Thursday, 16 May 2013

Mana Pegangan Kita? Syari'at Saja!





maksud kata2 ALLAH sudah jelas..


"Dan sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya." al-Israa' ayat 71



"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta" Thohaa 124


"Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Thohaa 125


ketiga2 kata2 ALLAH di atas, punya maksud tertentu..
* bagi mereka yg berpegang hanya kpd syariat..
* bagi mereka yg berpegang kepada syari'at dan thoriQot
* bagi mereka yg berpegang kpd syari'at, thoriQot dan haQiQat..
* bagi mereka yg berpegang kpd syari'at, thoriQot, haQiQat dan ma'rifat

~bagi maksud, penjelasan bagi golongan syariat.. akan di akui benarnya oleh keempat2 golongan tersebut..
~bagi maksud, penjelasan bagi golongan thoriQot.. akan di akui benarnya oleh golongan thoriQot, haQiQat & ma'rifat.. tetapi akan disanggah oleh golongan syari'at
~bagi maksud, penjelasan bagi golongan haQiQat.. akan di akui benarnya oleh golongan haQiQat dan ma'rifat.. tetapi akan disanggah oleh golongan syari'at dan thoriQat..
~bagi maksud, penjelasan golongan ma'rifat.. hanya akan di akui benarnya oleh golongan itu.. sedangkan ketiga2 golongan yg lain akan menyanggah pula..

inilah yg dinamakan sebagai tingkatan2 ilmu..
ilmu syari'at.. betapa luasnya ilmu ini tiada tepian..
ilmu thoriQat.. sama luas dgn ilmu syari'at yg tiada tepian itu..
ilmu haQiQat.. sama luas dgn ilmu thoriQot yg tiada tepian itu..
ilmu mak'rifat.. sama luas dgn ilmu haQiQat yg tiada tepian itu..
Namun meliputi ia dlm satu... iaitu ilmu.. terkandung ia dlm satu titik.

inilah juga dikatakan bahawa berlapis2nya Alam ini..

kita akan bersetuju dgn apa yg kita tahu.. dan kita tidak akan setuju, jika apa yg org lain tahu itu bersalahan dgn apa yg kita tahu.. sedangkan kita masih tidak tahu apa yg kita tidak tahu itu..

No comments:

Post a Comment