Friday, 28 October 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Ismail Bin Omar

Unta pun reti base! Sedangkan majoriti Melayu haram tak solat pun.

Subuh

Manusia yang pertama mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan malam dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda telah terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana hari siang telah menjelma.


Zohor

Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah swt memerintahkan baginda agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah swt.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya telah digantikan dengan tebusan kibas.


Asar

Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah swt dari perut ikan nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah pun masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah swt daripada 4 kegelapan, iaitu

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan nun.


Maghrib

Manusia yang pertama mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s, iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah swt dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenam matahari. Nabi Isa bersyukur lalu bersembahyang tiga rakaat terselamat dari kejahilan tersebut.

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu, iaitu Allah swt semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak

Manusia yang pertama mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat ketika mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedangkan dalam dadanya penuh dengan rasa dukacita. Allah swt menghilangkan kesemua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Maka bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya, Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita beliau terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Thursday, 27 October 2011

PRU12 2008: Fakta-fakta Yang Menarik

Oleh: Korie Goldfinger (TKO)


Kini Najib dipertaruhkan harapan buat memulihkan maruah umno/BN yang teruk tercalar. Mampukah dia di samping terpalit dengan kerenah isteri yang cukup memualkan?

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51% jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada pilihanraya 8 Mac 2008 lalu.

Namun ia, memperolehi 63% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di dewan parlimen. Apa yang menariknya jumlah 49.79% undi yang diterima oleh Barisan Alternatif (kemudiannya Pakatan Rakyat) itu lebih merata di seluruh negara. Ia juga bermakna Barisan Alternatif (PR) menerima majoriti undi sebenar di dalam negara ini.

Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala BA (PR) mendapat 80 kerusi. Ia bererti hampir 40% daripada kerusi BN adalah dari Sabah dan Sarawak - iaitu 55 daripada 140 kerusi.

Calon termuda ialah dari PKR, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, 26 tahun. Beliau mengalahkan penyandang kerusi DUN Seri Setia, Seripah Noli Syed Hussin.

Calon tertua ialah seorang nenek benama Maimun Yusuf, 89 yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu. Beliau hilang wang pertaruhannya.

Sementara itu 56 calon dari pencabar dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperolehi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira. Majoriti undi yang terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok yang menentang calon BN, Carol Chew dengan 36,492 undi di parlimen Seputeh, Kuala Lumpur.

Majoriti terkecil yang diterima ialah 14 undi yang diterima oleh calon BN, Hamdi Abu Bakar yang telah berjaya mengalahkan Ustaz Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu, Perak (Nota: Kes ni teman tau ler apabila kertas undi dikira sampai 4x. Setiap kali ia dikira undi kemenangan Ustaz Abu Bakar semakin mengurang - daripada lebih 370 undi!).

Tuntutan rakyat untuk satu pilihanraya yang bersih pada 9 Julai 2011... namun BN masih enggan belajar daripada pengalaman dan kebobrokan masa lalu. Contohnya yang ini...


Rakyat dihujani dengan gas pemedih mata! Dan yang ini...


Setelah dibasahi pula dengan tembakan air asid!
Maka pengalaman ngeri ini terus menghantui...


Tembak gas... tanpa rasa belas kasihan! Natijahnya...



Semangat anak-anak muda ini harapan dipertaruhkan...

... apabila 'tangan' yang menghayun buaian itu dikasari dan
diperlakukan sedemikian rupa tanpa ihsan. Lihat ini...

Aduhh... SB punya kerja!

 Empat watak utama yang terlibat dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaitu; Loh Gwo Burne (orang yang merakam pita video berkenaan), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi, tetapi tidak dipanggil oleh mahkamah). Keempat-empat mereka adalah dari PKR.

Calon paling ramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah di mana lapan orang calon telah bertanding termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger terkenal Jeff Ooi pula yang berkempen secara online dan kutipan derma hanya dilakukan melalui blognya telah berjaya di parlimen Jelutong bagi pihak DAP. Blogger yang lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat Charles Santiago (dari DAP dalam isu penswastaan air), Edward Lee (DAP dalam masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR dalam isu hak asasi manusia).

Adakah kekasaran polis ini akan turut menyumbang kemarahan ramai
apabila pada masa yang sama rakyat terbanyak menuntut pilihanraya yang bersih?

Tamparan Hebat

Kekalahan komponen BN telah mengakibatkan beberapa kekosongan dalam pelbagai kementerian, dan ia turut memaksa satu penyusunan semula kabinet dilakukan.

Jawatan Menteri

S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya), Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat), Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan), Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar).

Jawatan Timbalan Menteri

Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan), G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat), Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri), V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna), S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran), Donald Lim (Kementerian Pelancongan), Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) dan M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri).

Setiausaha Parlimen

Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat), P Komala Devi (Kementerian Pelajaran), Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan), Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi), S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan), Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri).

Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar)- telah tidak dicalonkan semula untuk mana-mana jawatan dan Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan).

Jelasnya, seluruh tenaga penting dalam pasukan di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah kalah dalam pilihanraya ini.

Seterusnya, kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - termasuk Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemudanya sekali.
Sementara itu pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon turut kecundang. Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi parlimen, Gerakan hanya menang di Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 buah kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat di mana ia bertapak sejak lama.

Kini anak perempuan Rosmah bakal dijodohkan dengan anak saudara Presiden Kazakhstan;
konon terlibat dengan angkara mafia di negara berkenaan.
Jadi, luka Najib semakin membengkak dan bernanah.


NOTA:  Dalam persediaan menghadapi PRU13 bagi menentang kemungkaran dan menghapuskan kezaliman daripada berterusan.

Tuesday, 25 October 2011

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hak perlindungan dalam Islam - memakai hijab

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara;

a)  Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh wajib dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." -  Riwayat Bukhari

b)  Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang daripada dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang daripada dicederakan atau dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." -  Surah Al-Baqarah, 2:179

c)  Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia daripada kerosakan yang berpunca daripada minum arak atau minum-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

d)  Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia daripada melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith baginda yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." -  Riwayat Muslim dan Abu Daud

e)  Menjaga harta-benda, iaitu memelihara harta-benda manusia daripada dicuri atau dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." -  Surah Al-Ma'idah: 38

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." -  Surah Al-Ma'idah: 33



Nota:  Ummat Islam yang jahil terperangkap di antara kelesuan ulama' dan kefasikan umara'.


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Bukhari, Muslim, Tirmizi)

Di mana ulama 'pewaris Nabi yang sebenar!

Sunday, 16 October 2011

Rahsia Adam a.s. Sebagai Khalifah

Di awal kejadian, 'amanah' itu diserahkan;
mana yang tidak sanggup pegang 'amanah' itu lalu dimatikan
sebelum lahir atau ketika belum mencapai usia baligh.

Pengisytiharan Sejagat

Sesungguhnya Kalimat Allah Yang Maha Agung
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِى الأَرْضِ خَلِيف  adalah suatu pengsytiharan sejagat bahawa Allah Ta'ala akan menjadikan satu makhlukNya yang sangat istimewa, lebih mulia daripada sekalian makhluk Allah yang sedia ada! Ini juga pengisyitiharan sejagat bahawa makhluk yang bakal dijadikan itu akan menjadi 'khalifah', iaitu 'pemerintah' dan 'wakil' Allah bagi mentadbir bumi menurut perintahNya.

Apa yang di kehendaki dengan kalimat 'khalifah'?

Para malaikat tidak memahami erti 'khalifah' ini. Mereka tidak mengetahui Allah swt telah melengkapkan 'khalifah' ini dengan beberapa keistimewaan yang melayakkannya menjadi 'wakil' Allah. Oleh itu mereka melakukan bantahan: "Adakah Engkau akan menjadikan makhluk yang akan melakukan kerosakan?" Maka Allah menjawab, "Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Khalifah adalah amanah

Apakah yang dikehendaki oleh Allah swt dengan penciptaan Adam a.s sebagai 'khalifah'? Apakah ia merupakan suatu hadiah? Adakah ia suatu nikmat dan kelebihan semata-mata? Atau adakah ia suatu keistimewaan tanpa makna?

Mari kita lihat petunjuk Ilahi dalam menghuraikan hal ini.

إِنَّا عَرَضْنَا الاٌّمَانَةَ عَلَى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَالْجِبَالِ فَأبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَـنُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً

“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. “ - Al-Ahzab: 72

Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini adalah 'amanah kekhalifahan'. Seluruh makhluk Allah yang lain tidak sanggup memikulnya, tetapi Adam a.s telah menyatakan kesanggupannya untuk menanggung amanah tersebut.

Ibnu Abbas berkata:

"Yang dimaksudkan dengan 'amanah' dalam ayat di atas ialah taat (kepatuhan). Allah SWT telah tawarkan 'amanah' tersebut kepada langit, bumi dan gunung-ganang sebelum ia ditawarkan kepada Nabi Adam. Allah berfirman kepada Adam a.s: “Wahai Adam, sesungguhnya Aku telah tawarkan 'amanah' ini kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka tidak mampu memikulnya, maka adakah engkau mahu mengambil apa yang terkandung di dalam 'amanah' itu?”

Adam a.s bertanya: "Wahai Tuhanku, apakah kandungan 'amanah' itu?" Allah swt menjawab: "Sekiranya engkau berbuat ihsan nescaya engkau akan diberi ganjaran, dan sekiranya engkau berbuat jahat nescaya engkau akan dihukum." Lalu Nabi Adam pun mengambil 'amanah' tersebut dan memikulnya. Namun tidakpun sampai beberapa jam Adam a.s telah menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.

Al-Hassan mengatakan 'amanah' itu adalah undang-undang dan hukum Allah yang wajib ditaati. Menurut al-Qurthubi 'amanah' itu bermaksud agama. Ibnu Umar pula mengatakan seluruh penciptaan manusia adalah 'amanah' - telinga, mata, perut, tangan dan kaki kesemuanya adalah 'amanah'. Sementara itu mereka yang lain-lain mengatakan 'ubudiyyah' dan ibadah kepada Allah swt.

Kesemua pentafsiran di atas tidaklah bertentangan bahkan menuju kepada perkara pokok tujuan penciptaan manusia dan tujuan sekalian 'utusan' Allah yang diturunkan olehNya;

i) Kewajipan mentauhidkan Allah, menjauhi semua kesyirikan serta berubudiyyah kepadaNya dengan penuh keikhlasan;

ii) Kewajipan melaksanakan semua perintah Allah di dalam kehidupan;

iii) Kewajipan mendidik sekalian ahli keluarga kepada tauhid dan ubudiyyah kepada Allah swt;

iv) Kewajipan menyeru masyarakat manusia seluruhnya kepada tauhid dan ubudiyyah kepada Allah swt;

v) Kewajipan mendirikan hukum dan undang-undang yang disyari'atkan oleh Allah.

Firman Allah :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah hanya kepada-Ku.  -  Az-Zariat: 56

Firman Allah :
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوحِى إِلَيْهِ أَنَّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ أَنَاْ فَاعْبُدُونِ

"Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada Tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku."  -  Al-Anbiya': 25

Ayat-ayat ini memberikan perutusan yang tegas bahawa tujuan kehadiran manusia di atas muka bumi ini BUKAN untuk habiskan masa dengan bersuka ria, berlumba-lumba kepada harta kekayaan dsb. Sebaliknya mereka mempunyai 'misi' yang wajib disempurnakan sebelum mereka dipanggil kembali kepadaNya.

Misi dan utusan mereka adalah;

"La-Ilaha Illallah, Muhammad ur-Rasulullah."

Peristiwa yang terjadi kepada Nabi Adam di syurga dan peringatan Allah di dalam ayat-ayat di atas juga bermaksud bahawa 'khalifah' adalah suatu tugas yang sangat besar dan berat di mana orang yang menanggungnya akan menghadapi berbagai-bagai ujian dan cubaan dalam menunaikan kewajipan tersebut. .

Jika mereka lulus ujian berkenaan maka mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi dan terpuji. Sebaliknya bagi mereka yang mengkhianatinya akan menerima siksaan yang pedih.

'Khalifah' (pemimpin) khusus untuk lelaki

Sebelum ini kita sudah diperlihatkan, dari keterangan yang jelas bahawa Adam a.s telah diserahkan tugas menanggung 'amanah' sebagai khalifah.

Balasan bagi mereka yang mengkhianati 'amanah' - Firaun

Adam a.s dijadikan terlebih dahulu secara bersendirian dengan diberikan panggilan 'khalifah'. Hawa dijadikan kemudian adalah tanda isyarat yang jelas bahawa 'khalifah' (pemimpin) itu terkhusus bagi lelaki sahaja. Sementara Hawa (iaitu wanita) umumnya adalah sebagai pengikut dan pembantu Adam a.s (lelaki) bagi menyempurnakan tugas dan amanah 'khalifah' berkenaan.

Kenyataan ini di dokong oleh Firman Allah swt:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." -  An-Nisa: 34

Para mufassirin bersepakat menyatakan bahawa kaum lelaki adalah pempimpin sementara wanita adalah pengikut dan penolongnya di dalam segala urusan kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.

Jika dalam sebuah keluarga; iaitu suatu unit paling kecil kecil di dalam sesebuah masyarakat pun, lelaki diperintahkan untuk menjadi pemimpin apa lagi jika di dalam sesebuah daerah, wilayah, negeri atau negara sudah tentu lebih lagi penegasan ini wajib dilaksanakan.

Seseorang suami yang tidak bertanggungjawab dan menyerahkan pimpinan keluarganya kepada isterinya (wanita) dalam erti kata mengikut perintah isterinya, tidak berani menegur perbuatan isteri yang menyalahi syara' adalah tergolong sebagai suami yang dayus yang diharamkan baginya syurga.

Jika demikian betapa berat lagi suatu kaum, masyarakat, negeri, negara yang mengangkat wanita menjadi pemimpin mereka. Kesemua lelaki itu adalah termasuk golongan dayus dan menerima kemurkaan Allah swt.