayam itu adalah sifat makhluk? Adakah si penulis ini tidak mengatahui bahawa siapa yang menyamakan Allah dengan salah satu sifat daripada sifat makhluk maka dia telah kafir?

Kata salah seorang ulama salaf, Imam at Tohawi (wafat 321Hijrah):

ومن وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر

Maknanya:
Barang siapa yang menyifatkan Allah dengan salah satu daripada sifat manusia maka dia telah kafir. Kemudian ulama’-ulama’ ahlus-sunnah telah menafsirkan 'istiwa' yang terkandung di dalam Al quran dengan makna menguasai arasy kerana arasy adalah makhluk yang paling besar. Oleh itu ia disebutkan dalam al-Quran untuk menunjukkan kekuasaan Allah swt sepertimana kata-kata Saidina Ali yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Mansur al-Tamimi dalam kitabnya At-Tabsiroh;

ان الله تعالى خلق العرش اظهارا لقدرته ولم يتخذه مكان لذاته

Maknanya:
"Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mencipta al-arasy untuk menzahirkan kekuasaaNya, bukan untuk menjadikan ia tempat bagiNya."

e. Bukti imam -imam (imam Bukhari, Ahmad, Nawawi dsb) Ahlus-Sunnah menta’wil ayat mutasyabihat.

i)  Lafaz 'man fissama-i dalam surah Al-Mulk: 16. 

Firman Allah; أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاء أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

Dalam Tafsir Al Bahr al Muhith dan Kitab “Amali" (Imam Al-Hafiz Al-‘Iraqi).

Pakar tafsir, al Fakh-ar Razi dalam tafsirnya dan Abu Hayyan al-Andalusi dalam tafsir al-Bahr al Muhith mengatakan:

“Yang dimaksud مَّن فِي السَّمَاء (man fissama-i) dalam ayat tersebut adalah malaikat”.

Di mana dalam ayat tersebut tidak bermakna bahawa Allah itu bertempat di langit.

Perkataan ‘man’ iaitu ‘siapa’ dalam ayat itu bererti malaikat bukan bererti Allah yang berada dan bertempat di langit. Ia berdasarkan kepada pendapat ulama ahli hadith, Imam Al-Hafiz Al-‘Iraqi yang menjelaskan dalam kitab amali bahawa perkataan ‘siapa’ pada ayat tersebut bererti malaikat.

Seterusnya, apa yang berada di langit dan bertempat di langit bukanlah Allah, tetapi para malaikat berdasarkan hadith Nabi yang bermaksud: “Tidaklah di setiap langit itu kecuali pada setiap empat jari terdapat banyak para malaikat melakukan qiyam, rukuk atau sujud” -  hadith Riwayat at-Tirmizi.

Perlu diingat bahawa tempat tinggal para malaikat yang mulia adalah di langit di mana pada setiap langit itu penuh dengan para malaikat manakala di bumi terkenal dengan tempat tinggal manusia dan jin. Maha Suci Allah daripada bertempat sama ada di langit mahupun di bumi.

Banyak hadis dan ayat yang menyebutkan man fissamawati (yang di langit), penduduk langit dan sebagainya, tetapi itu semua adalah ditujukan kepada para malaikat. Seperti dalam surah al-Ra’d:15 (ayat sajadah):

“walillahi yasjudu man fissamawati wal’ardhi thau’an wa karhan wa dhilaaluhum bil ghuduwwi wal aashaal”


Maknanya:
“Apa yang di langit dan bumi, semuanya tunduk kepada Allah, mau atau tidak mau, demikian juga bayang-bayang mereka di waktu pagi dan petang." -  ar-Ra'd: 15

Dalam Tafsir Jalalain (muka surat 201, Darul Basyair, Damsyik)

“Apa yang di langit (man fisamawati) dan Bumi, semuanya tunduk kepada Allah, mau” (adalah seperti orang beriman) “atau tidak mau” (seperti orang munafiq dan orang yang ditakut-takuti (untuk sujud) dengan pedang".

Dalam kitab Ihya Ulumuddin (jilid I, bab kitab susunan wirid dan huraian menghidupkan malam) ayat ini merupakan salah satu wirid yang dibaca pada pada waktu petang.


2. Dalam Tafsir al-Qurtubi

Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya turut menjelaskan perkara yang sama apabila mentafsirkan ayat tersebut. Sekiranya ingin dimaksudkan dari perkataan ‘man’ (siapa) dalam ayat itu adalah ‘Allah’ maka tidak boleh dikatakan keberadaan Allah itu di langit kerana Allah tidak memerlukan langit, tetapi memberi erti ‘kerajaan Allah’ bukan ‘zat Allah’. Maha Suci Allah dengan bersifatkan dari sifat makhlukNya.


3. Dalam tafsir Jalalain
Imam Suyuthi mengatakan;

“Yang dimaksud مَّن فِي السَّمَاء (man fissama-i) dalam ayat tersebut adalah kekuasaan/kerajaan dan qudrat-Nya (shulthonihi wa qudratihi).

Jadi yang di langit adalah kekuasaan dan qudratnya (Shulthonihi wa qudratihi ) bukan zat Allah.

Penafsiran yang betul (dalam tafsir Jalalain dan al-Qurtubi):
أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاء أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

Maknanya:
"Apakah kamu merasa aman dengan Allah yang di langit (kekuasaan dan qudratnya) bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?" -  Al-Mulk:16

أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاء أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ

atau

"Apakah kamu merasa aman dengan Allah yang di langit (kekuasaan dan qudratnya bukan dzat-Nya) bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku -  Al-Mulk: 17


Makna lafaz “WAJAH-NYA (WAJHAHU)”

[كُل�'ُ شىءٍ ه�

Ertinya : "Segala sesuatu akan hancur kecuali wajah-Nya".

Makna lafadz illa wajhahu (kecuali wajah-Nya).

Al-Imam al-Bukhari berkata: [ ِإلا�'َ وجهه ] “kecuali sultan

(tasharruf atau kekuasaan-) Allah”.

Al-Imam Sufyan ats-Tsauri mengatakan: “…Kecuali amal soleh yang dilakukan hanya untuk mengharap redha Allah”.


Makna Hadits Jariyah (fissama-i)

Hadis Jariah- Tidak menunjukkan Tuhan berada di langit. Sedangkan salah satu riwayat hadits jariyah yang zahirnya memberi persangkaan bahawa Allah ada di langit, maka hadits tersebut tidak boleh diambil secara zahirnya, tetapi ditakwil dengan makna yang sesuai dengan sifat-sifat Allah.

Jadi maknanya adalah zat yang sangat tinggi darjat-Nya sebagaimana dikatakan oleh ulama ahlus-sunnah wal jama’ah, yang di antaranya adalah al-Imam an-Nawawi seperti dalam syarah sahih Muslim.


Hadis Nuzul (turun kelangit pertama).

“Pada sepertiga malam terakhir Allah akan turun ke langit pertama…..”

“Pada hari arafah Allah akan turun ke langit pertama…..”

Di mana makna hadis tersebut adalah rahmat Allah yang begitu dekat pada waktu-waktu tersebut, sehingga waktu itu menjadi masa lebih utama untuk berdo’a. Jadi bukan zat Allah yang turun (fadilah haji).


Makna surat al-Fajr: 22.

Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal sebagai ulama salaf telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqiyy dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah;

“Dan telah datang Tuhanmu” ... yang ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan: “Telah datang kekuasaan Tuhanmu.


Makna lafaz mutasyabihat 'bi aidin (dengan tangan!)

Di mana dalam al-Qur’an... "Dan langit, kami membinanya dengan Tangan (Kekuasaan) Kami….” (Qs Adzariyat ayat 47).

Ibnu Abbas mengatakan: “Yang dimaksud lafaz ِبأَيد (biaidin) adalah “dengan kekuasaan“, bukan maksudnya tangan yang merupakan anggota badan (jarihah) kita, kerana Allah Maha Suci darinya.

Sila lihat rujukan dalam kitab tafsir yang muktabar.

Allah SWT telah berfirman dalam Adzariyat: 47
وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ

Bagaimana tafsir Qurtuby atas hal ini?

لَمَّا بَيَّنَ هَذِهِ الْآيَات قَالَ : وَفِي السَّمَاء آيَات وَعِبَر تَدُلّ عَلَى أَنَّ الصَّانِع قَادِر عَلَى الْكَمَال , فَعَطَفَ أَمْر السَّمَاء عَلَى قِصَّة قَوْم نُوح لِأَنَّهُمَا آيَتَانِ . وَمَعْنَى ” بِأَيْدٍ ” أَيْ بِقُوَّةٍ وَقُدْرَة . عَنْ اِبْن عَبَّاس وَغَيْره .

Kemudian bagaimana pula dalam tafsir Thobary sbb;

الْقَوْل فِي تَأْوِيل قَوْله تَعَالَى : { وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ } يَقُول تَعَالَى ذِكْرُهُ : وَالسَّمَاء رَفَعْنَاهَا سَقْفًا بِقُوَّةٍ . وَبِنَحْوِ الَّذِي قُلْنَا فِي ذَلِكَ قَالَ أَهْل التَّأْوِيل . ذِكْرُ مَنْ قَالَ ذَلِكَ : 24962 – حَدَّثَنِي عَلِيّ , قَالَ : ثنا أَبُو صَالِح , قَالَ : ثني مُعَاوِيَة , عَنْ عَلِيّ , عَنِ ابْن عَبَّاس , قَوْله : { وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ } يَقُول : بِقُوَّةٍ.

Kemudian dalam surat Al-Fath: 10
يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

Al-Qurthubi telah menukil pendapat Ibn Kisan sbb;

قِيلَ : يَده فِي الثَّوَاب فَوْق أَيْدِيهمْ فِي الْوَفَاء , وَيَده فِي الْمِنَّة عَلَيْهِمْ بِالْهِدَايَةِ فَوْق أَيْدِيهمْ فِي الطَّاعَة . وَقَالَ الْكَلْبِيّ : مَعْنَاهُ نِعْمَة اللَّه عَلَيْهِمْ فَوْق مَا صَنَعُوا مِنْ الْبَيْعَة . وَقَالَ اِبْن كَيْسَان : قُوَّة اللَّه وَنُصْرَته فَوْق قُوَّتهمْ وَنُصْرَتهمْ

Kemudian seperti mana pula yang dinukil dalam At-Thobary
وَفِي قَوْله : { يَد اللَّه فَوْق أَيْدِيهمْ } وَجْهَانِ مِنْ التَّأْوِيل : أَحَدهمَا : يَد اللَّه فَوْق أَيْدِيهمْ عِنْد الْبَيْعَة , لِأَنَّهُمْ كَانُوا يُبَايِعُونَ اللَّه بِبَيْعَتِهِمْ نَبِيّه صَلّ اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ; وَالْآخَر : قُوَّة اللَّه فَوْق قُوَّتهمْ فِي نُصْرَة رَسُوله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , لِأَنَّهُمْ إِنَّمَا بَايَعُوا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى نُصْرَته عَلَى الْعَدُوّ.

Hadith al-dhahik (ketawa).

“Al-Bukhariyy telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan erti rahmat dan redha.”

VII. Hadits tentang isra' mi’raj dan “langit” sebagai kiblat do’a bukan “tempat bagi zat Allah.” (ingat, Allah suci dari tempat dan arah).

As-Salaf ash-Shalih mensucikan Allah dari hadd, anggota badan, tempat, arah dan kesemua sifat makhluk.

Imam Abu Ja’far ath-Thahawi -semoga Allah meredhainya - (227-321 H) berkata: “Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil maupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sisi-sisi, anggota badan yang besar (seperti wajah, tangan dan lainnya) maupun anggota badan yang kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lainnya).

Dia tidak diliputi oleh satu mahupun enam arah penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) tidak seperti makhluk-Nya yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut”.

Perkataan al Imam Abu Ja’far ath-Thahawi di atas merupakan ijma’ (konsensus) para sahabat dan salaf (orang-orang yang hidup pada tiga abad pertama hijriyah!).

Jika diambil dalil dari perkataan tersebut bahawasanya bukanlah maksud dari mi’raj bahawa Allah berada di arah atas lalu Nabi Muhammad saw naik ke atas untuk bertemu dengan-Nya, melainkan maksud mi’raj tersebut adalah memuliakan Rasulullah saw dan memperlihatkan kepadanya keajaiban makhluk Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an dalam surah al-Isra: 1.

Juga tidak boleh kita berkeyakinan bahawa Allah mendekat kepada Nabi Muhammad saw sehingga jarak antara keduanya dua hasta atau lebih dekat, melainkan yang mendekat kepada Nabi Muhammad saw di saat mi’raj adalah Jibril a.s sebagaimana diriwayatkan oleh al Imam al-Bukhari (W. 256 H) dan lainnya dari as-Sayyidah ‘Aisyah - semoga Allah meredhainya, maka wajib dijauhi kitab Mi’raj Ibnu ‘Abbas dan Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibnu ‘Abbas kerana keduanya adalah kebohongan belaka yang dinisbatkan kepadanya.

Sedangkan ketika seseorang menengadahkan kedua tangannya ke arah langit ketika berdoa, hal ini tidak menandakan bahawa Allah berada di arah langit. Akan tetapi disebabkan langit adalah kiblat berdoa dan merupakan tempat turunnya rahmat dan barakah. Sebagaimana apabila seseorang ketika melakukan solat dia menghadap ke Ka'abah - yang bererti bahawa Allah tidak berada di dalamnya, sedangkan Ka'abah itu adalah kiblat bagi solat.

Penjelasan seperti ini dituturkan oleh para ulama ahlus-sunnah wal jama’ah seperti al-Imam al-Mutawalli (W. 478 H) dalam kitabnya 'al-Ghun-yah, al-Imam al-Ghazali (W. 505 H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin, al-Imam an-Nawawi (W. 676 H) dalam kitabnya syarah sahih Muslim, al-Imam Taqiyy ad-Din as-Subki (W.756 H) dalam kitab as-Sayf ash-Shaqil dan masih banyak lagi.

Perkataan al-Imam at-Thahawi tersebut juga merupakan bantahan terhadap pengikut paham Wahdah al-Wujud yang berkeyakinan bahawa Allah menyatu dengan makhluk-Nya atau pengikut paham 'hulul' yang berkeyakinan bahawa Allah menempati makhluk-Nya. Dan ini adalah kekufuran berdasarkan ijma’ (konsensus) kaum muslimin sebagaimana yang dikatakan oleh al Imam as-Suyuthi (W. 911 H) dalam karyanya 'al-Hawi li al Fatawi' dan lainnya, juga para penganutan kita ahli tasawwuf sejati seperti al-Imam al-Junaid al Baghdadi (W. 297 H), al-Imam Ahmad ar-Rifa’i (W. 578 H), Syekh Abdul Qadir al-Jilani (W. 561 H) dan semua imam tasawwuf sejati, sering memperingatkan masyarakat akan orang-orang yang berdusta sebagai pengikut tarekat tasawwuf dan meyakini aqidah wahdah al-wujud dan Hulul.

Ayat mutasyabihat tentang “Nur” atau Cahaya (Ayat 35 Surat an-Nur)

Dan begitulah seluruh ayat-ayat mutasyabihat harus dikembalikan kepada ayat-ayat muhkamat dan tidak boleh diambil secara zhahirnya. Seperti firman Allah ta’ala dalam surat an-Nur: 35

َاللهُ نور ال سموات والأَرضِ ] [سورة النور :

...tidak boleh ditafsirkan bahawa Allah adalah cahaya atau Allah adalah sinar. Ia disebabkan kata cahaya dan sinar adalah khusus bagi makhluk. Allah-lah yang telah menciptakan keduanya, maka Dia tidak menyerupai keduanya. Namun makna bagi ayat ini, ialah bahawa Allah yang menerangi langit dan bumi dengan cahaya matahari, bulan dan bintang-bintang. Atau maknanya, bahawa Allah adalah pemberi petunjuk kepada penduduk langit, yakni para malaikat dan pemberi petunjuk orang-orang mukmin dari golongan manusia dan jin, yang berada di bumi, iaitu petunjuk kepada keimanan. Sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Abdullah ibn Abbas – semoga Allah meredainya- salah seorang sahabat Nabi saw.

Ta'wil ini diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Asma’ Wa as-Shifat. Dengan demikian kita wajib mewaspadai kitab Mawlid al ‘Arus yang disebutkan di dalamnya bahawa “Allah menggenggam segenggam cahaya wajah-Nya kemudian berkata kepadanya: jadilah engkau Muhammad, maka ia menjadi Muhammad”. Ini adalah kekufuran wal ‘iyadzu billah kerana menjadikan Allah sebagai cahaya dan nabi Muhammad saw sebagai bahagian daripada diri-Nya. Kitab ini merupakan pembohongan yang dinisbatkan kepada al-Hafizh Ibn al-Jawzi; tidak seorang pun yang menisbatkannya kepada al-Hafizh Ibn al-Jawzi kecuali seorang orientalis yang bernama Brockelmann.


Hadis mutasyabihat tentang jiwa anak adam dan “jari-jari Ar-rahman.”

Makna hadis mutaysabihat: "Hati anak adam berada dalam jari-jari Ar-rahman”

Sedangkan makna sebenarnya; Hati atau jiwa anak Adam berada di bawah qudrah (kekuasaan) Allah Ta’ala, jika Allah mahu memberi hidayah kepadanya maka dia akan mendapat hidayah dan jika Allah mahu sesatkannya maka dia akan sesat selama-lamanya.

Dalilnya;

Hadis ada menyatakan; "Dialah Allah yang mengubah mengikut kehendakNya”.

Dan hadis Nabi yang lain, "Hati manusia di bawah pengaturan Ar-rahman”. (H.R Tarmizi) yang bererti bahawa maksud hadis ini ialah hati-hati anak Adam itu berada di bawah kekuasaan Allah Ta’ala.

Kesesatan pengikut Wahhabi: Apabila Wahhabi mengertikan jari dalam makna zahir... katakan, buktinya;

Usaimin berkata: “... hati anak-anak Adam itu semuanya berada di antara dua jari dari jari-jari Ar-Rahman dari segi hakikinya dan ia tidak melazimi penyentuhan dan penyatuan.” (Kitab: Qawa’idul Mithly, Karangan Usaimin, m/s : 51, Riyadh).


Hadis “Berjalan dan Berlari”

Allah berfirman dalam hadis qudsi: “Jika hambaku datang mendekatiku dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dengan berlari.” (hadis riwayat Tabrani, al-Bazzar, al-Baihaqi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan lainnya).

Maksud hadis tersebut adalah:

"Jika hamba-Ku datang mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dengan berlari, yakni jika seseorang hamba menuju kepada Allah swt, maka rahmat Allah akan lebih cepat sampai kepadanya dan ia melimpahi kekurniaaNya padanya . (Syaikhul Hadis Muhammad Zakariya, dalam fadhilah dzikir, keterangan hadis ke-1, di halaman 28, Era Ilmu, Kuala Lumpur).

Sunday, 6 November 2011

Bersih-2.0: Kebenaran Mengatasi Kekejaman

Dengan sekatan jalan raya yang ketat... maka ini hasilnya

Penganjur BERSIH 2.0 telah mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu yang bertujuan menuntut pilihan raya adil dan telus telah berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, namun BERSIH 2.0 telah berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat telah menyertai BERSIH 2.0 walaupun mereka terpaksa menongkah pelbagai jenis kezaliman polis dan pemerintah sekular.

Berikut ini adalah 'harga' yang terpaksa dibayar oleh para pendokong Bersih 2.0

*  1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain telah ditangkap sebelum itu termasuk enam di bawah Ordinan Darurat;

*  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau telah menerima rawatan di Hospital Pantai. Sementara anaknya, Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari;

*  Turut cedera ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad;

*  Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presiden, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar;

*  Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, R. Sivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP);
Kekejaman polis!

... dari kalangan anak muda!

Harga yang masih murah!

Namun harga itu dianggap 'murah' berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh himpunan BERSIH 2.0 itu. Apa yang paling memberangsangkan ialah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH 2.0 merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India menjadikan BERSIH 2.0 sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka telah membuktikan bahawa 'kuasa rakyat' masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun usaha yang dilakukan?
“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Beberapa 'adegan' BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini. Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum berganding tangan, membentuk saf terus berjalan walaupun disekat oleh polis yang menembak air kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi lagu ‘Negaraku’ di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul dan memijak rakyat sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

Pancutan air kimia dan bau gas pemedih mata pula telah menandakan tarikh 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat daripada berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya yang adil dan telus.

Kesannya, BERSIH 2.0 ini telah berjaya membongkar dan memaparkan wajah sebenar pemimpin utama negara ini yang terkenal dengan sikap hipokrit mereka..


Di depan Puduraya... tanpa berganjak!

Wajah sebenar Najib

Sebagai sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah; dengan ribuan orang yang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

Wajah sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak pertubuhan oportunis, PERKASA dalam mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid telah dipergunakan untuk melabelkan BERSIH 2.0 sebagai satu kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan bertindak mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Ia suatu aspek manipulasi yang jahat sekali.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH 2.0 wajar berdialog, Najib sebaliknya menegaskan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Jadi Najib mendakwa BERSIH 2.0 tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

Jelasnya, BERSIH 2.0 telah berjaya menunjukkan bahawa Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.


Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis, tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak berpihak menguntungkan parti pemerintah selama ini.

Nah... kamu!

Perdana Menteri dan sepupunya, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein telah mempamerkan kesanggupan luar biasa mereka dalam menggunakan pihak polis untuk menangkap orang awam atas sebab-sebab dangkal - mirip tindakan sebuah regim diktaktor.

Walaupun beliau cuba mencanangkan bahawa dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, namun BERSIH 2.0 telah berjaya membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks himpunan BERSIH 2.0, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya. Sedangkan kesemua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan dalam mendokong agenda murni, iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu mesti digeruni oleh Umno dan Najib?

Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai dan ia terus berlegar dalam benak rakyat hingga ke saat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Tindakan kerajaan yang bingkas menggunakan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan, dsb) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 telah menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit dengan keikhlasan beliau.


Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH 2.0 telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara. Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri. Ia dibuat dalam keghairahannya untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman akan kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat kuasa keramat itu masih membisa di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh sebuah regim bersifat kuku besi.
 
Semuanya kerana takut kehilangan gaya hidup 'lavishly' macam ini
(set mutiara itu saja lebih RM400ribu!)
 
 Bahan lelucon

Tuntutan BERSIH 2.0 telah melahirkan bahan lawak pada sisi gelap SPR.

BDesakan membersihkan semua senarai undi..., mereformasikan undi pos..., menggunakan dakwat kekal..., akses kepada media yang bebas dan adil..., demikian dengan masa berkempen minimum 21 hari..., bertindak mengukuhkan institusi awam..., menghentikan rasuah..., malah menghentikan politik kotor... maka dijawab oleh SPR sebagai tidak boleh; nanti BN akan kalah!

SPR adalah satu cawangan baru dalam parti umno dan menjadi 'kuda tunggangan' pemerintahan negara.